Short Getaway ke Batam: Syurga Makanan Laut Halal yang Hanya Sejam dari Jeti

Short Getaway ke Batam

Table of Contents

Kalau anda tengah plan short getaway yang dekat, santai dan penuh makanan sedap, Batam memang pilihan paling tepat. Hanya perjalanan singkat dengan feri dari Malaysia atau Singapura, anda dah boleh menikmati suasana pulau yang tenang sambil melawat pelbagai tempat menarik untuk healing sekejap dari rutin harian. Paling best, pengalaman short getaway ke Batam ini bukan saja menjanjikan makanan yang sedap, tetapi juga port makan dengan view laut yang memang cantik dan cukup menenangkan.

Jom kita lihat semua yang menarik untuk diterokai ketika short getaway ke Batam!

Short Getaway ke Batam: Port Makanan Laut Halal yang Buat Ramai Repeat Lagi!


1. Nusa Laut

Nusa Laut
Kredit gambar: Instagram @nusalaut.batam

Kalau anda tengah cari tempat makan seafood halal dengan suasana tenang tepi laut, Nusa Laut memang antara spot wajib singgah ketika anda short getaway ke Batam.

Nusa Laut
Kredit gambar: Instagram @nusalaut.batam

Restoran ini cukup popular di Batam sebab pemandangannya cantik, berangin dan sangat santai. Memang best makan sambil layan view sunset! 

Nusa Laut
Kredit gambar: Instagram @nusalaut.batam

Servis restoran makanan laut ini juga tip-top dan staf sangat mesra dengan pakaian tradisional Indonesia yang menambahkan lagi vibe unik tempat ni. 

Nusa Laut
Kredit gambar: Instagram @nusalaut.batam

Paling menarik sekali, di Nusa Laut ini juga mereka turut menyediakan kids room untuk si kecil anda bermain dengan selesa dan penuh keseronokan.

Jadi, kalau anda nak makan dengan rasa tenang tanpa tergesa-gesa habiskan makan dengan gangguan si kecil, Nusa Laut adalah pilhan terbaik!

Bukan itu sahaja, di sini juga tersedia ruang makan indoor dan outdoor, live band serta parking yang luas. Kalau anda dari kawasan Nagoya pun, ambil masa cuma sekitar 30 minit sahaja.

Nusa Laut
Kredit gambar: Instagram @nusalaut.batam
Nusa
Kredit gambar: Instagram @nusalaut.batam
Nusa Laut
Kredit gambar: Instagram @nusalaut.batam

Menu seafood pula jangan cakaplah, memang fresh! Dari hidangan bakar sampailah ke seafood grill semuanya sangat sedap, cukup perisa dan berjuicy. 

Di restoran ini, terdapat beberapa hidangan yang berjaya menambat hati orang ramai untuk datang kembali ke Nusa Laut. Antaranya menu Ikan Bawal Bakar Kicap yang lengkap dengan rasa manis dan pedas yang sempurna, Udang Kukus Pedas dengan rempah ratus yang kaya dan sensasi pedas yang menggoda dan Hotplate Kangkung Belacan yang dimasak harum sesuai untuk anda makan panas-panas. Ketiga-tiga hidangan popular ini semestinya bakal membuatkan pengalaman makan anda di Nusa Laut jauh lebih menyelerakan!

Tak cukup datang sekali, Nusa Laut pasti akan buat anda nak repeat berkali-kali!

Alamat: Tiban Indah, Sekupang, Batam City, Riau Islands, Indonesia

Lokasi


2. Love Seafood Restaurant

Love Seafood Restaurant
Kredit gambar: Instagram @al_di6223

Pilihan restoran makanan laut halal di Batam yang kedua pula adalah Love Seafood Restaurant. Restoran ini sesuai untuk anda yang nak pengalaman makan seafood halal dengan view laut yang cantik dan suasana yang lebih privasi. 

Lokasinya agak jauh dari bandar, sekitar 40 minit perjalanan, tapi memang sangat berbaloi bila anda sampai dan cuba semua masakan di sini! 

