Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay Di Putrajaya – Sesuai Untuk MUSLIM

Idea daripada Perdana Menteri Mahathir Mohamad ketika itu untuk menubuhkan bandar Putrajaya ini. Kos pembangunan yang menelan sebanyak 34 bilion itu bermula pembangunannya pada Ogos 1995. Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah sebuah bandar yang berfungsi sebagai ibu kota pentadbiran dan kehakiman di Malaysia. Walaupun begitu, Putrajaya bukanlah ibu kota negara Malaysia. Putrajaya digelar sebagai Bandar Taman Pintar pertama di Malaysia.

Di Putrajaya, banyak juga aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti berkayak di Tasik Putrajaya dan berbasikal. Selain itu, ramai yang datang ke sini kerana mempunyai urusuan kehakiman serta urusan denga pihak kerajaan yang boleh mengambil masa beberapa hari. Oleh itu, kami ada memaparkan untuk anda 7 homestay di Putrajaya yang anda boleh menginap jika anda ingin mencari lokasi yang selesa dan harga yang berpatutan.

7 Homestay Di Putrajaya


1. La Putra Villa Garden

laputra villa

La Putra Villa Garden adalah sebuah banglo persendirian seluas 2 ekar yang menawarkan 5 ruang tidur yang luas dan berpendingin hawa dan 5 tandas. Selalunya tempahan di sini adalah sebagai lokasi majlis perkahwinan privasi dan bercuti bersama keluarga dan rakan. Banglo yang sebagai homestay ini juga mempunyai keluasan yang boleh memuatkan lebih tiga keluarga. Bunglo ini memang sangat cantik dan mempersonakan kerana reka bentuk dan hiasan dalamannya yang sangat moden dan minimal. Anda pasti akan suka tinggal di sini.

Perabot-perabot dan kabinet di sini juga dalam keadaan yang terbaik dan kelihatan mewah. Kelengkapan di dalam rumah ini juga cukup dengan barangan keperluan harian. Ada juga beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Antara kemudahan untuk aktiviti keluarga yang ada ialah meja pool, dapur dan tempat bbq. Jadi, bolehlah anda buat aktiviti bakar-bakar pada waktu malam, tinggal nak bawa bahan mentah je nanti. Kawasan luar juga cantik kerana anda akan nampak kehijauan alam serta bukit. Tenanglah sikit mata tu melihat keindahan alam.

Alamat: Lot 5947, Jalan Mat Din, Bukit Putra, Kampung Sungai Merab, 43000 Putrajaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-2553755


2. The Haven Villa Putrajaya Homestay 

haven villa

Homestay ini dapat memuatkan lebih kurang 9 orang dalam satu-satu masa. Di sini sangat sesuai untuk aktiviti berkumpul seisi keluarga kerana rumahnya yang besar, kemas, luas dan bersih. Anda yang datang dari luar Putrajaya yang inginkan rumah untuk keluarga besar, anda memang harus ke sini. Kemudahan yang disediakan antaranya adalah kemudahan dapur, tv dan peti keselamatan dalam bilik. Memang boleh melakukan aktiviti memasak di sini kerana kelengkapan dapurnya agak lengkap juga. Selain itu, mesin basuh juga ada disediakan untuk anda basuh kain kotor.

Homestay ini terdapat 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Cukuplah untuk anda yang ada keluarga besar lebih dari 5 orang. Di rumah ini juga terdapat Wifi percuma yang boleh diakses oleh tetamu. Kalau anda nak pergi pusat beli-belah, yang terdekat adalah Alamanda Putrajaya.

Alamat: 8, Jalan P14 F/5, Presint 14, 62300 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-3514005

Whatsapp The Haven Villa Putrajaya Homestay


3. Shaftsbury Homestay 

SHAFTSBURY HOMESTAY FOTO

Mencari homestay bertaraf lima bintang yang kelihatan mewah dan elegant, boleh cuba penginapan di Shaftsbury Homestay Putrajaya ini. Perabot, kabinet dan barangan dalam rumah ini memang kelihatan mahal. Walaupun begitu, harga penginapan di sini sangat tidak masuk akal murahnya. Sewaan secara bulanan juga ada di sini. Anda yang berkunjung ke Putrajaya mesti ke sini. Banyak kemudahan di Shaftbury Homestay yang telah disediakan dan pelbagai juga fasiliti awam seperti taman permainan dan kolam renang awam bersaiz besar kira-kira 50 meter tersedia buat penduduk pangsapuri ini.

Lokasinya berhadapan dengan Pusat Beli Belah Alamanda. Shaftsbury Homestay ini mempunyai 2 ruang tidur dan 1 tandas. Homestay ini juga sudah lengkap dengan kemudahan seperti TV LCD, almari pakaian, sofa, meja makan, peti ais, mesin basuh dan bermacam lagi. Selain itu, kemudahan awam pangsapuri homestay ini seperti mempunyai gim, sauna, gelanggang tenis, taman permainan, sky garden dan banyak lagi. Jadi jika anda menginap di sini dalam tempoh agak lama, anda boleh meluangkan masa ke tempat tersebut.

Alamat: Residences Menara Shaftsbury Stellar, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01116677968


4. Bristrol Villa Putrajaya

bristol villa

Bristol Villa di Putrajaya merupakan salah satu villa yang sangat cantik serta moden untuk diinapi. Villa ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air serta berpendingin hawa yang pastinya akan memberikan keselesaan kepada anda. Bilik-bilik di sini memang besar dan luas untuk tidur beberapa orang sekali. Reka bentuk serta hiasan dalamnya cukup ringkas dan mewah. Anda akan rasa macam duduk di luar negara. Bukan setakat bilik je tau besar kat sini, ruangan untuk meletakkan kereta juga cukup luas. Anda boleh memuatkan 3 kereta dan masih ada ruang untuk letakkan kolam kanak-kanak yang tiup sendiri tu. Nak masak-masak pun boleh kerana dapur disediakan.

