Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Perabot Kuantan yang Murah dan Menarik

Ramai yang inginkan rumah mereka kelihatan lebih ringkas dan teratur sambil mempunyai bermacam-macam perabot sebagai hiasan dalaman dengan pelbagai fungsi. Oleh itu, ramai yang mencari perabot dengan reka bentuk yang menarik dengan harga murah yang berpatutan dengan cara hidup dan kemampuan mereka. Di sini, kami senaraikan 6 kedai perabot di Kuantan yang murah dan menarik untuk menghiasi rumah anda supaya nampak lebih teratur dan cantik.

Tidak kira mahu mencuba perabot baru yang kemas dan lawa ataupun untuk menggantikan perabot lama yang telah rosak, banyak kedai perabot di Kuantan dapat menawarkan perkhidmatan dan produk yang mampu memenuhi pelbagai kehendak dan kesesuaian pengguna. Dengan kualiti perabot yang terjamin bagus, anda dapat membandingkan dan memilih perabot yang sesuai dengan bajet perbelanjaan sendiri.

6 Kedai Perabot di Kuantan 


1. Kinsen Home Kuantan, Jalan Teluk Sisek

Kinsen Home Kuantan

Kinsen Home Kuantan merupakan kedai perabot yang mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan murah untuk penduduk Malaysia. Dengan layanan perkhidmatan pelanggan yang baik, pengunjung boleh bertanyakan soalan secara terus kepada petugas kedai untuk mendapatkan jawapan ataupun nasihat ketika ingin melakukan pembelian terhadap sesuatu perabot. Jadi, tidak peliklah mengapa kedai ini mampu mendapat rating yang tinggi, mereka memudahkan pelbagai urusan jual beli dengan pengguna sebaik mungkin.

Salah satu ciri yang membuatkan Kinsen Home ini unik adalah dengan ketersediaan laman web yang kerap dikemas kini dan mudah untuk digunakan. Pengguna dapat melihat dan mencari perabot yang baru untuk menambahkan idea dalam menghiasi rumah kediaman idaman mereka sebelum mengunjungi kedai tersebut.

Alamat: No 80A, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-513 0409 


2. Kuantan Modern Furniture, Pasar Besar Kuantan

Kuantan Modern Furniture

Kuantan Modern Furniture menawarkan perabot moden yang pelbagai jenis sesuai untuk bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Kedai ini juga mempunyai banyak perabot berjenama yang memiliki kualiti yang baik untuk kepuasan dan keselesaan para pengguna. Oleh itu, ramai pengunjung amat yakin untuk membeli perabot yang dijual di kedai ini kerana ada jaminan kualiti.

Dengan harga yang berpatutan, pengguna dapat memilih untuk membeli perabot seperti sofa, tilam, almari, meja dan kerusi yang mempunyai pelbagai reka bentuk. Para pelanggan yang telah melakukan pembelian pasti akan kembali ke sini untuk mendapatkan kualiti perabot yang baik dengan harga murah.

Alamat: 10, Jalan Tun Ismail, Pasar Besar Kuantan, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm) Ahad (12.00 pm – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-388 2755

WhatsApp Kuantan Modern Furniture


3. Kedai Perabut Indera Sempurna, Batu 5

Kedai Perabut Indera Sempurna

Kedai Perabut Indera Sempurna ini terletak di tepi jalan raya dan mudah untuk dikunjungi. Kedai ini menjual perabot yang diperbuat dari kayu seperti almari, kerusi, rak TV dan meja makan. Reka bentuk sofa yang menarik dan pelbagai juga ditawarkan oleh kedai ini dengan harga yang berpatutan untuk dimiliki oleh pengguna.

Selain dari perabot, barangan elektrik seperti peti ais dan mesin basuh juga turut dijual untuk melengkapkan lagi perhiasan dalaman rumah. Buat pengetahuan anda, kedai ini juga membuat pembayaran secara tunai atau ansuran selama 12 bulan sebanyak 0% untuk pemegang kad kredit CIMB.

Alamat: No. 1/4313, Batu 5, Jalan Gambang, Kuantan, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm) Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-986 0600

WhatsApp Kedai Perabut Indera


4. Ijia Furniture Kuantan, Jalan Gambut

Kedai Perabot Ijia Furniture Kuantan

Ijia Furniture Kuantan merupakan tempat anda untuk mendapatkan perabot idaman anda dengan harga yang murah. Reka bentuk perabot yang moden dan unik boleh diperolehi dari sini untuk menghiasi rumah anda dengan gaya yang lebih minimalis dan teratur. Bagi pengguna yang mempunyai citarasa yang tinggi, set perabot khas juga boleh ditempah mengikut kesesuaian pengguna. 

Pembelian set perabot yang berkualiti dengan harga yang murah juga dapat dilakukan dengan senang dan mudah di kedai ini. Ketika musim perayaan atau akhir tahun, Ijia Furniture sering adakan jualan promosi dengan potongan diskaun untuk menarik pelanggan baru dan lama.

Alamat: B14, B16, B18, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-900 9413

WhatsApp Ijia Furniture


5. Kedai Perabot Aneka Maju, Jalan Besar Kuantan

Kedai Perabot Aneka Maju Kuantan

Jika anda mencari kedai perabot yang lapang dan selesa, kedai Perabot Aneka Maju adalah pilihan yang terbaik untuk dikunjungi. Dengan pilihan perabot yang pelbagai, para pelanggan dapat memilih perabot dengan reka bentuk yang moden atau bergaya. Kewujudan set perabot yang menarik juga dapat memikat pelanggan untuk membeli secara murah dan banyak di kedai ini.

Perabot seperti almari, sofa, meja, katil, rak papan tv dan laci juga ditawarkan dalam reka bentuk unik yang mempunyai pelbagai fungsi. Tawaran promosi akhir tahun juga sering dilakukan di kedai ini untuk mengekalkan pelanggan kembali membeli di kedai ini dengan harga yang murah. 

Alamat: 86, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-514 8211

WhatsApp Aneka Maju


6. Eng Lai Furnishings, Padang Lalang

Kedai Perabot Eng Lai Furnishings Kuantan

Untuk mendapatkan perabot yang moden dan menarik, kedai Eng Lai Furnishings ini merupakan destinasi yang perlu dikunjungi di Kuantan oleh pelanggan. Kedai ini menawarkan set perabot ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan yang eksklusif bagi pelanggan yang mempunyai citarasa yang lebih tinggi. Dengan penghantaran percuma di sekitar kawasan Kuantan, khidmat layanan di kedai ini juga adalah terbaik dalam memilih perabot pilihan.

Tawaran yang hebat untuk perabot juga dapat dilihat disiarkan setiap minggu melalui akaun Facebook kedai ini untuk dijual dalam harga yang lebih murah. Oleh itu, rajinkan lah diri untuk kerap mengunjungi siaran tersebut untuk mendapatkan perabot idaman dengan harga yang lebih rendah.

Alamat: A55, Jalan Teluk Sisek, Padang Lalang Industrial Area, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5161 8888


Kami harap dengan senarai yang telah dituliskan di atas, anda dapat mencari kedai perabot di Kuantan yang murah dan menarik. Untuk memilih perabot yang bagus, perbandingan haruslah dilakukan terlebih dahulu. Pemilihan perabot secara terperinci mampu menyelamatkan wang anda serta dapat membina suasana rumah kediaman impian anda.

Jika anda juga sedang mencari peralatan perabot yang murah dan menarik secara di atas talian, anda boleh lihat artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Perabot Online Shopee yang Anda Patut Kunjungi.

 

4.6/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x