Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Perabot di Parit Buntar Untuk Memenuhi Cita Rasa Anda!

Anda tinggal di Parit Buntar, Perak? Tidak tahu kedai perabot di Parit Buntar yang sesuai dengan citarasa anda? Kami sedia membantu! Buat artikel kali ini, kami telah senaraikan 7 kedai perabot di Parit Buntar yang perlu anda kunjungi. 

Yang menariknya, semua kedai dalam senarai ini memperoleh 4.0 bintang ke atas dalam Google Review. Oleh itu, anda pasti akan berpuas hati dengan servis ditawarkan dan pilihan perabot yang dijual. Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan!

7 Kedai Perabot di Parit Buntar


1. Chan Furniture Parit Buntar, Pusat Perniagaan Setia Jaya

Chan Furniture Parit Buntar, Pusat Perniagaan Setia Jaya

Gedung perabot Chan Furniture ini bukan hanya mempunyai sebuah kedai perabot di Parit Buntar, malah ia mempunyai 85 cawangan di seluruh Malaysia. Hebat, kan? 

Bukan itu sahaja, Chan Furniture juga mempunyai laman web sendiri yang mesra pengguna. Anda boleh melihat pelbagai jenis perabot di bahagian Catalog dan Promotion. Lebih mudah dan lebih cepat untuk membeli perabot baru, bukan?

Selain itu, Chan Furniture juga telah diyakini oleh ramai pengguna. Ini membuktikan bahawa gedung perabot ini benar-benar menepati citarasa rakyat Malaysia. Anda boleh melihat sendiri feedback dan gambar-gambar para pembeli yang berpuas hati dengan pembelian mereka di Chan Furniture dari seluruh negeri.

Alamat: 2, Jalan Asuhan, Pusat Perniagaan Setia Jaya, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 8.00 pm), Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-810 4891

WhatsApp Chan Furniture


2. Bee Huat Trading, Pekan Baru

Bee Huat Trading, Pekan Baru

Kedai perabot Bee Huat Trading ini mempunyai 5 bintang di Google Review, menjadikannya salah satu kedai perabot di Parit Buntar yang perlu anda kunjungi. Kedai perabot ini juga mudah untuk dijumpai kerana memiliki signboard yang besar.

Anda tidak perlu risau akan kawasan parkir di kedai ini kerana ia tidak terhad dan kawasannya juga agak luas. Jadi, anda bolehlah singgah bersama keluarga dan sanak saudara anda untuk mencari perabot baharu dan berkualiti di sini!

Alamat: 26-27, Jalan Helang, Pekan Baru, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-716 2309


3. Pusat Perabot Ban Seng, Jalan Taiping

Kedai Perabot Ban Seng, Jalan Taiping, Parit Buntar

Kedai Perabot Ban Seng yang juga pemborong perabot di Parit Buntar ini mempunyai kedudukan yang strategik. Ia terletak di barisan kedai , iaitu di bersebelahan dengan AIA Group dan Parit Buntar Pharmacy.

Berdasarkan ulasan pelanggan di Google Review, mereka mengatakan bahawa harga perabot yang dijual di kedai Perabot Ban Seng ini berpatutan. Selain itu, mereka juga memuji servis yang diberikan. 

Sekiranya anda pandai tawar-menawar, pasti anda akan memperoleh harga yang terbaik. Ini kerana pemborong perabot biasanya menawarkan harga yang lebih murah berbanding kedai perabot yang lain.

Alamat: 209, Jalan Taiping, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-475 0113

WhatsApp Ban Seng


4. Perabot Lean Seng, Jalan Sungai

Kedai Perabot Lean Seng, Jalan Sungai, Parit Buntar

Adakah anda sedang mencari kelengkapan rumah yang berkualiti tetapi mempunyai bajet perbelanjaan yang agak terhad? Jika ya, kami sarankan anda berkunjung ke gedung perabot Perabot Lean Seng ini.

Berdasarkan ulasan pengguna di Google Review, ramai pelanggan mengatakan bahawa barangan perabot di sini murah dan dalam keadaan yang baik serta penjual yang baik. Namun begitu, anda perlu alert dengan kawasan parkir kerana tempat parkir awam agak terhad dan tiada kawasan khas yang disediakan.

