Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kedai Komputer Best di Kajang dan Bangi

Di era digital yang kian pesat, barangan-barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar melakukan pembelajaran secara atas talian dan pembelian barang secara atas talian. Komputer tidak sahaja digunakan untuk memenuhi keperluan bekerja dan belajar, tetapi turut digunakan sebagai hiburan seperti bermain permainan komputer, mendengar lagu dan melayari saluran TV online seperti Netflix.

Semakin banyak kedai-kedai komputer menawarkan pelbagai jenis produk komputer yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang murah.  Antara jenama komputer riba dan komputer meja yang terkenal dalam kalangan pengguna gajet di Malaysia adalah seperti HP, ASUS, Acer, Dell, Lenovo, Toshiba, Apple Macbook dan Samsung. Pengguna juga mengunjungi kedai-kedai komputer bagi mendapatkan pelbagai aksesori dan gajet komputer yang canggih dan terkini, seperti komputer CPU, komponen komputer, gajet rangkaian komputer, perisian komputer dan hard-disk.

Di sini kami paparkan kedai-kedai komputer yang wajib anda kunjungi dan membeli-belah sekiranya anda menetap di sekitar kawasan Kajang dan Bangi. Terdapat juga kedai-kedai komputer yang menawarkan khidmat servis dan membaiki komputer dengan harga yang murah.

Kedai Komputer Best Di Kajang


1. HardNet Technology Sdn Bhd, Taman Sri Langat

HardNet Technology Sdn Bhd

HardNet Technology Sdn Bhd menjual pelbagai jenis komputer riba dan aksessori komputer berkualiti tinggi seperti printer, skrin LCD, projector, hard-disk, dakwat printer dan toner printer.  Terletak di Taman Sri Langat, lokasi kedai ini amat mudah dikunjungi dan diakses dengan pengangkutan awam.  Selain daripada menjual barangan hardware dan software, HardNet Technology Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan membaiki komputer yang bermasalah.

Sekiranya anda mengikuti laman Facebook HardNet Technology Sdn Bhd, kedai komputer ini banyak berkongsi spesifikasi komputer-komputer riba yang dijual bagi membantu pelanggan membuat pilihan yang bijak.  HardNet Technology Sdn Bhd mendapat pelbagai ulasan-ulasan pelanggan yang positif di laman Google berdasarkan perkhidmatan pelanggan yang efektif.

Alamat: 184 & 185 Ground Floor, Jalan Langat 1, Taman Sri Langat, 43000 Kajang , Selangor

Waktu Operasi: 10am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Shopee | Lazada | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8736 2099

Whatsapp HardNet Technology Sdn Bhd


2. ITware Technology, Lotus’s Kajang

ITware Technology

ITware Technology   menawarkan khidmat penjualan pelbagai jenis komputer dan gajet high-tech dengan harga yang mampu milik. ITware Technology yang terletak di Lotus’s Kajang, lokasi kedai komputer ini mudah dikunjungi dan diakses oleh penduduk setempat.  Antara perkhidmatan pembaikian komputer dan gajet adalah seperti berikut:

  • Pemasangan system ICT di pejabat dan pusat perniagaan
  • Pemasangan rangkaian internet dan wireless di rumah, termasuklah rangkaian printer, komputer dan jaringan ICT
  • Perkhidmatan pembaikian komputer seperti PC reformatting, penggantian skrin komputer yang pecah, data back-up dan recovery, pemasangan perisian komputer dan mengoptimasikan prestasi komputer anda.

Alamat: Lot 7A , Ground Floor, Lotus’s Kajang(formerly known as Tesco Kajang), Persiaran Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-87409940

Whatsapp ITware Technology 


 3. Fixer Gadget Kajang, Prima Saujana 

Fixer Gadget Kajang

Fixer Gadget Kajang menawarkan khidmat pembaikian komputer dan gajet smartphone dengan harga yang murah. Pembaikian komputer dan gajet dilakukan oleh profesional yang terlatih. Antara gajet-gajet yang boleh dihantar untuk dibaiki adalah seperti iPhone, iPad dan telefon pintar Android.  Selain itu, Fixer Gadget Kajang menawarkan pelbagai khidmat berkaitan penyelenggaraan komputer dan sistem rangkaian ICT di rumah dan perniagaan.

Fixer Gadget Kajang turut menjual pelbagai aksessori komputer dan gajet mesti milik seperti webcam, TV smartbox, tetikus, papan kekunci dan hard-drive yang boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan.  Laman Facebook Fixer Gadget Kajang turut menampilkan pelbagai testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti khidmat pembaikian gajet dan hasil gajet sebelum dan selepas pembaikian.