Untuk pengetahuan anda, villa ini berada berdekatan denga Alamanda serta IOI City Mall. Bolehlah anda membeli-belah juga nanti. Kalau nakkan cadangan untuk tempat menarik anda boleh sahaja hubungi tuan rumah kerana tuan rumah sangat peramah orangnya.

Alamat: 12, Jalan P14 F/5, Presint 14, 62050 Putrajaya, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-2367274

Whatsapp Bristrol Villa Putrajaya


5. Ayer8 Putrajaya Guesthouse

ayer8 guesthouse

Jika anda ingin penginapat apartment yang mempunyai pemandangan Tasik Putrajaya, anda perlu ke Ayer8 Putrajaya Guesthouse. Ianya merupakan homestay di Tamara Residence yang berdekatan dengan Tasik Putrajaya. Terdapat 3 bilik di homestay ini dan dapat memuatkan sehingga 6 orang. Sudah tentunya di homestay ini ada kemudahan Wifi serta kolam renang kongsi yang boleh digunakan. Disebabkan homestay ini adalah sebuah apartment, untuk anda melakukan sambutan dengan keluarga yang ramai agak terhad memandangkan anda perlu memikirkan tentang penduduk lain di sini. Akan tetapi, kalau nak masak-masak sikit tu tiada masalah.

Yang menariknya, di sini ada tempat untuk sewa basikal. Memandangkan Putrajaya agak terkenal dengan aktiviti berbasikal disebabkan jalan raya yang kurang sesak, anda juga boleh cuba aktiviti ini bersama keluarga.

Alamat: Tamara Residence, D-15-6, 6, Jalan Temoleh P8/4, Fasa 4C Presint 8, 62250 Putrajaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-9703030

Whatsapp Ayer8 Putrajaya Guesthouse


6. Mintsuite Homestay 

minsuite home

Ya, anda! Jika berkunjung ke Bandar Putrajaya dan mencari sebuah homestay yang berprivasi mungkin anda boleh cuba ke Mitsuite Homestay Putrajaya ini. Homestay pangsapuri yang tinggi dan jauh daripada aktiviti sosial di bandar mungkin akan membuatkan anda lebih selesa kerana senyap. Ada juga balkoni di ruangan tepinya yang dapat menyajikan pemandagan cantik ketika malam hari. Harga yang ditawarkan di Mintsuite Homestay juga sangat berbaloi dan mampu milik lebih-lebih lagi jika menginap di sini lebih daripada satu malam, bayarannya menjadi lebih murah.

Ruangan di homestay ini juga cukup luas untuk sebuah keluarga besar. Di Mitsuite Homestay ini mereka mempunyai 3 bilik tidur berpendingin hawa dan 2 tandas. Kelengkapan di sini juga cukup seperti di rumah anda seperti tuala mandi, seterika, kelengkapan dapur dan banyak lagi. Mitsuite Homestay Putrajaya juga sangat berdekatan dengan banyak tempat digemari pengunjung seperti tarikan pelancong, pusat beli belah, lapangan terbang ada hampir juga dengan pelbagai universiti. Ianya juga mengambil masa kurang 30 untuk ke destinasi jika daripada homestay ini.

Alamat: Blok A, No.2, Jalan P17, Precinct 17, 62150 Putrajaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-3420865


7. Pudina Homestay Putrajaya 

HOMESTAY PUDINA FOTO

Mereka yang mencari penginapan dengan harga berpatutan di sekitar Putrajaya, Pudina Homestay Putrajaya adalah sangat disyorkan. Mereka yang mempunyai urusan rasmi, percutian dan sebagainya boleh saja menginap di sini. Kawasan perumahan Pudina Homestay ini sangat selamat dengan pemantauan keselamatan setiap masa; 24 jam. Di kawasan ini juga senyap dan elit. Fasiliti kawasan ini juga mempunyai taman permainan awam. Kawasan Pudina Homestay juga luas sehingga boleh memuatkan 10 dewasa dan mereka juga ada menyediakan WiFi percuma.

Pudina Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 tandas. Kelengkapan seperti rumah anda sendiri juga sangat dititikberatkan di sini seperti mereka menyediakan mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, pemanas air, peti ais, siaran Astro, periuk nasi, peralatan masak dan banyak lagi. Lokasi popular yang berdekatan dengan Pudina Homestay ini seperti Alamanda, Kompleks Pentadbiran, Taman Warisan Pertanian dan beberapa lagi.

Alamat: Jalan P17, Presint 17, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-2312468


Bagi yang berminat dengan senarai kami di atas anda boleh cepat-cepat hubungi homestay yang anda inginkan dan jangan sampai lepaskan peluang. Walaupun Putrajaya bandar maju, tetap banyak tarikan pelancongan di sana. Kebanyakkan homestay tersenarai di atas akan bertukar-tukar harga sewaan kerana mengikut musim.

4.4/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+Tempat Makan BEST di Putrajaya – Restoran dan Kafe menarik wajib cuba

Putrajaya, bandar kebanggaan rakyat Malaysia sememangnya tidak ketinggalan untuk mempunyai banyak pilihan makanan yang sedap dari pelbagai negeri. Ayuh siapkan pen dan kertas untuk...

23+ Tempat Menarik di Putrajaya Yang Popular Untuk Diterokai oleh Pelancong

Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25 km ke selatan Kuala Lumpur & siap dibina pada tahun 1999 untuk dijadikan sebagai pusat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x