Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Best Kedai Perabot Ipoh

Setiap ruang dan sudut di dalam rumah pastinya memberi impak kepuasan yang besar bagi seseorang melalui variasi reka bentuk perabot rumah (home furniture) masa kini. Samada klasik, retro, moden, kontemporari, mahupun ultramoden. Apa pun pilihan anda, pastinya langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mencari kedai perabot yang sesuai seperti yang diidamkan.

Terdapat pelbagai jenis perabot dalam pasaran, setiapnya mempunyai ciri ciri yang berbeza dari segi harga, kualiti dan bersesuaian untuk rumah anda. Berikut merupakan senarai kedai perabot yang anda boleh cari dari kedai kedai yang terpapar dalam artikel ini: Perabot bahagia, Perabot jati, cempaka, Perabot Ikea, Perabot dapur, perabot pejabat, Perabot rotan

 

Kedai Perabot Best Di Ipoh


1. FELLA DESIGN, Taman Golf  

Kedai Perabot Fella Design di Ipoh

Fella Design Sdn Bhd bukan sahaja menyediakan pelbagai reka bentuk perabot rumah, malahan, Fella Design merupakan pengeluar juga mengeksport perabot premium ke luar negara. Fella Design dan Fella Urban adalah keluaran perabot dari Fella sendiri yang mengutamakan reka bentuk yang elegan. Lebih dari 1000 jenis kualiti fabrik yang boleh anda pilih untuk dipadankan dengan 100 jenis reka bentuk perabot Fella. Pastinya fabrik yang disediakan adalah yang diimport dari luar negara mengikuti trend masa kini oleh seluruh dunia.

Terdapat lebih 20 cawangan Fella Design di seluruh Malaysia termasuk di Ipoh. Anda juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi dari Pereka Dalaman Fella yang akan memberi servis profesional rekaan dalaman rumah idaman yang anda idamkan selama ini. 

Alamat: Lot 9575 S, Lorong Gopeng, Taman Golf, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 7pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +605-253 3075

Whatsapp Kedai Fella Design

 

2. HARVEY NORMAN, Greentown 

Kedai Perabot Harvey Norman di Ipoh

Pada yang tidak tahu, Harvey Norman adalah syarikat milik Australia dimana, mereka bukan sahaja menjual barangan elektrik dan elektronik semata mata. Mereka adalah diantara syarikat jualan perabot yang sentiasa mengetengahkan konsep moden dan kontemporari yang terkini,juga sentiasa membawa rekaan perabot yang terbaru. Terdapat 26 cawangan Harvey Norman di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Apa yang menarik, anda berpeluang menikmati rebat sehingga RM500 setiap pembelian dan pelbagai potongan harga yang ditawarkan di Harvey Norman. Disini juga, anda boleh membuat pembelian secara ansuran kad kredit, tempahan melalui laman web rasmi dan khidmat penghantaran percuma ke rumah anda !

Alamat: Ipoh Parade, Box 144, Lot T01, T01B & T02, Third Floor, 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 10pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+605-241 1948

 

3. SSF HOME, Taman Jubilee

Kedai Perabot SSF di Ipoh

Keunikan dan elegan perabot dari SSF Home dengan mengetengahkan konsep “Family First” semestinya amat diidamkan. Di SSF Home menjanjikan pelbagai reka bentuk yang premium dan berkualiti yang dikeluarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Pelbagai anugerah yang telah diterima antaranya ialah “TOP 10 SME’s The Bull Golden Award”. 

Kini, anda mampu mengubah suasana rumah idaman anda dengan hanya 7 hari sahaja melalui khidmat servis terbaru yang ditawarkan oleh SSF Home, iaitu “SSF Lifestyle Solution”. Konsultasi bersama pakar pereka dalaman yang berprofesional mampu memberikan nafas baru dan kepuasan yang sebenarnya tanpa menggunakan lukisan 3D (3D Drawing).  50% potongan pembelian perabot di SSF Home juga menanti anda !

Alamat: 163, 165 & 167, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30am – 8pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+605-255 0580

Whatsapp Kedai SSF Home

 

4. ROZEL, Greentown Avenue  

Kedai Perabot Rozel di Ipoh

Reka bentuk yang memukau memberi kemewahan yang dapat menghiasi ruangan dan setiap sudut di rumah anda. Rozel diantara kedai perabot yang eksklusif membawa konsep reka bentuk autentik premium yang diinspirasikan daripada pereka profesional Itali. Cawangan Rozel ini terletak di lokasi Greentown Busincess Centre, Ipoh berdekatan dengan bangunan tekstil Jakel.

Rozel juga menawarkan potongan harga sehingga 30-40% apabila anda membuat tempahan melalui dalam talian. Dengan setiap pembelian, anda berpeluang memenangi tilam Rozel Maxiflex Royal Crown yang berharga RM7,990 siap ditandatangani khas oleh Duta Rozel, Farah Ann Abdul Hadi (Gimnas Malaysia).

Alamat: 12-16, Persiaran Greentown 4C, Greentown Avenue, 30250 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am – 9pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+605-2461194

 

5. PACIFIC GALLERY, Jalan Seenivasagam 

Kedai Perabot Pacific Gallery di Ipoh

Pacific Gallery yang terletak berdekatan dengan ICC Ipoh (Pusat Konvensyen Ipoh) bukan sahaja membekalkan barangan elektrik, malah, terdapat pelbagai reka bentuk perabot yang moden serta kotemporari seperti sofa, katil, pelbagai jenis tilam yang berjenama dan sebagainya untuk kelengkapan rumah anda. Disini, anda berpeluang mendapatkan penjimatan sehingga 30% dengan setiap pembelian barangan kelengkapan rumah mengikut terma & syarat.

