Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Kedai Komputer Best di Shah Alam & Klang

Adakah anda sedar atau tidak? Komputer semestinya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kita semua mempunyai alasan berbeza untuk menggunakan laptop sama ada untuk belajar, bekerja atau sekadar mengisi masa dengan melayan drama di skrin laptop. Tambahan pula, kita semua menggunakan jenis komputer atau perisian yang berbeza. Antara faktor lain adalah saiz laptop, warna, jenama, dan harga laptop. Anda inginkan laptop yang murah? Belilah semasa kedai itu mengadakan promosi atau jualan akhir tahun dan anda dapat menjimatkan banyak wang. Sekiranya anda berminat membeli laptop second hand (refurbished), panduan dibawah sangat berguna untuk anda.

Panduan untuk membeli laptop second hand (refurbished):

  1. Lihat jangka hayat jaminan laptop. Sebab bila jaminan untuk laptop lama bermaksud laptop tersebut tahan lama. Laptop second hand yang bagus akan memberi 1 tahun jaminan dan elakkan dari 1 bulan jaminan.
  2. Cari laptop yang anda boleh upgrade dan pilih processor yang bersesuaian. Mengikut hasil tinjauan di laman web, ada yang mencadangkan processor AMD Ryzen untuk laptop baru kerana bateri laptop tahan lama, performance yang tinggi, dan harga sangat rendah berbanding Intel. Untuk laptop second hand, anda boleh cari laptop Intel yang menggunakan processor Core i3 ke atas kerana Intel Core i3 adalah spec pertengahan, kurang canggih dan untuk yang berkerja seeloknya cari processor Core i5.
  3. Cari saiz screen standard iaitu 14 inci untuk memudahkan anda membuat kerja.
  4. Tanya diri sendiri, adakah anda mahukan laptop berat atau ringan? Jika anda melakukan kerja yang banyak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, maka laptop yang ringan menjadi pilihan. Berat ini antara 2Kg dan 1.5Kg kebawah. Laptop itu dianggarkan berat sekiranya 2Kg ke atas dan tidak sesuai untuk yang banyak bergerak.

Berikut merupakan beberapa jenis komputer yang anda boleh cari dari kedai yang terpapar dalam artikel ini: komputer riba, komputer murah, komputer gaming, komputer game, komponen komputer, rangkaian komputer, dan cpu komputer.

 

Kedai Komputer Best di Shah Alam


1. Cynetech Trading, Plaza Alam Sentral

Menjual laptop Asus

Kakitangan Cynetech Trading sangat ramah, membantu pelanggan dalam memilih produk dan menyediakan perkhidmatan yang baik untuk pelanggan. Antara produk yang dijual ialah laptop Asus, notebook Asus, PC desktop, laptop ROG, laptop gaming, PC, Zenbook, Chromebook, Asus Malaysia, Vivobook, Buku Pakar, dan TUF Gaming. Anda boleh membeli komputer riba spesifikasi tinggi dengan harga yang berpatutan.

Alamat: 3rd Floor, Plaza Alam Sentral, Lot 3.24 & 3.25, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 10.00pm

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: +603-55199448

Whatsapp Cynetech Trading


2.Topix Technology Sdn Bhd, Taman Subang Perdana

Laptop mengikut budget

Topix Technology menjual dan membaiki komputer, laptop, serta telefon bimbit. Malahan, laptop baru, refurbish laptop, komputer gaming, dan barangan gaming lain turut dijual di Topix Technology. Harga barangan Topik Technology mengikut budget anda. Artis Malaysia iaitu Jihan Muse turut membeli produk mereka. Selain itu, mendapat ulasan yang positif dari ramai pelanggan yang berkunjung ke situ.

