Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 18 Kedai Komputer Kuala Lumpur yg Patut Dikunjungi

Aplikasi teknologi seperti penggunaan peralatan komputer (computer devices) dan gajet peranti (smartphones) kian meluas memandangkan corak kehidupan kini diubah setelah meletusnya pandemik COVID-19. Urusan pekerjaan harian dan pembelajaran kini harus dilakukan secara maya menyebabkan permintaan terhadap peralatan komputer dan gajet peranti semakin meningkat. Bagi memenuhi permintaan pasaran, kedai-kedai komputer di Kuala Lumpur kini berlumba-lumba untuk membekalkan barangan komputer dan gajet peranti berkualiti yang dijual dalam pelbagai lingkungan harga.

Anda kini tidak lagi perlu gusar memikirkan di mana hendak mencari barangan komputer  yang berkualiti kerana di dalam artikel ini, kami telah senaraikan 18 kedai komputer di Kuala Lumpur yang best untuk dikunjungi. Kedai-kedai komputer di Kuala Lumpur ini dijamin mempunyai rating lebih dari 4 bintang dan sering memperoleh ulasan-ulasan positif daripada pelanggan.  Kebanyakan kedai-kedai komputer di Kuala Lumpur yang kami senaraikan amat mudah diakses dengan menggunakan pengangkutan awam.  Oleh itu, cepat-cepat sediakan kad kredit dan kad debit agar anda tidak ketinggalan mendapatkan barangan komputer dan gajet teknologi yang hebat.

Kedai Komputer Best Cheras, Kuala Lumpur


1.  Techgear Malaysia, Centre Point Medan Connaught

Techgear Malaysia3

Sekiranya anda peminat aktiviti gaming dan e-sport, anda harus  kunjungi Techgear Malaysia untuk mendapatkan komputer gaming berspesifikasi hebat bawah RM10,000 agar pengalaman gaming anda lebih menyeronokkan.  Komputer-komputer yang dijual di Techgear Malaysia turut menjadi rebutan oleh 3-D modeller, content creator, penggiat multimedia dan pereka grafik berdasarkan kapasiti komputer yang amat besar dan berprestasi hebat. Ikuti laman Facebook Techgear Malaysia agar anda tidak ketinggalan akan segala promosi dan produk-produk PC workstation terkini yang direka khusus oleh Techgear Malaysia.

Anda boleh membuat pembelian PC workstation  di aplikasi Shopee sebelum pukul 12pm bagi membolehkan barangan anda dihantar cepat pada hari yang sama. Sekiranya anda menginginkan PC workstation dan server system dibina mengikut spesifikasi anda, hantarkan sahaja pesanan anda ke Techgear Malaysia menerusi aplikasi Whatsapp.  PC workstation dan server system yang direka tidak hanya canggih dan berkuasa tinggi, malah kelihatan bergaya dan sleek. Berdasarkan ulasan-ulasan dari pelanggan, kebanyakkan mereka amat berpuas hati dengan kualiti PC workstation dan server system yang direka Techgear Malaysia, selain daripada penghantaran barangan dengan kadar cepat.

Alamat:  A-1-4, Centre Point Medan Connaught, Jln 3/144a, Cheras, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10am- 7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:011-1337 6280

Whatsapp Techgear Malaysia


2.  Rizstronix Trading,  Taman Pudu Ulu

Rizstronix Trading 3

Sekiranya anda seorang gamers yang memerlukan komputer riba yang hebat tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli PC workstation dan server system, anda boleh dapatkan komputer-komputer riba hebat dengan mengunjungi Rizstronix Trading. Content creator, pereka grafik dan mereka yang memerlukan komputer hebat bagi melakukan tugasan kerja boleh mendapatkan pelbagai model komputer-komputer berspesifikasi tinggi tanpa perlu risau prestasi komputer terjejas.

Anda juga boleh menaiktaraf komputer riba dengan menukar HDD driver ke SSD, membesarkan RAM komputer dan menyelenggara komputer agar prestasi komputer kekal optimum. Selain itu, Rizstronix Trading turut menjual pelbagai barangan komputer dan aksesori komputer khusus untuk komuniti gamers yang ditawarkan dengan harga hebat.  Ikuti laman Facebook Rizstronix Trading sekarang agar anda tidak ketinggalan akan tawaran hebat dan produk terkini.

