Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Kedai Komputer Banting & Dengkil yg Best

Komputer pada zaman kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar mahupun yang bekerja. Hal ini demikian kerana kecanggihan teknologi dan kemajuan yang dicapai negara kita searus dengan pemodenan negara-negara maju yang lain. Komputer diperlukan oleh mereka yang bekerja untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan contohnya, kertas kerja, design, kerja pentadbiran dan banyak lagi manakala pelajar pula memerlukan komputer untuk online class, membuat tugasan yang diberikan guru guru contohnya projek tahun akhir atau tugasan-tugasan yang memerlukan pencarian di Internet. Ini menjadikan komputer sebagai salah satu gajet yang amat penting bagi mereka. Apabila terlalu lama menggunakan komputer dalam sehari, kadangkala sebahagian orang akan mengalami kerosakan komputer contohnya seperti kerosakan papan kekunci, skrin mahupun komponen-komponen di dalam komputer.

Jadi, bagi warga Banting dan Dengkil, Selangor, kami telah menyenaraikan kedai komputer di Banting & Dengkil yang best untuk anda sekiranya anda ingin membeli atau membaiki komputer anda. Mari kita lihat senarai yang telah kami sediakan khas untuk pembaca Cari Destinasi.

Kedai Komputer Banting yang Best


1.  Fixzone Computer, Banting

Fixzone Computer, Banting

Fixzone Computer, Banting merupakan sebuah kedai membaiki computer yang terkenal dalam kalangan penduduk Banting, Selangor. Mereka menyediakan perkhidmatan membaiki komputer anda pada harga yang amat berpatutan. Anda juga boleh membaiki telefon pintar anda di sini. Mempunyai rating yang tinggi di Google, kebanyakan para pelanggannya memang berpuas hati dengan servis yang diberikan dan harga yang boleh dikatakan antara yang mampu bayar dan murah di Banting.

Anda juga boleh mendapatkan quote harga di laman web mereka. Akan tetapi, Fixzone Computer tidak menjual sebarang komputer mahupun laptop, mereka hanya menyediakan perkhidmatan membaiki sahaja dan menjual aksesori, perkhidmatan mencetak dan fotostat. Sekiranya laptop anda berhadapan dengan sebarang masalah contohnya seperti skrin hitam dan sebagainya, segeralah berkunjung ke kedai ini. Kedai ini terletak berdekatan dengan KLIA.

Alamat: 18, Jalan Murni 1/3, Taman Langat Murni, 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm (Isnin-Khamis), 3.00pm – 10.30pm (Jumaat), 4.00pm – 9.30pm (Sabtu & Ahad)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-6040777

Whatsapp Fixzone Computer, Banting

 

2.  Tip Top IT Resources, Banting

Tip Top IT Resources Banting

Tip Top IT Resources merupakan salah satu cawangan yang menjual barangan IT terutama gajet-gajet jenama HP. HP mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan salah satunya ialah Tip Top IT Resources yang terletak di Banting, Selangor. HP mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri dan merupakan antara jenama komputer/laptop yang diyakini oleh rakyat Malaysia. Para pelanggan Tip Top IT Resources kebanyakannya amat berpuas hati dengan servis terbaik yang diberikan oleh staf kedai. Bukan itu sahaja, staf-staf di sini juga peramah dan boleh dikatakan hampir semua masalah laptop/komputer dan gajet-gajet anda, mereka berjaya selesaikan. Anda tidak perlu berasa sangsi dan ragu-ragu. Cuba dulu baru tahu !

Alamat: 204, Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 9.30pm (Isnin-Sabtu), 10.00am – 7.00pm (Ahad)

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 03-31329918

3.  Sinaro Computer, Banting

Sinaro Computer, Banting

Sinaro Computer yang telah bertapak sejak lebih sedekad, merupakan kedai komputer di Banting yang menjalankan perniagaan ICT dan pusat servis di Banting, Selangor. Mereka menyediakan pelbagai jenis PC dan produk ICT yang boleh membuat anda menjadi rambang mata untuk memilihnya. Selain itu, mereka turut membuat servis membaiki komputer, memuat turun perincian komputer, perkhidmatan pencetakan dan faksimili. Kesemua keperluan asas komputer dan IT ada di sini. Malahan, anda juga boleh pre-order barang ICT yang anda ingini sekiranya tiada di kedai pada waktu tersebut. Harga-harga produk IT di kedai ini merupakan harga standard bagi gajet-gajet.

