Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Terbaik Di Shopee Yang Patut Dikunjungi

Mengisi masa lapang dengan aktiviti berbasikal sememangnya menyeronokkan dan dapat menjamin kesihatan diri. Selain itu, dengan perkembangan waktu basikal juga telah mempunyai pelbagai jenis model reka bentuk yang baharu dan canggih misalnya basikal BMX, basikal gunung (mountain bike), basikal khas untuk senaman di rumah, basikal fixi dan banyak lagi.

Bagi membantu anda untuk menjadi lebih cergas dan cerdas, disini terdapat banyak pilihan untuk mendapatkan basikal idaman atau kelengkapan basikal yang terbaik untuk aktiviti riadah dan disini juga kami telah pon menyediakan 10 senarai kedai basikal terbaik di Shopee yang patut anda kunjungi.


10 Kedai Basikal yang HARUS cuba di Shopee

1. Kedai Basikal UpToys Shopee

Kedai Basikal UpToys Shopee

Mencari basikal untuk anak? Tapi tak tahu nak beli dekat mana? Jangan pening? Shopee ada penyelesaiannya. Buka aplikasi Shopee anda dan cari kedai bernama UpToys. Kedai ini menjual basikal bagi kanak-kanak seawal usia 2 tahun sehingga 13 tahun. Selain daripada menjual alat ganti basikal dan alat keselamatan untuk digunakan semasa aktiviti berbasikal, kedai ini juga ada menjual mainan lain yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada kanak-kanak seperti skateboards, motorbike, kereta mainan dan robot thomas dengan tawaran harga yang murah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk mereka, sila ke ruangan chat. Mereka akan membalas pertanyaan anda dengan pantas ini terbukti kerana di prestasi chat mereka yang mempunyai melebihi 94% dan mereka juga mempunyai pengikut sudah melebihi seribu.

Shopee | Ulasan Bisnes


 

2. Kedai Basikal Indah Jaya Shopee

Kedai Basikal Indah Jaya Shopee

Kepada anda yang mencari basikal yang mempunyai daya keseimbangan yang baik, boleh mengunjungi Kedai Basikal Indah Jaya. Disini ada menjual mountain bike yang sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal 10 tahun sehingga ke orang dewasa. Mountain bike ini juga sesuai digunakan sewaktu melalui kawasan berbatu atau untuk kawasan permukaan yang tidak rata. Selain daripada menjual mountain bike, kedai ini juga ada menjual pelbagai jenis basikal dengan kualiti yang tinggi dan semestinya dengan tawaran harga yang sangat menarik.

Oleh itu, kedai ini juga telah mendapat rating lebih 4.8/5 bintang dan mempunyai pengikut melebihi 2 ribu. Jadi tunggu apa lagi? Anda boleh segera serbu ke halaman mereka untuk mendapatkan basikal kesukaan anda.

Shopee | Ulasan Bisnes


3. Kedai Basikal TBS Max Shopee

Kedai Basikal TBS Max Shopee

Jika anda merupakan pengemar basikal, anda boleh mengunjungi TBS Max kerana di kedai ini ada menawarkan pelbagai jenis model basikal seperti BNB CHRIS, TRS ROVER GOMEZ CLASSIC dan banyak lagi yang akan sesuai dengan citarasa anda. Kedai ini juga ada menjual skuter, kereta mainan dan pelengkapan keselamatan ketika berbasikal untuk kanak-kanak. Mereka juga telah beroperasi di Shopee melebihi 3 tahun.

Kalau masih berasa ragu-ragu anda boleh membaca ulasan pelanggan di ruangan Shopee mereka yang telah mendapat penilaian melebihi 4.9/5 bintang hasil yang diberi oleh pelanggan mereka. Jika terdapat pertanyaan tentang produk di kedai ini anda boleh terus bertanya kepada mereka dan akan dijawab segera. Hal ini terbukti kerana prestasi chat mereka yang sudah berjaya mencapai lebih 95%.