Alamat: 2-00-03A, D’Alamanda Condo Shop, Jalan Pudu Impian, Taman Pudu Ulu, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 016-6708411

Whatsapp Rizstronix Trading 


3.  Laptop and PC Servicing, Taman Connaught

Laptop and PC Servicing3

Adakah komputer bermasalah anda sering meresahkan pemikiran? Hantarkan sahaja komputer anda ke kedai komputer Laptop and PC Servicing. Pelbagai permasalahan komputer boleh dibaiki oleh juruteknik komputer di Laptop and PC Servicing. Terletak di Taman Connaught, kedai komputer Laptop and PC Servicing sering mendapat ulasan positif dari pelanggan berdasarkan harga perkhidmatan yang berpatutan dan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan pantas. Misalnya, perkhidmatan menservis dan mengformat komputer riba hanya RM50. Memang murah!

Pelanggan juga boleh menempah PC motherboard agar prestasi komputer boleh dinaiktaraf dan diubahsuai mengikut spesifikasi idaman dan bajet anda. Senarai harga perkhidmatan boleh didapati di laman web Laptop and PC Servicing atau laman Facebook Laptop and PC Servicing.

Alamat: No. 62, Jalan Lincah, Taman Connaught, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9am-9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-501 2092

Whatsapp Laptop and PC Servicing


Kedai Komputer Best Wangsa Maju, Kuala Lumpur


1.  Asashi Technology Sdn Bhd,  Jalan Metro Wangsa Seksyen 2 dan Wangsa Walk Mall

Asashi Technology Sdn Bhd

Asashi Technology Sdn Bhd merupakan one stop center bagi mendapatkan keperluan ICT dan barangan komputer. Ditubuhkan pada 1996, Asashi Technology Sdn Bhd mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang penjualan barangan komputer dan keperluan ICT. Oleh itu, Asashi Technology Sdn Bhd sememangnya arif mengenai permintaan pasaran mengenai barangan komputer dan keperluan ICT.

Selain daripada membeli-belah di outlet Asashi Technology Sdn Bhd di Wangsa Walk Mall,  Jalan Metro Wangsa dan Taman Melawati, pelanggan dari seluruh Malaysia kini boleh membeli secara online di laman web Asashi Technology Sdn Bhd, Shopee atau Lazada. Kepelbagaian produk di Asashi Technology Sdn Bhd membuatkan pengalaman membeli-belah lebih menarik. Selain menjual barangan komputer dan aksesori komputer untuk melengkapkan kemudahan ICT asas di rumah dan pejabat, Asashi Technology Sdn Bhd turut menjual gajet-gajet teknologi canggih seperti perisian komputer, aksesori video conferencing, UPS & AVR, server, PC workstation, Wi-fi router dan banyak lagi.

Alamat: No. 3A, Jalan Metro Wangsa Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9:30pm- 7:30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-4142 6688

Whatsapp Asashi Technology Sdn Bhd


2. Thunder Match Technology Sdn Bhd, Wangsa Walk Mall

Thunder Match Technology Sdn Bhd

Thunder Match Technology Sdn Bhd menawarkan pelbagai barangan komputer, aksesori komputer, gajet teknologi dan keperluan ICT asas dengan harga berpatutan. Kebanyakan gajet teknologi berjenama ada di Thunder Match Technology Sdn Bhd. Sekiranya anda tak  tahu yang mana satu nak pilih, staf-staf di Thunder Match Technology Sdn Bhd boleh membantu anda mencari produk berdasarkan spesifikasi dan keperluan anda. Produk-produk dijual di sini hadir dengan waranti.

Sekiranya anda tidak dapat keluar rumah atas kekangan pandemic COVID-19, anda kini boleh membeli-belah secara online di laman web Thunder Match Technology Sdn Bhd. Dengan membuat pembelian online, anda dapat membandingkan spesifikasi produk, harga dan promosi hebat yang sedang berlangsung. Jika anda mendaftar menjadi ahli TMT, anda bakal memperoleh diskaun hebat untuk perkhidmatan membaiki dan menservis komputer. Rujuki laman web Thunder Match Technology Sdn. Bhd untuk mendapatkan senarai harga.

Alamat:  Lot 1-18 & 1-19 & 1-20A, 1st Floor, Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue, Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju, 53300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10am – 10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-2303 9870 


3.  Repairbossku, Seksyen 1

Repairbossku

Kedai komputer Repairbossku menawarkan perkhidmatan membaiki, menservis dan menaiktaraf komputer agar permasalahan komputer tidak terus menghantui anda. Menerusi Pakej Turbo RepairBossku, komputer anda dijamin lebih laju dan berprestasi tinggi agar produktiviti kerja anda tidak terjejas dengan permasalahan komputer yang tidak pernah selesai.  Pembaikian komputer di  Repairbossku dilakukan oleh juruteknik komputer professional yang terlatih, oleh itu anda tidak perlu risau permasalahan komputer lampau kembali menghambat produktiviti anda.

