Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yg Best

Peralatan elektrik yang baik mempunyai ciri-ciri seperti tahan lama, berfungsi dengan baik, harga berpatutan, mempunyai warranty oleh kedai, dan semestinya berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai kriteria lain yang turut dicari oleh para pengguna barangan elektrik. Masing-masing mempunyai citarasa tersendiri. Ada yang tidak kisah membeli barangan pada harga yang mahal tetapi kualitinya haruslah mantap tetapi ada juga yang mencari barangan elektrik pada harga biasa-biasa sahaja kerana ingin selalu menukar barangan elektrik mengikut trend terkini. Walau apa pun kriteria yang dihajati, kualiti semestinya salah satu kriteria yang wajib ada pada setiap barangan elektrik yang bagus.

Di sini, kami telah membuat senarai kedai elektrik yang best di sekitar Shah Alam dan Klang. Bagi warga Shah Alam dan Klang yang ingin mencari atau membeli barangan elektrik untuk rumah anda mahupun pejabat, bolehlah berkunjung ke kedai-kedai yang kami syorkan pada anda.

 

Kedai Elektrik Shah Alam yg Best


1.  One Living Shah Alam – 19SM

One Living Shah Alam - 19SM

Sebuah kedai peralatan elektrik yang besar di Shah Alam, menyediakan pelbagai jenis pilihan barangan elektrik buat para pelanggannya, One Living Shah Alam merupakan kedai barangan elektrik yang perlu anda kunjungi. Lebih-lebih lagi sekiranya anda ingin mencari barangan elektrik yang mempunyai macam-macam bentuk dari pelbagai jenama terkemuka seperti Phillips, Toshiba, Samsung dan banyak lagi.

Walaupun harga di sini boleh dikatakan tidaklah begitu murah akan tetapi One Living Shah Alam kadangkala membuat jualan harga runtuh yang sangatlah berbaloi untuk anda sertai. Kualiti barangan elektrik di sini tidak perlu diragui kerana sememangnya setiap pelanggan yang membeli barangan di sini berpuas hati dengan kualiti barangan mereka. Antara barangan elektrik yang dijual di sini termasuklah mesin basuh, kipas angin, dan coffee grinder.

Alamat: 66 & 68, Jalan Murni 25/61, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 9.00pm (Isnin-Sabtu), 10.00am – 8.00pm (Ahad)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-51221811

Whatsapp One Living Shah Alam

2.  Ong Electrical & Services 

Ong Electrical & Services Sdn Bhd, Shah Alam

Ong Electrical & Services merupakan sebuah kedai menjual barangan elektrik dan juga turut menyediakan perkhidmatan membaiki barangan elektrik. Menurut review para pelanggan kedai ini, servis Ong Electrical & Services memang terbaik. Walaupun tidaklah begitu murah tetapi harganya masih berpatutan dengan servis yang diberikan. Setiap masalah kerosakan dan sebagainya pasti akan diselesaikan oleh staf di sini. Menjual barangan seperti mesin cukur rambut elektrik, peti sejuk beku, vacuum, pengisar makanan dan lain-lain lagi daripada jenama seperti Butterfly dan Khind. Kedai ini juga mempunyai akaun Shopee. Jadi bagi anda yang bukan warga Shah Alam, anda bolehlah melayari laman Shopee mereka untuk membeli barangan elektrik yang dikehendaki.

Alamat: 12, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 5.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-51221811

Whatsapp Ong Electrical & Services

3.  Soh Sales & Services Sdn Bhd 

Soh Sales & Services Sdn Bhd, Shah Alam

Apa yang menarik di kedai ini ialah Soh Sales & Services Sdn Bhd memberi kaedah bayaran ansuran kepada pelanggan-pelanggannya dengan kadar faedah yang rendah. Jadi, buat anda yang kekurangan bajet tetapi mahukan barangan elektrik yang bagus kualitinya, anda boleh membeli di kedai ini serta membayar secara ansuran mengikut kemampuan masing-masing. Seperti yang kita tahu, harga barangan elektrik bukanlah murah lebih-lebih lagi barangan seperti televisyen, mesin basuh yang mencecah ribuan ringgit.

