Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Agensi Pekerjaan di Johor Bahru yang Perlu Anda Tahu!

Rata-rata rakyat Malaysia mengetahui bahawa proses mendapatkan pekerja yang baik itu bukanlah sesuatu yang mudah jika anda tidak mempunyai kenalan di suatu organisasi. Hal ini berlaku kerana institusi pengajian tinggi tidak berkolaborasi dengan sektor pekerjaan untuk menyediakan skill dan pengetahuan yang berguna untuk dunia pekerjaan.

Adakah anda seorang graduan yang mengalami kesukaran untuk mencari kerja ataupun majikan yang susah untuk mencari pekerja yang sesuai untuk organisasi anda? Kami sarankan anda merujuk agensi pekerjaan yang berpengalaman untuk mengatasi masalah anda. Jadi, ayuh kita lihat 10 agensi pekerjaan di Johor Bahru yang akan membantu anda!

7 Agensi Pekerjaan di Johor Bahru


1. EPS (Johor), Johor Bahru City Square

EPS (Johor), Johor Bahru City Square

EPS telah ditubuhkan sejak tahun 1993 dan mempunyai lebih 27 tahun dalam menyelesaikan pencarian staf yang berkaliber untuk organisasi perniagaan. Agensi ini telah membantu pelbagai perniagaan di serata Asia Pasifik dan mereka menyediakan pelbagai jenis servis perundingan untuk keperluan anda.

Antara servis yang disediakan oleh EPS ialah perkhidmatan pencarian eksekutif, proses pengambilan penyumberan luar, pengurusan perkhidmatan, pembesaran tenaga kakitangan serta pengambilan staf antarabangsa secara atas talian.

Jadi, jika syarikat anda sedang berkira-kira untuk melaksanakan gaya bekerja secara atas talian dan ingin mengupah pekerja antarabangsa, anda bolehlah berunding dengan agensi ini.

Alamat: Suite 15-02, Level 15 Office Tower 108, Johor Bahru City Square, 106, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp EPS


2. Jobbuilder, Menara Landmark

Jobbuilder, Menara Landmark

Agensi pekerjaan yang telah beroperasi selama 13 tahun ini mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam perihal pengambilan pekerja. Mereka mempunyai pengkhususan dalam tiga jenis bidang sumber manusia iaitu pencarian dan pemilihan eksekutif, membuat kontrak untuk staf anda serta merekrut tenaga kerja luar. 

Agensi pekerjaan ini beribu pejabat di Menara Landmark di tengah-tengah Johor Bahru. Ia telah membantu beratus-ratus organisasi perniagaan untuk mendapatkan pekerja yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Pelanggan-pelanggan mereka yang ternama adalah seperti IOI Properties, Samsung, Astaka Padu dan Forest City.

Di JobBuilder, mereka akan merealisasikan impian anda untuk mencari pekerja yang berpengalaman luas. Bukan itu sahaja, mereka juga akan membantu calon-calon pekerja untuk mendapat majikan yang prihatin dan bagus.

Alamat: Unit 23A-06, Level 23A, Menara Landmark, No 12, Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp JobBuilder


3. Agensi Pekerjaan Bright Prospect, Public Bank Tower Johor Bahru

Agensi Pekerjaan Bright Prospect, Public Bank Tower Johor Bahru

Bright Prospect Sdn Bhd ialah sebuah agensi pekerjaan yang ditubuhkan sejak tahun 1997. Mereka komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional untuk memenuhi dan melebihi jangkaan pelanggan.

Di Bright Prospect, perunding mereka percaya bahawa setiap syarikat mempunyai budaya kerja yang unik, dan “keunikan” setiap syarikat adalah kekuatan setiap perniagaan.

Agensi pekerjaan ini juga pakar dalam pengambilan profesional serta menyediakan pelanggan mereka penyelesaian yang lebih berbaloi untuk masa depan perniagaan. Pangkalan data calon pekerja mereka yang luas membolehkan mereka menjanjikan konsep pengambilan “Just In Time“. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang proses pengambilan pekerja yang terlalu lama. 

Mereka menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk pencarian kakitangan tetap, kakitangan kontrak, kakitangan peringkat eksekutif, kakitangan IT, kakitangan pentadbiran, kakitangan teknikal dan perkhidmatan penggajian pekerja. 

Alamat: Lot No.28-03, 28th Floor, Public Bank Tower, No.19, Jalan Wong Ah Fook, 80000, Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-2233 228


4. CareerMaster, Taman Molek

CareerMaster, Taman Molek

Agensi pekerjaan CareerMaster ini telah menawarkan servis mereka di peringkat antarabangsa dan peringkat kebangsaan. Pelanggan-pelanggan mereka terdiri daripada syarikat minyak dan gas di Amerika Syarikat, syarikat servis digital di Netherlands dan syarikat kewangan di Jepun.

