Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Agensi Pelancongan Kuala Terengganu

Khas untuk warga Kuala Terengganu, kalau anda mahukan pengalaman bercuti di destinasi menarik dengan harga yang berpatutan serta jadual perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah, anda boleh berurusan dengan 10 agensi pelancongan ini. Semua pakej percutian yang ditawarkan oleh mereka memang sangat berbaloi.


Top 10 Agensi Pelancongan Kuala Terengganu

1. Alam Travel & Tours Sdn. Bhd.

Kuala Terengganu, Terengganu.
Kredit Gambar: FB Alam Travel & Tours

Jika anda sedang mencari pakej percutian yang menarik, saranan terbaik untuk anda adalah bertanya kepada agensi pelancongan Alam Travel and Tours kerana pakej dan destinasi mereka khusus untuk negeri Terengganu. Negeri Terengganu ni memang lain dengan destinasi pelancongan yang lain kerana keistimewaan kampung nelayan, pulau dengan air laut yang biru serta kekayaan rasa makanan yang memang takkan dapat kat tempat lain. Sebab itulah, anda perlu menempah pakej pelancongan dengan mereka untuk merasai pengalaman yang berbaloi.

Kepakaran mereka dapat dilihat dari pakej destinasi ditawarkan yang berbeza dengan lain. Anda berpeluang merasai sendiri makanan, permainan dan budaya orang Terengganu dengan memilih dan menyusun itinerari dalam pakej pilihan anda. Jangan risau, anda boleh memilih tempat pelancongan yang mana anda mahu tuju dan mereka akan merancang dan menyusun jadual percutian anda. Alam Travel & Tours akan mampu memberi perkhidmatan dan pengalaman terbaik buat anda.

Alamat: GLL11, Ground Floor, Sultan Mahmud Airport, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari (7 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Rayhar Travels Sdn. Bhd. 

agensi pelancongan terengganu
Kredit Gambar: FB Rayhar Travels

Umat Islam yang menginginkan pakej umrah dan haji yang boleh dipercayai, Rayhar Travel merupakan pilihan yang tepat buat anda. Mereka merupakan agensi pelancongan yang berpengalaman, mesra dan berkualiti di Terengganu. Mempunyai lesen Umrah dan mutawif yang bertauliah akan memberi nilai tambah buat anda untuk mengerjakan Umrah bersama mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pakej haji bagi anda yang ingin mengerjakan ibadat haji tahunan tanpa menunggu giliran di senarai Tabung Haji. Tidak lupa juga mereka akan menyediakan kursus umrah dan haji terlebih dahulu sebelum anda bertolak. Ini semua bagi melancarkan ibadah anda di Tanah Suci nanti.

Apa yang istimewa kalau mengerjakan umrah bersama Rayhar ialah mereka menyediakan pakej dan pilihan hotel mengikut keperluan dan bajet jemaah. Bagi ibadah haji pula, Rayhar sudah mempunyai pengalaman lebih 34 tahun dalam pengendalian urusan haji. Mereka juga mempunyai petugas haji yang berpengalaman dan komited serta mampu memberikan penginapan yang selesa. Selain itu, mereka juga menyediakan pakej pelancongan ke luar negara seperti negara-negara Asia dan Eropah. Namun pakej utama menjadi pilihan ramai agensi ini adalah pakej umrah yang ditawarkan.

Alamat: Tingkat 1 Wisma Kokitab, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Khamis (8:30 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. Lovely Travels & Tours Sdn. Bhd.

agensi pelancongan terengganu
Kredit Gambar: FB Lovely Travels & Tours

Kalau kita ke Terengganu kita tidak akan terlepas untuk menikmati keindahan pantai cantik dan pemandangan laut yang jauh. Lovely Travels & Tours mampu memenuhi kehendak mereka yang inginkan keindahan pantai dan hidupan marin. Lovely Travel and Tours menawarkan pakej yang khusus untuk ke pulau perhentian dan menikmati keindahan alam bawah laut dan keindahan pantai berpasir putih untuk ketenangan anda. Pakej yang ditawarkan khususnya di Pulau Perhentian dengan menjanjikan pelbagai aktiviti air yang menarik.

Dengan pengetahuan mengenai pulau dan industri pelancongan di sini, Lovely Travel & Tours sangat profesional dalam memberi anda pengalaman berharga, pakej yang terbaik dan percutian yang memorable. Sertai mereka dalam aktiviti snorkelling, menyelam dan menikmati keindahan hidupan marin di pelbagai pantai atau teluk yang menarik di kawasan sekitar. Pelbagai aktiviti boleh anda pilih bersama mereka. Terengganu adalah tempat terbaik untuk mereka yang sukakan air dan aktiviti pulau jadi agensi pelancongan ini pasti akan memenuhi segala impian percutian anda.