Alamat: 42-G, Jalan Dinar F U3/F, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone:  +6010-3367788

Whatsapp Topix Technology Sdn Bhd


3. OK Computer Solution Shah Alam, Seksyen 7

Kedai komputer Shah Alam

Kedai komputer di seksyen 7 ini menyediakan servis membaiki Macbook, Imac dan laptop jenama lain dengan harga yang berpatutan. Pasukan kakitangan juga sentiasa komited dan bersedia mendengar masalah anda. Dari laptop biasa hingga desktop yang lebih tinggi, kedai ini mampu memberikan nasihat yang berguna mengenai penyelesaian terbaik untuk masalah laptop anda. OK Computer Solution juga berdekatan dengan 99 Speedmart, Big Apple dan Giant Hypermarket.

Alamat: Pusat Komersial, Jalan Plumbum V 7/V, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +603-55243431

Whatsapp OK Computer Solution Shah Alam


4. G.M.C. Multimedia Computer, Seksyen 18 Shah Alam

GMC Multimedia

GMC Multimedia adalah sebuah kedai komputer yang menyediakan servis membaiki komputer dan menjual aksesori komputer yang berkaitan. Kedai komputer yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam ini mula beroperasi sejak tahun 2002, ia merupakan salah satu kedai komputer yang beroperasi paling lama dan berpengalaman di shah alam.

Selain daripada menjual pelbagai alat alat komputer dan aksesori komputer, GMC juga menyediakan servis troubleshooting dari jauh, servis ini amat membantu untuk mereka yang tidak senang untuk mengunjungi kedai dan hendak menyelesaikan masalah komputer mereka dengan cepat. Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara remote, team teknikal GMC sedia datang ke tempat anda untuk kerja membaiki.

Harga yang berpatutan dan kualiti servis yang baik sering disebutkan oleh pelanggan GMC, kedai komputer ini amat bagus dan diyakinkan oleh orang ramai.

Alamat: 3, Jalan Pinang E 18/E, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: +603-55450199

Whatsapp OK Computer Solution Shah Alam


5. JAYACOM by JCI Ventures

JAYACOM by JCI Ventures

Pelbagai barangan komputer yang menarik boleh didapati di JAYACOM. Antaranya ialah Keyboard, Mouses, Monitor, CPU dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga ada menjual aksesori untuk komputer dengan tawaran harga yang mampu milik. Sekiranya anda merupakan peminat game, anda boleh mendapatkan pc dan keyboard game khas yang terbaik di sini. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh mendapatkan kerusi dan meja game yang dijamin akan memberikan anda keselesaan yang baik sewaktu anda bermain game.

Mereka juga ada menawarkan barangan elektrik yang berkualiti tinggi di sini. Antaranya ialah pengecas telefon untuk dalam kereta, CCTV, kabel telefon, tablet dan banyak lagi. Yang menariknya, mereka sering membuat promosi hebat bagi sesetengah barangan komputer di kedai mereka.

Alamat: Lot 3-01 to 3-05, 3rd Floor, Plaza Alam Sentral, Jalan Majlis, Seksyen 14, Alam Sentral, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5510 2098


6. Zen Pixel Solutions

Zen Pixel Solutions

Sekiranya anda ingin mencari komputer terbaik dengan harga yang berpatutan, anda perlu mengunjungi ke Zen Pixel Solutions. Antara barangan komputer yang boleh didapati di sini ialah Hardisk, RAM, Skrin LED dan banyak lagi. Selain itu, di sini juga mereka ada menawarkan perkhidmatan membaiki dan servis komputer. Ia akan dilakukan oleh pekerja mereka yang mahir dan boleh dipercayai.

Kepada anda yang masih mencari laptop untuk kegunaan kerja atau sebagainya, anda boleh mendapatkannya di kedai mereka kerana bukan hanya komputer sahaja yang ditawarkan di sini. Jika pengecas laptop anda rosak, anda boleh mencari pengecas baru di sini kerana mereka ada menawarkan pengecas laptop untuk pelbagai jenama.