Antara senarai perkhidmatan membaiki dan menservis komputer adalah seperti berikut:

  • memasang perisian komputer baru
  • mengganti dan memasang driver baru pada komputer anda
  • meningkatkan sistem operasi komputer dengan menaiktaraf RAM dan menukar driver HDD ke SDD agar prestasi komputer lebih laju

Berdasarkan ulasan pelanggan di Google dan laman Facebook, kebanyakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Repairbossku amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Alamat: No. 56, Jalan 2a/27a , Seksyen 1, Wangsa Maju, 53300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:  10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:013-249 5672

Whatsapp Repairbossku


Best Kedai Komputer Setapak, Kuala Lumpur


1.  ToPowerPC Technologies, Plaza KL Traders Square

ToPowerPC Technologies

ToPowerPC Technologies menawarkan perkhidmatan membaiki, menservis dan menaiktaraf komputer. Perkhidmatan ini dilakukan oleh juruteknik komputer professional yang arif dengan pelbagai permasalahan komputer. Sekiranya komputer bermasalah anda sering menghimpit produktiviti anda, hantarkan sahaja ke ToPowerPC Technologies dengan membuat temujanji menerusi perbualan Whatsapp.

Antara perkhidmatan ditawarkan adalah seperti membaiki komputer, mengformat komputer, membersihkan kipas, membaiki PC motherboard dan menaiktaraf HDD ke SDD. Rujuki laman web ToPowerPC Technologies untuk mendapatkan senarai harga perkhidmatan.

Alamat:  A-03A-2, Plaza KL Traders Square, Jalan Gombak, Setapak, 53000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:  9am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:019-378 8566

Whatsapp ToPowerPC Technologies


2. IMIKA, KL Traders Square

IMIKA KL Traders Square

Di IMIKA KL Traders Square, anda boleh mendapatkan perkhidmatan membaiki, menservis dan menaiktaraf komputer riba dan komputer meja dengan harga berpatutan. Sekiranya anda ingin berjimat-cermat,  anda juga boleh mendapatkan komputer refurbished dan gajet peranti dengan harga  yang lebih murah. Beza komputer refurbished dan komputer terpakai adalah prestasi komputer refurbished adalah seperti komputer baharu kerana komponen-komponen komputer lama telah diganti baru, pembaikian secara menyeluruh selain dapat berjimat cermat. Komputer refurbished di IMIKA KL Traders Square melalui standard piawaian pembaikian komputer yang tinggi dan diuji di kilang supaya kualiti komputer dijual seakan seperti komputer baru.

Bagi gamers yang tegar, anda kini boleh membuat tempahan komputer yang diubahsuai menurut spesifikasi anda. Komputer yang diubahsuai dan mempunyai CPU Intel i7 ke atas boleh didapati di IMIKA KL Traders Square dengan harga di bawah RM3,000.

Alamat:  No 50-G KLTS Plaza, KL Traders Square, Jalan Gombak, Setapak, 53000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:00am – 8:00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:019-375 7736

Whatsapp IMIKA KL Traders Square


Kedai Komputer Best Ampang, Kuala Lumpur


1. FR Laptop Services, Kampung Pandan Luar

FR Laptop Services

FR Laptop Services menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer rosak dan bermasalah. Menariknya, anda juga boleh menempah runner laptop yang mana anda hanya menunggu komputer anda diambil dan dibaiki oleh juruteknik tanpa perlu keluar dari rumah. Antara kawasan-kawasan yang terdapat perkhidmatan runner laptop adalah seperti Bangi, Puchong, Ampang dan Shah Alam.

Untuk mendapatkan perkhidmatan runner laptop, anda bolehlah menghubungi FR Laptop Services menerusi talian Whatsapp. Berdasarkan ulasan-ulasan perniagaan di FR Laptop Services, kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan yang mana juruteknik komputer di FR Laptop Services banyak memberi penjelasan dan tips-tips berguna dalam penjagaan komputer.

Alamat:  Jalan Kanan 1, Kampung Pandan Luar, 55100 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:  9am– 9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:017-288 2349

Whatsapp FR Laptop Services 


2.  Touch Media Pandan Indah,  Fiesta@Axis Pandan

Touch Media Pandan Indah

Touch Media merupakan sebuah kedai komputer yang menawarkan penjualan peralatan ICT seperti komputer meja, komputer riba, peralatan komputer dan aksesori komputer yang hebat. Harga-harga peralatan komputer juga murah-murah dan berkualiti.  Touch Media turut menjual pelbagai PC gaming berkualiti tinggi agar pengalaman bermain permainan komputer lebih hebat.

