Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Komputer Rawang dan Sungai Buloh yang BEST

Di zaman moden kini, terdapat pelbagai pilihan gajet teknologi dan barangan komputer (computer devices) yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik. Lewat kini terutamanya bersempena musim pandemik, kedai-kedai komputer kini berlumba-lumba menawarkan pelbagai tawaran hebat dengan harga barangan ICT yang murah-murah.

Kepelbagai jenis komputer meja dan komputer riba yang hadir dengan ciri moden lengkap dengan pelbagai perisian terbaru membuatkan pelanggan rambang mata sewaktu membeli-belah peralatan komputer. Tambahan pula, kebanyakan pengguna komputer lebih suka memilih peralatan komputer yang mesra bajet agar kewangan mereka tidak terbeban dengan kos pembelian peralatan komputer yang mahal. Bagi membantu anda mencari peralatan komputer moden dan terkini yang mesra bajet, di sini kami tampilkan 10 kedai-kedai komputer di sekitar Rawang dan Sungai Buloh yang best untuk dikunjungi.

 

Kedai Komputer Rawang Best 


1.  Thunder Match Technology Sdn. Bhd., AEON Rawang 

Thunder Match Technology Sdn. Bhd

Thunder Match Technology Sdn. Bhd menawarkan pelbagai barangan komputer, aksesori komputer, gajet teknologi dan keperluan ICT asas dengan harga berpatutan. Kebanyakan gajet teknologi berjenama ada di Thunder Match Technology Sdn. Bhd. Sekiranya anda tak tahu yang mana satu nak pilih, staf-staf di Thunder Match Technology Sdn. Bhd boleh membantu anda mencari produk berdasarkan spesifikasi dan keperluan anda. Produk-produk dijual di sini hadir dengan waranti.

Sekiranya anda tidak dapat keluar rumah, anda kini boleh membeli-belah secara online di laman web Thunder Match Technology Sdn. Bhd. Dengan membuat pembelian online, anda dapat membandingkan spesifikasi produk, harga dan promosi hebat yang sedang berlangsung. Jika anda mendaftar menjadi ahli TMT, anda bakal memperoleh diskaun hebat untuk perkhidmatan membaiki dan menservis komputer. Rujuki laman web Thunder Match Technology Sdn. Bhd untuk mendapatkan senarai harga perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.

Alamat: Lot F40 & 41, AEON Rawang Anggun Shopping Centre, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi:  10am-10.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-6090 9432

 

2.  AISHARETECH,  Bandar Baru Sungai Buaya

aisharetech

AISHARETECH menyediakan perkhidmatan membaiki dan servis peralatan komputer yang bermasalah agar komputer yang lembap dan perlahan tidak berterusan menghantui hidup anda. Antara perkhidmatan pembaikian dan servis komputer adalah seperti data recovery, menukar hard disk driver ke SSD, dan memasang perisian komputer. Perkhidmatan membaiki dan menservis komputer di sini adalah murah dan berpatutan, di samping perkhidmatan yang cepat dan pantas.

AISHARETECH turut membekalkan peralatan komputer riba baru dan terpakai dengan harga murah. Bagi golongan pelajar dan professional yang ingin mendapatkan peralatan ICT dengan harga yang murah dan mampu milik, kunjungi AISHARETECH dengan segera.

Alamat: Jalan Kesumbarsari 1, Bandar Baru Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 10am-6pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone:010-834 4458

Whatsapp AISHARETECH

 

3.  UP Computing Sales & Services,  Pusat Bandar Rawang

UP Computing Sales & Services

Sekiranya anda sedang mencari barangan komputer dan aksesori komputer untuk melengkapkan kemudahan ICT di rumah, anda disarankan untuk mengunjungi UP Computing Sales & Services. Mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang penjualan peralatan ICT, UP Computing Sales & Services sememangnya arif mengenai permintaan pelanggan bagi peralatan komputer dan kelengkapan ICT.

Antara kelengkapan ICT yang dijual di UP Computing Sales & Services adalah seperti komputer dari pelbagai jenama, printer, perisian komputer dan pelbagai jenis gajet teknologi. UP Computing Sales & Services juga turut menawarkan perkhidmatan teknikal ICT seperti pemasangan server network di pejabat, sistem akses biometrik, sistem keselamatan, CCTV dan pembaikian komputer dan printer. UP Computing Sales & Services juga merupakan pusat servis yang berdaftar untuk menservis dan membaiki produk-produk Canon, jadi anda tidak perlu gusar sekiranya gajet anda diganti dengan alat ganti palsu.