Sesetengah dari kita merasakan ianya agak berat untuk membayar terus secara tunai dan kedai-kedai lain yang menawarkan pembayaran secara ansuran kadangkalanya mengenakan faedah yang agak tinggi. Maka, janganlah anda risau kerana Soh Sales & Services memahami para pelanggannya dengan mengenakan kadar faedah yang rendah dan berpatutan di samping menjual peralatan elektrik yang bermutu tinggi.

Alamat: Jalan Rejang 24/8, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-55414412

4.  Hairani Electrical Global Sdn Bhd, Shah Alam

Hairani Electrical Global Sdn Bhd, Shah Alam

Hairani Electrical Global Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat barangan elektrik muslim yang telah berkembang maju dan telah mempunyai beberapa cawagan di Malaysia. Salah satunya ialah di Shah Alam, Selangor. Walaupun ianya sebuah kedai barangan elektrik Muslim, terdapat ramai pelanggannya yang terdiri daripada berbilang kaum di Malaysia. Hairani Electrical Global Sdn Bhd juga antara kedai yang menjadi pembekal barangan elektrik kepada kedai-kedai kecil yang lain dan juga terdapat pelanggannya yang terdiri daripada pejabat-pejabat besar. Rata-rata pelanggannya memuji kualiti barangan yang dijual di sini yang sememangnya sangat bermutu tinggi. Jika dilihat di laman web mahupun laman Facebook mereka, boleh kita dapati cara penyimpanan stok yang kemas oleh kedai ini. Jadi, memang mudah untuk mencari barangan yang anda mahukan kerana penyusunannya yang teratur.

Alamat: No.12-G, Jalan Bulan Bm U5/Bm, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am – 7.00pm (Isnin-Jumaat), 9.00am – 7.00pm (Sabtu & Ahad)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-58804907

Whatsapp Hairani Electrical Global

5.  TBC@Subang Perdana, Shah Alam

TBC @ Subang Perdana, Shah Alam

Kedai elektrik TBC bukanlah satu nama asing dalam kalangan warga Selangor dan Kuala Lumpur. Mempunyai sebanyak 14 buah cawangan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, edisi kali ini akan menumpukan kepada TBC Subang Perdana yang terletak di Shah Alam. TBC Subang Perdana tidaklah begitu besar akan tetapi masih terdapat banyak pilihan barangan eletrik yang boleh anda dapati di sini.

Dipuji atas sebab servis mesra pelanggan oleh para staf di sini, staf TBC Subang Perdana sentiasa bersedia membantu anda dalam mencari peralatan elektrik ideal pilihan hati anda. Turut menyediakan perkhidmatan bayaran secara ansuran sehingga 0% kadar faedah dalam 24 bulan tertakluk kepada terma dan syarat. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama di kawasan sekitar Lembah Klang.

Alamat: 21g, Seksyen U3, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm (Isnin-Ahad)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-78320822

Whatsapp TBC@Subang Perdana

Kedai Elektrik Klang yg Best


1.  Yong Huat Electrical Enterprise Sdn Bhd

Yong Huat Electrical Enterprise Sdn Bhd, Klang

Yong Huat Electrical Enterprise Sdn Bhd merupakan kedai yang menjual peralatan elektrik, elektronik dan juga perkakas-perkakas lain terutamanya untuk gudang, kilang dan keperluan rumah serta pejabat. Antara jenama yang boleh diperoleh di sini ialah Joven, Sylvania, Mindman, Osram dan banyak lagi. Terdapat banyak pilihan peralatan elektrik, elektronik dan hardware yang dijual pada harga yang agak murah tetapi berkualiti. Staf di sini juga berpengetahuan dan sangat membantu pelanggan dalam memilih barangan terbaik.

Bukan mudah untuk mencari peniaga yang jujur pada masa kini. Akan tetapi staf di sini dipuji kerana mereka memberikan penerangan lengkap dan jujur kepada para pelanggan.  Anda juga boleh membeli peralatan di sini secara atas talian. Penghantaran barangan anda dijamin pantas oleh penjual.