Shopee | Ulasan Bisnes


4. Kedai Basikal OnlineBike Shop Shopee

Kedai Basikal OnlineBike Shop Shopee

OnlineBike Shop merupakan salah satu kedai basikal yang wajib dikunjungi di Shopee. Dengan mempunyai pengikut melebihi seribu, rating melebihi 4.9/5 bintang dan beroperasi melebihi 3 tahun di Shopee terbukti kedai ini merupakan salah satu kedai basikal terbaik. Selain itu, mereka juga menawarkan basikal dengan harga yang murah serendah RM 700. Untuk mencari alat ganti basikal seperti raga, tayar dan bearing basikal juga boleh dibeli di kedai ini.

Anda boleh juga berinteraksi di ruangan chat mereka untuk bertanya dan mendapatkan maklumat lebih tentang basikal yang dijual. Soalan-soalan anda juga akan sentiasa dijawab secara berhemah.

Shopee | Ulasan Bisnes


5. Kedai Basikal Eng Ang Shopee

Kedai Basikal Eng Ang Shopee

Dengan niat untuk mengubahsuai basikal, anda boleh mengunjungi Kedai Basikal Eng Ang. Di sini ada menjual pelbagai jenis aksesori basikal dan alat ganti untuk basikal yang boleh dibeli mengikut sesuai citarasa anda. Alat ganti basikal seperti rim yang berkualiti tinggi dengan pelbagai warna yang menarik dan jenis yang berbeza juga boleh dibeli. Selain itu, di sini juga ada menjual basikal bagi kanak-kanak yang berusia seawal 3 tahun sehingga ke orang dewasa.

Antara produk terlaris mereka seperti mountain bike juga boleh dibeli dengan harga serendah RM 500. Mereka juga telah mempunyai pengikut melebihi 6 ribu dan telah beroperasi di Shopee melebihi 4 tahun. Oleh itu, jangan terlambat untuk mendapatkan barangan yang terbaik di kedai ini untuk mengubahsuai basikal anda menjadi lebih cantik.

Shopee | Ulasan Bisnes


6. Kedai Basikal HAPPY CYCLING DE2 Shopee

Kedai Basikal HAPPY CYCLING DE2 Shopee

HAPPY CYCLING DE2, seperti namanya, menjanjikan untuk memberi keseronokan semasa berbasikal. Kedai ini menawarkan pelbagai alat ganti basikal seperti tayar, rim, piring GT 44T, alloy axle dengan warna yang berlainan dan corak yang sangat menarik bagi membantu mencantikkan lagi basikal anda. Selain menjual basikal untuk orang dewasa, basikal empat roda khas bagi kanak-kanak berusia 1 tahun yang baru belajar berjalan dan dengan corak kartun terkenal yang pasti akan menarik minat anak anda pon ada dijual disini.

Kedai basikal berlokasi di Terengganu ini juga telah mempunyai pengikut melebihi 2 ribu dan mendapat penilaian lebih 4.9/5 bintang. Berbeza dengan kedai basikal yang lain, anda boleh mendapati pelbagai alat ganti basikal dengan kualiti warna dan corak yang menarik di kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


7. Kedai Basikal Veego Bicycle Shop Shopee

Kedai Basikal Veego Bicycle Shop Shopee

Kedai Basikal Veego Bicycle Shop menawarkan basikal untuk kanak-kanak dengan harga serendah RM 300 dan basikal untuk dewasa dengan harga bawah RM 600. Selain menjual pelbagai jenis model basikal, kedai ini juga ada menjual pelbagai jenis push car untuk kanak-kanak dengan harga serendah RM 60. Untuk para ibu-ibu yang masih mencari baby walker untuk bayi anda boleh mendapati dikedai ini. Selain itu, di sini juga ada menjual peralatan mengemas seperti mop dan apron.

Mereka juga menyediakan warranty bagi setiap barang yang dibeli dan akan berkesan selama tempoh 2 hari selepas hari pembelian dan sebarang pertukaran sewaktu tempoh warranty adalah percuma. Kedai ini juga ada memberikan contoh pemasangan basikal di Youtube mereka. Oleh itu, mereka juga telah mempunyai melebihi 20 ribu pengikut dan mempunyai penilaian lebih 4.8/ 5 bintang.

Shopee | Ulasan Bisnes


8. Kedai Basikal GL Bicycle Shopee

Kedai Basikal GL Bicycle Shopee

Bagi yang ingin mencari basikal yang telah 100% siap dipasang, di GL Bicycle ada menawarkan khidmat pemasangan basikal. Dikedai ini juga ada menjual pelbagai jenis basikal yang sesuai dengan semua kategori umur. Selain itu, di kedai ini ada menjual tayar ganti yang berkualiti tinggi bagi menjamin keselamatan anda sewaktu berbasikal. Antara barang popular di kedai ini ialah, basikal city bike yang boleh dibeli dengan harga serendah RM 320.

Walaupun mereka baru beroperasi di Shopee sekitar lebih 35 bulan tetapi telah berjaya mempunyai pengikut melebihi 2 ribu. Selain mendapatkan penilaian lebih 4.9/5 bintang daripada pelanggan mereka. Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk mendapatkan basikal anda di kedai ini sebelum kehabisan stok.

Shopee | Ulasan Bisnes


9. Kedai Basikal NIKKEI CYCLE TRADING Shopee

Kedai Basikal NIKKEI CYCLE TRADING Shopee

Di NIKKEI CYCLE TRADING ada menawarkan pelbagai jenis model basikal dengan reka bentuk yang berbeza dan berkualiti tinggi seperti BMX, Fixie, MTB dan Basikal 12, 16, 20 inci. Selain itu, di sini juga ada menjual helmet comel bercorak kartun terkenal untuk menjamin keselamatan anak anda dan helmet keselamatan untuk orang dewasa bagi melindungi diri anda daripada bahaya sewaktu berbasikal. Disini juga ada menjual sport rim berbentuk bintang dengan warna merah jambu, emas, putih dan banyak lagi yang semestinya akan membantu mencantikkan lagi basikal anda.

Kedai ini baru beroperasi melebihi 17 bulan tetapi telah mempunyai lebih 4 ribu pengikut dengan mendapat lebih 4.9/ 5 bintang di penilaian kedai mereka. Oleh itu, jangan lupa untuk mengunjungi laman kedai ini di aplikasi Shopee anda bagi mendapatkan model basikal kesukaan anda.

Shopee | Ulasan Bisnes


10. Kedai Basikal Rcchong816 Shopee

Kedai Basikal Rcchong816 Shopee

Rcchong816 kedai yang sesuai bagi anda yang sedang berhasrat untuk mengubahsuai basikal anda kerana kedai ini merupakan salah satu kedai aksesori basikal yang terbaik . Macam-macam alatan aksesori basikal ada dijual disini. Antaranya ialah sarung tangan getah basikal bercorak bintang, stand pemijak belakang dengan pelbagai warna, bearing depan basikal dan pelbagai lagi. Semestinya boleh didapati dengan tawaran harga yang murah. Selain itu, disini juga ada menjual alatan lain seperti permainan congkak dan ubat racun bagi semut dan lipas.

Walaupun tidak mempunyai ramai pengikut seperti kedai lain tetapi mereka berjaya dapat rating melebihi 4.9/ 5 bintang dan mendapat kebanyakkannya adalah komen yang positif. Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk mendapatkan aksesori untuk basikal anda.

Shopee | Ulasan Bisnes


Kesimpulannya, jangan bazirkan masa, tenaga dan minyak kereta anda untuk mengunjungi kedai basikal bagi mencari basikal idaman anda. Sebaliknya gunakanlah platform Shopee untuk mencari basikal yang terbaik dan yang berkualiti tinggi bagi memudahkan urusan sewaktu anda berbasikal. Selain itu, di Shopee juga, anda bebas menyuarakan komen anda di ruangan ulasan selepas mendapatkan basikal atau barangan yang dibeli. Serta, anda akan diberi pulangan wang sekiranya anda tidak berpuas hati atau terdapat kerosakan pada barang yang telah dibeli. Selamat membeli!

Jika anda juga dalam pencarian perabot online, jom baca artikel kami yang berkisar 10 Top Kedai Perabot Online Shopee yg Patut Dikunjungi.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

5 Basikal Lipat Terbaik Yang Boleh Anda Beli Secara Online di Malaysia

Work From Home dan pergerakan yang terbatas menjadi antara alasan yang sering kali diketengahkan sebagi punca utama mengapa masyarakat malas untuk bersukan. Lantaran itu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x