Alamat: No.17, Jalan Bandar Rawang 10, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-6090 1911

Whatsapp UP Computing Sales & Services

 

 4.  Laptop Repair Computer Shop by Tarotech, Bukit Beruntung

Laptop Repair Computer Shop by Tarotech

Di Laptop Repair Computer Shop by Tarotech, anda boleh mendapatkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer riba dengan harga murah dan berpatutan. Sebarang permasalahan komputer boleh diselesaikan oleh Laptop Repair Computer Shop by Tarotech. Sekiranya anda ingin mengganti hard disk drive di dalam komputer riba ke SSD processor, anda bolehlah hantarkannya ke Laptop Repair Computer Shop by Tarotech. Berdasarkan ulasan-ulasan positif dari pelanggan, kebanyakannya amat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan di Laptop Repair Computer Shop by Tarotech.

Di sini juga turut menjual komputer riba, komputer meja dan aksesori komputer baru dan terpakai yang dijual dengan harga mampu milik untuk pelajar dan golongan profesional.  Selain daripada membaiki komputer dan menjual peralatan komputer, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan mencetak dokumen, menjilid buku dan fotokopi.

Alamat: Blok E-G-01 (Unit No.1), Apartment Kenanga Tmn Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 10am-9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:010-834 4458

Whatsapp Laptop Repair Computer Shop by Tarotech

 

5.  PC Monkey Empire Sdn Bhd, Bukit Sentosa & Bukit Beruntung

PC Monkey Empire Sdn Bhd

PC Monkey Empire Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenama komputer riba dan komputer meja untuk melengkapkan  kemudahan ICT di rumah dan pejabat anda. Mempunyai cawangan di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung, PC Monkey Empire Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan memasang rangkaian ICT di rumah dan pejabat, membaiki komputer dan gajet peranti, mengformat komputer, mengubah suai komputer dan menaik taraf storage, RAM, kad grafik dan sistem pemprosesan komputer. Antara perkhidmatan menarik yang ditawarkan ialah mengubahsuai PC motherboard berlampu agar kelihatan menarik dan bergaya. Terdapat juga set komputer bajet yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik.

Alamat:  1c, 29-1, Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor

Waktu Operasi:  10am-8.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:014-322 1150

Whatsapp PC Monkey Empire Sdn Bhd

 

6.  Advanced Digital Computer Enterprise,  Bukit Sentosa

Advanced Digital Computer Enterprise

Advanced Digital Computer Enterprise menjual pelbagai jenama komputer, aksesori komputer, monitor PC, motherboard, hardware, software, CPU, graphic card, dan printer dengan harga yang murah. Selain daripada membeli-belah di kedai Advanced Digital Computer Enterprise, pelanggan juga boleh membeli peralatan komputer di kedai online Advanced Digital Computer Enterprise menerusi aplikasi Shopee. Menerusi pembelian di Shopee, pelanggan boleh membuat perbandingan harga dan spesifikasi pelbagai produk sebelum membuat pembelian.

Alamat: Jalan Orkid 1, Bukit Sentosa, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 9am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-6021 6911

 

Kedai Komputer Sungai Buloh Best


7.  Kedai Komputer PC Laptop & Game Sungai Buloh, Saujana Utama 2

Kedai Komputer PC Laptop & Game Sungai Buloh

Sekiranya anda peminat aktiviti gaming dan e-sport, anda harus  kunjungi Kedai Komputer PC Laptop & Game Sungai Buloh untuk mendapatkan komputer gaming berspesifikasi hebat agar pengalaman gaming anda lebih menyeronokkan. Pelanggan juga boleh mengubahsuai PC mengikut spesifikasi tersendiri dan bersesuaian mengikut bajet masing-masing. Antara komputer gaming yang sering menjadi rebutan adalah seperti AMD Ryzen 5 dan komputer jenama NVDIA.

Di Kedai Komputer PC Laptop & Game Sungai Buloh anda juga boleh menaiktaraf komputer riba anda agar prestasi komputer menjadi lebih laju. Komputer laju, maka produktiviti anda pun lagi laju.