Alamat: 79, Jalan Pantai, 22300 Kuala Besut, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari (7:45 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Kokitab Travel and Tours Sdn. Bhd.

agensi pelancongan terengganu
Kredit Gambar: FB Kokitab Travel and Tours

Orang Terengganu yang nak ke Langkawi secara berkumpulan, boleh hubungi Kokitab Leisure & Management kerana mereka menyediakan perkhidmatan percutian ke Langkawi dan Hat Yai. Dengan pakej yang khusus ke Langkawi, agensi ini mampu memberi perhatian penuh kepada permintaan pelanggan mereka. Mereka juga menyediakan pakej khas untuk pelajar yang ingin membuat lawatan berkumpulan ke Langkawi dengan harga yang amat menarik.

Di samping itu, mereka juga menyediakan pakej ke Hat Yai secara panduan terus dari Terengganu. Jadi anda tidak perlu berfikir panjang untuk ke destinasi pelancongan yang anda mahukan dengan agensi ini kerana mereka telah pakar dan sudah banyak pengalaman menguruskan perjalanan. Jom melancong ke Pulau Langkawi dengan mereka!

Alamat: 110 E, Mezzanine Floor, Wisma Kokitab, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Andalusia Cawangan Terengganu

agensi pelancongan terengganu
Kredit Gambar: FB Andalusia Cawangan Terengganu

Andalusia sememangnya telah diketahui ramai dan menjadi pilihan ramai bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah di Arab Saudi. Perkhidmatan yang terbaik, mutawif yang bagus, pakej yang murah termasuk visa menjadikan agensi ini pilihan terbaik untuk ke Tanah Suci. Dengan Andalusia, perjalanan anda akan menjadi mudah kerana mereka boleh uruskan semuanya termasuklah capaian internet di negara luar.

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan penginapan yang mewah dan terkemuka di Mekah seperti Double Tree Hilton, Safwah Royal Orchid, dengan Anwar Deafah. Mereka juga menawarkan pakej Badal Umrah untuk yang kurang berkemampuan dari segi fizikal. Pendek kata, banyak pakej ditawarkan dan berbaloi untuk anda sertai. Kalau tidak, tidak mungkin agensi ini menjadi pilihan ramai. Apa tunggu lagi? Mari sertai mereka dalam meneroka sejarah awal perkembangan Islam di Tanah Suci.

Alamat: No 15, Tingkat 1, Pusat Niaga Paya Keladi, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Laman Web


6. Perhentian Kravers Travel & Tours 

Kuala Terengganu, Terengganu.
Kredit Gambar: FB PerhentianKravers

Kalau sebut Terengganu mesti akan teringat pulau dan pantainya yang indah. Lagi-lagi Pulau Perhentian yang selalu menjadi tarikan orang ramai. Bagi mereka yang inginkan percutian di Pulau Perhentian, anda boleh hubungi Perhentian Kravers Travel and Tours kerana mereka adalah agensi terbaik dalam menguruskan percutian di Pulau Perhentian. Dengan tawaran pakej yang menarik seperti Pakej Bulan Madu, Pakej Chalet Kampung Nelayan, Pakej Sharila Resort dan banyak lagi.

Mereka juga sertakan sekali aktiviti air dan pengembaraan pulau dalam pakej mereka. Jadi anda akan mendapat pengalaman penuh pengembaraan baru bersama Perhentian Kravers Travel. Mereka menawarkan info yang menarik dan penting sepanjang percutian anda di Pulau Perhentian. Pelbagai pakej lengkap termasuklah pakej “custom made” mengikut permintaan anda. Pemandu Pelancong turut disediakan bagi memudahkan urusan percutian anda di pulau. Ada plan nak bercuti di Pulau Perhentian? Boleh hubungi mereka untuk dapatkan info dan details pakej dengan segera!

Alamat: No. 8 Arked Mara, Kuala Besut, 22300, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. Perhentian Trans Holiday Sdn. Bhd.

