Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Komputer Best di Puchong & Kota Kemuning

Amalan bekerja dari rumah memerlukan pelbagai gajet teknologi (technology gadget) dan peralatan komputer (computer devices) agar produktiviti kerja dapat dikekalkan ke tahap optimum. Memandangkan urusan pekerjaan harian dan pembelajaran kini harus dilakukan secara maya, permintaan terhadap peralatan komputer dan gajet peranti semakin meningkat. Bagi memenuhi permintaan pasaran, kedai-kedai komputer di Puchong dan Kota Kemuning kini membekalkan pelbagai barangan komputer dan gajet peranti berkualiti yang dijual dalam pelbagai lingkungan harga.

Di dalam artikel ini, kami senaraikan 10 kedai komputer di di Puchong dan Kota Kemuning yang best untuk dikunjungi. Kebanyakan kedai-kedai komputer yang kami senaraikan mempunyai kepelbagaian barangan komputer dalam pelbagai lingkungan harga dan perkhidmatan membaiki komputer yang terbaik. Jom check senarai kedai komputer best di Puchong dan Kota Kemuning.

Kedai Komputer Best Di Puchong


1.  Kedai Komputer Tech Hypermart Sdn Bhd, Bandar Puchong Jaya

Tech Hypermart Sdn Bhd3

Tech Hypermart Sdn Bhd merupakan kedai komputer di Puchong yang menawarkan kepelbagaian barangan komputer dan peralatan ICT bagi melengkapkan kemudahan ICT di rumah anda. Ibarat sebuah hypermarket khusus untuk barangan komputer dan peralatan ICT, di sini anda boleh mendapatkan pelbagai model komputer berjenama terkenal, PC gaming, komputer tablet, alat ganti komputer, komponen PC dan banyak lagi.  Tech Hypermart Sdn Bhd juga merupakan pengedar sah barangan komputer dari Intel, oleh itu anda tidak perlu risau akan keaslian produk Intel sewaktu membeli-belah di sini.

Selain daripada menjual peralatan ICT, Tech Hypermart Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer, gajet teknologi dan gajet peranti. Daripada terus membuang komputer yang sudah rosak, hantarkan sahaja ke Tech Hypermart Sdn Bhd untuk dibaiki oleh juruteknik komputer professional atau dikitar semula.

Alamat:  No. 99, Jalan Kenari 23, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi:  9.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8070 0996

Whatsapp Tech Hypermart Sdn Bhd

 

2.  Kedai KomputerTouch Media Puchong, Taman Puchong Utama

Touch Media Puchong

Touch Media Puchong merupakan sebuah kedai komputer di Puchong yang menawarkan penjualan peralatan ICT seperti komputer meja, komputer riba, peralatan komputer dan aksesori komputer yang hebat. Harga-harga peralatan komputer juga murah-murah dan berkualiti. Touch Media Puchong turut menjual pelbagai PC gaming berkualiti tinggi agar pengalaman bermain permainan komputer lebih hebat.

Terletak di kawasan kejiranan Taman Puchong Utama, kedai komputer Touch Media Puchong amat mudah diakses oleh penduduk setempat. Kedai komputer Touch Media Puchong turut menawarkan perkhidmatan membaiki komputer rosak dan menservis komputer agar prestasi komputer dapat dioptimumkan sebaiknya. Bagi mereka yang berminat dengan hobi membaiki komputer, anda bolehlah menyertai kelas membaiki komputer hingga mahir bagi mendedahkan teori dan praktikal pembaikian dan menservis komputer.

Alamat: No. 1, Jalan PU 7/1, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 12.00pm – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 012-670 9964

Whatsapp Touch Media Puchong

 

3.  Kedai Komputer TYFON TECH Puchong, Pusat Perdagangan IOI Persiaran Puchong Jaya Selatan

TYFON TECH Puchong 3

Adakah anda mencari-cari komputer refurbished dan terpakai yang murah dan berkualiti di Puchong? Kami sarankan anda mengunjungi TYFON TECH Puchong untuk mendapatkan komputer refurbished. Komputer-komputer refurbished amat sesuai dibeli bagi golongan pelajar dan professional yang ingin berjimat agar kewangan mereka tidak terbeban dengan pembelian gajet yang mahal.

TYFON TECH Puchong merupakan kedai komputer di Puchong yang membekalkan komputer refurbished dan baru dengan harga murah dan mampu milik. Walaupun komputer refurbished adalah komputer terpakai, prestasi komputer refurbished akan diuji sebelum dijual dan dijamin mempunyai waranti selama 12 bulan selepas membuat pembelian.

TYFON TECH Puchong turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer. Perkhidmatan membaiki dan menservis komputer dilakukan oleh juruteknik komputer professional dan terlatih, oleh itu anda tidak perlu risau masalah komputer lampau kembali menghimpit produktiviti kerja anda. Antara permasalahan komputer yang boleh diselesaikan adalah pembaikian motherboard chipset, menaiktaraf dan perkhidmatan penyelenggaraan komputer.