Alamat: No.40, Jalan Dedap 7, Saujana Utama 2, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi:  8.30am-11pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:019-427 3539

Whatsapp Kedai Komputer PC Laptop & Game Sungai Buloh

 

8. Wajar Tech Enterprise, Kompleks Bandar Baru Sungai Buloh

Wajar Tech Enterprise

Wajar Tech Enterprise menawarkan pelbagai  jenama komputer riba, aksessori komputer dan gajet moden bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden anda.  Antara jenis barangan komputer yang dijual adalah seperti  komputer meja dan komputer riba dari pelbagai jenama, pendrive, ink cartridge printer jenama Canon HP yang original, pembesar suara komputer, hard disk, PC motherboard, komponen komputer dan banyak lagi. Aksesori-aksesori komputer yang dijual di sini adalah murah-murah sahaja. Selain daripada menjual peralatan komputer, terdapat juga perkhidmatan membaiki dan menservis PC dengan harga RM200.

Alamat: Lot G-15, Kompleks Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: 10am-5.45pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:03-6734 7818

 

9.  Aliff Computer & Mobile Saujana Utama, Bandar Saujana Utama

Aliff Computer & Mobile Saujana Utama

Sering tertekan dan bengang dengan prestasi komputer anda yang semakin perlahan dengan lembap? Atasinya dengan menghantar komputer anda ke Aliff Computer & Mobile Saujana Utama untuk dinaiktaraf dan diservis. Prestasi komputer riba anda dijamin kembali seperti baru beli. Perkhidmatan membaiki dan menservis komputer di Aliff Computer & Mobile Saujana Utama dilakukan oleh juruteknik komputer yang terlatih, oleh itu anda tidak periu risau masalah komputer Kembali menghantui anda. Anda juga boleh meningkatkan kapasiti memori komputer anda agar lebih banyak simpanan fail boleh dilakukan.  Aliff Computer & Mobile Saujana Utama turut menawarkan perkhidmatan membaiki printer agar anda dapat berjimat daripada membeli printer baharu. Terdapat juga pelbagai jenis aksesori komputer, printer, dan gajet peranti yang dijual dengan harga yang murah bagi memenuhi keperluan kehidupan moden anda.

Alamat: No 37G, Saujana Utama 3, Jalan Bidara 9/3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: 9am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:012-214 4342

Whatsapp Aliff Computer & Mobile Saujana Utama

 

10. Bros2Fix Saujana Utama, Bandar Saujana Utama

Bros2Fix Saujana Utama

Adakah anda mencari kedai komputer best untuk mendapatkan peralatan gaming dan e-sport? Jika ya, kunjungi Bros2Fix Saujana Utama yang terletak di Bandar Saujana Utama. Di Bros2Fix Saujana Utama anda juga boleh menaik taraf komputer, mengubahsuai komputer dan menservis komputer agar komputer anda kekal laju dan berprestasi tinggi sewaktu sedang seronok bermain game. Peminat gamers yang ingin berjimat boleh mendapatkan set PC gaming bajet yang ditawarkan oleh Bros2Fix Saujana Utama. Selain daripada menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan komputer gaming, Bros2Fix Saujana Utama turut menawarkan penyelesaian kepada pelbagai masalah komputer seperti komputer yang perlahan, masalah memori dan membaiki skrin komputer.

Alamat: No. 24G, Jalan Bidara 8, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: 11am-7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:016-933 0177

Whatsapp Bros2Fix Saujana Utama

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Komputer Best di Putrajaya dan Cyberjaya

Barangan komputer (computer devices) amat penting di era digital bagi memenuhi keperluan kehidupan moden seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara atas talian dan pembelian...

Top 10 Kedai Komputer Best di Puchong & Kota Kemuning

Amalan bekerja dari rumah memerlukan pelbagai gajet teknologi (technology gadget) dan peralatan komputer (computer devices) agar produktiviti kerja dapat dikekalkan ke tahap optimum. Memandangkan...

7 Kedai Elektrik Yang Best di Subang Jaya!

Barangan elektrik antara perkara asas yang wajib ada di setiap isi rumah, bukan? Dari sekecil-kecil saiz seperti blender, toaster dan pemanas air, sehinggalah sebesar-besar...

10 Kedai Jual Kerusi Gaming Malaysia Murah & Best di Lembah Klang

Ramai akan bertanya, kenapa kerusi gaming (gaming chair) diperlukan padahal kerusi biasa juga boleh digunakan dengan harga yang jauh lebih murah? Adakah kerusi gaming...

Top 5 Kedai Komputer Banting & Dengkil yg Best

Komputer pada zaman kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar mahupun yang bekerja. Hal ini demikian kerana kecanggihan teknologi...

7 Kedai Elektrik Tip Top Yang Ada di Sekitar Bangi

Apabila hampir tiba musim perayaan, ramai di antara kita mahu menukar barangan elektrik baru. Tambah lagi jika anda ingin membuat pendapatan sampingan seperti menjual...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x