Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25 km ke selatan Kuala Lumpur dan dibina sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Siapa sangka dahulunya merupakan sebuah kawasan yang tiada apa-apa kini menjadi salah satu destinasi pelancongan bukan sahaja popular di kalangan warga tempatan malah juga pelancong luar. Saban tahun pasti ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di beberapa tempat-tempat menarik di Putrajaya dan tahun 2018 tidak ketinggalan sebagai tahun yang menawarkan pelbagai acara yang menarik.
Jom kita lihat beberapa tarikan pelancongan yang menarik di Putrajaya untuk dilawati dan sering menjadi pilihan pelancong.
Isi Kandungan
- 1. Masjid Tunku Mizan (Masjid Besi)
- 2. IOI City Mall Putrajaya
- 3. Distric 21
- 4. Icescape IOI City Mall
- 5. Masjid Putrajaya
- 6. Putra Square
- 7. Dataran Putrajaya Presint 3
- 8. Jambatan Putrajaya (Jambatan Seri Wawasan)
- 9. Tasik Putrajaya & Cruise Tasik Putrajaya
- 10. Taman Wetland Putrajaya
- 11. Alamanda Putrajaya
- 12. Skyrides Festival Park
- 13. Taman Cabaran Putrajaya
- 14. Taman Botani Putrajaya
- 15. Astaka Morocco
- 16. Taman Ekuastrian Putrajaya
- 17. Taman Saujana Hijau Putrajaya
- 18. Taman Putra Perdana Putrajaya
- 19. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
- 6 Tempat Menarik di Putrajaya Untuk Makan Makan
1. Masjid Tunku Mizan (Masjid Besi)
Putrajaya memang sangat kaya dengan senibina bangunan moden yang bercirikan pelbagai elemen budaya dalam & luar negara. Selain Masjid Putra, satu lagi masjid yang sangat menarik untuk anda terjah mungkin untuk solat atau bergambar adalah di Masjid Tunku Mizan atau juga dikenali dikalangan warga setempat sebagai Masjid Besi kerana warna silver berkilat & strukturnya yang unik seolah-olah seperti bangunan besar bersalut perak.
Masjid Tunku Mizan mempunyai perkarangan yang sangat lapang & landskap taman yang sangat menarik untuk anda bersiar-siar & berselfie. Dan yang lebih best, lokasi masjid ini dekat dengan tasik membolehkan anda melihat pemandangan yang sangat mengusik kalbu terutamanya pada waktu Maghrib. Dari masjid ini juga, anda boleh melihat beberapa mercu utama Putrajaya & jambatan ikonik Putrajaya yang sangat indah dengan limpahan lampu neon warna warni pada waktu malam.
Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
2. IOI City Mall Putrajaya
Merupakan satu kompleks membeli belah yang baru di Putrajaya & sangat ideal untuk anda lawati kalau bercuti di Putrajaya. Shopping mall ini merupakan one stop centre untuk mereka yang ingin membeli belah, mencari destinasi makan menarik & juga mencari aktiviti best untuk dilakukan bersama keluarga. Dengan kos pembinaan yang menelan RM 1.5 billion, IOI City Mall pasti memberi anda banyak idea untuk melakukan aktiviti menarik bersama keluarga.
Mempunyai 4 aras utama yang sangat-sangat besar & menempatkan lebih 300 buah lot kedai dengan pelbagai jenis kategori. Kalau anda mencari perkakasan rumah untuk deko-deko di sini terdapat HomePro yang pasti membuatkan suri rumah rambang mata untuk shopping perhiasan rumah. Selain itu, IOI City Mall juga terkenal dengan tarikan hiburan keluarga seperti taman tema indoor District 21, Ice Skating, Golden Screen Cinema & macam-macam lagi.
Harga Hotel Peta Lokasi Jarak 03-83288899 Facebook Instagram Website
Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi: 10.00 am - 10.00 pm
3. Distric 21
Destinasi ini merupakan sebuah taman tema indoor yang terletak di aras 1 dalam pasaraya IOI City Mall. District 21 mempunya pelbagai tarikan suka ria yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja & bahkan untuk dewasa. Kalau datang secara berkumpulan baru lagi meriah melakukan aktiviti menarik di sini.