Alamat: 28, Jalan Sungai Kapar Indah 3a, Taman Sungai Kapar Indah, 42200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am – 7.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-32903868

Whatsapp Yong Huat Electrical

2.  Kedai Elektrik Kim Seng Hin, Klang

Kedai Elektrik Kim Seng Hin, Klang

Sudah bertapak sejak berpuluh tahun yang lalu, Kedai Elektrik Kim Seng Hin telah mempunyai beberapa cawangan kedai elektrik di Malaysia. Warisan turun temurun dari nenek moyang mereka, Kedai Elektrik Kim Seng Hin merupakan kedai yang diusahakan oleh ahli keluarga mereka sendiri. Kedai ini menjual pelbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik contohnya seperti dapur gas dan alat kawalan jauh. Harga-harga barangan elektrik di sini juga berpatutan dan boleh tahan murah.

Kedai Elektrik Kim Seng Hin mempunyai pelanggan-pelanggan setia mereka sejak dahulu lagi. Ada yang sudah 33 tahun membeli barangan elektrik di kedai ini. Nampak tak betapa bagusnya kedai ini dan semestinya boleh dipercayai oleh semua. Ramai yang menggelar kedai ini sebagai kedai ‘oldschool’ kerana usianya. Anda juga boleh membaiki peralatan elektrik anda yang rosak di sini dan dikenakan bayaran yang berpatutan.

Alamat: 53 & 55, Jalan Raja Bot, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 6.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-33426494

3.  Soon Huat Hin Electrical Enterprise Sdn Bhd

Soon Huat Hin Electrical Sdn Bhd, Klang

Terletak di Taman Klang Utama, Klang, Selangor, Soon Huat Hin Electrical Sdn Bhd merupakan sebuah kedai menjual peralatan elektrik yang Klang. Bagi mereka yang bukan warga Klang tetapi ingin membeli barangan elektrik daripada kedai ini, anda juga boleh mendapatkan barangan tersebut di laman Shopee mereka. Jangan risau penjual akan menghantar barang anda dengan pantas. Harga barangan elektrik di sini sesuai dengan kemampuan masyarakat Malaysia majoritinya. Staf dan pemilik kedai juga amat mesra pelanggan. Soon Huat Hin Electrical Sdn Bhd juga acap kali memberi give away kepada para pelanggan dalam bentuk hadiah barangan elektrik. Antara barang elektrik yang dijual di sini termasuklah set karaoke untuk mereka yang gemar menyanyi.

Alamat: No. 5 & 7, Persiaran Sungai Keramat, Taman Klang Utama, Selangor, 42100 Klang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-32911567

4.  Kedai Elektrik J.S Klang Sdn Bhd

Kedai Elektrik JS Klang Sdn Bhd, Klang

Sama seperti kebanyakan kedai elektrik yang lain, Kedai Elektrik JS Klang yang terletak di Kapar, Klang harus dikunjungi oleh warga Klang yang terdekat sekiranya ingin mencari barangan elektrik dari jenama-jenama yang dipercayai seperti Toshiba, York dan Panasonic. Dijual pada harga yang amat memberansangkan, kualiti peralatan elektrik di sini juga memuaskan. Yang paling penting, staf-staf di sini sememangnya peramah dan sentiasa memberikan khidmat terbaik mereka kepada para pelanggan Kedai Elektrik JS Klang ini. Selain itu, kedai ini juga menyajikan kepada anda pelbagai jenis peralatan elektrik yang boleh anda pilih mengikut mana satu pujaan hati. Jadi, apa tunggu lagi? Segeralah ke Kedai Elektrik JS Klang dan dapatkan peralatan elektrik anda!

