Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Elektrik Tip Top Yang Ada di Sekitar Bangi

Apabila hampir tiba musim perayaan, ramai di antara kita mahu menukar barangan elektrik baru. Tambah lagi jika anda ingin membuat pendapatan sampingan seperti menjual kuih raya, anda pasti memerlukan peralatan lengkap seperti ketuhar, pengisar, mesin pengadun dan sebagainya. 

Ada juga di antara kita yang mahu menghadiahkan ibu bapa mereka barangan elektrik baru seperti peti ais, televisyen, mesin basuh dan sebagainya bila menjelang hari perayaan nanti. Jadi, kami senaraikan 7 kedai elektrik di Bangi untuk membantu anda memilih kedai yang bersesuaian dengan kriteria anda.

7 Kedai Elektrik di Bangi


1. Unity Power Electrical, Taman Kajang Impian

Unity Power Electrical, Taman Kajang Impian

Cadangan pertama untuk senarai kedai elektrik ini adalah kedai Unity Power Electrical yang terletak di Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi. Kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 7.30 petang. Bagi penduduk sekitar kedai ini, mereka pasti kenali kedai elektrik Unity Power Electrical ini.

Jika anda mencari pelbagai perkakas elektrik termasuk hiasan lampu, di sini tempat yang tepat. Rata-rata pelanggan mereka meninggalkan komen positif di Google Review.

Pemilik kedai serta stafnya dikatakan ramah dan akan membantu anda apabila anda berkunjung ke kedai. Harganya juga berpatutan dan mereka sering mengadakan promosi dan memberi barangan percuma. Jadi tak salahkan anda survey di kedai ini dahulu?

Alamat: 45G, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.30 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8927 3909

WhatsApp Unity Power


2. HobbyZone, Jalan Reko

HobbyZone, Jalan Reko

Kedai elektrik HobbyZone yang bertempat di kawasan Bangi ini terletak di tingkat atas kedai aksesori kereta Top Fine, berdekatan dengan Bangi Square. Di HobbyZone ada menjual TV second hand yang sudah dibaiki dengan harga lelong. Jadi, anda kena selalu check Facebook mereka untuk mengikuti tawaran tersebut.

Menariknya HobbyZone ini adalah kedai membaiki TV dan juga menjual alat-alat membaiki televisyen anda. Jika anda ingin belajar membaiki TV dengan cara DIY, HobbyZone menyediakan kelas untuk anda. Anda juga boleh menjana pendapatan sampingan apabila sudah mahir membaiki TV melalui kelas di sini.

Alamat: Top Fine Auto Accessories & Air Cond Services, Jalan Reko, Mutiara 1/2, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (12.15 pm – 9.00 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp HobbyZone


3. One Living, Seksyen 4 Tambahan

One Living, Seksyen 4 Tambahan

Jenama One Living semestinya tidak asing lagi buat rakyat Semenanjung Malaysia. Kedai ini merupakan ‘one stop centre’ untuk pelbagai jenis barangan elektrik dan perabot yang boleh didapati di negara ini.

Kini, One Living mempunyai lebih 40 cawangan di Malaysia barat, menjadikan kedai elektrik ini pilihan orang ramai untuk membeli barangan elektrik. Cawangan di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi ini pula dibuka sekitar tahun 2019.

Para pelanggan mereka amat menyukai koleksi barangan elektrik yang luas seperti lampu, televisyen, mesin basuh, vakum dan sebagainya. Harganya juga berpatutan sesuai dengan kualiti produk.

Selain itu, para staf di sini juga ramah melayan pelanggan mereka dan rajin membantu. Jika anda ingin jimat masa, One Living merupakan solusi terbaik untuk anda!

Alamat: Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-700-81-8480


4. HLK (Chain-Store), Seksyen 4

HLK (Chain-Store), Seksyen 4

HLK Chain Store merupakan kedai elektrik yang telah diasaskan oleh Dato’ Leng Jig Leong. Cawangan pertama kedai ini terletak di Balakong pada sekitar tahun 2000. Kini, HLK Chain Store mempunyai lebih kurang 22 cawangan di kawasan Lembah Klang dan juga Perak.

Pelbagai barangan elektrik yang boleh didapati di cawangan kedai elektrik di Bangi ini, seperti barangan elektrik rumah, dapur, set hiburan rumah, penghawa dingin serta penjagaan badan atau grooming set seperti pengering rambut, shaver, dan sebagainya.

Di samping itu, harga barangan di sini juga berpatutan. Staf mereka juga akan membantu yang memerlukan pertolongan. Jadi, anda tak perlu gusar datang ke HLK Chain Store ini!

Alamat: No. 9G & 9, 1, Jalan 4/12, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8923 1808


5. TBC, Taman Seri Bangi

Kedai Elektrik TBC, Taman Seri Bangi

Seterusnya, kami cadangkan kedai elektrik TBC yang terletak di Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2006 dengan kedai pertamanya terletak di Bandar Baru Sungai Buloh.

Bermula sebagai kedai menjual telefon bimbit, kini TBC telah berkembang menjual barangan elektrik seperti barangan elektrik rumah, dapur, televisyen dan pelbagai lagi. Kedai elektrik TBC ini telah mempunyai lebih kurang 20 cawangan di kawasan Lembah Klang buat masa kini.

