Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Agensi Pekerjaan yang Top di Kuala Lumpur!

Agensi pekerjaan memainkan peranan penting dalam pasaran pekerjaan. Mereka dapat bantu menyesuaikan calon yang tepat kepada majikan yang bersesuaian untuk memastikan kedua-dua pihak berpuas hati dengan hasilnya. Mereka turut akan menilai pengetahuan dan kepakaran calon tersebut supaya berpadanan dengan posisi yang ditawarkan oleh majikan.

Terdapat ribuan majikan di Malaysia di pelbagai sektor, jadi tidak hairanlah jika anda tidak pasti jawatan atau majikan yang sesuai dengan kelayakan anda. Jangan khuatir, di sini, kami senaraikan 10 agensi pekerjaan di Kuala Lumpur untuk membantu anda memulakan pencarian.

10 Agensi Pekerjaan Terbaik di Kuala Lumpur


1. Randstad Malaysia Recruitment Agency, Mid Valley City

Randstad Malaysia Recruitment Agency, Mid Valley City

Randstad bermula di Belanda lebih 55 tahun lalu dan telah berkembang ke seluruh dunia. Kini, Randstad Malaysia merupakan salah satu agensi pekerjaan yang terkemuka di Malaysia.

Dengan hampir 25 tahun pengalaman, Randstad Malaysia pakar dalam memadankan orang dan kemahiran dengan majikan yang sesuai. Perunding mereka komited dan bersemangat untuk memastikan anda berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai.

Mereka bersedia meluangkan masa untuk memahami calon mereka dengan lebih baik. Mereka juga memastikan bahawa anda mempunyai perjalanan kerjaya yang jelas dan sedia membantu dalam setiap langkah perjalanan anda. 

Alamat: Suite 22.02, Level 22, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2036 6666


2. Michael Page Malaysia Recruitment Agency, Jalan Tun Razak

Michael Page Malaysia - Recruitment Agency, Jalan Tun Razak

Michael Page mempunyai lima dekad kepakaran dalam sektor pengambilan pekerjaan. Mereka ditubuhkan di London pada tahun 1976 dan telah berkembang untuk menjadi salah satu perunding yang terkenal dan dihormati.

Michael Page mempunyai rangkaian pejabat yang merangkumi enam benua dan mempunyai hubungan dalam pelbagai sektor pekerjaan. Perunding mereka berdedikasi dan bersemangat untuk membantu calon mencapai pekerjaan yang diingini.

Mereka akan memberi nasihat dan bimbingan untuk memastikan anda faham dengan perjalanan kerjaya anda. Sama ada anda sedang mencari pekerjaan pertama atau mahu mengubah kerjaya, mereka sedia membantu sepanjang proses perjalanan tersebut.

Alamat: Level 27, Integra Tower The Intermark, 348, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2302 4000


3. AJobThing, Jalan Pinang

AJobThing, Jalan Pinang

AJobThing merupakan platform e-recruitment untuk syarikat menyiarkan iklan pekerjaan ke pelbagai laman web pencari kerja. Mereka turut memiliki jenama Maukerja, Ricebowl, dan Internsheeps yang khusus untuk demografik dan pekerjaan tertentu. 

Oleh kerana mereka menumpukan perkhidmatan secara online, anda dapat mengakses laman web mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Terdapat ribuan pekerjaan dalam pelbagai sektor di sini dan anda pasti akan dapat mencari pekerjaan impian anda. 

Alamat: Suite 6-1, Level 6, Lobby A, Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-966 6610

WhatsApp AJobThing


4. Agensi Pekerjaan Intelek Talent Solutions (Kuala Lumpur), Jalan Ampang

Agensi Pekerjaan Intelek Talent Solutions (Kuala Lumpur), Jalan Ampang

Ditubuhkan sejak tahun 1999, Intelek Talent Solutions telah berkembang pesat untuk menjadi agensi pengambilan dan kakitangan tempatan yang terkemuka di Malaysia.

Selain Intelek Talent Solutions di Kuala Lumpur, agensi pekerjaan ini turut mempunyai Intelek Staffing Services di Shah Alam. Oleh itu, mereka dapat menawarkan pelbagai jawatan kepada calon-calon mereka.

Di samping itu, lokasi mereka mudah diakses dan berhampiran dengan pengangkutan awam. Ruang menunggu yang luas dan bersih juga akan memastikan anda selesa untuk mendapatkan perkhidmatan di sini. Selain itu, perunding mereka mesra, cekap dan sedia membantu anda mencari jawatan yang sesuai.  

Alamat: 4th Floor, Suite 4.01, 163, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5886 9292


5. HRnetOne Malaysia, Kuala Lumpur Sentral

Agensi Pekerjaan HRnetOne Malaysia, Kuala Lumpur Sentral

Diasaskan pada tahun 1992 di Singapura, agensi pekerjaan HRnetOne kini beroperasi di 12 bandar di seluruh Asia Pasifik iaitu Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Taipei, Tokyo, Shanghai, Bangkok, Beijing, Seoul, Guangzhou, Jakarta dan Shenzhen.

Kuala Lumpur merupakan persinggahan pertama agensi pekerjaan ini sejak 20 tahun yang lalu. Dengan rangkaian sumber yang luas, HRnetOne mampu menawarkan pelbagai jawatan dalam semua sektor pekerjaan.