Alamat:  Lot 4-16, Tingkat 4, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-370 7529

Whatsapp Zen Pixel Solutions


Kedai Komputer Best di Klang


1. Helpcom Technology, Taman Bayu Perdana

Kedai laptop harga berpatutan

Helpcom Technology ditubuhkan sejak tahun 2008 dan sebanyak 22,889+ laptop & komputer telah dijual oleh syarikat ini. Sebelum menjual kepada pelanggan, kakitangan Helpcom Technology akan memeriksa semula produk tersebut untuk melihatnya berfungsi dengan sempurna bagi menjamin kualiti produk penjualan. Antara produk yang ditawarkan ialah laptop Intel, Ryzen PC, komputer riba baru, dan komputer yang diperbaharui dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah menangani pembaikan komputer desktop, komputer riba, notebook, monitor, pencetak, penyelenggaraan secara berkala pada sistem dalam talian, format sistem, software & hardware upgrade, pemasangan kamera CCTV & penggera, konfigurasi PC, Server, NAS, Network, dan pembuangan virus. Sekiranya komputer anda mengalami masalah bateri tidak berfungsi, touchpad tidak berfungsi, dan sistem sangat perlahan kunjungilah kedai ini untuk dapatkan nasihat berkaitan komputer. Penghantaran percuma turut disediakan bagi kawasan terpilih di Klang dan untuk kawasan lain, anda boleh menghubungi kedai ini untuk maklumat lebih lanjut.

Alamat: 65, Jalan Batu Unjur 8, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am – 7.00pm, Sabtu: 9.30am – 6.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +603-33186099

Whatsapp Helpcom Technology


2. Bess IT Sdn Bhd, Bandar Bukit Tinggi 1

Kedai yang menjual laptop murah

Ditubuhkan sendiri oleh sekumpulan usahawan muda yang berminat dalam perniagaan penjualan, pemasaran perkakasan, dan perisian komputer yang dipasang sendiri membentuk komputer peribadi dengan jenama “ANEX, generasi IT ”. Kedai komputer Klang ini turut menerima anugerah dan diiktiraf oleh AMD, Canon, Samsung, Microsoft, Intel, Philips, dan Hewlett Packard sebagai rakan perniagaan mereka. Selain menjual laptop, perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah membaiki outdoor/ onsite support, pemulihan hard disk, penghapusan virus, pemasangan rangkaian rumah & pejabat, membaiki mesin pencetak, dan format/ setting/ reinstallation / backup service.   

Alamat: 19 0, Jalan Batu Nilam 4, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 10.00am – 8.00pm, Ahad: 10.00am – 5.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Lazada | Ulasan Bisnes | Phone: +603-33442248

Whatsapp Bess IT Sdn. Bhd


3. ALL IT Hypermarket Sdn Bhd, Shaw Centerpoint

Kedai yang menjual laptop dan peralatan gaming.

Kedai yang terkenal di Klang dalam menjual laptop, notebook, desktop, aksesori komputer, pembesar suara, iphone, ipad, telefon pintar, printer, drone, kamera ip, wireless adapter, wireless router, peralatan gaming, dan sebagainya. All It Hypermarket juga memiliki beberapa cawangan lain di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Lokasi kedai komputer Klang ini sangat strategik kerana terletak di pusat membeli-belah Shaw Centerpoint dan juga menempatkan The Store Departmental Store. Outlet ini juga berdekatan Taman Berkeley, Bandar Baru Klang,dan I-City. Malahan, mendapat sambutan baik dari pelajar tempatan, pekerja pejabat berdekatan dan penduduk asing.

Alamat: Lot L3-02, 3rd Floor, Shaw Centerpoint, Jalan Raja Hassan, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +603-33452636

Whatsapp ALL IT Hypermarket Sdn Bhd


4. Skywalker Solution

Skywalker Solution

Sekiranya anda mencari kedai komputer yang menawarkan barangan berkualiti dengan harga yang berpatutan, anda wajib untuk berkunjung ke Skywalker Solution. Antara jenama komputer yang boleh didapati di sini ialah Samsung, Acer, Micaq dan banyak lagi. Komputer yang ditawarkan juga mempunyai warranty selama 2 bulan selepas tempoh pembelian.

Selain itu, alat ganti untuk komputer seperti monitor, hard disk dan pelbagai lagi boleh dibeli di kedai mereka. Anda tidak akan merasa menyesal sekirannya memilih untuk berkunjung ke kedai mereka kerana layanan yang akan diberikan oleh pekerja di sana sangat baik dan membantu.