Terletak di kawasan kejiranan Fiesta@Axis Pandan, kedai komputer Touch Media  amat mudah diakses oleh penduduk setempat.  Kedai komputer Touch Media turut menawarkan perkhidmatan membaiki komputer rosak dan menservis komputer agar prestasi komputer tahan lama.

Alamat:  FK-30, 1st Floor, Fiesta@Axis Pandan, Jalan Cempaka, 68000 Ampang, Wilayah Persekutuan

Waktu Operasi:  10am-10pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:012-881 9964

Whatsapp Touch Media Pandan Indah


Kedai Komputer Best Di Ampang Point 


1. SCE DISTRIBUTOR SDN BHD

SCE DISTRIBUTOR SDN BHD

SCE DISTRIBUTOR SDN BHD menawarkan komputer dan laptop terpakai yang mempunyai kualiti yang baik dengan harga yang murah. Jangan risau sekiranya anda tidak tahu untuk memilih komputer yang terbaik kerana pekerja mereka yang friendly akan menolong anda untuk membuat keputusan agar anda akan mendapatkan komputer yang hebat.

Selain itu, mereka juga ada menawarkan perkhidmatan servis komputer atau laptop di sini. Bukan itu sahaja, jika anda mencari alat ganti komputer seperti keyboard, mouse, screen, pengecas untuk laptop, bateri laptop dan banyak lagi anda boleh mendapatkannya di kedai komputer ini.

Alamat: Lot 1489-A, Jln Indah, Kampung Ampang Indah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 8.00am – 11.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:  012-671 7331

Whatsapp SCE DISTRIBUTOR SDN BHD


2. ITCOM ENTERPRISE

ITCOM ENTERPRISE

ITCOM ENTERPRISE merupakan salah satu kedai komputer yang wajib untuk anda kunjungi sekiranya anda ingin mendapatkan komputer yang terbaik. Dengan pelbagai pilihan komputer terkini yang mereka tawarkan akan membuatkan anda menjadi rambang mata. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan alat ganti komputer yang baru di sini. Sekiranya anda ingin install Microsoft Office untuk komputer, anda boleh berkunjung ke kedai ini.

Jangan risau tentang kualiti barangan di sini kerana ia 100% original. Sememangnya sukar untuk mencari ulasan yang negatif di ruangan ulasan kedai mereka kerana pelanggan yang berkunjung sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan kualiti barangan mereka yang baik.

Alamat: F-37 1st Floor Axis Atrium Fiesta Mall, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: 03-9202 8271

Whatsapp ITCOM ENTERPRISE


Kedai Komputer Best Di Pandan Indah


1. Zaranet Network

Zaranet Network

Sekiranya anda merupakan salah orang pengemar untuk jenama terkenal Apple, anda wajib untuk berkunjung ke Kedai Komputer Zaranet Network. Di kedai ini menawarkan komputer, laptop, telefon dan banyak lagi untuk jenama Apple. Tidak perlu diragukan lagi tentang kualiti bagi barangan berjenama yang terkenal ini.

Antara barangan yang mereka tawarkan yang telah menjadi pilihan ramai adalah Macbook Pro 13 yang dijual dengan harga RM 2977 dan sesuai digunakan untuk aplikasi Photoshop atau menyunting video. Barangan di sini juga dijamin 100% original dan ditawarkan dengan harga yang terbaik.

Alamat: Lot 14G, Jalan Pandan Indah 1/23c, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-9201 5218

Whatsapp Zaranet Network


2. Kedai Komputer Micro Multimedia System

Kedai Komputer Micro Multimedia System

Kedai Komputer Micro Multimedia System merupakan salah satu kedai komputer terbaik yang menawarkan pelbagai komputer yang menarik. Anda boleh mendapatkan komputer untuk anak-anak anda yang masih belajar dengan tawaran harga yang istimewa di sini kerana mereka ada menawarkan pakej khas bagi seorang pelajar.

Bukan itu sahaja, jika anda ingin membeli komputer di sini juga anda akan ditawarkan dengan dua pakej menarik iaitu basic pakej dan standard pakej. Dijamin anda tidak akan menyesal sekiranya memilih untuk ke kedai ini bagi mendapatkan komputer pilihan anda kerana mereka ada menyediakan pelbagai free gift menarik di kedai ini. Jangan risau, jika anda tidak mempunyai wang tunai kerana di sini mereka penerima pembayaran secara kad kredit.