Restoran ini juga luas, banyak spot Instagrammable dan yang paling best viewnya yang menghadap terus ke laut.

Bukan itu sahaja, makanan seafood di sini sangat segar, terutama menu ketam bunga steam yang ramai pengunjung puji sebab isinya yang manis dan sedap apabila dicicah sambal hijau terkenal mereka. 

Love Seafood Restaurant
Kredit gambar: Instagram @loveseafoodtjpiayulaut
Love Seafood Restaurant
Kredit gambar: Instagram @loveseafoodtjpiayulaut

Untuk penuhi selera anda dengan rasa penuh kenikmatan, boleh cuba juga hidangan lobster lada hitam dan ketam sos pedas yang merupakan pilihan nombor satu para pengunjung di restoran ini.

Love Seafood Restaurant
Kredit gambar: Instagram @loveseafoodtjpiayulaut

Servis pun cepat dan staf sangat friendly dari mula sampai habis anda makan. Selain ruang makan yang besar, restoran ini turut menyediakan surau luas dan parking yang memudahkan pengunjung jika datang beramai-ramai.

Love Seafood Restaurant tempat makan terbaik di Batam yang memang sesuai jika anda nak buat family gathering atau trip makan seafood santai di Batam.

Bukan itu sahaja, restoran ini juga berdekatan dengan banyak tempat-tempat menarik di Batam seperti Waterpark Top 100 Batu Aji dan Jambatan Barelang.

Dengan jarak perjalanan hanyar sekitar 30-40 minit, anda masih boleh menikmati hidangan seafood yang sangat sedap selepas penat berjalan-jalan!

Alamat: Kampung Tua Tanjung Piayu Laut RT.02/RW.10 Sei Beduk, Kabil, Kecamatan Nongsa, Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10.00 am-10:30 pm)

Lokasi


3. Golden Prawn 933

Golden Prawn 933
Kredit gambar: Instagram @goldenprawn555933
Golden Prawn 933
Kredit gambar: Instagram @goldenprawn555933

Golden Prawn 933 antara nama besar bila anda bercakap pasal tempat makan seafood halal di Batam.

Kalau anda nak tahu, restoran ini terkenal disebabkan suasana makan atas air yang sangat nyaman, lebih-lebih lagi waktu malam bila angin laut bertiup kuat. 

Selain itu, pilihan seafood segar di sini juga sangat banyak, jadi anda boleh pilih sendiri mana yang nak dimasak.

Golden Prawn 933
Kredit gambar: Instagram @goldenprawn555933
Golden Prawn 933
Kredit gambar: Instagram @goldenprawn555933

Menu yang ramai pengunjung syorkan termasuk sotong, ketam sos padang, udang steam dan paling wajib anda cuba kacang buncis telur masin yang ramai kata memang padu! 

Golden Prawn 933
Kredit gambar: Instagram @goldenprawn555933

Portion makanan pula besar dengan harga boleh dikatakan murah untuk makan beramai-ramai.

Paling penting suasana dan pengalaman anda makan di sini memang sangat best dengan vibe santai dan view pula cukup cantik. 

Tempat ini juga sesuai untuk dinner keluarga atau bersantai bersama kawan-kawan semasa anda short getaway ke Batam.

Bestnya dekat sini anda boleh pilih sendiri udang galah yang fresh-fresh dengan harga yang murah. Paling penting, anda boleh pilih sendiri menu apa yang anda nak chef masak.

Bukan itu sahaja, tempat makan seafood di Batam ini juga selalu buat promosi sama ada dari segi harga mahu pun menu pilihan.

Mana tahu kan hari yang anda datang berkunjung merupakan hari promosi dengan menu sedap dan pilihan harga termurah!

Menariknya lagi, restoran ini juga berdekatan dengan tempat-tempat popular di Batam seperti Masjid Cheng Hoe dan Batam Zoo Paradise.

