Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Komputer Best di Putrajaya dan Cyberjaya

Barangan komputer (computer devices) amat penting di era digital bagi memenuhi keperluan kehidupan moden seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara atas talian dan pembelian barang secara atas talian. Peralatan komputer juga turut digunakan bagi tujuan hiburan seperti melayari saluran TV online, bermain permainan komputer dan mendengar lagu.

Bagi memenuhi permintaan pasaran, semakin banyak kedai-kedai komputer menawarkan pelbagai jenis produk komputer yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang murah.  Antara jenama komputer riba dan komputer meja yang terkenal dalam kalangan pengguna gajet di Malaysia adalah HP, ASUS, Acer, Dell, Lenovo, Toshiba, Apple Macbook dan Samsung. Bagi mereka yang gemarkan membaiki dan menaik taraf komputer, pengguna boleh mengunjungi kedai-kedai peralatan komputer bagi mendapatkan pelbagai aksesori, alat ganti dan gajet komputer yang terkini seperti komputer CPU, komponen komputer, gajet rangkaian komputer, perisian komputer dan hard-disk.

Untuk memudahkan anda mencari peralatan komputer dan gajet peranti, di sini kami paparkan 10 kedai komputer yang wajib anda kunjungi dan membeli-belah sekiranya anda menetap di sekitar kawasan Putrajaya dan Cyberjaya.

 

Best Kedai Komputer Putrajaya


1. Klinik Komputer Putrajaya, Presint 9

Klinik Komputer Putrajaya

Klinik Komputer Putrajaya yang terletak di Presint 9 menawarkan pelbagai khidmat penyelenggaraan komputer seperti berikut:

  • data backup/recovery
  • menaik taraf RAM, hard disk dan kad SSD
  • membaiki papan kekunci, kipas, motherboard dan skrin komputer
  • memasang peranti, mengubahsuai komputer dan banyak lagi

Perkhidmatan pembaikian komputer dari Klinik Komputer Putrajaya boleh menyelesaikan pelbagai permasalahan komputer yang mana pembaikian komputer dilakukan oleh professional yang terlatih. Alat ganti kelengkapan komputer adalah berkualiti tinggi dan mempunyai waranti agar perlatan komputer anda tahan lebih lama. Sekiranya peralatan komputer anda rosak, anda bolehlah menghantar barangan komputer anda di Klinik Komputer Putrajaya bagi memastikan prestasi komputer anda sentiasa dalam keadaan optimum.

Alamat: No 6B, Tingkat 2, Jalan P9g/7, Presint 9, 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 12pm-9pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone: 011-5990 9960

Whatsapp Klinik Komputer Putrajaya

 

 2. Touch Media Putrajaya, Presint 16

Touch Media Putrajaya 3

Touch Media Putrajaya yang terletak di Presint 16 merupakan sebuah kedai komputer  yang menawarkan penjualan peralatan ICT seperti komputer meja, komputer riba, peralatan komputer, gajet dan aksesori komputer yang hebat. Harga-harga peralatan komputer juga murah-murah dan berkualiti. Touch Media Putrajaya turut menjual pelbagai PC gaming berkualiti tinggi agar pengalaman bermain game anda terasa lebih hebat.

Terletak di kawasan kejiranan Presint 16, kedai komputer Touch Media Putrajaya amat mudah diakses oleh penduduk setempat. Kedai komputer Touch Media Putrajaya turut menawarkan perkhidmatan membaiki komputer rosak dan menservis komputer agar prestasi komputer tahan lama.

Alamat: No 3A,  Aras 1 Kompleks Kejiranan, Presint 16, 62150 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-709 9644

Whatsapp Touch Media Putrajaya

 

3. Acer Concept Store, IOI City Mall Putrajaya

Acer Concept Store

Acer Concept Store yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya menawarkan barangan dan aksesori computer berjenama Acer. Kedai konsep terbaru Acer bukan sahaja menjual komputer riba yang berproduktiviti tinggi, tetapi juga komputer riba gaming dan  pelbagai aksesori-aksesori komputer berkualiti tinggi. Pengguna boleh mendapatkan komputer riba terbaru keluaran Acer dengan pilihan CPU dari AMD atau Intel.

Antara kebaikan menggunakan komputer jenama Acer adalah mesra bajet, kualiti yang hebat, rekaan yang menarik , tahan lama dan performance terbaik dengan harga rendah. Rangkaian laptop Acer Predator amat popular untuk mereka yang gemarkan aktiviti gaming. Sempena musim PKP ini, dapatkan komputer-komputer riba berkualiti tinggi jenama Acer untuk digunakan bagi aktiviti gaming dan bekerja dari rumah agar produktiviti anda tidak terjejas.