Jikalau kewangan anda tidak mengizinkan untuk membeli peralatan komputer yang mahal, anda bolehlah menyewa komputer dan peralatan ICT di TYFON TECH Puchong. Antara barangan ICT yang boleh disewa adalah seperti komputer riba, komputer meja, PC monitor dan printer.

Alamat: Lot 20, Tingkat 2, Pusat Perdagangan IOI Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am- 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 018-311 1491

Whatsapp TYFON TECH Puchong

 

4.  Emich Technology Sdn Bhd, Kompleks Puchong Perdana

Emich Technology Sdn Bhd

Bagi anda yang mencari-cari peraltan komputer dan keperluan ICT untuk  bekerja dari rumah, anda disarankan untuk mengunjungi Emich Technology Sdn Bhd.  Emich Technology Sdn Bhd merupakan sebuah kedai komputer di Puchong yang membolehkan anda mendapatkan pelbagai model komputer, peralatan komputer, aksesori komputer dan gajet teknologi terkini. Harga-harga barangan di sini adalah rata-ratanya murah dan mampu milik, di samping berkualiti. Anda juga boleh meninjau-ninjau harga barangan komputer dan spesifikasi produk dengan melawati laman Facebook  dan laman web Emich Technology Sdn Bhd.

Pembelian barangan secara online di laman web Emich Technology Sdn Bhd turut disertakan penghantaran barangan ke rumah dengan kadar yang cepat.  Selain daripada menjual peralatan komputer dan barangan ICT, anda juga boleh menempah set PC yang diubahsuai mengikut spesifikasi dan bajet anda dengan menghubungi Emich Technology Sdn Bhd.

Alamat: No. PP-FF-03, Kompleks Puchong Perdana, Jalan Perdana 3/1, Taman Puchong Perdana, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 am – 7.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8060 7777

Whatsapp Emich Technology Sdn Bhd

 

5.  Kedai Komputer Rextech, Taman Damai Utama

Rextech

Sekiranya anda seorang geek dan techno junkie yang gemar mengubahsuai komputer, anda harus mengunjungi Rextech. Rextech merupakan kedai komputer di Puchong yang menawarkan komputer-komputer hebat untuk aktiviti gaming dan peminat e-sport. Jika ditelusuri laman Facebook Rextech, terdapat banyak kemas kini mengenai PC gaming yang dibina oleh Rextech.

Di Rextech, anda boleh menempah PC gaming mengikut spesifikasi anda atau membeli PC gaming pasang siap. Terdapat juga alat ganti komputer dan komponen komputer bagi membolehkan anda turut serta dalam hobi membina PC. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk mengunjungi outlet Rextech di Taman Damai Utama, anda kini boleh membuat pembelian atas talian dengan mengunjungi kedai online Rextech di aplikasi Shopee.

Alamat:  No. 11-1, Jalan Du 2/1, Taman Damai Utama, 47180 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10am–5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8080 0568

Whatsapp Rextech

 

6.  Kedai Komputer Dr Byte It Solutions, Bandar Puteri Puchong

Dr Byte It Solutions

Dr Byte It Solutions merupakan kedai komputer di Puchong yang menawarkan pelbagai model komputer riba refurbished dan berprestasi seperti komputer baharu. Sekiranya anda ingin berjimat cermat dalam pembelian gajet teknologi agar kewangan anda tidak terbeban, anda bolehlah membeli komputer riba refurbished dari Dr Byte It Solutions. Terdapat banyak komputer riba refurbished dijual dengan harga di bawah RM1,000. Komputer-komputer di sini amat sesuai untuk digunakan oleh golongan pelajar untuk proses pembelajaran dari rumah dan menyiapkan tugasan sekolah.

Ikuti laman Facebook Dr Byte It Solutions untuk mendapatkan makluman terkini mengenai rangkaian produk-produk terbaru yang dijual di sini. Anda juga boleh membeli-belah komputer riba refurbished di Dr Byte It Solutions dengan melawati kedai online Dr Byte It Solutions di aplikasi Shopee. Selain menjual komputer riba refurbished, anda boleh menghantar komputer rosak di Dr Byte It Solutions untuk diservis, dibaiki dan diselenggara.

Alamat:  No. 41, Jalan Puteri 4/6, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8051 1024

Whatsapp Dr Byte It Solutions

 

7.  Kedai Komputer MastaVOX, Taman Puchong Permai

MastaVOX3

Khusus buat gamers tegar dan peminat e-sport, anda boleh mendapatkan pelbagai keperluan aktiviti gaming dan e-sport seperti PC gaming berkuasa tinggi, komputer riba dengan CPU pantas dan komponen-komponen komputer untuk mengubahsuai komputer di MastaVOX. MastaVOX merupakan kedai komputer di Puchong yang membolehkan anda menempah set PC gaming yang hebat agar pengalaman gaming anda lebih mengasyikkan. Rugi jikalau anda tidak berkunjung ke sini! Tempahan PC gaming di sini boleh diselaraskan berdasarkan spesifikasi dan bajet anda.