Alamat: 525P+RX9, Jl. Golden City Jaya, Tj. Buntung, Kec. Bengkong, Kota Batam, Kepulauan Riau 29458, Indonesia

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (9.30 am-1:00 pm)

Lokasi


4. Holy Meat and Grill Halal

Holy Meat and Grill Halal
Kredit gambar: Instagram @holymeathalalbatam

Kalau tiba-tiba anda teringin makan buffet grill halal di Batam, Holy Meat and Grill memang port yang ramai repeat.

Dengan harga mesra bajet, anda dah boleh makan puas-puas sambil layan BBQ dan steamboat sekali. Sup Tomyam mereka antara menu paling dipuji sebab rasa pekat, pedas dan memang kaw! 

Holy Meat and Grill Halal
Kredit gambar: Instagram @holymeathalalbatam

Daging pula lembut, berjuicy dan sedap dimakan dengan pilihan sos ala Korean BBQ mereka.

Walaupun pilihan daging tak terlalu banyak, hampir semuanya sedap dan berbaloi dengan harga.

Tempat ini memang sesuai untuk anda lepak santai bersama keluarga atau kawan selepas seharian berjalan di Batam.

Alamat: Jl. Raja M Tahir No.11, Tlk. Tering, batam center, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (12.00 pm-10:00 pm)

Lokasi


5. Kopak Jaya 007 Kelong Seafood Batam

Kopak Jaya 007 Kelong Seafood Batam
Kredit gambar: Instagram @kopakjaya007

Nak makan seafood atas kelong sambil menikmati angin laut segar? Kopak Jaya 007 Seafood memang hidden gem yang ramai pelancong Malaysia suka datang.

Kopak Jaya 007 Kelong Seafood Batam
Kredit gambar: Instagram @kopakjaya007

Dibina betul-betul atas laut, suasana di Kopak Jaya 007 Kelong Seafood memang sangat tenang dan relaxing. Seafood di sini juga terkenal segar dan dimasak dengan rasa yang cukup padu. 

Kopak Jaya 007 Kelong Seafood Batam
Kredit gambar: Instagram @kopakjaya007

Antara menu Kopak Jaya 007 Kelong Seafood yang sering dipuji ialah Chili Lala, Udang Mabuk dan ikan kerapu dengan sos manis istimewa mereka.

Kopak Jaya 007 Kelong Seafood Batam
Kredit gambar: Instagram @kopakjaya007

Harga pula dikatakan jauh lebih murah berbanding seafood di Singapura, sebab itu ramai pengunjung datang makan puas-puas bersama keluarga. 

Kopak Jaya 007 Kelong Seafood Batam
Kredit gambar: Instagram @kopakjaya007

Servis juga cepat dan staf sangat membantu. Memang tempat yang sesuai untuk anda makan malam santai sambil menikmati pemandangan laut Batam yang sempurna cantik.

Bukan itu sahaja, restoran ini juga berdekatan dengan tempat-tempat popular di Batam seperti
Citra Kebun Wisata, Jambatan Barelang dan Waterpark Top 100 Batu Aji.

Alamat: Jl. Kp. Tua Tiangwangkang, Tembesi, Kec. Sagulung, Kota Batam, Kepulauan Riau 29472, Indonesia

Waktu Operasi: Khamis, Jumaat & Sabtu (10.00 am-8.00 pm)/Isnin, Selasa, Rabu & Khamis (10.00 am-7.00 pm)

Lokasi


6. Tsania Seafood

Kalau anda sedang mencari tempat makan seafood yang santai selepas seharian berjalan-jalan, Tsania Seafood boleh dimasukkan dalam senarai. Restoran ini terletak di pinggir perkampungan nelayan, tidak jauh dari Puncak Beliung, jadi lokasinya sesuai untuk singgah makan selepas menikmati pemandangan dan suasana di kawasan tersebut.

Hidangan seafood yang disajikan terasa segar dan menyelerakan, manakala suasana restoran yang terbuka dan berangin pula memang cukup nyaman untuk menikmati makanan sambil menghirup angin laut.

