Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Elektrik di Kuala Lumpur yang Berkualiti Tiptop!

Jika sebut tentang peralatan elektrik, rata-rata pastinya ingin membeli secara fizikal berbanding secara dalam talian. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Di sini kami akan membantu anda senaraikan tujuh kedai elektrik di Kuala Lumpur yang pastinya datang dengan harga murah tetapi berkualiti tinggi. Semoga bermanfaat!

7 Kedai Elektrik di Kuala Lumpur


1. Bestlite Electrical Sdn Bhd, Taman Kobena Cheras

Bestlite Electrical Sdn Bhd, Taman Kobena Cheras

Kedai elektrik di Kuala Lumpur ini merupakan pemborong dan pembekal yang menyediakan rangkaian produk elektrik sebagai kelengkapan di rumah. Menariknya, kedai ini bukan sahaja memiliki produk tempatan, malah turut mengimport barang elektrik dan aksesori dari negara luar seperti China, Singapura, Hong Kong dan Jepun. 

Walaupun kebanyakan produk kedai ini diimport dari negara luar, namun anda tidak perlu risau kerana kedai ini mengekalkan konsep harga mampu milik. Jika anda mencari barang elektrik yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan, ini adalah pilihan yang tepat!

Alamat: 1, Jalan 4/92B, Taman Kobena, Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9286 3900 

WhatsApp Bestlite


2. G&H Electrical Trading Sdn Bhd, Pudu

G&H Electrical Trading Sdn Bhd, Pudu

Dikenali sebagai pasukan pakar teknikal yang sangat berpengalaman dan profesional, kedai ini menjadi pilihan utama buat penduduk yang tinggal berhampiran. Kebanyakan produk mereka juga merupakan produk import dari pelbagai jenama antarabangsa, pastinya kualiti yang diberikan adalah yang terbaik.

Yang terbaiknya kedai ini, di sini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan elektrik serta mentol lampu yang sukar untuk didapati di kedai lain! Tunggu apa lagi, klik lokasi di bawah dan datanglah ke sini!

Alamat: No. 24, Lorong Yap Hin, Off Jalan Pasar, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm), Sabtu (8.30 am – 4.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2142 8733 

WhatsApp G&H Electrical


3. Lanho Electronic & Electrical Enterprise, Pudu 

Lanho Electronic & Electrical Enterprise, Pudu 

Buat anda yang sukar untuk mendapatkan peralatan elektrik, terutama yang berkaitan dengan komponen audio, kedai elektrik di Kuala Lumpur ini adalah jawapan untuk masalah anda! Kedai ini sering menjadi pilihan terutamanya buat mereka yang ingin mencari peralatan elektrik kecil kerana barangnya yang berkualiti dan murah. 

Kedai ini menyediakan pelbagai jenis peralatan dan peralatan elektronik. Buat anda yang memerlukan peralatan elektrik untuk isi rumah anda, bolehlah datang berkunjung ke sini untuk mencari barang keperluan anda!

Alamat: 64, Jalan Pasar, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 5.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3529 9622 

WhatsApp Lanho Electronic


4. Ergo Home Electrical Sdn Bhd, Setapak 

Ergo Home Electrical Sdn Bhd, Setapak 

Sering dipuji kerana memiliki pekerja yang peramah dan mesra pelanggan, kedai ini menjadi tarikan utama buat mereka yang tinggal di Setapak. Selain dari harga yang murah, kedai ini menyediakan khidmat yang terbaik buat semua pelanggan mereka. 

Jika anda sedang mencari barangan elektrik untuk kelengkapan rumah anda, tetapi tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam, anda disarankan untuk mengunjungi kedai di Kuala Lumpur ini. Hal ini demikian kerana, pekerja mereka akan menjawab segala persoalan anda dan menerangkan segalanya secara terperinci! 

Alamat: No: 57 & 59 Setapak, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 9.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-385 6530 

WhatsApp Ergo Home


5. Raco, Pandan Indah

Kedai Elektrik Raco, Pandan Indah, Kuala Lumpur

Kedai elektrik di Kuala Lumpur ini memiliki beberapa cawangan di tempat lain. Namun begitu, Raco yang terletak di Pandan Indah ini lebih tertumpu kepada pelbagai jenis barang elektrik yang pastinya berkualiti dan harga yang berpatutan. 

Buat pasangan yang baru berkahwin dan ingin mencari kelengkapan barangan elektrik di rumah, terutama penghawa dingin, kedai ini adalah pilihan yang tepat buat anda. Tak perlu ragu-ragu, klik saja nombor di bawah untuk pertanyaan lanjut!

Alamat: 21, Jalan 2 Taman Industri Park, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu (9.00 am – 3.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4292 2693 


6. TBC Elektrik, Cheras Bandar Sri Permaisuri

Kedai TBC Elektrik, Cheras Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur

TBC Elektrik merupakan kedai rangkaian elektrik di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai jenis barangan elektrik bermula dari komponen kecil sehingga ke peralatan yang besar. Kedai ini berkonsepkan produk teknologi yang berinovasi dan memilih untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik untuk para pelanggannya.

Walaupun TBC mempunyai beberapa cawangan lain, namun mereka masih mengekalkan khidmat layanan yang baik terhadap pelanggan. Jika anda berada di sekitar kawasan ini, singgahlah ke sini jika ingin mencari peralatan elektrik yang berkualiti!

Alamat: No. 67G, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9173 1885 

WhatsApp TBC


7. ESH Electrical, Kepong

ESH Electrical, Kepong

Salah satu perkara yang istimewa di kedai ESH Electrical ini adalah anda boleh membeli secara dalam talian tanpa ragu. Kedai elektrik di Kuala Lumpur ini akan membantu anda membuat pilihan yang tepat dan terbaik!

Ditubuhkan sejak tahun 1983, kedai ini telah mendapat tempat di hati ramai orang terutama suri rumah yang inginkan keunikan di rumah.

Mereka menjual pelbagai barangan elektrik keperluan rumah yang cantik dan mempunyai reka bentuk dan pilihan yang pelbagai variasi. Jangan terkejut kalau ada yang sanggup datang dari jauh semata ingin dapatkan barangan di sini kerana keunikan dan kualitinya yang padu!

Alamat: No C46, C48 & C50, Vista Magna Jalan Prima, Off, Jalan Kepong, Metro Prima, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-661 3071

WhatsApp ESH Electrical


Akhir kata, kami harap dengan adanya senarai kedai elektrik di Kuala Lumpur ini, ia dapat membantu anda membuat pilihan membeli barangan elektrik yang murah dan berkualiti tinggi. Ingatlah, anda perlu membuat pilihan dengan bijak!

Sebelum membeli barangan elektrik, kami sarankan anda membuat perbandingan harga dan kualiti. Jangan lupa untuk semak butiran produk-produk lain di pasaran sebelum membuat sebarang keputusan. Ini akan dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!

Jika anda juga sedang mencari peralatan elektrik di sekitar Shah Alam, anda boleh merujuk kepada artikel kami di mana kami menyenaraikan 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yang Best. Semoga membantu!

 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 18 Kedai Komputer Kuala Lumpur yg Patut Dikunjungi

Aplikasi teknologi seperti penggunaan peralatan komputer (computer devices) dan gajet peranti (smartphones) kian meluas memandangkan corak kehidupan kini diubah setelah meletusnya pandemik COVID-19. Urusan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x