Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Elektrik Yang Best di Subang Jaya!

Barangan elektrik antara perkara asas yang wajib ada di setiap isi rumah, bukan? Dari sekecil-kecil saiz seperti blender, toaster dan pemanas air, sehinggalah sebesar-besar saiz seperti mesin basuh, peti sejuk dan audio system di rumah. 

Maka, pemilihan jenama yang betul dan diyakini amat penting untuk memastikan barangan elektrik ini mempunyai cop SIRIM, jangka hayat yang panjang serta berkualiti tinggi. Di sini, kami telah menyenaraikan tujuh kedai elektrik yang best di Subang Jaya untuk anda!

7 Kedai Elektrik di Subang Jaya


1. ESH Electrical Empire Shopping Gallery, Empire Shopping Gallery

ESH Electrical Empire Shopping Gallery, Empire Shopping Gallery

Selalu confuse bila nak pilih barangan elektrik yang terbaik untuk rumah anda? Jom ke ESH Electrical Empire Shopping Gallery! Pekerja yang sangat membantu dan ramah, pasti dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik. 

Bukan itu saja, pekerja di kedai ini juga akan jalankan proses penghantaran dengan cermat dan hemat. Mereka akan memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku sehingga barang yang anda telah beli tiba ke pintu rumah anda.

Sekiranya anda tiada berkesempatan untuk walk in, anda juga boleh membuat pembelian dengan melayari laman web yang tertera di bawah. Lebih mudah untuk mencari perkakas elektronik di galeri tersebut, bukan?

Alamat: UG-02, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp ESH Empire


2. Best Denki, Subang Parade

Best Denki, Subang Parade

Kedai elektrik seterusnya sangat mudah untuk dicari, kerana ianya terletak di dalam mall di Subang Jaya, iaitu Subang Parade. Alang-alang membeli-belah pada hujung minggu, anda juga boleh singgah ke kedai elektrik ini. 

Best Denki juga memperoleh 4.4 bintang dengan hampir 100 ulasan di Google Maps, menjadikannya antara kedai utama untuk carian kedai elektrik di Subang Jaya. Rata-rata ulasan pelanggan di Google Maps menyatakan Best Denki mempunyai produk yang bagus dan berkualiti serta customer service yang bagus.

Nak cari barang elektrik pun jadi mudah dengan adanya pekerja yang informatif dan sanggup membantu anda dalam membuat keputusan yang terbaik dengan memberi penjelasan teliti. 

Alamat: LG26, LG Floor, Subang Parade, No.5, Jalan SS16/1, Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Ahad – Khamis (10.00 am – 9.00 pm), Jumaat & Sabtu (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Best Denki Subang Parade


3. HLK Chain-Store (USJ Taipan), UEP Subang Jaya

HLK Chain-Store (USJ Taipan), UEP Subang Jaya

Kedai elektrik yang memperoleh 4.2 bintang di Google Reviews sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari peralatan elektrik berjenama seperti Toshiba, LG, Midea, Haire dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, pelbagai peralatan elektrik dijual di sini seperti smart TV dan mesin basuh. Anda pasti berpuas hati setelah berkunjung ke sini untuk window shopping, sambil dibantu untuk para pekerja yang sangat membantu dan ramah.

Selain itu, kedai ini juga mudah untuk dicari. Ia merupakan bangunan besar dan luas berwarna kuning dan bersebelahan dengan kedai peralatan Onking Chain-Store yang berwarna merah.

Alamat: No 31, 33 & 33- 1, Jalan USJ 10/1a, UEP Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10:00 am – 9:00 pm)

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8081 2861


4. Onking Chain-Store, Taipan Business Centre

Onking Chain-Store, Taipan Business Centre

Kedai elektrik seterusnya adalah Onking Chain-Store yang terletak di Taipan Business Centre, Subang Jaya. Berdasarkan ulasan pelanggan di Google Reviews, bangunan Onking Chain-Store ini mudah untuk dicari kerana signboardnya yang besar. 

Servis yang diberikan oleh pekerja kedai ini juga mendapat pujian daripada pengunjung, iaitu sangat membantu dan informative. Rata-rata mereka sangat berpuas hati sepanjang membeli-belah di sana sehinggakan ada beberapa pengunjung menulis nama pekerja yang sedia membantu mereka.

Buat pengetahuan anda, kedai ini berada bersebelahan dengan satu lagi kedai elektrik yang kami telah senaraikan, iaitu HLK Chain-Store (USJ Taipan) yang berwarna kuning. Jadi, jangan keliru antara dua kedai ini, ya?