Alamat: Taman Kapar, 42200 Kapar, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 7.00pm (Isnin-Sabtu), 11.00am – 4.30pm (Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-32508595

5.  Winho Electrical Sdn Bhd

Winho Electrical Sdn Bhd, Klang

Apakah kriteria yang membuatkan sesuatu kedai itu bagus? Salah satunya ialah mempunyai pelbagai jenis barang yang dijual. Contohnya seperti kedai elektrik. Selain daripada menjual barangan elektrik yang besar seperti televisyen dan mesin basuh kepada yang sederhana saiznya seperti pembakar roti dan mesin pencuci pinggan mangkuk. Dan tidak dilupakan juga barangan atau komponen elektrik yang kecil-kecil itu juga amat penting.

Di Winho Electrical Sdn Bhd anda boleh mendapatkan dari sebesar-besar barang sehingga sekecil-kecilnya. Sebagai contoh, mereka menjual konduktor, suis, wayar, kipas, lampu dan banyak lagi yang boleh anda temui di sini.  Seterusnya, mereka juga memberikan servis yang mesra pelanggan dan peralatan yang dijual juga bersesuaian harga dan kualitinya.

Alamat: No. 13 & 15, Jalan Besar, Klang, Selangor, 41000 Klang

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 03-33717906


Tidak berminat dengan pilihan kedai elektrik yang kami senaraikan ini? Tidak mengapa, anda boleh juga mencari kedai elektrik yang menepati kriteria anda dengan mengunjungi artikel kami, 7 Kedai Elektrik Berkualiti dan Murah di Sekitar Kajang.

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Jual Kerusi Gaming Malaysia Murah & Best di Lembah Klang

Ramai akan bertanya, kenapa kerusi gaming (gaming chair) diperlukan padahal kerusi biasa juga boleh digunakan dengan harga yang jauh lebih murah? Adakah kerusi gaming...

Kedai Komputer Best di Kajang dan Bangi

Di era digital yang kian pesat, barangan-barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar...

Top 5 Kedai Komputer Banting & Dengkil yg Best

Komputer pada zaman kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar mahupun yang bekerja. Hal ini demikian kerana kecanggihan teknologi...

10 Kedai Komputer Best di Putrajaya dan Cyberjaya

Barangan komputer (computer devices) amat penting di era digital bagi memenuhi keperluan kehidupan moden seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara atas talian dan pembelian...

8 Kedai Elektrik Terbaik di Sungai Buloh yang Anda Perlu Tahu!

Kelengkapan elektrik memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan dan memudahkan kerja-kerja harian kita. Ia juga membantu dalam memberi suasana baru yang segar untuk kediaman...

7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

Perkakas elektrik merupakan kemudahan asas yang dapat membantu anda melakukan aktiviti harian. Sekiranya anda adalah pasangan yang ingin memulakan kehidupan di kediaman baru, barangan...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
LaRn
LaRn
11 months ago

saya mencari kipas siling brand khind or kdk dgn harga yg berpatutan

Halimi Bin Sanusi
Halimi Bin Sanusi
1 year ago

Assalamualaikum … Alhamdulillah , terima kasih pd owner page ini.. sy en Halimi drpd ‘Hairani Elc Global Sdn Bhd’… sebarang informasi atau maklumat lanjut mengenai kedai kami boleh menghubungi/watsapp ke no 019-3899907. Terima kasih.

Fahmi
Fahmi
1 year ago

hi saya sedang mencari barang elektrik RCD tester / insulation tester.Brand x kesah janji harga berpatutan . Boleh ws saya kalau ada 0167351892

abdul hakim
abdul hakim
2 years ago

selamat petang saya hakim dari miqabena sdn bhd, boleh kalau kami minta quotation barangan elektrik dari kedai encik untuk projek yang sedang kami jalankan di Sepang “membina dan menaiktaraf bola kerangjang taman mesra dengkil”

Kipas industry 26 inch -12 nos
Kipas siling 60inch – 2 nos
Highbay light (200-250w) -25 nos
Led spot light (uplight) (50w)- 16 nos
Led surface downlight (18-20w) -32 nos
Socket plug 13amp 3 pin – 16nos
Suis -30nos

no saya (011-61612195)

Nurbunga
Nurbunga
2 years ago

Sy nak cari pembekal barangan elektrik dengan harga borong,dan sy boleh jual balik,sy dari johor bahru. No tel sy 01110251973.

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x