Kuala Terengganu, Terengganu.
Kredit Gambar: FB Perhentian Trans Holiday

Perhentian Trans Holiday adalah sebuah agensi pelancongan yang mengkhususkan perkhidmatan perjalanan harian merentas laut ke Pulau Perhentian. Namun begitu, terdapat pakej menarik bagi mereka yang inginkan percutian sementara atau percutian sehari. Agensi ini menawarkan dua pakej utama yang lengkap di Pulau Perhentian. Melalui pengalaman mereka menguruskan pelanggan, dapat dipastikan perkhidmatan mereka antara yang terbaik.

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perjalanan Cameron Highland, Taman Negara Pahang, Kota Bharu dan juga Pulau Perhentian melalui Jeti Besut. Mereka menawarkan pakej lengkap tiga hari dua malam yang penuh dan padat dengan aktiviti pulau yang menarik untuk anda. Anda boleh hubungi mereka melalui pautan di bawah untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Alamat: B9, Plaza MARA, Jln Kuala Besut, Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Anjung Holidays Sdn. Bhd.

KT.
Kredit Gambar: FB Anjung Holidays

Anjung Holidays Sdn. Bhd. adalah agensi pelancongan yang memfokuskan percutian di Terengganu khususnya Pulau Perhentian. Mereka menawarkan pelbagai pakej menarik antaranya lawatan harian ke Pulau Perhentian, Pakej Bulan Madu, Pakej Rehat dan Santai serta pakej bermalam yang lengkap. Setiap pakej yang ditawarkan mempunyai pilihan penginapan dan aktiviti tersendiri. Jadi anda berhak memilih aktiviti dan tempat penginapan yang anda mahukan.

Mereka menyediakan pelbagai tempat penginapan yang selesa, aktiviti pulau yang menarik dan hidangan makanan di pulau yang pasti membuat anda terliur. Mereka juga mampu untuk menyusun jadual perjalanan pergi dan balik supaya anda boleh betul-betul menikmati masa percutian tersebut. Memang sangat mudah!

Alamat: S1A Terminal Pelancongan Kuala Besut, 22300 Kuala Besut, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang), Khamis & Jumaat (7:30 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Hedaco Travel & Tours Sdn. Bhd.

KT.
Kredit Gambar: FB Hedaco Travel & Tours

Kalau anda rakyat Terengganu yang inginkan percutian ke luar negara, Hedaco Travel and Tours mampu membantu anda dalam menyusun, merancang dan menyediakan kelengkapan percutian anda. Hedaco Travel and Tours menawarkan banyak destinasi menarik di luar negara seperti Australia, Turki, Vietnam, Jordan, Indonesia dan banyak lagi. Jangan risau untuk bercuti dengan mereka kerana mereka juga menyediakan pakej mesra muslim dimana mereka mencari tarikan makanan halal, masjid yang indah di negara luar dan pelbagai tarikan mesra muslim di samping menyediakan pakej Badal atau Upah Haji bagi mereka yang tidak berkemampuan mengerjakan haji.

Mereka juga menjanjikan perkhidmatan dan produk yang terbaik untuk diberikan kepada pelanggan. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan percutian dalam Malaysia yang memfokuskan percutian dalam Terengganu. Dengan prestasi yang baik, Hedaco Travel and Tours akan memberi kepuasan sepanjang percutian anda.

Alamat: Lot 7, Primula Park Royal, Jalan Persinggahan, 20400, Batu Buruk, Kuala Terengganu, 20400, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


10. Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd. 

KT.
Kredit Gambar: FB Ping Anchorage Travel & Tours

Kalau ada antara kita yang tak tahu mana nak pergi untuk percutian, harap anda boleh tengok pakej yang disediakan oleh Ping Anchorage Travel and Tours ini. Terdapat terlalu banyak pakej yang mereka tawarkan dan kebanyakkan adalah tempat tarikan utama dalam Malaysia. Banyak pilihan yang ada dari Terengganu sehingga ke Sabah, mereka menyediakan pelbagai jenis, tema, umur dan perkhidmatan untuk memenuhi percutian anda selengkapnya.

Sangat tidak rugi dan berbaloi kalau anda sertai percutian bersama mereka kerana mereka amat memahami kehendak dan kemahuan pelanggan mereka. Dengan banyak pakej dalam Malaysia, anda boleh menyusun jadual cuti bersesuaian dengan masa yang ditetapkan oleh anda dan keluarga. Jom tempah sekarang!

Alamat: 77A, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


Haa, warga Terengganu mesti dah rasa excited kan nak pergi bercuti? Cuti sekolah yang panjang nanti bolehlah rancang percutian bersama keluarga atau rakan anda dengan agensi pelancongan yang tersenarai di atas. Apa tunggu lagi, jom bercuti bersama mereka!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x