Selain itu, perunding mereka sangat berdedikasi dan bersedia membimbing calon-calon mereka dalam setiap langkah perjalanan kerjaya. 

Alamat: No.2A, Unit 22-10, Level 22, Q Sentral, 2, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2272 7777


6. Adecco Malaysia, Lorong Binjai

Adecco Malaysia, Lorong Binjai

Adecco Malaysia merupakan anak syarikat kepada Adecco Group. Mereka merupakan salah satu peneraju dunia dalam penyelesaian sumber manusia. Jadi tidak hairanlah Adecco Malaysia telah menjadi salah satu firma pengambilan yang terkemuka di negara ini.

Dengan lebih daripada 25 tahun di Malaysia, agensi pekerjaan ini mempunyai pejabat yang terletak di lokasi yang sesuai untuk pemohon di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Johor Bahru, Melaka dan Pulau Pinang.

Perunding Adecco sangat berpengalaman dalam memadankan pencari kerja dengan keperluan pekerjaan pelanggan Adecco. Jadi, sama ada untuk jawatan tetap, sementara atau kontrak, anda mungkin dapat mencari pekerjaan impian anda. 

Alamat: Level 9, Menara Ilham Baru, 8, Lorong Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2781 0000


7. Agensi Pekerjaan JAC, KL Eco City

Agensi Pekerjaan JAC Sdn. Bhd. KL Eco City

Agensi Pekerjaan JAC ialah agensi pengambilan pakar yang merupakan sebahagian daripada rangkaian global JAC. Mereka mempunyai lokasi di seluruh Asia dan Eropah dan berpangkalan di Jepun. Ditubuhkan pada tahun 1994 di Kuala Lumpur, operasi agensi pekerjaan ini di Malaysia turut meliputi Pulau Pinang dan Johor.

Perunding mereka sangat pakar dalam bidang mereka dan mempunyai rangkaian luas daripada jawatan eksekutif peringkat pertengahan hingga calon peringkat pengurusan. Perunding mereka sangat komited dan berdedikasi demi memastikan calon mereka dipadankan dengan jawatan yang sesuai.

Alamat: BO2-A-12-1, Level 12 Menara 3, No.3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2202 1000


8. Robert Walters Malaysia, KL Eco City

Robert Walters Malaysia, KL Eco City

Ditubuhkan di London pada tahun 1985, Robert Walters telah berkembang menjadi perniagaan global dan kini beroperasi dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia. Pertama kali ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 2006, agensi Robert Walters Malaysia memahami keperluan pasaran tempatan dan menyediakan penyelesaian pekerjaan dalam pelbagai industri. 

Perunding mereka sangat profesional dan berdedikasi dalam membantu calon-calon mencari peluang pekerjaan yang sesuai. Mereka akan mengesyorkan peluang pekerjaan yang sepadan dengan pengalaman dan jangkaan anda.

Alamat: Unit 35.02, Level 35 Mercu 2, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2303 7000


9. Agensi Pekerjaan Reeracoen Malaysia (Kuala Lumpur), Jalan Tengah

Agensi Pekerjaan Reeracoen Malaysia (Kuala Lumpur), Jalan Tengah

Agensi Pekerjaan Reeracoen Malaysia merupakan salah satu subsidiari firma pengambilan, NEO CAREER Co., Ltd. Beribu pejabat di Jepun dengan memiliki operasi di 10 negara, mereka adalah pasukan besar perekrut profesional untuk menyokong semua industri.

Perunding mereka mesra dan komited dalam membantu calon-calon mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka bersedia meluangkan masa untuk berbincang dengan terperinci mengenai kerjaya anda dan sentiasa membuat follow-up sehingga anda berjaya dilantik.

Alamat: Menara Hap Seng 2, Unit 19-01, Level 19, Jalan Tengah, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2020 1885


10. Maukerja Malaysia, Jalan Pinang

Maukerja Malaysia, Jalan Pinang

Maukerja merupakan salah satu platform agensi pekerjaan di bawah AJobThing. Maukerja menawarkan beribu-ribu pekerjaan dari kedua-dua sektor, samada di sektor kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Selain itu, jika anda mahu bekerja di negeri lain di Malaysia, Maukerja sedia memberi jawatan yang sesuai kepada anda. 

Sistem mereka yang sistematik di mana pekerjaan dikategorikan mengikut negeri dan bidang pasti akan memudahkan anda menggunakannya. Boleh dikatakan Maukerja adalah pusat sehenti anda untuk perjalanan anda ke pekerjaan impian anda.

Alamat: Wisma Uoa 2, Suite 6-1, Level 6, Lobby A, 21, Jalan Pinang, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-966 6610

WhatsApp Maukerja


Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari agensi pekerjaan di Kuala Lumpur yang terbaik untuk anda. Semua agensi tersenarai boleh dipercayai dan antara yang terbaik di seluruh Malaysia. Pastikan anda menggunakan laman web rasmi agensi-agensi berikut untuk mengelakkan job scammers yang tular di media sosial. 

Jika anda lebih berminat ke bidang perniagaan, jom lihat artikel kami mengenai 10 Bank & Agensi utk Pinjaman Perniagaan di Malaysia untuk membantu anda mencapai impian anda. Semoga berjaya.

 

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x