Alamat: 11, Jalan Prima Saujana 2/F, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 12pm-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:019-356 0016

Whatsapp Fixer Gadget


4.  Actscom Sdn Bhd, Jalan Bukit 

Actscom Sdn Bhd

Actscom Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis hardware komputer bagi memenuhi keperluan industri seperti syarikat, perniagaan, SME, rangkaian peruncitan, pejabat kerajaan dan universiti. Selain daripada mengunjungi kedai untuk membeli peralatan komputer, pelanggan boleh membuat tempahan produk melalui Whatsapp atau membeli di kedai online Actscom Sdn Bhd di Shopee. Pembayaran boleh dilakukan melalui kad debit, cash-on-delivery (COD), e-wallet, online transfer atau melalui Shopee Pay . Penghantaran produk boleh diuruskan sebaik mungkin oleh Actscom Sdn Bhd.

Terdapat pelbagai jenama komputer riba dan komputer meja berkualiti tinggi seperti HP, Dell, Acer, ASUS, Lenovo dan banyak lagi.  Kesemua produk adalah hadir dengan waranti tertentu yang bergantung kepada terma dan syarat.   Actscom Sdn Bhd turut mendapat pelbagai ulasan positif dari pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pelanggan syarikat.

Alamat: 15, Ground Floor, Jalan Jeloh 3, Off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8733 5930

Whatsapp Actscom Sdn Bhd


5. KRCB Kajang, Prima Saujana 

KRCB Kajang

KRCB Kajang menawarkan perkhidmatan membaiki gajet berjenama Apple seperti Macbook, iPad, iWatch, iPhone, komputer riba dan smartphone Android. Pelanggan juga boleh menyelamatkan data-data penting yang hilang di dalam komputer dan gajet mereka menerusi perkhidmatan data back-up. Menariknya, KRCB Kajang turut mempunyai unit penyelidikan (R&D) tersendiri yang mana syarikat ini akan sentiasa mempelajari teknik-teknik terkini dan teknologi membaiki gajet dan peralatan komputer canggih.

KRCB Kajang turut membekalkan pelbagai jenis spare-part komputer dan gajet dari pelbagai jenama komputer dan smartphone seperti Huawei, Oppo, Vivo, Xiomi dan Samsung. Pembelian spart-part peralatan gajet boleh dibeli secara atas talian di Shopee dan Lazada.

Perniagaan KRCB Kajang kini amat berkembang pesat, yang mana ianya telah mempunyai 5 cawangan di sekitar Lembah Klang.

Alamat: A-31-GB, Jalan Prima Saujana 2/A, Prima Saujana 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 11am-9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:019-222 1274

Whatsapp KRCB Kajang


6. SMS COMPUTER SDN BHD

sms komputer kajang

SMS COMPUTER SDN BHD menawarkan perkhidmatan servis komputer yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Selain itu, pelbagai barangan komputer yang menarik dan berkualiti tinggi boleh didapati di sini. Tidak akan mengambil masa yang lama untuk mereka servis laptop atau komputer anda.

Pelbagai barangan komputer yang terkini dan tercanggih boleh didapati di kedai ini. Pekerja mereka akan menjawab segala pertanyaan anda tentang komputer dan akan berkongsi pendapat yang terbaik agar anda boleh mendapatkan komputer yang hebat di sini. Dijamin anda akan berpuas hati dengan servis yang akan diberikan dan kualiti barangan yang dijual.

Alamat: No T181-185 & T185A, 3rd Floor, Bandar Kajang, Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 9.30pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8734 4421


7. Bite Bucket

Bite Bucket

Bite Bucket merupakan antara kedai komputer di Selangor yang terbaik dan telah menjadi kesukaan ramai. Pelbagai jenama terkenal komputer atau laptop ditawarkan di kedai ini. Antaranya ialah Asus, Lenovo, HP, Compaq, Intel dan banyak lagi. Yang istimewanya di sini ialah mereka ada menawarkan skrin komputer terkini yang boleh diputar dengan harga RM 950 bagi i5 dan harga RM 1050 bagi i7.

Jangan risau sekiranya komputer atau laptop anda perlu di servis atau dibaiki kerana mereka juga ada menawarkan perkhidmatan membaiki dan servis komputer yang hanya akan memakan masa selama sehari. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan membuat banner, kad nama dan brochure.

Alamat: 5, Jalan Seri Putra 3/10 Bandar Seri Putra Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-338 2346

Whatsapp Bite Bucket


Kedai Komputer Best Di Bangi


1. Touch Media Laptop Specialist Bangi, Bangi Gateway Shopping Complex

Touch Media Laptop Specialist Bangi

Touch Media Laptop Specialist Bangi menyediakan perkhidmatan menjual komputer baru dan terpakai, membaiki komputer, menjual alat ganti komputer dan menaik taraf komputer.