Alamat: 1, 3, 5, 7, Jalan Seenivasagam, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 7pm) 

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+605-241 9928

Whatsapp Kedai Pacific Gallery

 

6. CALER HOME, Kampung Simee

Kedai Perabot Caler Home di Ipoh

Jika anda sering ke Klinik Kesihatan Simee, pasti anda akan terlihat bangunan kedai perabot Caler Home Furniture ini. Caler Home Furniture ini terdapat lebih 21 cawangan di seluruh Malaysia. Menampilkan pakej harga perabot yang sangat mampu dimiliki namun kualiti setanding perabot berjenama, termasuk anda juga mampu memiliki perabot idaman ini! Set perabot di Caler Home ini menawarkan harga serendah RM299 sahaja dari set meja makan, set bilik tidur, set ruang tamu dan sebagainya. 

Alamat: 1, Jalan Niaga Simee, Kampung Simee, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am – 7pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:+6011-1681 8518

Whatsapp Kedai Caler Home

 

7. LAVINO, Bandar Metro

Kedai Perabot Lavino di Ipoh

Lavino mempunyai lebih 18 cawangan di Malaysia termasuk 3 cawangan di Ipoh iaitu di Ipoh Station 18 (IP1), Ipoh Bandar Metro (IP2), dan Ipoh Taman Tawas Idaman (IP3). Di Ipoh, anda boleh lawati di cawangan Lavino IP2 yang memberikan anda kemudahan parkir yang selesa dan lokasinya mudah untuk dicari yang berdekatan dengan AEON Kinta City juga Tesco Ipoh Hyper. 

Perabot di Lavino membekalkan perabot yang berkualiti serta harga yang berpatutan dengan reka bentuk yang moden. Anda juga boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui laman web mereka. Jika anda melayari laman web Lavino, mereka sentiasa mempromosikan perabot mereka sehingga 30 peratus ! Produk waranti yang ditawarkan minimum 90-hari mengikut terma & syarat.

Alamat: 123932, Jalan Burung Belibis, Bandar Metro, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 8pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Phone:+6016-332 9814

Whatsapp Kedai Perabot Lavino 

 

8. LAZIO SOFA, Taman Gopeng

Kedai Perabot Harvey Lazio Sofa di Ipoh

Reka bentuk dari Lazio Sofa Sdn Bhd ternyata amat kreatif, fleksibel dan inovatif. Dimana, produk terbaru yang mereka keluarkan ialah BOK Modular Sofa. BOK modular sofa ini didatangkan dengan pembungkusan kotak dimana, anda boleh membuat pemasangan sofa tersebut sendiri kurang dari 3 minit sahaja! Katakan anda akan berpindah rumah, kotak pembungkusan tersebut boleh digunapakai untuk simpan semula BOK sofa itu. Jadi, kerja pemindahan rumah anda menjadi amat mudah & cepat ! 

Lazio Sofa juga menawarkan penghantaran percuma sehingga kerumah dan anda juga boleh membuat tempahan melalui laman web Lazio Sofa Sdn Bhd.

Alamat: No. 168, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Taman Gopeng, 30250 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 8pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:+605-2543399

Whatsapp Kedai Lazio Sofa

 

9. BAO WOOD TIMBER WORKS & FURNITURE, Taman Cheteau

Kedai Perabot Jati Bao Wood di Ipoh

Bao Wood diantara kedai perabot yang mengetengahkan reka bentuk 100% dari kayu asli dan penghasilan perabot kayu di sini dilakukan oleh Bao Wood sendiri. Hasil tangan yang begitu teliti dan unik menghasilkan pelbagai jenis perabot seperti meja makan, almari baju, katil, kerusi, aksesori dan sebagainya. Kepada peminat perabot kayu, anda boleh ke Bao Wood Furniture untuk melihat sendir reka bentuk yang unik dan premium. 

Alamat: Lot 47, Jalan Sultan Nazrin Shah, Taman Chateau, 30250 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am – 8pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:+6012-704 6303

Whatsapp Kedai Perabot Bao Wood 

 

10. TAYANGAN JATI GROUP, Tasik Perdana 

Kedai Perabot Tayangan Jati di Ipoh

Khas untuk peminat perabot kayu jati. Di Tayangan Jati Group, anda boleh mendapatkan pelbagai reka bentuk yang terkini serta moden bagi menghiasi ruang tamu mahupun bilik tidur anda. Terdapat lebih 10 cawangan Tayang Jati Group seperti di Kedah, Perlis, Klang, Negeri Sembilan, Kelantan, serta di Laluan Tasik Perdana, Ipoh Perak. 

Anda boleh mendapatkan harga borong terus dari kilang yang berpatutan dari Tayangan Jati Group ini. Disini, pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui dalam talian tanpa perlu ke kedai dan penghantaran perabot akan diuruskan sepenuhnya oleh Tayangan Jati Group.

Alamat: 63 65, Laluan Tasek Perdana, Laluan Tasik Perdana, 30010 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 9pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:+6069991493

Whatsapp Kedai Tayang Jati Group

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

TOP 5 Kedai Perabot Taiping & Kamunting (Dijamin Murah!)

Dalam mencari perabot untuk kegunaan mahupun sebagai perhiasan rumah, anda mesti mahukan yang terbaik dari segi kualitinya dan semestinya tahan lama pada harga yang...

7 Kedai Perabot di Parit Buntar Untuk Memenuhi Cita Rasa Anda!

Anda tinggal di Parit Buntar, Perak? Tidak tahu kedai perabot di Parit Buntar yang sesuai dengan citarasa anda? Kami sedia membantu! Buat artikel kali...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x