Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Agensi Pelancongan di Seremban

Pelbagai destinasi pelancongan di dalam atau luar Malaysia menanti untuk dilawati oleh anda. Jika anda tidak handal dalam merancang percutian, usah risau kerana banyak agensi pelancongan tempatan boleh membantu anda. Dengan pengetahuan mendalam mereka tentang destinasi, agensi pelancongan ini tidak hanya memudahkan perjalanan tetapi juga membantu mewujudkan pengalaman yang memenuhi impian dan harapan pelancong. Terutamanya bagi penduduk di Seremban, Negeri Sembilan, anda boleh memilih dari 10 agensi pelancongan yang kami syorkan untuk merancang the holiday of your dream!


Top 10 Agensi Pelancongan di Seremban

1. KRS Travel Sdn. Bhd

Seremban, Negeri Sembilan
Kredit Gambar: FB KRS Travel

Jika anda menginginkan perjalanan yang selesa, anda boleh memilih KRS Travel Sdn. Bhd. sebagai agensi pelancongan anda. Mereka bermatlamatkan dengan mengendalikan urusan perjalanan, pengembaraan dan pelancongan dengan teratur dan selesa.

Bagi memenuhi matlamat mereka, pelbagai kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan seperti pakej umrah, pakej pelancongan & luar negara, pakej berbulan madu serta tempahan tiket penerbangan, pengangkutan dan hotel.

Alamat: 513, Jalan Warisan Puteri, Bandar Warisan Puteri 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9:15 pagi – 5:30 petang), Sabtu (9:15 pagi – 1 petang)

Lokasi


2. Kembara Istanbul – Pakej Melancong ke Turki

Seremban, Negeri Sembilan
Kredit Gambar: FB Kembara Istanbul

Bagi sesiapa yang ingin melancong ke Turki, agensi pelancongan di Seremban ini merupakan agensi yang paling bersesuaian buat anda. Mereka mampu memberikan anda pakej pelancongan yang mampu milik kerana mereka telah meniliti segala keperluan mengikut kemampuan masing-masing

Matlamat utama mereka adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap tetamu yang ingin melancong ke turki melalui beberapa pakej yang ditawarkan oleh mereka. Mereka juga menyediakan pakej khas untuk pelanggan korporat dan juga yang menginginkan pakej ala carte.

Alamat: 163, Wisma Dato Rashid, Jalan Zaaba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Lokasi


3. Rayhar Travels Seremban

Seremban, Negeri Sembilan
Kredit Gambar: FB Rayhar Travel

Umat Islam yang menginginkan pakej umrah dan haji yang boleh dipercayai, Rayhar Travel Seremban merupakan pilihan yang tepat buat anda. Mereka merupakan agensi yang berpengalaman, mesra dan berkualiti.

Istimewanya umrah bersama Rayhar ialah mereka menyediakan pakej dan pilihan hotel mengikut keperluan dan bajet Jemaah serta kualiti perkhidmatan yang tiada kompromi. Bagi ibadah haji pula, Rayhar sudah mempunyai pengalaman lebih 34 tahun dalam pengendalian haji. Mereka juga mempunyai petugas haji yang berpengalaman dan komited serta mampu memberikan penginapan dekat dan selesa.

Alamat: No. 81, Tingkat 1, Jalan Komersial Senawang 4, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 1 petang)

Lokasi


4. Neskop Travel Agency & Tour Sdn. Bhd.

Seremban, Negeri Sembilan
Kredit Gambar: FB MF Persada Alam

Neskop Travel Agency & Tour Sdn. Bhd. adalah sebuah agensi pelancongan yang di urus bawah MF Persada Alam dan merupakan agensi yang tepat buat mereka berada di Seremban yang ingin melancong dengan pelbagai pakej yang menarik. Mereka merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di Seremban. Telah mendapat kepercayaan dari pelbagai organisasi untuk merancang percutian mereka dengan pakej yang menarik. Neskop Travel Agency & Tour Sdn. Bhd. juga antara agensi pelancongan Seremban yang mempunyai banyak maklum balas positif yang menjadikan agensi ini adalah agensi pilihan terbaik dan diterima ramai.

Pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan oleh mereka bagi memberikan perjalanan anda berasa seronok dan menarik. Mereka juga merupakan pihak pembekal seperti syarikat penerbangan, kereta sewa, laluan pelayaran dan hotel.

Alamat: 1435-1, Wisma Koperasi NS, Rasah Business Centre, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5:30 petang)

Lokasi


5. Lavendra Travel & Tours Sdn Bhd

Seremban, Negeri Sembilan
Kredit Gambar: FB Lavendra Travel & Tours

Kalau sesiapa yang ingin mendapatkan pakej pelancongan pada harga yang berpatutan, anda boleh memilih Lavendra Travel & Tours Sdn Bhd sebagai agensi pelancongan anda. Ramai orang telah memilih agensi ini dan dipercayai mereka akan memberikan perkhidmatan yang sangat bagus.

Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh mereka. Untuk pasangan yang baru berkahwin, anda boleh memilih mereka kerana ramai pasangan baru berkahwin memilih agensi ini untuk pergi berbulan madu di luar negara. Ia merupakan agensi yang dapat menjamin keselesaan anda untuk keluar melancong.

Alamat: No. 20, Jalan MSJ 1 Medan Perniagaan Senawang Jaya Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi


6. Jievaa Travel & Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Seremban Jievaa Travel & Tours
Kredit Gambar: Laman Web Jievaa Travel & Tours

Jieva Travel & Tours Sdn Bhd mampu menolong anda sebagai agensi pelancongan untuk mendapatkan keselesaan ketika melancong. Mereka dapat memberikan anda kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana khidmat yang diberikan oleh mereka sangat baik.

Agensi Jieva Travel & Tours terkenal dengan kemesraan dalam layanan terhadap pelanggan mereka. Mereka juga berpengetahu dalam hal-hal pelancongan serta akan memastikan perjalanan anda seronok. Jika anda ingin melancong di negara Malaysia, mereka dapat memberikan pandangan yang menarik terhadap budaya, sejarah dan adat resam negara. Jelas sekali bahawa mereka bersemangat dan benar-benar mengambil berat agar kita mendapatkan pengalaman yang terbaik.

Alamat: N. S. D. K, 20-1, Jalan Oasis 2, Pusat Perniagaan Oasis, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi


7. K-Connection Holidays Sdn Bhd

Top 10 Agensi Pelancongan di Seremban K Connection Holidays
Kredit Gambar: FB K-Connection Holidays

Dengan mencadangkan K-Connection Holiday Sdn Bhd sebagai agensi pelancongan anda, mereka mampu memberikan khidmat dan pakej yang tidak dapat anda lupakan. Mereka akan memastikan perjalanan percutian anda bersesuaian dan menepati kehendak anda.

Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh mereka seperti pakej ke Australia, Europe, Cambodia, Hong Kong, China, Dubai dan lain-lain lagi. Ini mampu menyenangkan anda dari merunsingkan kepala jika anda ingin melancong ke luar negara.

Alamat: 411, Jalan Haruan 4, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi


8. Seremban Travels & Tour Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Seremban Seremban Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Seremban Travels & Tours

Buat anda yang suka melancong, Seremban Travels & tour Sdn Bhd akan membantu anda dalam mendapatkan pakej pelancongan yang selesa dan menarik. Harga pakej yang ditawarkan oleh mereka sangat berpatutan dan harga mampu milik.

Agensi di Seremban ini mampu menawarkan pakej-pakej pelancongan yang sesuai dan menepati cita rasa dan kehendak para pelanggan. Ramai orang sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh agensi ini.

Alamat: 44, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5:30 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

 Lokasi


9. Experts Travel & Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Seremban Expert Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Experts Travel & Tours

Percutian yang anda impikan dapat direalisasikan bersama Experts Travel & Tours Sdn Bhd. Mereka merupakan agensi pelancongan yang berlesen. Pelbagai faedah yang dapat anda nikmati seperti kadar pilihan dan perkhidmatan istimewa yang diberikan kepada pelanggan.

Perkhidmatan yang berharga ini adalah selaras dengan aspirasi mereka untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi kepada pelanggan mereka yang arif. Terdapat banyak pakej pelancongan yang tersedia untuk anda pilih ke pelbagai destinasi menawan dan itinerari yang lengkap untuk menghabiskan masa percutian dengan aktiviti menarik.

Alamat: 76, Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi


10. Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd.

Seremban, Negeri Sembilan
Kredit Gambar: FB Mustaqim Travel & Tours

Bagi mereka yang mencari agensi pelancongan untuk menunaikan umrah, Mustaqim Travel & Tours adalah pilihan tepat buat anda. Pelbagai pakej umrah ditawarkan dan harga mengikut tempat penginapan. Terdapat empat pakej utama yang ditawarkan dan menjadi pilihan ramai.

Dengan maklum balas pelanggan yang berpuas hati dengan layanan mereka, Mustaqim Travel & Tours akan mampu membawa anda dalam menunaikan ibadah umrah dengan selesa. Mereka juga telah mendapat kepercayaan dari pelbagai agensi dan syarikat bagi menguruskan jemaah Malaysia ketika berada di tanah suci. Banyak maklumat yang mereka sediakan di laman web meraka di bawah.

Alamat: 163, 3rd Floor, Wisma Dato Rashid, Jln Zaaba, Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis (10 pagi – 5 petang), Ahad (10 pagi – 3 petang)

Lokasi


Kesimpulannya, banyak agensi pelancongan yang dipercayai di Seremban yang boleh membawa anda melihat dunia. Pelbagai jenis pakej, tempat dan aktiviti yang menjadi pilihan bagi megisi masa cuti anda. Apa tunggu lagi, ayuh terokai dunia dengan menghabiskan masa cuti anda bersama agensi pelancongan yang kami syorkan!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x