Sekiranya anda sering tertekan dengan prestasi komputer yang semakin lembap, anda disarankan untuk menghantar ke pakar membaiki komputer di Touch Media Laptop Specialist untuk meningkatkan prestasi komputer. Perkhidmatan memeriksa sebarang kerosakan komputer adalah percuma.

Senarai harga perkhidmatan di Touch Media Laptop Specialist boleh dirujuk pada laman Facebook Touch Media Laptop Specialist.  Laman Facebook Touch Media Laptop Specialist sering memaklumkan pelanggan akan produk-produk terkini yang dijual, oleh itu ikuti laman Facebook kedai komputer ini bagi mendapatkan makluman promosi produk terkini.

Alamat: No. D-03-1, Tingkat 1, Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 12pm-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-763 9964

Whatsapp Touch Media Laptop Specialist


2. Mecnote Bangi, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi 

Mecnote Bangi

Mecnote Bangi menawarkan kepakaran dalam pembaikian produk-produk jenama Apple seperti Macbook, iMac, iPad, iPhone dan komputer riba.  Staf-staf di Mecnote Bangi berkemahiran tinggi dalam pembaikian produk Apple dan mempunyai pengalaman hampir 8 tahun dalam bidang ini. Oleh itu , anda tidak perlu lagi risau apabila menghantar produk Apple anda untuk dibaiki.  Terdapat pelbagai isu berkaitan dengan produk Apple yang boleh diselesaikan oleh team Mecnote Bangi, antaranya ialah Macbook yang tiada paparan display, Macbook yang tutup secara tiba-tiba, masalah bateri Macbook, membaiki kualiti paparan bunyi  Macbook, dan macam-macam lagi.

Senarai khidmat Mecnote Bangi boleh dirujuk pada laman web Mecnote Bangi.  Laman Facebook Mecnote Bangi Berjaya mendapat rating 5 bintang daripada pelanggan-pelanggan yang amat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan mereka.  Laman sesawang Mecnote Bangi turut memberikan makluman lanjut mengenai tips-tips penjagaan gajet Apple agar gajet anda tahan lama dan tidak mudah rosak.

Alamat: D-1-7 Jalan 3/38A, 43650 Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8211 3964

Whatsapp Mecnote Bangi 


3.  DR.PC, Bangi Gateway

 DR.PC, Bangi Gateway

DR.PC yang terletak di  Bangi Gateway menawarkan pelbagai jenis komputer riba dari pelbagai jenama dan aksessori komputer dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi.

DR.PC turut menjual barangan spare-part untuk komputer riba seperti bateri komputer, papan kekunci, PC adapter, skrin LCD dan perkhidmatan mengformat komputer riba. Perkhidmatan menservis dan mengformat komputer riba boleh disiapkan dalam masa tiga hari.  Khidmat pembaikian komputer adalah murah-murah sahaja di Dr. PC. Jadi sekiranya anda ingin berjimat, anda disarankan menghantar komputer untuk dibaiki di DR.PC Bangi.

Alamat: No. C, 5-1, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 10am-9.45pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:03-8210 4499

Whatsapp DR.PC


4. Klinik Laptop TJ Bangi, Seksyen 3,  Bandar Baru Bangi

Klinik Laptop TJ Bangi

Klinik Laptop TJ Bangi menawarkan perkhidmatan membaiki komputer riba bagi memastikan prestasi komputer riba anda dapat dioptimumkan sebaiknya.   Klinik Laptop TJ Bangi turut mampu menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan komputer dengan bantuan golongan professional yang berkemahiran tinggi dalam bidang membaiki komputer.

Antara aksesori komputer yang dijual di sini adalah bateri komputer dari pelbagai jenama komputer terkenal seperti Acer, HP, Compaq, Lenovo, ASUS, Dell dan Toshiba.  Kebanyakan pelanggan yang menghantar komputer mereka di Klinik Laptop TJ Bangi amat berpuas hati dengan servis dan harga perkhidmatan, seperti yang tertera di ulasan-ulasan perniagaan Google.

Alamat: No 16B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web  | Ulasan Bisnes  |  Phone: 016-450 7422

Whatsapp Klinik Laptop TJ Bangi


5. Carikom Bangi, Seksyen 9,  Bandar Baru Bangi

Carikom Bangi

Carikom Bangi menawarkan pelbagai  jenama komputer riba, aksessori komputer dan gajet moden bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden anda.  Antara produk yang dijual adalah seperti printer dari jenama terkenal seperti Canon, dakwat printer, webcam, headset, Wi-fi router dan USB pendrive.

Carikom Bangi turut menjual peralatan-peralatan gaming seperti earbud berkualiti tinggi ,  joystick, speaker berkualiti tinggi , tetikus dan papan kekunci.  Carikom Bangi sering mengadakan pelbagai promosi hebat dari masa ke masa, oleh itu ikuti laman Facebook Carikom Bangi supaya anda tidak ketinggalan akan promosi produk gajet hebat.

Alamat: No. 33-G, Jalan 9/9c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web  | Ulasan Bisnes  |  Phone:03-8210 7079

Whatsapp Carikom Bangi


Kedai Komputer Best Di Seri Kembangan


1. Citizen Computer Sales & Services

citizen computer

Citizen Computer merupakan antara kedai komputer terbaik dan menjadi kesukaan ramai. Bukan hanya menawarkan komputer yang berkualiti baik malah laptop, notebook dan printer juga boleh didapati di kedai mereka. Di sini juga, anda boleh mendapatkan pelbagai aksesori komputer yang menarik. Semestinya barangan di kedai mereka ditawarkan dengan harga yang murah-murah.

Seperti namanya, Citizen Computer Sales & Services, mereka juga menawarkan perkhidmatan membaiki komputer yang rosak dan servis komputer. Dengan memilih untuk servis komputer atau laptop anda di kedai ini akan menjaminkan ia akan sentiasa berada dalam keadaan yang elok dan baik.

Alamat: 7, Jalan Equine 9c, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8958 4382

Whatsapp Citizen Computer Sales & Services


2. Dorich Computer Automation

Dorich Computer Automation

Dorich Computer Automation menawarkan pelbagai model komputer yang hebat dan menarik. Kedai komputer ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 oleh pemiliknya yang bernama Encik Peter Wong Yun Hoong. Dengan mempunyai reputasi yang terbaik kini Dorich Computer Automation telah dikenali sebagai syarikat yang boleh dipercayai dan bereputasi dalam industri IT.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan CCTV yang mempunyai reka bentuk terkini di sini. Mereka ada menawarkan perkhidmatan pemasangan CCTV tanpa mengira di mana juga anda ingin memasangnya.

Alamat: 15, Jalan PSK 1, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 5.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-278 4438

Whatsapp Dorich Computer Automation 


 

4.5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Elektrik Tip Top Yang Ada di Sekitar Bangi

Apabila hampir tiba musim perayaan, ramai di antara kita mahu menukar barangan elektrik baru. Tambah lagi jika anda ingin membuat pendapatan sampingan seperti menjual...

7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

Perkakas elektrik merupakan kemudahan asas yang dapat membantu anda melakukan aktiviti harian. Sekiranya anda adalah pasangan yang ingin memulakan kehidupan di kediaman baru, barangan...

Top 10 Kedai Komputer Best di Puchong & Kota Kemuning

Amalan bekerja dari rumah memerlukan pelbagai gajet teknologi (technology gadget) dan peralatan komputer (computer devices) agar produktiviti kerja dapat dikekalkan ke tahap optimum. Memandangkan...

10 Kedai Komputer Best di Putrajaya dan Cyberjaya

Barangan komputer (computer devices) amat penting di era digital bagi memenuhi keperluan kehidupan moden seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara atas talian dan pembelian...

Top 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yg Best

Peralatan elektrik yang baik mempunyai ciri-ciri seperti tahan lama, berfungsi dengan baik, harga berpatutan, mempunyai warranty oleh kedai, dan semestinya berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai...

10 Kedai Komputer Rawang dan Sungai Buloh yang BEST

Di zaman moden kini, terdapat pelbagai pilihan gajet teknologi dan barangan komputer (computer devices) yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik. Lewat...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tuan TJ
Tuan TJ
2 years ago

Assalamualaikum..
Saya owner kepada Klinik Laptop TJ..

Saya dah 2 kali dapat whatsapp dari link website caridestinasi.com

Mereka tanya berkenaan masalah laptop..
Terim kasih ya masukkan Klinik Laptop TJ sebagai salah satu dari 10 kedai komputer Bangi Kajang..

Semoga diberi rezeki berkat yang melimpah ruah..

Zie
Zie
2 years ago

Hello, saya ingin mengucapkan terima kasih sudi meletakkan Hardnet Technology Sdn Bhd di kajang didalam web anda… saya ingin memaklumkan mengenai perkhidmatan kami juga boleh dibeli melalui whatsapp, facebook, shopee & lazada. dalam musim covid kami sekadar menerima tempahan melalui 4 cara ini untuk mengelakkan jangkitan. kami menerima pembayaran melalui maybank transfer, touch n go & boost, cash, credit card & installment 12 bln bagi pembelian laptop acer menggunakan kad kredit maybank tetapi dimusim covid kami lebih menggalakkan pembayaran melalui maybank transfer, touch n go & boost. kami bukan sekadar menerima pembelian walk-in tetapi juga menawarkan perkhidmatan, penghantaran, pemasangan serta… Read more »

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x