Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Runcit Terbaik di Shopee untuk dikunjungi

Sekarang ni semua di hujung jari, nak membeli barangan runcit pun boleh dibuat secara atas talian sahaja. Di aplikasi Shopee, banyak kedai-kedai runcit yang menjual barangan kering dan basah yang segar-segar macam anda pilih sendiri di kedai. Ayam, ikan dan daging kini mudah sahaja untuk dibeli tanpa perlu membuang minyak kereta. 

Sebelum membuat pilihan anda perlu pastikan kedai yang anda layari di Shopee tu boleh pakai. Anda hanya perlu lihat di rating kedai mereka dan maklum balas yang diberikan oleh pelanggan.

Di sini anda boleh membuat pilihan untuk mimilih kedai-kedai barang runcit terbaik dari Shopee. Kami di Caridestinasi telah pun membuat 10 senarai kedai yang terbaik.


10 Kedai Runci Terbaik Di Shopee wajib cuba. 

1. Kedai Runcit Ongrocer Shopee

Kedai Runcit Ongrocer Shopee

Salah satu kedai yang wajib anda kunjungi untuk membeli barangan runcit ialah Ongrocers. Disini, macam-macam barang basah dan kering yang boleh anda beli untuk memasak. Mereka ada ikan kembung, sayur sawi, sotong dan ikan salmon pun ada tau. Makanan sejuk beku seperti pau dan buah-buahan juga boleh didapati. Memang banyak pilihan makanan basah yang terjual di sini.

Kalau anda berasa ragu-ragu tentang kesegaran barangan mereka, anda boleh pergi baca ulasan pelanggan di ruangan Shopee mereka yang mendapat rating hampir 5 bintang. Mereka ni dah lebih setahun beroperasi di Shopee dan telah mendapat lebih 30 ribu pengikut. Kesegaran barangan dijamin dan akan dihantar oleh rider mereka sendiri. Jadi, tak perlu susah payah keluar bersesak-sesak di kedai lagi lepas ni.

Shopee | Ulasan Bisnes


2. Kedai Runcit BuyEco Grocery Shopee

Kedai Runcit BuyEco Grocery Shopee

Bagi mendapatkan barangan kering seperti ubat-ubatan dan makanan ringan anda boleh dapatkan di BuyEco Grocery. Mereka ni ada menjual ubat seperti untuk sakit tekak dan demam. Kedai ini memang kebanyakannya barangan untuk merawat sakit dan keperluan rumah serta bukanya untuk anda membeli barangan memesak pun. Tetapi ada lah sikit-sikit barang memasak seperti spageti dan santan.

Apa-apa pertanyaan yang ada mengenai barangan jualan mereka, anda boleh sahaja pergi ke ruangan ‘chat’ dan tanyakan kepada mereka. Mereka pasti akan menjawab persoalan anda dengan pantas memandangkan ‘chat performance’ kedai ini melebihi 95%. Pengikut dan rating kedai ini juga tinggi.

Shopee | Ulasan Bisnes


3. Kedai Runcit H&S Grocery Shopee

Kedai Runcit H&S Grocery Shopee

H&S Grocery menjual barang-barang kering pada harga yang memang murah. Kedai ini mempunyai rating yang sangat tinggi berbanding kedai-kedai lain di lama senarai ini. Pengikut yang berminat dengan kedai ini melebihi 20 ribu orang. Mereka menjual barangan borong, jadi tidak hairanlah kenapa barangan mereka murah. Semua barang runcit adalah ‘ready stock’ dan tunggu masa untuk dihantar ke rumah anda sahaja.

Anda boleh mendapatkan barang-barang kering seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili. Barang membuat kek, rempah ratus dan makanan dalam tin juga ada dijual. Semua di sini sama je macam yang ada boleh dapatkan di pasar-pasar borong yang lain. Tak perlu susah payah beratur panjang nak beli cili dah lepasni, pesan saja di H&S Grocery.

Shopee | Ulasan Bisnes


4. Kedai Runcit Mydin Shopee

Kedai Runcit Mydin Shopee

Siapa je di Malaysia ni tak kenal dengan jenama Mydin. Sekarang ni, anda boleh mendapatkan barang-barang mereka secara atas talian sahaja. Jangan risau tentang harga kerana barangan atas talian mereka tetap murah macam anda pergi sendiri ke Mydin. Sebab itulah mereka mendapat rating yang tinggi di Shopee ni dengan lebih daripada 1 juta orang memberikan maklum balas.

Kepada yang tak tahu tu, Mydin ni ada menjual banyak sekali barangan runcit. Di Shopee, anda boleh mendapatkan barangan dapur, produk rambut dan pakaian pun ada. Kekurangan Mydin atas talian ni cuma mereka tidak menjual barangan basah, hanya barang kering je ada. Walaupunbegitu, pilihan barangan kering mereka memang banyak berbanding keda-kedai lain.

Shopee | Ulasan Bisnes


5. Kedai Runcit Freshtap.my Shopee

Kedai Runcit Freshtap.my Shopee

Di Freshtap.my, seperti namanya, anda boleh mendapatkan barangan basah yang segar serta barangan kering. Tak banyak kedai di Shopee yang menjual barangan basah seperti ayam, ikan dan udang, jadi, kedai ini harus menjadi pilihan anda. Barangan basah mereka dijamin halal dan dibungkus elok ketika dihantar. Anda yang rasa buang masa atau malas ke pasar tu, sila cuba beli di sini. Barangan kering seperti sayur dan tempe yang dijual pasti melengkapkan pembelian anda.

