Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Elektrik Terbaik di Sungai Buloh yang Anda Perlu Tahu!

Kelengkapan elektrik memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan dan memudahkan kerja-kerja harian kita. Ia juga membantu dalam memberi suasana baru yang segar untuk kediaman rumah, terutamanya bagi mereka yang baru berpindah. Tetapi, bagi anda yang berada di Sungai Buloh, kedai elektrik mana yang patut anda pergi? 

Terdapat banyak kedai-kedai di Sungai Buloh yang anda boleh kunjungi untuk membeli alatan elektrik. Justeru, kami telah senaraikan 8 kedai elektrik terbaik di Sungai Buloh yang perlu anda tahu. Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut!

8 Kedai Elektrik Terbaik di Sungai Buloh


1. Good Audio Electric Sg Buloh, Bandar Baru Sungai Buloh

Good Audio Electric Sg Buloh, Bandar Baru Sungai Buloh

Terletak di Bandar Baru Sg Buloh, kedai ini menjual pelbagai kelengkapan elektrik yang lengkap bukan sahaja untuk rumah tapi untuk kegunaan dewan, pejabat dan lain-lain. 

Kedai ini sering menjadi pilihan pelanggan kerana servis penghantaran yang cepat dengan harga yang murah. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memiliki barang elektrik ini dengan bayaran ansuran serendah 0% sahaja. Menarik bukan? 

Good Audio Electric juga sentiasa membuat jualan murah pada musim perayaan. Apa tunggu lagi, bolehlah anda datang ke kedai ini untuk mendapatkan barang keperluan anda dengan harga yang murah.

Alamat: Lot 2379, Jalan 1a/1, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6140 1079

WhatsApp Good Audio Electric Sg Buloh


2. Kedai Elektrik HBC (HBC Electrical) Sungai Buloh, Bandar Saujana Utama

Kedai Elektrik HBC (HBC Electrical) Sungai Buloh, Bandar Saujana Utama

Kebanyakan pelanggan datang ke Kedai Elektrik HBC Sungai Buloh disebabkan oleh harga kelengkapan elektrik yang dijual adalah sangat murah berbanding di kedai lain. 

Terdapat pelbagai jenis kelengkapan elektrik yang boleh anda dapati di kedai ini seperti barang elektrik dapur, peti ais, penghawa dingin dan sebagainya. Mereka juga turut menawarkan pemasangan yang murah kepada pembeli yang datang.

Kedai ini juga menjadi pilihan oleh kebanyakan penduduk di Sungai Buloh kerana ia terletak di Bandar Saujana Utama yang merupakan kawasan pekan yang sibuk. Anda yang berdekatan bolehlah datang dan tengok sendiri kelengkapan yang dijual dari kedai ini.

Alamat: No. 33G, Jalan Bidara 9/3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.30 pm), Ahad (9.30 am – 6.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-225 7488

WhatsApp HBC Electrical


3. PS Saari Letrik, Bandar Baru Sungai Buloh

PS Saari Letrik,Bandar Baru Sungai Buloh

Bagi anda yang ingin membeli, menjual, dan membaiki kelengkapan elektrik anda, kedai PS Saari Letrik sesuai untuk anda kunjungi. Terletak di tepi jalan utama untuk ke bandar kedai ini menawarkan servis membaiki dan menjual barang elektrik yang terpakai. 

Jadi, kedai elektrik ini sangat sesuai untuk anda yang sedang berjimat cermat! Bolehlah anda dapatkan barang yang anda inginkan dari kedai ini dengan harga yang sangat murah. 

Jika barang elektrik anda telah rosak, kedai ini juga boleh membaiki barang elektrik anda dengan pantas. Kebanyakan pelanggan yang datang berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Alamat: 51, Jalan 3/1, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 8.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-923 5024

WhatsApp PS Saari Letrik


4. TBC@Saujana Utama, Bandar Saujana Utama

BC@Saujana Utama, Bandar Saujana Utama

Kedai elektrik TBC terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Mereka menawarkan pelbagai kelengkapan elektrik yang berjenama dan berkualiti di kedai mereka. 

Susun atur barang yang kemas dan cantik juga menarik perhatian pelanggan untuk datang ke kedai ini. Anda boleh berjalan cuci mata sambil memilih barang elektrik kegemaran anda di sini.

Selain itu, layanan pekerja dari kedai ini sangat baik di mana mereka akan membantu memberi penjelasan terhadap barang yang anda mahu pilih. Ini memudahkan anda untuk membuat pilihan dengan lebih bijak ketika membeli barang elektrik. Anda pasti akan rasa lega bila ada orang bantu memudahkan anda buat pilihan!

Alamat: No 47 & 49, Jalan Bidara 10, Saujana Utama 3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6243 9282

WhatsApp TBC Elektrik Saujana Utama


5. SEF Quality Electrical Sdn Bhd, Bandar Saujana

SEF Quality Electrical Sdn Bhd, Bandar Saujana Utama

Terletak di Bandar Saujana Utama, kedai SEF Quality Electrical mempunyai ramai pengunjung yang datang untuk membeli barang elektrik. Jika anda berada di berdekatan dengan kawasan ini, bolehlah singgah di kedai ini. 

Kedai ini bukan sahaja menjual barang elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk, mereka juga menjual lampu perhiasan yang cantik dan alat penghawa dingin yang berkualiti dengan harga yang mampu milik. 

Kedai ini juga sering mengadakan promosi jualan murah, terutamanya di musim perayaan dan tahun baru. Ia juga dibuka setiap hari, membolehkan anda meluangkan masa hujung minggu untuk berjalan bersama keluarga mencari barang elektrik yang anda mahukan sambil bersiar bersama keluarga.