Alamat: 25, Jalan Sungai, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu ( 11.00 am – 8.00 pm ), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-505 3443

WhatsApp Perabot Lean Seng


5. Sukawa 88 Furniture, Taman Wawasan Jaya

Sukawa 88 Furniture, Taman Wawasan Jaya

Satu lagi kedai perabot di Parit Buntar, Sukawa 88 Furniture (HQ) menggunakan dua buah kedai sebagai lokasi fizikal kedai mereka. Jadi, tidak hairanlah terdapat banyak perabot di dalamnya. Antara perabot yang boleh anda dapati di sini ialah set meja makan, kerusi santai, meja belajar kanak-kanak dan juga set bilik tidur yang lengkap.

Berdasarkan Google Review oleh pelanggan, rata-rata pelanggan mengatakan perabot di sini sangat berkualiti, ada banyak pilihan, harga yang dikenakan berpatutan, serta perabot di sini merupakan factory direct. Kedai Perabot Sukawa 88 Furniture ini juga memperoleh 4.5 bintang di Google Review.

Alamat: 18, 20 & 22, Jalan Wawasan 2, Taman Wawasan Jaya, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11.00 am – 7:30 pm), Selasa (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-566 5318

WhatsApp Sukawa 88 Furniture


6. Kedai Perabut VBA, Jalan Maharaja 1

Kedai Perabut VBA, Jalan Maharaja 1

Anda ingin mencari katil, almari atau kelengkapan bilik tidur yang lain dengan kualiti yang baik dan juga harga yang berpatutan? VBA Furniture Store pasti dapat memenuhi keperluan dan cita rasa anda!

Mudah sahaja untuk mencari kedai perabot ini. VBA Furniture Store terletak di hujung barisan bangunan, dengan signboard yang besar dan mudah dibaca walaupun dari jarak jauh. 

Kedai perabot ini bersebelahan dengan kedai hardware, iaitu Tatt Hong Hardware, dan juga menghadap jalan masuk. Selain itu, kawasan parkir yang luas dan banyak turut disediakan di hadapan barisan kedai-kedai tersebut.

Alamat: 37, Jalan Maharaja 1, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10:45 am – 8.45 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-305 9544 

WhatsApp VBA Furniture Store


7. Pusat Perabot Lagenda, Kampung Simpang Tiga

Kedai Pusat Perabot Lagenda, Kampung Simpang Tiga, Parit Buntar

Anda sedang mencari set meja makan yang baru? Ataupun set pejabat mini untuk rumah anda? Ataupun si kecil ingin set meja belajar yang baharu? Jom singgah di Pusat Perabot Lagenda di Parit Buntar. Ruangan dalam kedai yang luas dan pilihan perabot yang pelbagai pasti membuatkan anda rambang mata untuk membuat pemilihan perabot .

Kawasan parkir yang luas dan besar juga disediakan untuk para pengunjung. Di samping itu, Pusat Perabot Lagenda juga menawarkan servis penghantaran perabot. Dengan perkhidmatan delivery yang cekap dan pantas, pasti perabot anda akan tiba dengan selamat di rumah anda.

Alamat: Lot 1402, Tiga, Jalan Taiping, Kampung Simpang Tiga, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu operasi: Isnin – Sabtu ( 10.00 am – 7.00 pm ), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 05-717 6388

WhatsApp Pusat Perabot Lagenda


Kami harap senarai ini dapat memudahkan anda untuk mencari kedai perabot terbaik di Parit Buntar yang mampu memenuhi kriteria yang anda inginkan. Kami yakin pastinya ada kedai di dalam senarai ini yang sesuai dengan citarasa anda!

Satu tips deko untuk anda, pemilihan warna dan tema untuk setiap ruangan di dalam rumah akan memberi mood dan aura yang berbeza. Maka, pilihlah warna yang lembut dan tema yang minimalis untuk menciptakan suasana yang tenang selepas pulang dari tempat kerja.

Perabot untuk rumah dah jumpa, kini tiba masanya untuk berehat, rileks, dan menikmati percutian bersama yang tersayang pula! Anda tidak tahu di mana nak mulakan percutian anda di Parit Buntar? Jom layari artikel yang sudah kami sediakan, iaitu 6 Tempat Menarik Di Parit Buntar – Memang WAJIB Singgah!

 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Best Kedai Perabot Ipoh

Setiap ruang dan sudut di dalam rumah pastinya memberi impak kepuasan yang besar bagi seseorang melalui variasi reka bentuk perabot rumah (home furniture) masa...

TOP 5 Kedai Perabot Taiping & Kamunting (Dijamin Murah!)

Dalam mencari perabot untuk kegunaan mahupun sebagai perhiasan rumah, anda mesti mahukan yang terbaik dari segi kualitinya dan semestinya tahan lama pada harga yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x