Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Top Kedai Perabot Online Shopee yg Patut Dikunjungi

Banyak kebaikan membeli perabot online, terutamanya dari platform dan kedai yang popular dan banyak diguna oleh orang ramai. Bukan saja anda dapat melihat pelbagai jenis perabot yang tertera dalam kedai perabot online tersebut, ia juga memudahkan anda membuat perbandingan dari kedai perabot yang berlainan tanpa mengunjungi kedai tersebut satu per satu.

Harga selalunya menjadi faktor yang utama bila anda beli perabot dari kedai online, tapi anda tidak boleh juga mengabaikan ulasan-ulasan yang diberi oleh pelanggan lain tentang perabot atau kedai tersebut. Selalunya, rating yang melebihi rating 4.0 diberi lebih daripada 1000 pelanggan yang lain boleh diguna sebagai satu kriteria penilaian untuk item tersebut.

Di caridestinasi, kami membuat penyelidikan dan mengumpulkan 10 kedai perabot online dari shopee yang best untuk rujukan anda. Kesemua kedai perabot online shopee ini mempunyai rating yang tinggi, follower yang banyak dan siri perabot yang menarik.


10 Top Kedai Perabot Shopee yg Sering Buat Promo + Rating Tinggi

1. Kedai Perabot Kitchen Z Shopee

Kitchen Z Online Shop Shopee Malaysia

Anda ingin membeli perabot dan alatan rumah? Tapi tak pasti nak beli di mana? Tak perlu susah payah keluar rumah. Anda boleh ke Shopee dan cari kedai bernama Kitchen Z. Kedai ini ada menjual macam-macam jenis perabot dan alatan rumah. Mereka ada menjual sofa, kerusi malas, kerusi gaming dan peralatan dapur. Harga juga memang berpatutan disamping datang dengan jaminan.

Mereka ni ada pengalaman selama lebih 10 tahun dalam pembuatan barangan rumah. Anda yang beli tak perlu risau tentang kualiti kerana barangan Kitchen Z ni memang 100% barangan asli dan berkualiti. Review kedai mereka pun 4.8/5 bintang. Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah serbu kedai ni sementara stok masih ada.

Shopee | Ulasan Bisnes


2. Kedai Perabot Best World Collection Shopee

Best World Collection Online Shop Shopee Malaysia

Best World Collection memaparkan pelbagai jenis perabot yang cantik-cantik serta berkualiti. Mereka ni sudah lama membuka kedai di Shopee iaitu selama lebih 4 tahun. Anda mesti dah boleh agak yang kedai ini mempunyai ramai pengikutnya. Seramai 73.8 ribu lebih orang berminat dengan barangan yang dijual di sini. Perabot-perabot mereka hampir kesemuanya berkonsepkan minimalis dan memang sesuai untuk anda yang sukakan dekorasi moden ala ala mat salleh tu. Di kedai ini, anda boleh mendapatkan rak buku, almari dan katil. Produk terlaris mereka ialah almari kecil empat laci yang didatangkan dengan warna putih, coklat dan warna kayu.

Mereka ni juga akan membalas sebarang pertanyaan anda dengan pantas. Kalau-kalau ada persoalan mengenai produk mereka anda boleh sahaja bertanya kepada mereka. Kalau anda masih ragu-ragu, kedai ini mempunyai rating sebanyak 4.9/5 yang diberikan oleh pelanggan mereka. Jadi, sudah tentulah produk yang dikeluarkan mereka ni memang bagus dan berkualiti.

Shopee | Ulasan Bisnes


3. Kedai Perabot MYFurniture Lab Shopee

MYFurnitureLabOfficial Store Online Shop Shopee Malaysia

Kalau anda jenis yang suka kedai perabot yang merupakan pembuat serta pengedar untuk mendapatkan harga termurah, anda boleh mencari MyFurnitureLab di Shopee. Walupun mereka mendaftar bersama Shopee tidak terlalu lama, mereka berjaya mencapai pengikut yang ramai. Rating kedai mereka juga tinggi iaitu sebanyak 4.8/5.  Memang tak hairanlah kenapa kedai ini menjadi antara kedai perabot terbaik di Shopee.

