Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

TOP 5 Kedai Perabot Taiping & Kamunting (Dijamin Murah!)

Dalam mencari perabot untuk kegunaan mahupun sebagai perhiasan rumah, anda mesti mahukan yang terbaik dari segi kualitinya dan semestinya tahan lama pada harga yang berpatutan. Bagi warga Taiping dan Kamunting, anda tidak perlu lagi bersusah payah meninjau setiap kedai perabot demi mencari perabot yang anda mahukan kerana kami telah membuat kaji selidik bagi pihak anda.

Berikut merupakan Top 5 kedai perabot di Taiping dan Kamunting yang mesti anda kunjungi.

Kedai Perabot Best Di Taiping


1. Xintex Decor, Taiping

Xintex Decor

Mempunyai rating yang tinggi dalam kalangan pelanggannya, Kedai Perabot Xintex Decor Sdn. Bhd. bukan sahaja menjual perabot yang berkualiti malah servis mereka turut dipuji oleh pelanggan-pelanggan. Staf kedai ini sentiasa memberikan servis yang terbaik dalam memenuhi kehendak pelanggan mereka. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Antara perabot yang dijual termasuklah set bilik tidur, tilam, sofa, set ruang tamu, set meja makan, barangan pejabat dan lain-lain lagi. Mereka menawarkan rekaan terkini dan kontemporari sesuai dengan mereka yang inginkan sesuatu yang mengikut trend.

Alamat: No. 1, 3 & 5, Jalan Stesen 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: 9.30am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 05-8081722

 

2. Perabot Murah Taiping, Changkat Jering

Perabot Murah Taiping

Untuk anda yang mempunyai bajet yang terhad, ini adalah pilihan terbaik anda. Menawarkan harga yang rendah dan mampu milik, pemilik perniagaan ini dikenali sebagai seorang yang pemurah dan baik hati kerana sering memberi diskaun terbaik untuk para pelanggannya serta memberikan buah fikiran serta idea yang bernas untuk pelanggannya. Kedai Perabot Murah Taiping menjual pelbagai jenis perabot dari katil, set ruang tamu, sehingga almari dan macam-macam lagi. Lokasi kedai ini terletak di tempat yang lapang dan mudah untuk pelanggan mendapatkan tempat parking. Segera ke kedai ini untuk melihat perabot pada harga yang baik.

Alamat: No.75, lot 1330,Batu 6, Changkat Jering 34850 Taiping, Perak

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Perabot Murah Taiping

 

3. Kedai Perabot Sing Hoe Seng, Taiping

Kedai Perabot Sing Hoe Seng

Bagi anda yang belum tahu rekaan yang dikehendaki, bolehlah berkunjung ke kedai ini. Kedai Perabot Sing Hoe Seng menawarkan pelbagai jenis reka bentuk perabot sehinggakan anda boleh menjadi rambang mata untuk memilihnya. Dari kabinet sehingga katil, kebanyakan perabot yang dijual merupakan perabot kayu yang berkualiti. Masih mengekalkan konsep tradisional dan klasik, perabot yang dijual di sini dihasilkan menggunakan kayu-kayu yang bermutu tinggi. Salah satu kedai yang telah lama bertapak di Taiping, anda tidak perlu ragu-ragu lagi.

Alamat: No. 325 & 327, Jalan Tupai, Perak, Taiping, Perak

Waktu Operasi: 10.00am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 05-8076094

 

4. Ilam Enterprise, Taiping

Ilam Enterprise

Ilam Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menjalankan dua jenis perniagaan iaitu menjual perabot dan juga barangan elektrik. Di kedai perabotnya, terdapat pelbagai jenis perabot seperti katil, sofa dan juga permaidani turut dijual di sini. Manakala di kedai elektriknya, barangan elektrik dari macam-macam jenama seperti Sharp, Panasonic dan lain-lain boleh didapati di sini. Dimiliki oleh warga Pakistan, reka bentuk dan konsep perabotnya turut sedikit berbeza dari kedai-kedai lain.

Alamat: No 49,51,53,55, 57, Lorong 1, Taman kuning Permai, Taiping, Perak

Waktu Operasi: 9.30am – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Ilam Enterprise

 

5. Ng Company Taiping

Ng Company Taiping

Kedai perabot yang sudah bertapak sejak 1971 ini, menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan penjualan perabot termasuk membaik pulih perabot lama dan perabot yang dijual juga boleh ditempah mengikut cita rasa masing-masing. Selain itu, mereka turut menjual perabot pereka terkenal. Mereka juga menjual perabot terpakai pada harga yang sangat berpatutan. Menurut komen daripada pelanggan atas talian, mereka turut berpuas hati dengan servis Ng Company yang memberikan penghantaran yang pantas.

Alamat: No. 187-189-191, Jalan Kota Raintown, Taiping, Perak

Waktu Operasi: 9.30am – 5.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Ng Company Taiping

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Perabot di Parit Buntar Untuk Memenuhi Cita Rasa Anda!

Anda tinggal di Parit Buntar, Perak? Tidak tahu kedai perabot di Parit Buntar yang sesuai dengan citarasa anda? Kami sedia membantu! Buat artikel kali...

10 Best Kedai Perabot Ipoh

Setiap ruang dan sudut di dalam rumah pastinya memberi impak kepuasan yang besar bagi seseorang melalui variasi reka bentuk perabot rumah (home furniture) masa...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x