Alamat: 35, Jalan USJ 10/1a, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 8.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5632 7460


5. TJ-Three Electrical Sales & Services, USJ 8

TJ-Three Electrical Sales & Services, USJ 8

Kedai ini diusahakan oleh tiga beradik dan menggunakan singkatan TJ, iaitu Tan Junior. Ketiga-tiga beradik ini merupakan juruelektrik yang berpengetahuan. Tidak hairanlah kedai ini memperoleh 4.0 bintang di Google Maps dengan lebih 60 ulasan pelanggan.

Bukan hanya menjual barang elektrik, kedai ini juga menawarkan servis membaik pulih barangan elektrik. Hantar sahaja barangan elektrik anda ke kedai ini, pasti anda akan berpuas hati dengan servis yang laju dan service charge yang berpatutan. 

If you’re looking for electrical stores in Subang Jaya, don’t waste your time, just come to TJ Three and get your problems sorted out” kata salah seorang pelanggan. Jelaslah kedai elektrik di Subang Jaya ini sangat berbaloi untuk anda kunjungi!

Alamat: UEP Subang Jaya, 61, Jalan USJ 8/2b, USJ 8, 47610 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5633 9348


6. One Living Subang USJ, Taman Seafield Jaya

One Living Subang USJ, Taman Seafield Jaya

Anda ingin mencari banyak jenama barangan elektrik dalam satu bangunan? Inilah tempat anda patut kunjungi, One Living Subang USJ! Kedai One Living Subang ini boleh dikatakan seperti mall untuk barangan elektrik.

Kedai ini mempunyai semua, bermula dengan peralatan elektronik yang bersaiz besar seperti smart TV, lampu, kipas, dan aircond, sehingga peralatan bersaiz kecil seperti microwave, rice cooker, vacuum, water heater untuk bilik air!

Kedudukan kedai ini juga sangat strategik kerana ia berada di barisan kedai yang sama dengan HLK Chain-Store dan Onking Chain-Store. Bangunan One Living Subang USJ yang berwarna gelap kehitaman juga memudahkan anda untuk menjumpainya dari jarak jauh.

Alamat: 41, 43 & 45, Jalan USJ 10/1a, Taman Seafield Jaya, 47610 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 am – 9.00 pm), Ahad (10.30 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5632 7948

WhatsApp One Living


7. Syarikat Seng Brothers Electric, SS15

Syarikat Seng Brothers Electric, SS15

Mudah sahaja nak cari kedai Syarikat Seng Brothers Electric kerana ia terletak berhadapan dengan kedai Nasi Kandar Darussalam Subang Jaya. Kemudahan untuk parkir kenderaan juga disediakan di hadapan kedai.

Selain itu, berdasarkan ulasan pelanggan, servis oleh pekerja juga baik. Pasti anda dapat mencari perabot yang memenuhi citarasa anda kerana saiz kedai ini yang besar dan luas.

Alamat: A-4G, Jalan SS 15/8a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5633 5716


 Kami harap senarai ini dapat memudahkan anda dalam usaha mencari kedai elektrik terbaik di Subang Jaya. Untuk mendapatkan harga terbaik, jangan lupa untuk membuat survey di beberapa kedai dahulu dan membuat perbandingan harga.

Selain barangan elektrik yang perlu ditukar baru, adakah anda juga ingin menukar ganti set perabot yang baru? Ayuh layari artikel kami yang berkaitan, iaitu enam kedai perabot di Parit Buntar yang pasti dapat memenuhi citarasa anda!

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Elektrik Terbaik di Sungai Buloh yang Anda Perlu Tahu!

Kelengkapan elektrik memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan dan memudahkan kerja-kerja harian kita. Ia juga membantu dalam memberi suasana baru yang segar untuk kediaman...

10+ Kedai Komputer Best di Shah Alam & Klang

Adakah anda sedar atau tidak? Komputer semestinya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kita semua mempunyai alasan berbeza untuk menggunakan laptop sama ada untuk...

Kedai Komputer Best di Kajang dan Bangi

Di era digital yang kian pesat, barangan-barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar...

Top 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yg Best

Peralatan elektrik yang baik mempunyai ciri-ciri seperti tahan lama, berfungsi dengan baik, harga berpatutan, mempunyai warranty oleh kedai, dan semestinya berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai...

7 Kedai Elektrik Tip Top Yang Ada di Sekitar Bangi

Apabila hampir tiba musim perayaan, ramai di antara kita mahu menukar barangan elektrik baru. Tambah lagi jika anda ingin membuat pendapatan sampingan seperti menjual...

7 Kedai Elektrik Berkualiti dan Murah di Sekitar Kajang

Barang elektrik merupakan barang keperluan untuk setiap rumah. Walaupun terdapat banyak kedai elektrik di Kajang, anda pasti mencari kedai yang menjual barang elektrik yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x