TBC fokus untuk menjual barangan elektrik yang mampu milik buat semua isi rumah, jadi, harganya lebih murah berbanding kedai lain. Namun, mereka masih pastikan barangan yang dijual itu berkualiti!

Mereka juga menjual barangan dari lebih 30 jenama tempatan dan luar negara. Staf mereka juga akan membantu anda memilih barangan elektrik yang tepat mengikut kehendak anda.

Alamat: No. G-3A & G-5, Jalan 8/35 Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8922 0186

WhatsApp TBC


6. Grand Senheng, Seksyen 4 Tambahan

Grand Senheng, Seksyen 4

Komited untuk memberikan anda pengalaman membeli-belah yang mudah dan unik, Senheng merupakan nama yang tidak asing buat rakyat Malaysia. Senheng merupakan salah satu jenama yang mendahului dalam bidang kedai rantaian barangan elektrik di negara ini. 

Mereka mempunyai lebih kurang 100 kedai di seluruh Malaysia supaya para pelanggannya mudah mendapatkan akses barangan elektrik Senheng. Cawangan mereka di Seksyen 4 Tambahan Bangi ini pula adalah antara kedai elektrik yang berbaloi kunjungi di kawasan ini.

Pengalaman para pelanggan mereka di cawangan ini juga positif. Harganya berpatutan dan anda boleh memilih untuk bayar secara tunai, kad debit, kad kredit mahupun secara ansuran.

Bukan itu saja, Senheng sering mengadakan promosi untuk barangan mereka. Oleh itu, anda dapat berjimat membeli barangan elektrik yang anda mahu! Barangnya juga berkualiti dan koleksi produk yang dijual di sini amat luas. Anda tak usah ragu lagi untuk datang ke Senheng mencari barangan elektrik yang anda inginkan.

Alamat: 15, 16, 17 & 19, Jalan 4/12, Persiaran Permatang Rawa, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Grand Senheng


7. Onking, Taman Sri Bangi

Kedai Elektrik Onking, Sri Bangi

Jenama Onking ini popular di negara Taiwan. Dengan lebih 300 cawangan di sana, kini nama ini mula mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia. Bermula bertapak di negara ini pada tahun 1995 dengan membuka premis pertamanya di Taipan USJ, kini Onking sudah mempunyai lebih 15 cawangan di lokasi strategik di sekitar Lembah Klang.

Onking juga sering mengadakan promosi hebat buat pelanggan baru dan pelanggan setianya. Mereka juga membuat potongan sehingga 50% untuk kepuasan pelanggan! Wah, menarik bukan?

Pelbagai hadiah eksklusif, tawaran untuk ahli, purchase with purchase (PWP) dan banyak lagi yang terdapat di sini. Anda boleh melayari laman Facebook mereka untuk memastikan anda tidak terlepas dengan promosi dan tawaran yang mereka sediakan. 

Alamat: No. 1 & 2, Jalan Sri Bangi 8/35, Taman Sri Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8926 5808


Semoga artikel kami kali ini dapat membantu anda memilih kedai elektrik di Bangi yang bersesuaian dengan kriteria yang anda cari. Terdapat pelbagai kedai yang menawarkan pelbagai jenis promosi dan tawaran. Oleh itu, adalah penting untuk anda meneliti yang mana satu memenuhi keperluan anda dan dapat memuaskan hati anda serta keluarga.

Jika anda sedang mencari kedai elektrik yang terletak di Kajang, kami cadangkan anda mengunjungi artikel kami, 7 Kedai Elektrik Berkualiti dan Murah di Sekitar Kajang, supaya dapat membantu anda memilih kedai yang bersesuaian. Semoga artikel ini dapat membantu anda!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Elektrik Yang Best di Subang Jaya!

Barangan elektrik antara perkara asas yang wajib ada di setiap isi rumah, bukan? Dari sekecil-kecil saiz seperti blender, toaster dan pemanas air, sehinggalah sebesar-besar...

Top 10 Kedai Komputer Best di Puchong & Kota Kemuning

Amalan bekerja dari rumah memerlukan pelbagai gajet teknologi (technology gadget) dan peralatan komputer (computer devices) agar produktiviti kerja dapat dikekalkan ke tahap optimum. Memandangkan...

10 Kedai Komputer Best di Putrajaya dan Cyberjaya

Barangan komputer (computer devices) amat penting di era digital bagi memenuhi keperluan kehidupan moden seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara atas talian dan pembelian...

Top 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yg Best

Peralatan elektrik yang baik mempunyai ciri-ciri seperti tahan lama, berfungsi dengan baik, harga berpatutan, mempunyai warranty oleh kedai, dan semestinya berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai...

Top 5 Kedai Komputer Banting & Dengkil yg Best

Komputer pada zaman kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar mahupun yang bekerja. Hal ini demikian kerana kecanggihan teknologi...

10 Kedai Jual Kerusi Gaming Malaysia Murah & Best di Lembah Klang

Ramai akan bertanya, kenapa kerusi gaming (gaming chair) diperlukan padahal kerusi biasa juga boleh digunakan dengan harga yang jauh lebih murah? Adakah kerusi gaming...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x