Alamat:  L2-28, Second Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC,  IOI Resort City, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8949 9201

Whatsapp Acer Concept Store

 

4. Dell Concept Store, IOI City Mall Putrajaya 

Dell Concept Store 3

Dell Concept Store di IOI City Mall Putrajaya menjual komputer-komputer jenama Dell yang original dan berkualiti tinggi. Anda disarankan mendapatkan komputer jenama Dell di pengedar produk Dell yang sah supaya komputer yang dibeli mendapat perlindungan waranti dan sokongan teknikal dari Dell.

Komputer jenama Dell sememangnya dikenali sebagai komputer berkualiti tinggi, tahan lama, rekaan menarik dan mesra bajet. Ibu bapa yang berhasrat  menghadiahkan komputer untuk pembelajaran anak-anak bolehlah mengunjungi outlet Dell Concept Store bagi mendapatkan komputer riba yang mesra bajet dan berspesifikasi hebat.

Alamat: Lot L2-35, Level 2, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03- 89578290

5. Asus Concept Store, IOI City Mall Putrajaya

Asus Concept Store

Asus Concept Store yang terletak di IOI City Mall Putrajaya menawarkan barangan dan aksesori komputer berjenama Asus.  Peminat produk Asus boleh kunjungi outlet ini untuk mendapatkan produk-produk Asus dengan harga yang hebat.  Menariknya, rekaan dalaman outlet yang trendy membolehkan pengalaman membeli-belah terasa hebat.

Komputer riba jenama Asus sememangnya terkenal dalam komuniti gamers berdasarkan kapasiti dan kemampuan komputer riba yang tinggi dengan CPU yang pantas.  Komputer riba Asus hadir rekaan laptop yang menarik, trendy dan futuristic.  Bajet laptop Asus adalah dalam lingkungan sederhana ke premium.

Alamat: Lot L2-63, Second Floor, IOI City Mall,  Lebuhraya LRC, IOI Resort , 62502  Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 03-82131530

 

6. C-Zone, IOI City Mall Putrajaya 

C-zone

C-zone merupakan one stop center bagi mereka yang gila gajet untuk mendapatkan kepelbagaian produk-produk ICT seperti komputer meja, komputer riba, PC gaming, kerusi gaming, produk Apple, kerusi gaming, aksesori komputer dan produk alat ganti komputer. Terdapat juga DIY starter kit bagi mereka yang berhasrat untuk membina komputer secara sendiri.

Barangan-barangan komputer di C-Zone hadir dari pelbagai jenama dengan kualiti terhebat dan pelbagai lingkungan harga. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya anda meluangkan masa yang lama sewaktu membeli-belah di C-Zone.

Kedai komputer C-Zone yang terletak di IOI City Mall Putrajaya mudah diakses menggunakan pengangkutan awam. Selain mempunyai outlet-outlet di pusat membeli-belah, C-Zone turut mempunyai kedai online yang mana pelanggan dari seluruh dunia boleh membeli-belah atas talian.  Pelanggan juga boleh membuat tinjauan dan bandingan peralatan komputer yang ingin dibeli dengan melayari laman web C-Zone.

Alamat: Lot 2.45, second floor IOI City Mall, Lebuh IRC , IoI Resort, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-2145 8841

Whatsapp C-Zone

 

7. ALL IT Hypermarket Sdn Bhd, IOI City Mall Putrajaya  

ALL IT Hypermarket Sdn Bhd 3

ALL IT Hypermarket Sdn Bhd merupakan lagi satu one stop center menarik sekiranya anda berhasrat untuk membeli barangan komputer di IOI City Mall Putrajaya. Selain mempunyai outlet di IOI City Mall Putrajaya, ALL IT Hypermarket Sdn Bhd turut mempunyai 10 cawangan lain di sekitar Lembah Klang.  ALL IT Hypermarket Sdn Bhd juga mempunyai kedai online yang mana pelanggan boleh membuat tinjauan harga dan perbandingan produk agar pembelian barangan komputer anda lebih berbaloi dan mesra bajet. Semua yang anda perlukan untuk melengkapkan rangkaian ICT boleh didapati di ALL IT Hypermarket Sdn Bhd.

Aksesori-aksesori komputer yang dijual juga hebat-hebat belaka. Di bulan Ogos ini, ALL IT Hypermarket Sdn Bhd menawarkan promosi harga yang hebat dengan potongan harga barangan sehingga 64%. Jadi, siap-siapkan kad kredit anda untuk membeli-belah di ALL IT Hypermarket Sdn Bhd.