Alamat: No 10a, Jalan Sg Nibong 9a, off, Jalan Kapar, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-252 0738

Whatsapp Skywalker Solution


5. Contech Computer, Pekan Kapar

Contech Computer, Pekan Kapar

Contech Computer yang terletak di Pekan Kapar ini merupakan antara kedai komputer yang boleh dipercayai dan hanya menawarkan barangan yang berkualiti tinggi. Contech Computer telah didirikan pada tahun 2003. Dengan mempunyai pengalaman yang melebihi 18 tahun dapat membuktikan yang kedai komputer ini sememangnya berjaya berkembang dengan maju dalam bidang IT.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai pekerja yang friendly di sini dan tidak akan malu untuk berkongsi pendapat tentang komputer yang terbaik untuk anda. Jangan risau untuk berkunjung ke kedai ini kerana lokasi kedai mereka ini sangat mudah untuk dijumpai.

Alamat: No 232A, Jalan Besar, Pekan Kapar, 42200 Kapar, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-3250 9529


6. Contech Computer (M) 

Contech Computer (M)

Sekiranya anda masih mencari komputer, anda wajib untuk berkunjung ke Contech Computer (M) kerana mereka menawarkan pelbagai model komputer yang menarik. Selain itu, anda juga boleh menghantar komputer anda untuk di servis di sini dengan tawaran harga yang berpatutan.

Bukan itu sahaja, alat ganti komputer dan aksesori yang cantik juga boleh dicari di kedai mereka. Kedai ini sering memberikan potongan harga yang menarik dan membuat promosi hebat bagi sesetengah barangan yang mereka tawarkan. Ia pasti dapat menjimatkan duit poket anda dapat perbelanjaan komputer.

Alamat: No. 61, Jalan Cokmar 1, Taman, Off, Jalan Meru, Mutiara Bukit Raja, Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 7.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-3342 4122


7. IT One Zone Solutions Sdn Bhd

IT One Zone Solutions Sdn Bhd

IT One Zone Solutions Sdn Bhd merupakan salah satu kedai komputer di Selangor yang wajib untuk anda kunjungi. Kedai ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan telah menjadi antara kedai komputer yang terbaik. Barangan yang mereka tawarkan juga mempunyai kualiti yang tinggi dengan tawaran harga yang hebat.

Anda juga boleh mendapatkan anti-virus untuk di muat turun ke dalam laptop atau komputer anda di kedai ini. Ia dapat menjamin keselamatan data yang terdapat dalam komputer anda. Pekerja mereka sedia memberikan pendapat atau nasihat yang berguna tentang komputer agar anda boleh mendapatkan komputer yang terbaik.

Alamat: L6-2-23A, Jalan Pekan Baru 35, Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-3342 0148


8. MahTech

MahTech

Jangan susah hati jika komputer anda bermasalah kerana anda boleh membaikinya di kedai komputer MahTech. Mereka mampu membaiki dengan baik untuk segala kerosakan yang berlaku pada komputer. Pekerja mereka yang ditugaskan untuk membaiki komputer juga merupakan seorang yang pakar dan boleh dipercayai.

Dijamin komputer anda akan pulih dengan baik dan mampu berfungsi seperti biasa sekiranya anda memilih untuk membaiki komputer anda di kedai mereka. Bukan itu sahaja perkhidmatan yang ditawarkan di sini, malah jika komputer anda perlu di servis juga anda boleh menghantarkan komputer atau laptop anda ke kedai ini.

Alamat: Lorong Sultan Abdul Samad 45a, Bandar Sultan Suleiman, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Waktu Operasi: 6.00pm – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-286 4872

Whatsapp MahTech


9. Ailfah Pc 

Ailfah Pc

Sekiranya anda masih mencari kedai komputer yang terbaik untuk membaiki kerosakkan yang berlaku pada komputer kesayangan anda, sila berkunjung ke kedai komputer Ailfah Pc. Bukan itu sahaja, jika anda ingin servis komputer atau laptop anda dengan sempurna, juga boleh melakukannya di sini. Mereka juga menawarkan khidmat servis komputer untuk pelbagai jenama komputer.