Antara tarikan unik yang pasti anak-anak suka adalah trampoline yang sangat besar untuk mereka melompat-lompat beriang ria. Sebenarnya, rata-rata tarikan permainan di sini memang susah untuk dijumpai di tempat lain & antara yang popular yang ada di sini adalah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider. Distric 21 juga adalah tempat yang ideal di Putrajaya untuk mana-mana institusi Pendidikan yang ingin menganjurkan aktiviti seperti team building atau sebagai tempat untuk berekreasi pelajar-pelajar dengan suasana yang lebih menarik daripada biasa.
Alamat:
AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City,, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi Distric 21 Putrajaya
Park Attraction
- 12:00 pm - 8:00 pm (Isnin-Jumaat)
- 10:00 am - 8:00 pm (Sabtu/Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah )
Ticketing & Customer Service Counter
- 10.00 am - 10.00 pm
Level 2 Amusement
- 10.00 am - 10.00 pm
Harga Tiket Distric 21 Putrajaya
Active Pass - akses ke semua tarikan dalam satu hari.
- RM 68.00/pax (Isnin-Jumaat)
- RM 85.00/pax (Sabtu/Ahad/Cuti Am/Cuti Sekolah)
Non-Active Pass - akses ke dalam park sahaja tanpa sertai apa-apa aktiviti tarikan di sini
- RM 10.00/pax (Isnin-Jumaat)
- RM 10.00/pax (Sabtu/Ahad/Cuti Am/Cuti Sekolah)
*Kanak-kanak <90cm atau OKU. PERCUMA
4. Icescape IOI City Mall
Salah satu tarikan hiburan yang sangat popular di kalangan orang Putrajaya untuk mencuba permainan ice skating. Icescape merupakan satu-satunya lapangan ice skating yang bersaiz Olimpik di Malaysia yang mempunyai ukuran 30m x 60m. Kalau bercuti di Putrajaya bolehlah mencuba aktiviti ini bersama keluarga & anak-anak, bukan mudah untuk menjumpai lapangan luncur ais yang sangat besar & lapang sesuai untuk aktiviti hujung minggu & pada musim cuti sekolah. Jika bercadang untuk ke sini, pastikan anda membawa stokin & glove dari rumah siap-siap kerana ianya merupakan mandatori untuk mencuba aktiviti ini. Jika tidak, anda perlu beli stoking & glove yang turut ada dijual di sini.
Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 603 -83288880 Facebook Website
Icescape Ice Rink, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi Icescape Ice Rink IOI Mall
- 10.00 am - 10.00 pm ( Isnin-Ahad)
- Ice Resurfacing Schedule: 2:30 pm, 5:00 pm & 7:30 pm
Harga Tiket Icescape Ice Rink IOI Mall
1 . Harga Bayaran Masuk:
- RM 25 (weekdays) &
- RM 30 (hujung minggu, cuti am & cuti sekolah)
* wajib pakai stokin & sarung tangan untuk setiap skater.
2. Aksesori untuk disewa:
- Sarung tangan (RM 10)
- Stokin (RM 6)
- Lockers (RM 2)
- Penguin Skating Aid (RM 30/jam, untuk yang berumur 12 tahun & kebawah)
5. Masjid Putrajaya
Mercu utama bandar Putrajaya. Kalau datang ke Putrajaya tak singgah untuk solat di Masjid utama di Putrajaya memang sangat rugi. Sebuah masjid yang dikelilingi oleh tasik yang pasti akan memberi pamandangan yang sangat cantik. Masjid ini terletak hanya bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri (bangunan berkubah hijau) dan dibina dalam satu kawasan yang sangat lapang. Tempat parking kereta pun sangat luas.
Masjid ini juga mempunyai akses bawah tanah dari beberapa lokasi di Putrajaya untuk memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan yang berkerja di sekitarnya. Laluan bawah tanah ini hanya akan dibuka pada hari Jumaat ketika Solat Jumaat. Jangan lupa untuk bergambar di dataran Putra di hadapan masjid ini.