Anda juga boleh menghantar komputer anda untuk diubahsuai agar kapasiti komputer bersesuaian dengan keperluan anda. Hubungi MastaVOX untuk mengetahui lanjut mengenai perkhidmatan ditawarkan.

Alamat: No.26-A, Jalan Puchong Permai 2, Taman Puchong Permai, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 019-633 2289

Whatsapp MastaVOX

 

Kedai Komputer Best Di Kota Kemuning


8.  Kedai Komputer Kinsei Kota Kemuning, Jalan Anggerik Vanilla 

Kinsei Kota kemuning 3

Kinsei Kota Kemuning merupakan kedai komputer di Kota Kemuning yang menawarkan pelbagai jenis barangan komputer dan keperluan ICT asas.  Barangan komputer dan keperluan ICT asas dijual dengan harga murah dan mampu milik. Anda juga boleh membeli-belah barangan komputer dan keperluan ICT asas secara online dengan mengunjungi kedai online Kinsei Kota Kemuning di aplikasi Lazada. Menerusi pembelian online, anda boleh membandingkan spesifikasi produk dan harga sebelum membuat pembelian.

Sekiranya anda membuat tempahan barangan menerusi aplikasi Whatsapp, penghantaran barangan secara percuma boleh dilakukan menerusi aplikasi Grab atau LaLa Move.

Alamat:  No.6, Jalan Anggerik Vanilla V 31/V, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 03-5131 1793

Whatsapp Kinsei Kota Kemuning

 

9.  Kedai Komputer Atac System Sdn Bhd, Jalan Anggerik

Atac System Sdn. Bhd. 3

Selesaikan permasalahan komputer anda dengan menghantar komputer bermasalah ke Atac System Sdn Bhd untuk dibaiki dan diservis. Ditubuhkan pada 2006, Atac System Sdn Bhd mempunyai pengalaman luas selama 15 tahun dalam bidang pembaikian dan penyelenggaraan komputer. Oleh itu, pelbagai masalah komputer dapat diatasi oleh juruteknik di Atac System Sdn Bhd.

Sebagai Intel Technology Provider Program partner, Atac System Sdn Bhd membekal dan menjual barangan jenama Intel yang asli. Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya tambahan alat ganti komputer diganti dengan komponen komputer palsu.

Alamat:  No. 9A, Jalan Anggerik Aranda D 31/D, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:  9am–6pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 03-5121 2221

 

10.  Kedai Komputer Computer Depot Sdn Bhd, Kemuning Utama

Computer Depot Sdn Bhd3

Computer Depot Sdn Bhd merupakan mini hypermarket barangan komputer dan gajet teknologi yang best untuk dikunjungi sekiranya anda mencari-cari kedai komputer di Kota Kemuning. Selain itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan membaiki komputer pelbagai jenama di Computer Depot Sdn Bhd. Antara permasalah komputer yang boleh diselesaikan adalah seperti mengganti kaca LCD komputer, membaiki bateri komputer, membuang virus dan memasang perisian komputer. Sekiranya anda tidak tahu apa yang tak kena dengan komputer anda, anda boleh mendapatkan perkhidmatan mendiagnos permasalahan komputer secara percuma.

Alamat:  Lot G17, Giant Hypermarket, No.2, Jalan Kemuning Prima E33/E, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10am-6pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 012-203 3969

Whatsapp Computer Depot Sdn Bhd

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Komputer Rawang dan Sungai Buloh yang BEST

Di zaman moden kini, terdapat pelbagai pilihan gajet teknologi dan barangan komputer (computer devices) yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik. Lewat...

7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

Perkakas elektrik merupakan kemudahan asas yang dapat membantu anda melakukan aktiviti harian. Sekiranya anda adalah pasangan yang ingin memulakan kehidupan di kediaman baru, barangan...

10 Kedai Komputer Best di Putrajaya dan Cyberjaya

Barangan komputer (computer devices) amat penting di era digital bagi memenuhi keperluan kehidupan moden seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara atas talian dan pembelian...

10+ Kedai Komputer Best di Shah Alam & Klang

Adakah anda sedar atau tidak? Komputer semestinya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kita semua mempunyai alasan berbeza untuk menggunakan laptop sama ada untuk...

7 Kedai Elektrik Berkualiti dan Murah di Sekitar Kajang

Barang elektrik merupakan barang keperluan untuk setiap rumah. Walaupun terdapat banyak kedai elektrik di Kajang, anda pasti mencari kedai yang menjual barang elektrik yang...

8 Kedai Elektrik Terbaik di Sungai Buloh yang Anda Perlu Tahu!

Kelengkapan elektrik memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan dan memudahkan kerja-kerja harian kita. Ia juga membantu dalam memberi suasana baru yang segar untuk kediaman...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x