Yang menariknya di sini ialah mereka menawarkan khidmat servis atau format laptop dengan harga serendah RM 35 dan masa yang diambil hanyalah 4 jam atau dalam masa sehari. Selain itu, mereka juga ada menawarkan perkhidmatan untuk install segala jenis software atau permainan. Antara servis menarik yang mereka tawarkan di sini ialah servis  cuci kipas laptop bagi mengelakkan daripada overheat.

Alamat: 61, Jalan Pendamar Indah 5a, Taman Pendamar Indah, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Waktu Operasi: 12.00pm – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-214 9592

Whatsapp Ailfah Pc 


10. Global IT Distribution Sdn Bhd

Global IT Distribution Sdn Bhd

Global IT Distribution Sdn Bhd menawarkan pelbagai komputer yang berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang hebat. Selain itu, banyak lagi alatan komputer seperti tetikus, LCD, keyboards, Hard disk dan monitor yang boleh didapati di kedai komputer ini. Mereka juga menawarkan printer yang menarik di sini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan projector yang terkini di kedai ini. Yang menariknya di sini ialah anda boleh menjual barangan elektronik anda yang masih elok dan tidak digunakan lagi kepada mereka. Daripada ia dibiarkan begitu sahaja, ada baiknya untuk anda menjualkannya dan mendapatkan duit daripada hasil jualan tersebut.

Alamat: 36-1, Lorong Batu Nilam 3c, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 6.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: 03-3884 9144


11. Age Tech Computer Centre

Age Tech Computer Centre

Age Tech Computer Centre menawarkan pelbagai komputer daripada jenama yang terkenal. Jangan risau sekiranya komputer kesayangan anda sedang rosak atau dalam keadaan yang tidak baik kerana di sini mereka mampu membaiki segala masalah yang terjadi pada komputer atau laptop. Kedai komputer ini antara kedai yang menjadi pilihan ramai orang dan antara kedai yang boleh dipercayai.

Di sini mereka bukan sahaja mempunyai pekerja yang mempunyai sikap yang ramah malah pemilik kedai komputer ini juga mempunyai sikap yang baik dan mesra. Harga barangan yang ditawarkan di sini juga sangat berpatutan. Sememangnya sukar untuk mencari ulasan yang buruk tentang kedai ini di ruangan ulasan mereka.

Alamat: 10-0, Lorong Batu Nilam 3b, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 6.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 03-3323 1563


Kedai Komputer Best di Setia Alam


1. Jawecom PC, (Tingkat 2) Setia Alam

Kedai komputer untuk gamer

Jawecom PC boleh membina komputer tersuai berdasarkan bajet anda untuk gamer, streamer, peminat pc atau pc pejabat dan bertapak lebih dari 4 tahun di Shah Alam. Selain itu, menyelesaikan masalah komputer, pembersihan debu, pemasangan sistem operasi, dan pengurusan kabel dengan sedikit bayaran beserta jaminan selama 14 hari. Penyelesaian masalah percuma khas diberikan untuk pelanggan yang membeli satu set PC penuh. Selain itu, menyediakan custom gaming pc, penyejukan air khusus, modding kes, dan pemasangan bahagian komputer. Perkhidmatan pos produk dan perkhidmatan penghantaran di sekitar kawasan Lembah Klang turut disediakan untuk pelanggan.

Alamat: 24-2f, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman web | Twitter | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:017-2250615

Whatsapp Jawecom PC


2. Ideal Tech PC, Setia Alam

Kedai menerima anugerah Honesty Award

Ideal Tech PC juga mempunyai cawangan di Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur. Selain itu, menerima beberapa anugerah iaitu Intel Platinum 2019, Cryorig Malaysia Distributor, FSP Authorized Reseller, G.Skill Malaysia Distributor, Asia Honesty Award 2016, dan beberapa anugerah lain. Tambahan pula, lebih dari 40000 Pc terjual sejak ditubuhkan pada tahun 2007 dan ujian dilakukan terhadap produk sebelum dihantar ke pelanggan. Ideal Tech Pc turut mempunyai ramai pelanggan yang berhubung melalui Shopee dan Lazada.