Alamat: Presint 1, 62502 Persekutuan, Putrajaya
6. Putra Square
Destinasi ini lebih kepada tempat santai dengan landskap dataran roundabout yang sangat lapang & luas yang hanya berhadapan dengan Masjid Putrajaya. Dataran ini memang tidak lekang dengan kunjungan orang setempat termasuk dengan pelancong luar untuk melihat keindahan landskap bangunan kerajaan berdekatan & Masjid Putra. Aktiviti di sini lebih kepada santai-santai melihat sekeliling & kalau anda pertama kali ke Putrajaya, bolehlah bergambar di sini pada waktu siang ataupun waktu malam untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya, Selangor
7. Dataran Putrajaya Presint 3
Kalau di KL ada Dataran Merdeka & di Putrajaya pula ada Dataran Putrajaya. Konsepnya aktiviti di sini lebih kurang sama di mana pelancong boleh santai melihat keindahan senibina bangunan yang cantik di sini. Pada bulan Ramadhan, destinasi ini sangat meriah dengan kunjungan orang setempat untuk berbuka puasa secara berkelah ramai-ramai. Memang best. Bazar pun dekat. Sekiranya anda inginkan aktiviti percuma di Putrajaya yang lebih santai pada waktu malam, bolehlah singgah melihat ragam manusia lepak di Dataran Putrajaya terutamanya pada hujung minggu.
Alamat: Presint 3, 62000 Putrajaya
8. Jambatan Putrajaya (Jambatan Seri Wawasan)
Jambatan yang sangat unik sepanjang 430 meter dan juga merupakan salah satu mercu utama bandar Putrajaya. Banyak sudah penggambaran filem dari dalam dan luar negara yang menjadikan Jambatan Putrajaya sebagai lokasi salah satu babak dalam filem. Salah satunya ialah filem Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof.
Selain sebagai lokasi penggambaran filem, Jambatan Putrajaya juga sering menjadi tempat pilihan untuk wedding photoshoot. Melihat matahari tenggelam di waktu senja di sini juga sangat cantik. Di waktu malam, anda boleh lihat jambatan ini dari jauh kerana sinaran lampu neon yang menghiasi jambatan ini. Jambatan Putrajaya sememangnya salah satu tempat menarik di Putrajaya di waktu malam untuk dilawati bagi sesi photoshoot sebagai kenang-kenangan.
Alamat: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya
9. Tasik Putrajaya & Cruise Tasik Putrajaya
Putrajaya juga dikenali dengan jolokan nama "City in the Garden" atau nak senang faham, "Bandar di Dalam Taman". Jolokan ini adalah kerana bandar Putrajaya dikelilingi banyak pokok-pokok serta tasik buatan manusia. Kalau nak lihat dengan lebih dekat kenapa jolokan nama "City in the Garden" diberi kepada bandar Putrajaya, salah satu caranya ialah menaiki bot atau 'cruise' mengelilingi bandar ini. Sebagai orang Malaysia, anda pasti kagum dengan keindahan bangunan-bangunan kerajaan yang mempunya senibina yang unik dan cantik dikelilingi sumber flora dan fauna.
Lokasi jeti untuk 'boat cruise' ini di Presint 1 berdekatan dengan Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya. Harga tiket bergantung kepada pakej bot yang anda pilih samaada nak naik bot besar berhawa dingin atau naik bot tradisional buatan tangan (gondolas) yang diimport khas dari Terengganu. Perjalanan menaiki bot ini mengambil masa sekitar 45 minit mengelilingi Masjid Putra, Istana Darul Ehsan, Monumen Millenium, bangunan kementerian, Jambatan Putra dan juga Jambatan Putrajaya. Pakej harga yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah RM 30 seorang (warga tempatan dewasa) dan untuk kanak-kanak/warga emas boleh dapatkan harga yang lebih murah.
Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 03-88885539 Facebook Website
Alamat: Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, 62000, Putrajaya
Waktu Operasi Tasik Putrajaya & Cruise Tasik Putrajaya
Sightseeing Cruise
- 1.00 pm, 2.15 pm, 3.30 pm, 4.45 pm, 6 pm, 7.15 pm
Early Bird Sight Seeing Cruise
- 11 am, 12 pm, 10 am ( Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah sahaja)
Perahu Dondang Sayang
- Isnin-Jumaat 11.00 am - 6.30 pm
- Sabtu / Ahad / Cuti Sekolah: 10 am - 7 pm
Perahu Dondang Sayang
- Isnin-Jumaat 11.00 am - 6.30 pm
- Sabtu / Ahad / Cuti Sekolah: 10 am - 7 pm
Harga Tiket Tasik Putrajaya & Cruise Tasik Putrajaya
Sightseeing Cruise ( 1.00 pm, 2.15pm, 3.30 pm, 4.45 pm, 6 pm, 7.15 pm)
- Standard
- Dewasa: RM 50.00
- Kanak-Kanak: RM 35.00
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa: RM 30.00
- Kanak-Kanak: RM 20.00
Early Bird Sight Seeing Cruise - 11 am, 12 pm, 10 am ( Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah sahaja)
- Standard
- Dewasa: RM 50.00
- Kanak-Kanak: RM 35.00
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa: RM 30.00
- Kanak-Kanak: RM 20.00
Perahu Dondang Sayang
- Standard
- Dewasa: RM 40.00
- Kanak-Kanak: RM 26.00
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa: RM 20.00
- Kanak-Kanak: RM 12.00
Lepa Lepa Boat
- Standard
- Dewasa: RM 40.00
- Kanak-Kanak: RM 26.00
- Pemegang MyKad/MyKid
- Dewasa: RM 20.00
- Kanak-Kanak: RM 12.00
10. Taman Wetland Putrajaya
Satu tempat menarik di Putrajaya untuk dilawati sekiranya anda seorang yang cintakan alam dan binatang. Taman Wetland Putrajaya merupakan sebuah taman yang mana anda boleh berjalan kaki atau menyewa basikal untuk mengelilingi di sekitarnya sambil melihat binatang-binatang seperti burung-burung dan ikan-ikan di tasik. Satu destinasi yang sesuai untuk habiskan masa petang dan berpiknik dengan anak-anak dan keluarga di tengah-tengah bandar Putrajaya.
62000 Putrajaya
11. Alamanda Putrajaya
Merupakan salah satu shopping mall yang ada di Putrajaya yang sudah lama bertapak di sini. Destinasi Alamanda Putrajaya sangat sesuai untuk anda jadikan lokasi santai & membeli belah bersama keluarga kerana mempunyai begitu banyak shop lot yang menjual pelbagai jenis barangan baik pakain, buku-buku, aksesori wanita & sebagainya.
Setiap hujung minggu Alamanda Putrajaya tidak pernah lekang dengan kunjungan warga setempat untuk menonton wayang atau riang ria di mini amusement park yang ada di sini. Alamanda Putrajaya juga mempunyai beberapa restoran popular untuk anda yang ingin mencari destinasi tempat makan best & medan selera yang ada di sini juga tidak kurang menariknya dengan puluhan pilihan menu makanan berat & santai samaada makanan berat atau makanan santai.
Alamat:
Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1, Wilayah Persekutuan, Malaysia, Presint 1, 62000 Putrajaya
10 am - 10 pm
12. Skyrides Festival Park
Destinasi menarik di Putrajaya yang hanya sepertinya di Malaysia. Pelancong berpeluang menaiki belon udara panas yang memboleh anda melihat pemandangan cantik secara 360 darjah dari ketinggi sehingga 150 meter dari tanah. Skyrides Festival Park mempunyai beberapa tarikan utama yang boleh anda cuba tidak kira untuk kanak-kanak, remaja atau pun dewasa.
SkyKids merupakan sebuah taman permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan pelbagai tarikan yang pasti memberi keseronokan untuk mereka. SkyWarriors pula lebih kepada aktiviti yang lebih mencabar ketahanan fizikal di mana pengunjung kena melalui beberapa halangan utama sehingga habis laluan yang ditetapkan. Aktivitinya lebih kepada ala-ala rancangan Ninja Warrior seperti dalam tv. Ada juga beberapa tarikan lain yang lebih santai & releks seperti SkyGallery, SkyDemo & SkyTaste.