Membaca review daripada pelanggan ada yang menyatakan bahawa beliau membeli laptop dari kedai ini dan telah menggunakannya selama 10 tahun. Wah lama bukan? Bukan hanya seorang tetapi ramai lagi yang turut memuji tahap ketahanan produk IT yang dijual di kedai ini. Sinaro Computer membawa kepada anda produk-produk yang terbaik dan terjamin kualitinya.

Alamat: 58, Jalan Bunga Pekan 2, Taman Seri, 42700 Banting, Selangor.

Waktu Operasi: 9.30am – 8.00pm (Isnin-Sabtu), 9.30am – 7.00pm (Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6504254

Whatsapp Sinaro Computer, Banting

4.  Zuhan Komputer, Banting

Zuhan Komputer, Banting

Percuma untuk pemeriksaan dan diagnosis komputer. Ini merupakan antara tarikan Zuhan Komputer yang sentiasa menarik perhatian pelanggan. Walaupun Zuhan Komputer ialah kedai yang bertumpu pada servis komputer sebagai perkhidmatan utamanya, tetapi pelanggan juga boleh pre-order barang yang dikehendaki untuk komputer. Kepakaran mereka termasuklah servis laptop, desktop, membaiki pencetak dakwat dan laserjet. Sebagai contoh, sekiranya dakwat pencetak anda tidak pekat atau tidak keluar dengan sempurna, anda boleh membawa pencetak anda kepada pakar membaiki pencetak anda iaitu Zuhan Komputer. Kedai ini bertempat di Banting, Selangor. Kedai ini juga beroperasi setiap hari termasuk hari Ahad. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda sibuk di hari biasa, anda boleh datang ke kedai ini pada hujung minggu apabila anda berkelapangan.

Alamat: 19, Jalan BB 1/4, Taman Banting Baru, 42700 Banting, Selangor.

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm (Isnin-Sabtu)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-3304428

Whatsapp Zuhan Komputer, Banting

Kedai Komputer Dengkil yang Best


5.  City Comp System, Dengkil

City Comp System, Dengkil

Mempunyai rating yang bagus daripada ratusan review para pelanggan, City Comp System ialah sebuah kedai komputer di Dengkil, Selangor yang menjual barangan IT serta menyediakan servis membaiki komputer dan gajet-gajet anda. City Comp System terletak di Dengkil, Selangor. Jika anda mempunyai laptop lama yang masih boleh digunakan tetapi anda ingin membeli sebuah laptop baru, anda boleh juga menjual laptop lama anda di kedai ini.

Staf-staf di City Comp System sentiasa bersemangat untuk membantu para pelanggan termasuklah memberi nasihat dan berkongsi ilmu mereka mengenai barangan IT. Contohnya, mereka akan mencadangkan kepada para pelanggan mengenai laptop yang patut dan sesuai untuk dibeli. Para pelanggan sangat berpuas hati dengan penerangan yang jelas daripada staf kedai ini. Jadi, apa tunggu lagi! Segeralah berkunjung ke kedai ini sekiranya anda ingin membeli laptop atau PC baru mahupun membaiki yang sedia ada.

Alamat: 11, Jalan Mutiara 1j, Taman Mutiara, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm (Isnin-Jumaat & Ahad), 10.00am-7.00pm (Sabtu)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-3225560

Whatsapp City Comp System, Dengkil

3.7/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

Perkakas elektrik merupakan kemudahan asas yang dapat membantu anda melakukan aktiviti harian. Sekiranya anda adalah pasangan yang ingin memulakan kehidupan di kediaman baru, barangan...

10+ Kedai Komputer Best di Shah Alam & Klang

Adakah anda sedar atau tidak? Komputer semestinya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kita semua mempunyai alasan berbeza untuk menggunakan laptop sama ada untuk...

7 Kedai Elektrik Tip Top Yang Ada di Sekitar Bangi

Apabila hampir tiba musim perayaan, ramai di antara kita mahu menukar barangan elektrik baru. Tambah lagi jika anda ingin membuat pendapatan sampingan seperti menjual...

8 Kedai Elektrik Terbaik di Sungai Buloh yang Anda Perlu Tahu!

Kelengkapan elektrik memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan dan memudahkan kerja-kerja harian kita. Ia juga membantu dalam memberi suasana baru yang segar untuk kediaman...

Kedai Komputer Best di Kajang dan Bangi

Di era digital yang kian pesat, barangan-barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar...

7 Kedai Elektrik Berkualiti dan Murah di Sekitar Kajang

Barang elektrik merupakan barang keperluan untuk setiap rumah. Walaupun terdapat banyak kedai elektrik di Kajang, anda pasti mencari kedai yang menjual barang elektrik yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x