Alamat: Jln Setia Gemilang BM U13/BM, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), Sabtu – khamis: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | LazadaEmail | Ulasan Bisnes | Phone: 03-92023137

Whatsapp Ideal Tech Pc


3. Racun Tech, Setia Alam

Pembayaran ansuran melalui Aeon

Racun Tech berjaya menjadi salah satu kedai komputer terkenal di Shah Alam dan berdekatan dengan kedai Jawecom Pc. Selain itu,mendapat banyak ulasan baik dari pelanggan mereka. Kedai komputer Shah Alam ini turut memiliki cawangan di Pulau Pinang dan Bangi, Selangor. Pembayaran secara ansuran disediakan melalui Aeon dan pemasangan komputer adalah percuma. Sekiranya anda berminat, anda boleh meninjau harga komputer di laman web Racun Tech.

Alamat: No 46-2F, Jalan Setia Perdana BF U13/BF, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Khamis & Sabtu (10.00am – 7.00pm), Jumaat (2.30pm – 7.00pm)

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-89663452

Whatsapp Racun Tech


4. Netstore, Setia Alam

Laptop baru dengan jaminan

Kedai ini hanya menjual produk asli dan baru serta produk jaminan tempatan. Kedai komputer Netstore ini terletak bersebelahan Public Bank, tingkat 1 dan berhampiran Neo FitStudio. Sekiranya anda ingin mengambil sendiri produk, anda boleh mengunjungi kedai serta membuat pembayaran secara tunai dan pindahan dalam talian sahaja. Antara produk yang dijual ialah pakej pc, kerusi gaming, webcam, kipas laptop, motherboard, mikrofon mudah alih, tetikus, dan lain-lain.

Alamat: NO. 33, Seksyen, U13, 2, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 11.00am – 4.00pm

Lokasi | Lelong | Instagram | Facebook | Shopee | Lazada | Ulasan Bisnes | Phone: +603-33582966

Whatsapp Kedai Netstore


 

4.6/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Elektrik Berkualiti dan Murah di Sekitar Kajang

Barang elektrik merupakan barang keperluan untuk setiap rumah. Walaupun terdapat banyak kedai elektrik di Kajang, anda pasti mencari kedai yang menjual barang elektrik yang...

10 Kedai Jual Kerusi Gaming Malaysia Murah & Best di Lembah Klang

Ramai akan bertanya, kenapa kerusi gaming (gaming chair) diperlukan padahal kerusi biasa juga boleh digunakan dengan harga yang jauh lebih murah? Adakah kerusi gaming...

10 Kedai Komputer Rawang dan Sungai Buloh yang BEST

Di zaman moden kini, terdapat pelbagai pilihan gajet teknologi dan barangan komputer (computer devices) yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik. Lewat...

10 Kedai Komputer Best di Putrajaya dan Cyberjaya

Barangan komputer (computer devices) amat penting di era digital bagi memenuhi keperluan kehidupan moden seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara atas talian dan pembelian...

7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

Perkakas elektrik merupakan kemudahan asas yang dapat membantu anda melakukan aktiviti harian. Sekiranya anda adalah pasangan yang ingin memulakan kehidupan di kediaman baru, barangan...

7 Kedai Elektrik Yang Best di Subang Jaya!

Barangan elektrik antara perkara asas yang wajib ada di setiap isi rumah, bukan? Dari sekecil-kecil saiz seperti blender, toaster dan pemanas air, sehinggalah sebesar-besar...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Kanage
1 year ago

Hi hello. Want to ask abt computer price between 2000?
For studies

Victor
Victor
11 months ago
Reply to  Kanage

Hi, you may contact to Cynetech Trading
WhatsApp @ https://wa.me/60193859448
or call @ 603-55199448

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x