Short Getaway ke Batam
Kredit gambar: Instagram @mimi_hansem

Dari segi harganya pula, makanan di sini boleh dikatakan berbaloi dengan rasa dan kesegaran yang ditawarkan. Antara hidangan popular di sini yang boleh anda cuba adalah Ikan Bawal Bakar, Kerang Rebus Air Asam dan Ketam Masak Cili.

Short Getaway ke Batam
Kredit gambar: Instagram @bansereep

Pilihan tempat duduk juga banyak, jadi anda boleh makan dengan lebih santai bersama keluarga atau rombongan. Pembayaran menggunakan kad juga diterima, menjadikannya lebih mudah untuk pengunjung.

Selepas makan, anda boleh meneruskan perjalanan ke Puncak Beliung yang berdekatan untuk menikmati pemandangan dan mengambil gambar. Jika masih mempunyai masa, suasana perkampungan nelayan di sekitar restoran juga menarik untuk diterokai secara santai.

Gabungan seafood segar, angin laut dan lokasi yang dekat dengan tarikan sekitar menjadikan Tsania Seafood pilihan yang menarik untuk mengisi perut sebelum meneruskan eksplorasi Batam.

Alamat: RT.1/RW.1, Tanjung Riau, Sekupang, Batam City, Riau Islands, Indonesia

Waktu Operasi: Buka setiap hari (10.00 am-10.00 pm)

Lokasi

Short Getaway ke Batam dengan Melawat Tempat Menarik Ini


1. Puncak Beliung

short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @erynfendy

Kalau anda suka melakukan aktiviti-aktiviti outdoor sambil memburu port OOTD yang menarik, Puncak Beliung tempat wajib singgah ketika short getaway ke Batam.

Puncak Beliung
Kredit gambar: Instagram @_frshzkria
Puncak Beliung
Kredit gambar: Instagram @wjs86

Destinasi ini sangat popular dengan gelongsor pelangi, buaian gergasi, kolam renang mini, bunga kayu, rumah pokok, kereta kabel bakul, permaidani terbang, anak tangga ke langit, dan pemandangan panorama yang cukup cantik dari atas bukit.

short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @annie_nugraha
short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @annie_nugraha
short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @annie_nugraha

Walaupun anda perlu mendaki sedikit, suasananya sangat berbaloi! Anda dapat menikmati udara segar sambil melihat tasik dan pulau sekitar Batam yang menghijau.

Harga tiket pun mesra poket siap termasuk minuman percuma. Staf di sini juga ramah dan suka membantu anda ambil gambar, jadi memang seronok datang bersama keluarga atau kawan-kawan.

Bukan itu sahaja, tempat popular di Batam ini turut dilengkapi dengan tandas, gazebo, surau, ruang letak kereta dan restoran yang menawarkan hidangan tempatan.

Tapi kalau anda teringin nak makan seafood, boleh singgah ke Restoran Tsania Seafood yang terletak kira-kira 1.6km dari sini yang mengambil masa 4 minit sahaja untuk anda sampai.

Jadi, kalau anda cari tempat santai bercampur sedikit cabaran, Puncak Belitung destinasi terbaik untuk dimasukkan dalam itinerari Batam.

Alamat: 3WXR+MQP, Tanjung Riau, Sekupang, Batam City, Riau Islands 29425, Indonesia

Lokasi


2. Masjid Cheng Hoo

Masjid Cheng Hoo
Kredit gambar: Instagram @imamsuharjo

Setelah selesai menjamu selera makan hidangan seafood di Golden Prawn 933,  anda bolehlah berkunjung ke Masjid Cheng Ho yang jauhnya hanya 1.1km dengan masa perjalanan untuk anda sampai lebih kurang 3 minit.

Masjid Cheng Hoo menjadi tarikan unik di Batam kerana seni binanya yang menyerupai tokong Cina tetapi sebenarnya sebuah masjid yang cantik dan tenang.