Alamat: 10, Jalan Bidara 9/2, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1145 2318

WhatsApp SEF Quality Electrical


6. TBC Elektrik Sdn Bhd, Bandar Baru Sungai Buloh

TBC Elektrik Sdn Bhd, Bandar Baru Sungai Buloh

Ditubuhkan pada tahun 2006, kedai ini merupakan salah satu dari 11 cawangan mereka di seluruh kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Wah, banyaknya cawangan kan? 

Berpengalaman dalam bidang penjualan alat elektrik, kedai ini sering menjadi tumpuan untuk mereka yang mencari kelengkapan elektrik. Anda boleh membuat pelbagai pilihan dan membelinya dengan harga yang berpatutan.

Layanan dan servis yang diberikan juga baik di mana staff akan memberi penjelasan terhadap fungsi barang terlebih dahulu kepada anda sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.

Alamat: 398 & 399, Jalan 1a/1, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6156 7368

WhatsApp TBC Elektrik Sungai Buloh


7. Senheng Sungai Buloh,Pusat Komersial TSB

7. Senheng Sungai Buloh,Pusat Komersial TSB

Sebut saja nama Senheng, pasti ramai kenal dengan nama itu. Kedai elektrik Senheng di Sungai Buloh ini merupakan salah sebuah kedai menjual elektrik yang terbesar di Malaysia. 

Ditubuhkan pada 1989, Senheng bermula dari penjualan barangan elektrik secara kecilan. Kini, kedai ini telah berkembang besar, dengan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia.

Dengan jaminan kualiti dan harga yang berpatutan, Senheng memberikan kepuasan yang terbaik kepada pelanggan yang datang. Anda boleh mencari dan mendapatkan barangan elektrik kegemaran anda di sini dari pelbagai jenama terkemuka. 

Jadi, anda bolehlah kunjungi sendiri atau bawa sekali pasangan anda untuk memilih barangan elektrik untuk rumah anda. Pastinya mereka ada alatan elektrik yang terbaik untuk pilihan anda!

Alamat: Ground Floor, 41, 39-G, 39-1, 39-2,39-3, 41, 1, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersial TSB, Seksyen U20, 40160 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1088 2397

WhatsApp Senheng


8. SB Elektrik & Elektronik Sdn Bhd, Bukit Rahman Putra

SB Elektrik & Elektronik Sdn Bhd, Bukit Rahman Putra

Jika anda ingin mencari peralatan elektrik seperti lampu hiasan dan juga sebarang alatan LED untuk rumah atau pejabat anda, kedai ini adalah tempat yang sesuai. Berpengalaman luas dalam bidang elektrik dari tahun 2003 kedai ini mempunyai 4 cawangan di kawasan Sungai Buloh dan Shah Alam. 

Rata-rata pelanggan yang menggunakan khidmat mereka berpuas hati dengan servis pemasangan yang diberikan. Bukan itu saja, pelanggan mereka juga telah dapatkannya barangan elektrik dengan harga yang sangat murah di sini!

Jadi, bagi anda yang masih mencari lampu hiasan untuk kediaman anda, kedai ni mungkin menjadi pilihan anda. Semua produk di kedai ini berstok lengkap, berkualiti, dan dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini memudahkan anda untuk mendapatkan barang yang diingini mengikut bajet sendiri. 

Alamat: No 48, Jalan BRP 1/2, Bukit Rahman Putra, 40160 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.00am – 2.00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6140 3792


Jadi itulah kedai-kedai elektrik yang berbaloi untuk anda singgah di Sungai Buloh! Semoga 8 kedai elektrik di Sungai Buloh yang kami telah senaraikan ini dapat membantu anda membuat pilihan dengan lebih bijak. 

Ingat, jangan terlalu boros ketika berbelanja. Beli bukan sahaja melihat kepada kecantikan barang, tapi nilai dan fungsi barang itu lebih penting. Jangan lupa untuk membeli mengikut keperluan serta bajet anda supaya anda dapat penjimatan yang optimum.

Jika anda juga sedang mencari peralatan elektrik di sekitar Shah Alam, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yang Best.

 

4.5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Komputer Best di Puchong & Kota Kemuning

Amalan bekerja dari rumah memerlukan pelbagai gajet teknologi (technology gadget) dan peralatan komputer (computer devices) agar produktiviti kerja dapat dikekalkan ke tahap optimum. Memandangkan...

Top 5 Kedai Komputer Banting & Dengkil yg Best

Komputer pada zaman kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar mahupun yang bekerja. Hal ini demikian kerana kecanggihan teknologi...

Kedai Komputer Best di Kajang dan Bangi

Di era digital yang kian pesat, barangan-barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar...

Top 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yg Best

Peralatan elektrik yang baik mempunyai ciri-ciri seperti tahan lama, berfungsi dengan baik, harga berpatutan, mempunyai warranty oleh kedai, dan semestinya berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai...

7 Kedai Elektrik Berkualiti dan Murah di Sekitar Kajang

Barang elektrik merupakan barang keperluan untuk setiap rumah. Walaupun terdapat banyak kedai elektrik di Kajang, anda pasti mencari kedai yang menjual barang elektrik yang...

7 Kedai Elektrik Tip Top Yang Ada di Sekitar Bangi

Apabila hampir tiba musim perayaan, ramai di antara kita mahu menukar barangan elektrik baru. Tambah lagi jika anda ingin membuat pendapatan sampingan seperti menjual...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x