Alamat: Jalan P2m, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajayae
Waktu Operasi SkyRides Putrajaya
- Ahad-Khamis: 10 am - 10 pm
- Jumaat - Sabtu: 10 am - 12 am
SkyKids dibuka dari 10 am - 7 pm setiap hari
Ballon Ride
- Pemegang MyKad
- Dewasa: RM 45
- Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM 35
- Pelancong Asing
- Dewasa: RM 73
- Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM 65
Sky Warrior Rainforest Challenge
- RM 35
Sky Kids
- RM 20
13. Taman Cabaran Putrajaya
Sekiranya anda sedang bercuti di Putrajaya dengan anak-anak, destinasi ini wajib anda pertimbangkan untuk anda singgah kerana mempunyai beberapa tarikan yang mesra anak-anak & remaja belia. Antaranya ialah indoor wall climbing yang menempatkan beberapa dinding konkrit yang lengkap dengan kemudahan untuk memanjat. Wall Climbing di sini ada beberapa jenis cabaran baik yang mesra kanak-kanak atau yang lebih ektrem untuk dewasa.
Di perkarangan bangunan di sini juga terdapat beberapa trail khas yang disediakan untuk aktiviti sukan roller blade, skate board & juga basikan mountain bike. Bagi yang ingin mencuba aktiviti rekriasi sebegini, sangat dicadangkan untuk membawa anak-anak atau rakan-rakan di Taman Cabaran Putrajaya.
Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi Taman Cabaran Putrajaya
- Isnin, Selasa, Khamis, Ahad: 10 am - 8pm
- Rabu, Jumaat, Sabtu: 10 am - 10 pm
Bayaran Masuk Taman Cabaran Putrajaya
- Dewasa: RM 6.00
- Pelajar: RM 3.00
- Kanak-Kanak: Percuma
Kadar sewa kelengkapan untuk wall climbing:
- Tali : RM 15
- Harness: RM 5
- Kasut Memanjat: RM 7
- Beg kapur: RM 3
14. Taman Botani Putrajaya
Merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara. Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian atau tema dan kalau anda malas nak berjalan kaki, anda boleh sewa basikal di sini atau menaiki 'tram'.
Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Salah satu taman yang menjadi tarikan ialah di 'Floral Garden'/Taman Tumbuhan Berbunga yang menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelosok dunia. Satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk relaks-relaks bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok serta senibina bangunan kerajaan yang tidak jauh dari sini.
Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya
24jam
percuma
15. Astaka Morocco
Kalau anda sedang bersiar-siar di Taman Botani Putrajaya, jangan lupa untuk singgah di Astara Morocco yang merupakan sebuah taman landskap dengan binaan yang cantik. Seperti namanya, motif ukiran dinding berserta ayat-ayat suci Al-Quran yang ada di sini lebih bercirikan senibina dari negara Morocco. Aktiviti di sini lebih kepada melihat keindahan ukiran & mungkin bergambar sebagai kenang-kenangan. Memang tidak disangkal, kalau berada di perkarangan Morocco Pavillion ini ibarat berada di sebuah kawasan di negara lain.
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
kawasan terbuka
percuma
16. Taman Ekuastrian Putrajaya
Bagi yang ingin merasai pengalaman menunggang kuda, salah satu destinasi yang boleh anda lawati di Putrajaya adalah di TEP yang menawarkan pelbagai pakej untuk aktiviti sebegini. Samaada anda yang berpengalaman menunggang kuda atau masih baru, pengalaman menunggang kuda boleh dicuba di sini.
TEP mempunyai banyak fasiliti yang bukan sahaja untuk aktiviti berkuda, malah mempunyai fasiliti seperti restoran, dewan serbaguna untuk perkahwinan & pelbagai pakej lain sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi teambuilding atau meeting. Setiap tahun, buffet Ramadhan juga ada dianjurkan di TEP. Namun yang menjadi tarikan utama pelancong luar ke sini sudah tentulah mencuba pengalaman menunggang kuda.
Alamat: Persiaran Selatan, Presint 20, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Riding School Package ( Introductory, Beginner, Intermediate)*
- Selasa-Ahad
- Sesi Pagi: 7 am - 11 am
- Sesi Petang: 4 pm-7 pm
- Isnin tutup
* 8 sesi, ada sijil, ada instructor
Harga Bayaran Menunggang Kuda Taman Ekuastrian Putrajaya
17. Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Saujana Hijau Putrajaya merupakan sebuah kawasan landskap yang berkeluasan 40 hektar yang menempatkan 3 tempat tarikan pelancongan di Putrajaya yang lebih kepada flora dan fauna iaitu:
- European Garden - Kawasan ini terletak di bahagian tertinggi dan menjanjikan pemandangan bandar Putrajaya yang sangat cantik !