Selain itu, harga jualan mereka mendorong kepada kejayaan  mereka di aplikasi ini. Manatidaknya, kerusi gaming yang mereka jual serendah RM189. Memang sangat murah jika ingin dibandingkan kedai lain, di mana kerusi gaming ni memang dijual sangat mahal. Anda yang nak buat mini office tu, anda boleh juga cari meja dan kerusi kerja serendah RM200 untuk kedua-duanya sekali.

Shopee | Ulasan Bisnes


4. Kedai Perabot Koola Home Shopee

KOOLA Home Online Shop Shopee Malaysia

Kepada anda yang sukakan pilihan yang banyak, KOOLA Home yang telah berada di Shopee selama lebih 28 bulan, memang sesuai untuk anda. Mereka ni merupakan kedai kelengkapan rumah dalam talian terbesar di Malaysia. Memang banyak produk yang ada di sini tau. Antaranya sofa, meja makan, katil dan meja sisi. Anda pasti akan rambang mata ketika melayari kedai mereka ini. Bukan itu sahaja, karpet pun ada dijual di sini.

Memang susah untuk mencari maklum balas yang tidak memuaskan di kedai ini, hampir kesemuanya adalah maklum balas yang baik. Disebabkan itu, rating kedai mereka ialah 4.9/5 dan pengikut mereka memang ramai. Oleh itu, anda yang ingin membeli barangan keprluan untuk hiasan rumah, anda boleh membuat pilihan di sini.

Shopee | Ulasan Bisnes


5. Kedai Perabot Furnimall Shopee

Furnimall Online Shop Shopee Malaysia

Furnimall merupakan antara kedai perabot yang wajib anda kunjungi di Shopee dengan pengikut lebih 16 ribu, rating 4.8/5 dan telah beroperasi selama lebih 18 bulan di Shopee. Di sini, banyak juga barangan rumah yang boleh anda dapatkan daripada katil sehinggalah rak dapur. Harga yang ditawarkan mereka memang murah-murah belaka dan barangan mereka dijamin kualitinya. Barang yang paling diminati ramai di sini ialah rak tv mereka yang cantik dan panjang.

Anda yang ingin bertanya atau mendapatkan lebih banyak maklumat, anda boleh sahaja berinteraksi dengan mereka. Mereka membalas pertanyaan pelanggan dengan pantas dan juga secara berhemah. Persoalan anda tentang produk mereka pasti akan dijawab dan dilayan dengan baik. Oleh itu, anda jangan segan silu untuk mendapatkan informasi yang diperlukan sebelum anda membeli.

Shopee | Ulasan Bisnes


6. Kedai Perabot Teck Seng Furniture Shopee

Teck Seng Furniture Online Shop Shopee-Malaysia

Dengan misi menjadikan rumah idaman pelanggan mereka realiti pada harga yang menarik, Teck Seng Furniture menjual pelbagai produk rumah untuk ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Produk-produk yang dijual di sini memang kelihatan sangat cantik dan mewah. Barangan mereka juga dijamin kualitinya. Mereka ni telah lama berkecimpung dalam dunia perabot-perabot semenjak tahun 2007 dan sudah berada di Shopee selama lebih 14 bulan. Pengikut mereka memang ramai melebihi 12.6 ribu dengan rating sebanyak 4.9/5 bintang.

Produk terlaris mereka ialah sofa dan meja makan yang memang kelihatan elegen dan mewah sekali. Kalau anda menginginkan rumah dengan dekorasi yang mewah, sinilah tempatnya. Tetamu-tetamu anda pasti akan cemburu nanti.

Shopee | Ulasan Bisnes


7. Kedai Perabot Synergy House Furniture Shopee

SYNERGY HOUSE FURNITURE Online Shop Shopee Malaysia

Synergy House Furniture menawarkan barangan kelengkapan rumah pada harga yang berpatutan. Mereka memang pakar dalam bidang perekaan dan penghasilan perabot yang berkualiti tinggi serta senang di mata. Di sini anda boleh mendapatkan barangan seperti rak kasut, rak tv serta kerusi pejabat. Yang istimewa di sini, mereka ada set kerusi meja untuk ibu bapa serta anak-anak untuk bekerja dan belajar yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan tersendiri.