Pendek kata, servis yang ditawarkan CareerMaster adalah berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa. Selain itu, perunding-perunding mereka yang berpengalaman luas akan menyediakan penilaian yang komprehensif tentang posisi dan jenis perniagaan anda. 

Dengan penilaian yang sangat teliti ini, mereka akan membuat pencarian dan pemilihan calon pekerja yang paling produktif dan bernilai untuk syarikat anda. Melalui proses pemilihan yang penuh profesionalisme ini, mereka akan memastikan rahsia syarikat dan integriti anda terjaga.

Alamat: 41, 02, Jalan Molek 2/1, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-353 5294


5. JAC Recruitment, Johor Bahru City Square

JAC Recruitment, Johor Bahru City Square

JAC Recruitment merupakan agensi pekerjaan terkemuka di Malaysia. Mereka mempunyai kepakaran dalam menghubungkan calon pekerja dengan majikan merentasi pelbagai industri.

Cawangan agensi pekerjaan ini di Johor Bahru turut menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk yang sedang mencari kerja dan majikan. Antara servis mereka adalah penyenaraian peluang pekerjaan, nasihat kerjaya dan penyelesaian pengambilan.

Buat anda yang sedang mencari kerja, anda boleh menyemak jawatan kosong merentas pelbagai sektor serta membuat akaun untuk menerima makluman pekerjaan yang terkini dan menyerahkan resume anda kepada JAC melalui laman web mereka.

Untuk para majikan, anda juga boleh menyiarkan jawatan kosong serta mencari pekerja anda melalui database resume mereka. Selain itu, anda juga boleh mengakses perkhidmatan pengambilan JAC Recruitment, termasuk carian eksekutif, kakitangan sementara dan perundingan HR.

Alamat: 23A, Johor Bahru City Square, 108, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-278 1122


6. Agensi Pekerjaan Dream-Job Sdn Bhd, Taman Universiti

Agensi Pekerjaan Dream-Job Sdn Bhd, Taman Universiti

Dengan pengalaman lebih daripada 11 tahun dalam industri perundingan sumber manusia, DreamJob menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu anda mencari pekerja yang sesuai untuk perniagaan anda.

Perkhidmatan mereka termasuklah penempatan pekerja tempatan, pekerja asing dan penapisan pekerja yang teliti untuk calon-calon yang berpotensi. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pengangkutan, penginapan, dan penggajian untuk pekerja asing dan menguruskan permohonan dan kelulusan dengan jabatan kerajaan. 

Menariknya di DreamJob, mereka juga ada menyediakan hostel, pengangkutan, dan klinik panel untuk pekerja anda.

Alamat: No 11A & 11B, Jalan Pendidikan 8, Taman Universiti, Johor Bahru, 81300 Skudai, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp DreamJob


7. Agensi Pekerjaan CityRecruit, Taman Bukit Indah

Agensi Pekerjaan CityRecruit, Taman Bukit Indah

Agensi pekerjaan yang terletak di Taman Bukit Indah ini menawarkan proses pengambilan pekerja yang bertaraf antarabangsa. Mereka menggunakan kaedah Sumber, Skrin, Senaraikan dan Hantar untuk memberikan pandangan pihak ketiga yang komprehensif dalam proses pengambilan pekerja.

Perunding mereka dilatih untuk melihat calon pekerja anda lebih daripada sekadar resume mereka. Para perunding CityRecruit ini akan menyemak latar belakang geografi, ekonomi, sejarah, dan budaya calon untuk memastikan calon pekerja yang berpotensi ini sesuai untuk syarikat anda. 

Oleh itu, dengan berurusan dengan CityRecruit, anda boleh mendapatkan calon yang memenuhi keperluan anda serta mempunyai kesetiaan yang tinggi dengan organisasi anda. CityRecruit juga menjanjikan penempatan calon yang akan merealisasikan visi syarikat anda dengan menilai sifat peribadi calon di samping kelayakan mereka.

Alamat: Wisma SP Setia, C2-05-03, Laman 3, Jalan Indah 15, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp CityRecruit


Mencari pekerja yang bagus dan mementingkan hal ehwal syarikat itu bukanlah mustahil. Namun, anda perlulah membuat kajian yang teliti dan mendalam tentang pekerja dan syarikat yang memohon jawatan tersebut. Semoga dengan perkongsian 10 agensi pekerjaan di Johor Bahru ini anda dapat menjamin masa depan perniagaan anda!

Adakah anda berada di Kuala Lumpur dan ingin mencari agensi pekerjaan lain yang berprestasi tinggi? Anda boleh lihat artikel kami mengenai 10 Agensi Pekerjaan yang Top di Kuala Lumpur untuk meneruskan pencarian anda. Semoga bermanfaat!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x