Alamat: Lot 2-62, 2nd Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-82132736

 

Best Kedai Komputer Cyberjaya


8. Lucro PC, Persiaran Multimedia, Cyber 11

Lucro PC

Kedai komputer Lucro PC menawarkan PC yang telah diubah suai bagi memenuhi keperluan ICT di rumah dan tempat kerja anda. Anda juga boleh menghantar PC anda untuk diubahsuai, dibaiki dan diservis oleh Lucro PC agar prestasi PC anda dapat dioptimumkan.

Antara perkhidmatan ubah suai Pc yang boleh dilakukan di Lucro PC adalah seperti rendering, pengurusan kabel, pemasangan PC workstation, sistem penyejukan PC dan pemasangan sistem gaming PC untuk pengalaman gaming yang mengasyikkan.  Terdapat pelbagai produk-produk menarik yang dijual di Lucro PC, antaranya ialah motherboard berkuasa tinggi bagi menyokong aktiviti perkomputeran yang memerlukan pemprosesan data yang cekap dan pantas.

Sekiranya anda ingin mendapatkan komputer berkuasa tinggi untuk aktiviti penyelidikan, pemprosesan data, pengiraan dan pengurusan perniagaan, kami sarankan anda berkunjung ke Lucro PC untuk mendapatkan PC yang terbaik.

Alamat: E2.05.08, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 017-700 9943

Whatsapp Lucro PC

 

9. Zen PC Enterprise, Dpulze Shopping Centre

Zen PC

Zen PC menjual pelbagai jenis peralatan komputer asas seperti komputer meja, komputer riba, printer ,  dakwat printer dan aksesori komputer bagi memenuhi keperluan ICT anda. Golongan pelajar dan professional boleh mendapatkan kelengkapan komputer dan gajet peranti di Zen PC memandangkan harga barangan komputer di sini murah-murah belaka. Selain menjual peralatan komputer, pelanggan boleh menghantar komputer yang rosak untuk dibaiki dan diservis di Zen PC. Terletak di pusat membeli-belah Dpulze, kedai komputer Zen PC amat mudah diakses dengan menggunakan pengangkutan awam.

Alamat: P09, Dpulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: 11am-8pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 03-8688 2378

 

 10. Rombo ICT Mart, Plaza Crystalville

Rombo ICT Mart

Rombo ICT Mart menawarkan pelbagai barangan komputer dan perkhidmatan membaiki komputer. Rombo ICT Mart turut dikenali  dengan perkhidmatan pembaikian komputer meja, komputer riba, Macbook, telefon pintar, tablet dan pemulihan data (data recovery) dari peranti yang bermasalah.  Pelanggan juga boleh mengubah suai komputer mereka dengan menaiktaraf komponen SSD, membesarkan kapasiti komputer RAM, membersihkan kipas, mengganti skrin komputer dan menambah PC workstation.

Staf-staf yang membaiki komputer dan peranti adalah professional terlatih, oleh itu anda tidak perlu gusar apabila menghantar komputer dan peranti untuk dibaiki. Sekiranya pelanggan mempunyai sebarang permasalahan komputer, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi dengan staf Rombo ICT Mart secara percuma bagi mendapatkan maklumat tepat untuk menyelesaikan masalah komputer anda.

Alamat: E-G-03A, Plaza Crystalville, Jalan Vita, 1, Lingkaran Cyber Point Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: 9am-6.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:018-220 5900

Whatsapp Rombo ICT Mart

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Komputer Rawang dan Sungai Buloh yang BEST

Di zaman moden kini, terdapat pelbagai pilihan gajet teknologi dan barangan komputer (computer devices) yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik. Lewat...

8 Kedai Elektrik Terbaik di Sungai Buloh yang Anda Perlu Tahu!

Kelengkapan elektrik memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan dan memudahkan kerja-kerja harian kita. Ia juga membantu dalam memberi suasana baru yang segar untuk kediaman...

7 Kedai Elektrik Tip Top Yang Ada di Sekitar Bangi

Apabila hampir tiba musim perayaan, ramai di antara kita mahu menukar barangan elektrik baru. Tambah lagi jika anda ingin membuat pendapatan sampingan seperti menjual...

7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

Perkakas elektrik merupakan kemudahan asas yang dapat membantu anda melakukan aktiviti harian. Sekiranya anda adalah pasangan yang ingin memulakan kehidupan di kediaman baru, barangan...

10+ Kedai Komputer Best di Shah Alam & Klang

Adakah anda sedar atau tidak? Komputer semestinya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kita semua mempunyai alasan berbeza untuk menggunakan laptop sama ada untuk...

Kedai Komputer Best di Kajang dan Bangi

Di era digital yang kian pesat, barangan-barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x