- Oriental Garden - menempatkan sebuat pavillion yang ala Cina dan mempunyai lebih banyak tumbuhan tropika.
- English Garden - mempunyai sebuah gazebo yang dikelilingi oleh pokok bunga yang berwarna warni. Suasananya seolah-olah berada di England namun yang membezakannya ialah cuaca.
Dinasihatkan untuk melawat ke sini pada waktu petang atau pagi. Sekiranya hari hujan berkilat, anda tidak disarankan untuk berada di kawasan berbukit di sini bagi tujuan keselamatan. Bagi mereka yang kaki kamera, berada di sini pasti akan memberi seribu idea untuk projek bahan seni karya anda.
Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
24 jam
percuma
18. Taman Putra Perdana Putrajaya
Masih cerita sebuah taman dengan landskap hijau yang cantik. Destinasi ini terletak di tengah-tengah bulatan utama yang besar di Putrajaya & bersebelahan dengan penginapan Hotel Shang Ri La Putrajaya. Taman ini tidaklah terlalu besar tetapi cukup unik kerana lokasinya yang terletak di kawasan berbukit yang mana anda boleh melihat pemandangan indah & beberapa mercu bangunan utama di Putrajaya.
Di sekitar Taman Putra Perdana ini juga terletaknya sebuah mercu tanda permulaan Putrajaya yang dikenali sebagai Plaza Mercu Tanda yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1995. Di sini juga terdapat teropong umum yang boleh anda guna untuk melihat pemandangan sekitar bandar Putrajaya. Satu tempat yang menarik di Putrajaya untuk anda beriadah, jogging atau bersiar-siar waktu pagi atau petang bersama keluarga.
Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya
24 jam
percuma
19. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
PICC merupakan sebuah bangunan konvensyen yang besar dan cantik yang terletak di atas bukit di tengah-tengah bulatan besar. Pemandangan dari atas bukit ini memang menakjubkan dan dari sini anda juga boleh melihat bangunan Pejabat Perdana Menteri.
Kebanyakan event besar di Putrajaya kebiasaanya diadakan di sini. Di sini juga ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan saban tahun setiap kali Bulan Ramadhan, pasti PICC tidak lekang menjadi kunjungan orang buka puasa Buffet Ramadhan bersama keluarga atau rakan sepejabat. Senibina bangunan juga menakjubkan dan berkonsepkan seni budaya dari pelbagai negeri di dalam Malaysia. Anda bolej rujuk sini untuk aturcara terkini di PICC Putrajaya.
Alamat: Presint 5, 62000 Putrajaya
24 jam
percuma
6 Tempat Menarik di Putrajaya Untuk Makan Makan
Tak lengkap percutian anda di Putrajaya kalau tidak bawa keluarga makan-makan di destinasi menarik di sini. Berikut merupakan beberapa tempat makan popular di Putrajaya yang boleh anda terjah.
Putrajaya merupakan kawasan yang sangat cantik & membangun maka pilihan penginapan di sini kebanyakannya yang boleh katakan agak mewah. Sekiranya anda ingin penginapan yang dekat di Putrajaya boleh rujuk beberapa pilihan penginapan seperti di pautan yang disediakan. Untuk mencari lebih banyak penginapan yang lebih mesra harga, anda boleh cari di kawasan sekitar Bangi ataupun Kajang.
Tawaran Penginapan Hari Ini di Putrajaya>
Semoga perkongsian destinasi tempat menarik di Putrajaya seperti di atas memberi anda inspirasi untuk bercuti di sini bersama dengan keluarga. Selamat bercuti.
Destinasi Menarik Berkaitan:
- Destinasi Makan Menarik di Putrajaya
- Destinasi Percutian Menarik di Selangor
- 20+ Tempat Makan Best di Bangi
nak g tmpat viral..tggu malam jer..nnti tido korang pergilah mana yg korang nk g
tandas awam pun kena byr zaman lani nokkk…
Apa nm tmpt yg skrg viral ramai org P melawat tu, msuk free…
Tandas awam