Walaupun baru tidak begitu lama bermula di Shopee, mereka telah mempunyai pengikut yang melebihi 38 ribu orang dengan rating 4.9/5 bintang. Berbanding kedai perabot lain dalam senarai ini, kedai mereka mempunyai pilihan yang agak terhad. Akan tetapi, kualiti barangan mereka masih di tahap yang tinggi.

Shopee | Ulasan Bisnes


8. Kedai Perabot Classic Home & Living Furniture Shopee

CLASSIC HOME LIVING FURNITURE Online Shop Shopee Malaysia

Kedai perabot Classic Home & Living Furniture yang menjual terus dari kilang dan menawarkan pada harga terbaik ini menjual pelbagai perabot yang memberikan gambaran minimalis dan cleanpada rumah anda. Perabot-perabot di sini terdiri daripada kerusi, rak, dan almari degan rekaan yang sederhana dan ringkas. Harga jualan mereka juga agak murah berbanding kedai-kedai lain. Sudah tentulah kualiti perabot mereka juga terbaik.

Kedai ini sudah aktif di Shopee selama lebih daripada 36 bulan dengan pengikut melebihi 18.4 ribu pengguna shopee. Rating mereka juga tinggi iaitu sebanyak 4.9/5 bintang. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh mendapatkan lebih banyak informasi mengenai peroduk jualan mereka dengan berinteraksi di ruangan ‘chat’ kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


9. Kedai Perabot MyOneMall Shopee

MYONEMall Online Shop Shopee Malaysia

Jika anda mencari barangan kelengkapan rumah dengan pilihan yang banyak, anda boleh cuba di MYONEMall. Selain perabot, mereka ada menjual macam-macam lagi barangan lain seperti periuk nasi dan lampu hiasan. Memang menarik kedai ini. Cermin dengan mentol lampu dikelilingnya juga ada dijual di sini. Kalau anda nak berangan berdandan macam artis tu bolehlah beli cermin ini.

MYONEMall ni boleh dikatakan agak baru juga beroperasi di shopee. Akan tetapi, mereka sudah mencapai ribuan pengikut dan rating mereka cukup tinggi iaitu 4.8/5. Harga-harga barangan mereka memang cukup murah dan berpatutan untuk anda yang mahukan barangan berkualiti. Barangan jualan mereka mempunyai warranty selama 1 tahun. Jangan lupa melihat kedai ini kalau mencari barangan hiasan rumah tu.

Shopee | Ulasan Bisnes


10. Kedai Perabot iFurniture Shopee

iFurniture Online Shop Shopee Malaysia

iFurniture memang sesuai untuk anda yang mencari rak-rak yang mempunyai tempat simpan yang banyak serta kepada yang ini mencari meja belajar atau meja kerja. Macam-macam rekaan anda boleh jumpa di sini yang pasti akan menaikkan seri rumah dan bilik anda. Memang banyak pilihan yang anda boleh buat dari segi warna dan reka bentuk. Harga jualan juga cukup murah dan memang berpatutan sekali. Disebabkan itu, tidak hairanlah kenapa rating mereka sebanyak 4.9/5.

Kedai ini mula beroperasi di Shopee baru lebih 1 tahun sahaja. Pengikut mereka juga baru tidak terlalu ramai berbanding kedai-kedai lain di dalam senarai. Walaupunbegitu, kedai ini memang mempunyai produk-produk yang sangat cantik dan berguna untuk anda dengan kualiti yang tinggi.

Shopee | Ulasan Bisnes

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Runcit Terbaik di Shopee untuk dikunjungi

Sekarang ni semua di hujung jari, nak membeli barangan runcit pun boleh dibuat secara atas talian sahaja. Di aplikasi Shopee, banyak kedai-kedai runcit yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x