Alamat: Lot 06-AAB, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-4295 2751

Whatsapp Kedai Komputer Micro Multimedia System


Kedai Komputer Best Di Gombak 


1. APEX COMPUTER GOMBAK

APEX COMPUTER GOMBAK

APEX COMPUTER menawarkan perkhidmatan membaiki komputer yang terbaik. Mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk membaiki sebuah komputer yang rosak. Anda boleh mendapatkan pelbagai aksesori komputer yang menarik di sini sekiranya anda terfikir untuk menambahkan lagi aksesori pada komputer kesayangan anda.

Di sini mereka menawarkan perkhidmatan servis dan membaiki komputer dengan tawaran harga yang tidak akan boleh didapati di kedai komputer yang lain. Bukan itu sahaja, pekerja-pekerja di sini juga sangat ramah dan baik. Kedudukan kedai yang terletak di tempat yang sering menjadi tumpuan ramai ini akan memudahkan anda untuk menemuinya sekiranya anda ingin berkunjung ke kedai mereka.

Alamat: LOT GF 33, Ground Floor, Kompleks Plaza Idaman, Jalan 6/21 D, Medan Idaman, 53100 Gombak, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-433 5300

Whatsapp  APEX COMPUTER GOMBAK 


2. SBSS COMPUTER SINABANA

SBSS COMPUTER SINABANA

Sekiranya anda masih mencari komputer untuk menggantikan komputer anda yang lama atau ingin mencari komputer yang terbaik, anda boleh berkunjung ke SBSS COMPUTER SINABANA. Pelbagai komputer yang hebat dengan tawaran harga menarik yang hanya boleh didapati di kedai komputer ini sahaja.

Jangan susah hati jika komputer kesayangan anda rosak atau tidak berfungsi seperti selalu kerana anda hanya perlu membawanya untuk dibaiki di sini. Bukan komputer sahaja yang mereka boleh baiki di sini malah Notebook atau laptop juga dapat dibaiki dengan baik. Anda juga boleh mendapatkan aksesori komputer yang cantik di sini.

Alamat: TB-04 Mini UTC Sentul Kompleks Perniagaan & Komuniti, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.30am – 10.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-253 3325

Whatsapp SBSS COMPUTER SINABANA


Kedai Komputer Best Di Bandar Sri Permaisuri


1. Zuldeout Solution

Zuldeout Solution

Zuldeout Solution menawarkan pelbagai komputer yang terkini dan berkualiti tinggi. Mereka juga menawarkan perkhidmatan membaiki komputer atau laptop untuk semua jenama. Sekiranya anda masih mencari kedai yang boleh dipercayai untuk membeli komputer terpakai, anda wajib untuk berkunjung ke sini agar anda boleh mendapatkan komputer terpakai yang terbaik.

Mereka mula beroperasi pada tahun 2009 dan telah berjaya menjadi antara kedai komputer yang menjadi pilihan orang ramai. Sekiranya anda ingin melihat gambaran komputer atau laptop yang ditawarkan di kedai ini, anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka. Dengan mengikuti Facebook rasmi mereka juga akan membuatkan anda tidak akan terlepas sebarang promosi hebat yang ditawarkan di kedai mereka.

Alamat: Blok G, Kompleks Permaisuri Q, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-870 4931

Whatsapp Zuldeout Solution


2. Newwyn Marketing (M) SDN BHD

Newwyn Marketing (M) SDN BHD

Menjadi pilihan yang tepat jika anda berkunjung ke kedai komputer Newwyn Marketing bagi mendapatkan komputer pilihan anda kerana mereka bukan sahaja memberikan perkhidmatan atau layanan yang baik malah barangan yang ditawarkan juga berkualiti tinggi. Bagi kaki gamers anda boleh mendapatkan peralatan komputer yang sesuai digunakan untuk bermain game di kedai ini. Antaranya ialah keyboard, mouse dan banyak lagi.

Mereka bukan sahaja menawarkan komputer di sini malah telefon bimbit atau laptop juga boleh didapati. Jangan risau sekiranya anda tidak sempat untuk berkunjung ke kedai ini disebabkan anda bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat kerana kedai ini juga dibuka pada hari Sabtu atau Ahad.

Alamat: 55G, Jalan Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-9174 7377

Whatsapp Newwyn Marketing (M) SDN BHD


 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Elektrik di Kuala Lumpur yang Berkualiti Tiptop!

Jika sebut tentang peralatan elektrik, rata-rata pastinya ingin membeli secara fizikal berbanding secara dalam talian. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Di sini kami...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x