Kedai ini sudah berada di Shopee melebihi 1 tahun dan sudah pun mencapai pengikut lebih daripada 13 ribu. Rating kedai mereka juga tinggi, pasti dapat menyakinkan anda untuk membuat pemebelian di sini. Kalau masih tak yakin tu, anda boleh tanya sahaja mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Shopee | Ulasan Bisnes


6. Kedai Runcit Supero My Shopee

Kedai Runcit Supero My Shopee

Supero My menjanjikan harga runcit yang murah dengan pelbagai pilihan. Dengan memiliki barangan runcit yang melebihi 1 ribu barang, kedai ini pasti dapat memudahkan pembelian atas talian anda. Mereka menjual barangan kering yang biasa anda jumpa di mana-mana kedai runcit lain pada harga yang berpatutan. Prestasi kedai ini memang cukup memuaskan dan mereka mencapai skor 100% dalam melayan pertanyaan pelanggan.

Mereka sudah berkecimpung dalam dunia atas talian di Shopee selama lebih 2 tahun dengan pengikut melebihi 12 ribu orang. Kedai ini memang boleh dipercayai dalam penjualan barangan runcit. Jika anda tidak percaya, anda boleh bertanya lebih lanjut dan tujukan persoalan anda mengenai barangan mereka.

Shopee | Ulasan Bisnes


7. Kedai Runcit The Vege Shop Shopee

Kedai Runcit The Vege Shop Shopee

Kalau anda mencari kedai runcit di Shopee yang memang khas dalam penjualan sayur-sayuran, The Vege Shop lah tempatnya. Anda boleh mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar dan ada di antarnaya dibawa dari Cameron. Sayur-sayuran seperti tomato, brocoli, sawi dan kobis ada dijual. Sayur-sayur mereka di sini halal ya. Nak cili api pun ada juga, anda tak perlu risau. Mereka membuat penghantaran setiap hari kecuali hari Ahad. Maklumlah mereka pun ingin cuti.

Akan tetapi, penghantaran hanya untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Jika kawasan anda tu tidak tertera anda boleh pergi ke ruangan ‘chat’ dan bertanya dahulu. Mereka mempunyai rating melebihi 4.8 di Shopee, oleh itu, produk yang dijual mereka mestilah elok.

Shopee | Ulasan Bisnes


8. Kedai Runcit Pasaraya Pak Tori Shopee

Kedai Runcit Pasaraya Pak Tori Shopee

Pasaraya Pak Tori ada menjual juga menjual barangan runcit pada harga yang rendah. Barangan yang dijual disini hanyalah barang kering sahaja antaranya kicap, beras, dan susu. Kalau anda nak beli sabun basuh kain atau sabun cuci pinggan, di sini pun ada juga. Apa yang bestnya, di sini ada menjual laksa untuk anda yang teringin nak buat laksa ke, bolehlah dapatkannya.

Rating kedai ni memang tinggi iaitu melebihi 4.9 tau. Nampaknya memang barang dan servis mereka sangat bagus. Kedai ini sudah lebih 2 tahun berada di Shopee dan merupakan antara yang paling lama dalam senarai ini. Oleh itu, anda boleh cari mereka di Shopee, kot-kot lah ada barang yang ada perlukan dari mereka yang tak dapat di kedai lain.

Shopee | Ulasan Bisnes


9. Kedai Runcit Setia Grocer Online Shopee

Kedai Runcit Setia Grocer Online Shopee

Setiagrocer juga merupakan kedai runcit atas talian yang anda boleh dapatkan barangan basah dan kering. Contoh barangan basah yang ada dijual sini ialah seekor ayam, daging batang pinang, ikan siakap dan udang. Anda yang nak masak ikan siakap 3 rasa tu boleh beli ikan di sini. Selain itu, mereka juga ada sayur-sayuran seperti sawi, timun dan bawang. Telur satu papan pun boleh didapati di sini. Memang kedai runcit lah katakan.

Kedai ini sudah berada di Shopee selama lebih 1 tahun dan rating yang diberikan pelanggan mereka juga sangat tinggi. Anda boleh sahaja chat mereka jika ada sebarang permasalahan atau persoalan tentang barangan mereka mahupun penghantaran.

Shopee | Ulasan Bisnes


10. Kedai Runcit Dailymart456 Shopee

Kedai Runcit Dailymart456 Shopee

Kepada anda yang mencari barangan kering dalam bungkusan anda boleh jenguk Dailymart456 di Shopee. Kedai ini mempunyai pengikut melebihi 3 ribu orang dan mendapat rating lebih daripada 4.8. Barang-barang mereka sudah tentunya elok dan berkualiti kerana rating mereka yang tinggi. Susah nak dapat rating begitu kalau servis dan produk mereka tidak elok. Jadi, anda boleh nilai sendiri.

Mereka ada barangan bayi seperti lampin bayi, susu dan tisu basah. Kalau nak cari barang masak tu, sayur-sayur takdalah, tapi mereka ada barang seperti miyak dan santan. Mereka hanya menjual barangan yang sudah siap dibungkus dan mudah dihantar.

Shopee | Ulasan Bisnes


Kesimpulannya, sekarang ni semua di hujung jari. Tak perlu lagi anda bersusah-payah beratur panjang-panjang di kedai dan membuang masa. Semua benda boleh didapatkan di Shopee. Kalau tak suka barangan yang dihantar tu boleh je membuat aduan dan mendapatkan pulangan wang di Shopee. Mudah bukan? Selamat membeli!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Top Kedai Perabot Online Shopee yg Patut Dikunjungi

Banyak kebaikan membeli perabot online, terutamanya dari platform dan kedai yang popular dan banyak diguna oleh orang ramai. Bukan saja anda dapat melihat pelbagai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x