Ramai pelancong singgah untuk bergambar sambil menikmati gabungan budaya Cina dan Islam yang cukup menarik.

short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @dia_azr

Lokasinya mudah diakses dan sesuai untuk anda duduk berehat seketika selepas penat berjalan sekitar bandar Batam. 

short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @nurhudaruslan

Suasana di dalam dan luar masjid juga bersih, nyaman dan penuh rasa damai, membuatkan ramai pengunjung rasa kagum walaupun datang hanya untuk singgah sebentar.

Kawasan sekitar masjid pula dipenuhi kedai dan hotel, jadi mudah untuk anda sambung perjalanan selepas melawat.

Kalau ke Batam, tempat ini memang berbaloi untuk dikunjungi kerana keunikannya sukar ditemui di tempat lain.

Alamat: 528Q+9H7, Tanjung Buntung, Bengkong, Batam City, Riau Islands 29444, Indonesia

Lokasi


3. Batam Zoo Paradise

batam zoo paradise
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise

Jika anda bercuti bersama keluarga, Batam Zoo Paradise destinasi terbaik yang menyeronokkan untuk anak-anak dan orang dewasa.

short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise
short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise
short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise

Zoo ini popular kerana haiwannya aktif, kawasan bersih dan banyak aktiviti interaktif seperti memberi makan haiwan serta menunggang kuda.

 

short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise
short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise
short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise

Anak-anak anda pastinya excited menjejakkan kaki ke sini apatah lagi jika mereka bermain gelongsor pelangi dan taman air yang ada di sini. Lokasinya pula mudah diakses dari bandar Batam.

short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise
short gateway ke batam
Kredit gambar: Instagram @batamzoo.paradise

Suasana di zoo ini sangat santai, sesuai untuk anda dan keluarga meluangkan beberapa jam tanpa rasa penat.

Dalam kawasan zoo juga ada kafe untuk anda berehat sambil menikmati makanan ringan dan minuman sejuk untuk mengisi perut.

Tapi sekiranya anda nak isi perut dengan hidangan berat yang fresh, sedap dan view yang best, boleh cuba berkunjung ke restoran makanan laut Golden Prawn 933 yang sangat terkenal di Batam!

Jadi untuk anda yang inginkan aktiviti family-friendly yang penuh gelak tawa dan pengalaman menarik, Batam Zoo Paradise memang sangat berbaloi untuk anda kunjungi.

Alamat: Sadai, Bengkong, Batam City, Riau Islands 29461, Indonesia

Lokasi


Batam memang terkenal sebagai destinasi short getaway kegemaran rakyat Malaysia kerana lokasinya dekat, makanan sedap dan banyak tempat santai menarik. Anda boleh merasai keenakan seafood segar yang halal, menginap di resort cantik tepi pantai, shopping barangan murah dan menikmati suasana island hopping yang relaxing dalam satu trip. 

Kalau nak perjalanan lebih mudah, anda boleh pilih pakej Batam lengkap dengan hotel dan feri melalui pakej percutian terbaik di sini! 

Sama ada anda nak datang untuk food hunting, healing, family trip atau sekadar nak lari sekejap dari kesibukan bandar, Batam memang ada semuanya dalam satu destinasi. Tak pelik kalau ramai pelancong Malaysia sanggup repeat berkali-kali sebab vibe percutian di Batam memang santai, mudah dan cukup menyeronokkan!

Baca juga: 13 Tempat Menarik di Batam untuk Percutian Keluarga Musim Cuti Sekolah

Rate this post
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 28 Nov, 2024
Taiwan tidak hanya terkenal dengan keindahan alam dan kemajuan teknologi, tetapi juga merupakan destinasi yang mesra untuk pelancong...
  • 19 Dec, 2024
Perjalanan travel seorang diri mungkin kelihatan menakutkan, tetapi ia sebenarnya memberi peluang untuk menikmati kebebasan sepenuhnya. Anda dapat...
  • 20 Dec, 2024
Melancong ke luar negara buat kali pertama boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan, namun ia juga memerlukan persiapan yang...
  • 30 Dec, 2024
Bercuti adalah satu pengalaman yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Namun, bagi pengembara Muslim, terdapat beberapa perkara penting yang...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination