Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Basikal Lipat Terbaik Yang Boleh Anda Beli Secara Online di Malaysia

Work From Home dan pergerakan yang terbatas menjadi antara alasan yang sering kali diketengahkan sebagi punca utama mengapa masyarakat malas untuk bersukan. Lantaran itu menyebabkan tahap kesihatan masyarakat terganggu malah ada yang bergelut dengan penyakit yang serius seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan pelbagai lagi.

Statistik Obesiti menunjukkan yang Malaysia di tangga paling tinggi dalam Asia Tenggara dengan peratusan sebanyak 15.6%. Diikuti Brunei (14.1%), Thailand (10.0%), dan Indonesia (6.9%). Duduk di rumah bukan alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Berbasikal adalah aktiviti sukan yang sangat praktikal dan mudah dilakukan saat pandemik ini lebih-lebih lagi kali ini basikal telah berinovasi dengan keluaran baru basikal lipat. Banyak manfaat yang boleh anda dapatkan dari keluaran baru ini seperti menjimat wang, mengurangkan resiko basikal dicuri, mudah alih, mesra alam, dan yang paling penting meningkatkan tahap kesihatan dan stamina. 


1. Dahon Vybe D7

Dahon vybe d7

Jenama basikal lipat yang memegang rekod jualan terbaik di dunia ini menjadikan Dahon adalah pilihan yang sering digunakan oleh pengemar sukan berbasikal. Lebih 20 model boleh anda dapatkan di pasaran malah keunikannya terserah dengan ciri khas yang ada pada setiap keluaran model. Walaupun ia tidak boleh mengalahkan rekod cemerlang jenama Brompton, keluaran British. Tetapi Dahon masih mengutamakan kualiti dan keselesaan yang paling baik buat semua pelanggannya. 

Fizikalnya yang kecil dengan ukuran lipatan sebesar 64x37x34 cm, berbingkai aluminum ringan dan boleh dilipat menjadikan ia mudah untuk disimpan, selamat, dan tampak eksklusif di mata. Beratnya hanya sekitar 12.3 kilogram sahaja, yang mana kurang beberapa kilogram dari berat tong gas yang sering anda angkat di rumah. Basikal ini dicirikan khas dengan kelebihan pada kelajuan sistem gearnya yang menggunakan Dahon Index 7. Walaupun harganya agak mahal, tetapi apalah jika hendak dibandingkan dengan kelebihan yang boleh anda dapatkan. Tambah sedikit harga, untuk manfaat yang lebih banyak.

Harga: RM 1,999.00 hingga RM 3,000.00 (Semak Harga)

Laman Web


2. Tern Verge D9

Tern Verge D9

Verge D9 adalah inovasi pertama yang membawa pembaharuan pada sejarah basikal lipat dunia. Direka khusus untuk anda yang gemarkan kelajuan dengan model yang bersaiz kecil. Membawakan reka bentuk tunggal 451 Verge, ia mempunyai tayar yang agak besar, 451 wheels berbanding model biasa. Lengkungan pada badannya menambahkan tahap kelajuan yang sedia ada. Apa yang menariknya, model ini diakui sebagai model yang berdiri dalam kelompok kelasnya yang tersediri, stylish, dan prestasi kayuhannya di luar jangkaan.

Kelebihan yang agak jelas boleh dilihat dari kekuatan brakes yang mampu bertahan di semua jenis cuaca di mana ia menggunakan Shimano hydraulic dics. Dengan hanya 10 saat, anda boleh melipat Verge D9 dengan sekelip mata sahaja. Ini kerana ia menggunakan Tern Folding Technology dengan penambahan Andros Stem, Physic 3D Handlepost, dan OCL Frame Joint yang tidak ada pada jenama-jenama lain. Rangkanya yang menggunakan teknologi unik dan T-Tuned Geometry membuatkan penuggang mampu merasai pengalaman berkayuh di semua tahap laluan dengan penuh versatile. Siapa kata naik basikal tidak boleh bergaya? Jadi tidak hairan jika ada basikal yang semahal sebuah kereta Honda Civic.

Harga: RM 3,760.00 – RM 4,249.00 (Semak Harga)

Laman Web 


3. TRS Croze Pro 20′

TRS croze pro

Khusus untuk anda yang minat untuk membeli basikal lipat tetapi tidak mempunyai bajet yang cukup. TRS Croze Pro adalah basikal basic yang terbaik untuk semua peringkat umur. TRS adalah produk buatan Malaysia yang dikendalikan di bawah Tarson Marketing Sdn. Bhd. Dengan misi menjadi innovator di antara jenama bertaraf dunia, TRS tampak sudah mempunyai hala tuju yang jelas. Ia bukan sahaja mengejar kualiti, inovasi, dan keselesaan tetapi TRS juga mahu memberikan lebih banyak inspirasi dalam berbasikal. Memang jelas ciri seorang innovator ada pada jenama TRS. 

Reka bentuknya memang kukuh dan puas hati kerana TRS Croze Pro menggunakan 100% alloy aluminimum baik dari rangka, rim, stem, fork, handle bar, dan cassette. Kelajuan yang dijanjikan model ini adalah di tahap lapan dengan menggunakan Shimano SI-M315. Sebuah TRS Croze Pro seberat 12.7 kilogram dengan tayar selebar 40mm double wall. Apa yang paling menakjubkan, ini merupakan kombinasi yang sangat menawan untuk anda yang mahukan pilihan paling ideal. Jom beli basikal Malaysia kerana pilihan anda menyumbang kepada ekonomi negara.

Harga: RM 1,080.00 hingga RM 1,290.00 (Semak Harga)

Laman Web


4. Raleigh Classic Calypso Limited Edition

raleigh

Pencinta basikal klasik tetapi masih mahukan teknologi moden? Raleigh Classic Calypso Limited Edition mungkin sangat kena dengan citarasa selera anda dalam basikal lipat. Basikal keluaran Amerika Syarikat ini  sangat terkenal di era 1970-an dan 80-an. Pada ketika itu, mereka yang menggunakan basikal ini sudah disamakan seperti mereka yang mempunyai basikal BMX. Walaupun reka bentuknya seperti basikal murah dan klasik tetapi kekuatan rangkanya dengan HI-Ten Solid Steel, ditambah kesemua alatan yang ada dibuat dari premium alloy, tidak akan mengubah statusnya sebagai basikal paling kukuh dan kuat di antara basikal lain. Gear yang digunakan adalah Shimano SIS 7 Speed Gearset dengan kelajuan di tahap tujuh. 

Basikal murah ini di datangkan dengan pelbagai warna yang sangat menarik. Anda boleh beli dengan pilihan warna hijau, kelabu, coklat klasik, dan jingga. Walaupun Raleigh Classic mempunyai berat sekitar 14 kilogram, tetapi untuk anda yang sudah terbiasa dengan model basikal lain, ia tidak menjadi masalah yang sukar bagi anda. Malah ada juga peminat basikal yang lebih gemar dengan model yang mempunyai berat yang lebih berbanding ringan kerana ia merasakan lebih stabil dan kuat. 

Harga: RM 950.00 hingga RM 978.50 (Semak Harga)

Laman Web 


5. Odessy Seventy 5.0 20′

odessy seventy

Siapa kata di bawah bajet RM 1000, anda tidak boleh dapatkan kualiti basikal yang baik. Kategori basikal di bawah jenama Odessy Seventy sudah tidak asing lagi di mata pengemar sukan berbasikal. Di datangkan dengan kelajuan Sensah MX9 2X9 dan Douder Mechanical Disc Brake, pastinya mampu memberikan kepuasan yang padu untuk anda.

Dengan segala kelebihan yang ada pada basikal ini, ia masih sangat diluar jangkaan kerana harganya mampu milik dan boleh dikatakan basikal murah. Jadi semua orang yang teringin untuk menuggang basikal ini tidak ada halangan lagi untuk tidak membelinya.

Harga: RM 700.00 hingga RM 1050.00 (Semak Harga)

Laman Web  


Kesihatan sangat penting bagi kehidupan manusia. Walaupun duit dan harta berjuta-juta banyakknya, tetapi tanpa kesihatan yang baik anda pasti tidak boleh hidup dengan aman dan sejahtera. Jangan disebabkan kerana mentaliti anda yang terlalu takut dengan Covid-19, menyebabkan anda tidak ambil tahu langsung dengan penyakit lazim lain yang boleh menjadi pembunuh dalam senyap. Biar kesal sekarang, jangan menyesal nanti. Demi kesihatan, mari kita lakukan pembaharuan untuk kekal aktif sepanjang masa.

3.5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Basikal Terbaik Di Shopee Yang Patut Dikunjungi

Mengisi masa lapang dengan aktiviti berbasikal sememangnya menyeronokkan dan dapat menjamin kesihatan diri. Selain itu, dengan perkembangan waktu basikal juga telah mempunyai pelbagai jenis...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x