Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Audit Firm di Shah Alam untuk Kewangan Sistematik

Adakah anda seorang yang memiliki perniagaan atau baru mahu memulakan perniagaan? Tahukah anda, perkara yang paling penting untuk sesebuah perniagaan adalah akaun perniagaan yang sistematik serta penyata tahunan dan kewangan yang sentiasa dikemas kini?

Hal ini kerana, menurut Akta Syarikat 2016 dalam Seksyen 68, tindakan boleh dikenakan kepada sesuatu perniagaan sekiranya mereka gagal menyerahkan simpan penyata tahunan.

Jadi, untuk memastikan akaun perniagaan dan rekod kewangan anda sentiasa teratur, anda perlulah memilih perkhidmatan audit kewangan oleh firma audit yang telus. Untuk membantu anda, kami telah menyenaraikan 10 audit firm Shah Alam yang terbaik untuk memudahkan anda menguruskan kewangan perniagaan. 

10 Audit Firm di Shah Alam


1. WVH Group, Seksyen 3

WVH Group, Audit Firm Shah Alam

WVH Group mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam menyediakan pelbagai servis sebagai penasihat korporat. Audit firm di Shah Alam ini boleh membantu anda dalam urusan penggabungan dan pengambilalihan perniagaan (M&A) dan juga kewangan korporat. Selain itu, jika anda ingin meningkatkan prestasi dan menguruskan risiko perniagaan anda, mereka juga berkepakaran dalam menyediakan khidmat audit dalaman dan servis sebagai konsultan perancang strategi perniagaan anda.

Firma audit ini memfokuskan servis mereka khas untuk klien-klien Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Jadi, anda tidak perlu risau jika baru mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kerana WVH Group sedia membantu mengurus kewangan anda. 

Alamat: Unit 5.1 1st Floor Komplek KPPMS, Jalan RU 3/9a, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-55235919

Email WVH Group


2. HL Hong & Co, Kota Kemuning

HL Hong & Co, Audit Firm Shah Alam

Ditubuhkan sejak tahun 1995, firma Akauntan Bertauliah ini telah bertapak di dalam industri konsultan dan khidmat audit selama 25 tahun. Klien-klien mereka juga terdiri daripada syarikat multinasional yang terkenal, antaranya adalah Panasonic dan Hanjin Shipping Line. 

Dengan pengalaman yang luas, firma audit ini boleh memenuhi apa jua keperluan perniagaan anda. Mereka menyediakan perkhidmatan audit, usaha wajar pelanggan, laporan akaun, perancangan cukai, kelas dan juga latihan menggunakan perisian perakaunan seperti Sage 50cloud Accounting dan perisian MYOB khas untuk para akauntan dalam syarikat anda. Ringkasnya, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis perkhidmatan kewangan daripada firma terkemuka ini.

Alamat: 9-2, Jalan Anggerik Vanilla T 31/T, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-2169525

WhatsApp HL Hong & Co 


3. SGS Malaysia Sdn Bhd, Seksyen 22

SGS Sdn Bhd, Audit Firm Shah Alam

Popular di seantero dunia, SGS merupakan syarikat multinasional Switzerland yang beribu pejabat di Geneva, dan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, pengesahan, pengauditan dan pensijilan. Mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1971, SGS telah berkecimpung di dalam industri ini selama hampir 4 dekad. 

Cawangan mereka yang bertempat di Persiaran Jubli Perak, Shah Alam ini pastinya ada menyediakan servis audit yang berkualiti untuk kewangan perniagaan anda. Kumpulan juruaudit mereka memberikan jaminan perkhidmatan bertaraf global bagi memastikan kelancaran garis masa projek perniagaan anda. Mereka juga akan memastikan pemajuan produk dan operasi perniagaan anda mengikut piawaian pasaran ekonomi terkini. 

Alamat: Lot 3 & Lot, 4, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat (9.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-76270080


4. Megat & Co, Seksyen 13

Megat & Co, Audit Firm Shah Alam

Dengan motto ‘Where service meets value’, firma audit yang bernama Megat & Co ini mempunyai servis khidmat kewangan dan konsultasi perniagaan dengan harga yang amat berpatutan. Anda yang menjalani kehidupan sebagai ahli perniagaan semestinya tiada masa lapang untuk menyimpan rekod buku kewangan anda sendiri, bukan? Ditambah pula dengan beban hendak memikirkan kos perniagaan yang semakin meningkat. 

Tetapi kini anda tidak perlu risau lagi, Megat & Co sedia menawarkan perkhidmatan simpan kira dan perakaunan yang bermula pada harga serendah RM200 sahaja sebulan. Bukan itu sahaja, Megat & Co juga menyediakan khidmat penyelarasan akaun bank perniagaan, perancangan laporan akaun pengurusan dengan perundingan tanpa had!

Alamat: 12-1F, Jalan Boling Padang E 13/E, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3560 0828

WhatsApp Megat & Co 


5. MNZWAJA Chartered Accountants, Seksyen 27

MNZWAJA Chartered Accountants, Audit Firm Shah Alam

Audit firm Akauntan Bertauliah yang terletak di Kampung Baru Hicom ini telah beroperasi di Shah Alam dan di seluruh Malaysia selama 14 tahun. Cawangan firma mereka yang lain bertempat di Melaka, Johor, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang serta Perak.

Menyediakan perkhidmatan audit kewangan dan audit dalaman yang profesional, MNZWAJA juga berkepakaran dalam servis setiausaha korporat, servis konsultasi pengurusan dan pengiraan cukai.

Mahu tahu apa yang istimewanya dengan firma audit ini? Mereka turut menawarkan servis audit dan jaminan yang patuh syariah. Juruaudit syariah di firma ini akan membuat semakan secara berkala dan menstuktur kewangan perniagaan anda mengikut Lembaga Penyeliaan Syariah dan juga fatwa terkini.

Alamat: 28, Jalan Kota Raja E 27/E, Hicom Town Centre, Seksyen 27, Kampung Baru Hicom, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-51917334

Email MNZWAJA


6. ASK CFO Sdn Bhd, Seksyen 9

ASKCFO SDN BHD, Kuzaimi & Co

Mahu meningkatkan sistem pengurusan perniagaan anda? Anda boleh menggunakan khidmat audit firm Ask CFO yang terletak di Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Shah Alam. Mereka menawarkan perkhidmatan yang terdiri daripada persyarikatan, perakaunan, pengauditan, percukaian dan khidmat nasihat pengurusan.

Kakitangan audit Ask CFO menyediakan khidmat yang efisien serta memberikan servis audit yang boleh memudahkan anda dalam merancang keputusan kewangan dan mencadangkan pelan yang akan meningkatkan prestasi perniagaan dan menjalankan operasi perniagaan yang berkesan.

Selain perkhidmatan audit, syarikat ini juga berpengalaman luas dalam menguruskan perakaunan perniagaan anda mengikut Piawaian Perakaunan Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menyelia hal ehwal perniagaan milikan tunggal dan mengaturkan penstrukturan perniagaan dan semakan due diligence.

Alamat: No. 2, Level 4, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D 9/D, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm), Sabtu (9.00 am – 1.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-58887944

Email ASK CFO


7. Tey Ling & Associates, Seksyen U13

Tey Ling & Associates

Diterajui oleh Tan Tey Ling dan Janly Lim, firma audit yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun ini mempunyai akauntan-akauntan yang diiktiraf Malaysian Institute of Accountants (MIA). Mereka menyediakan perkhidmatan audit dan mempunyai lesen pengurusan cukai pendapatan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). 

Perkhidmatan audit profesional mereka akan memastikan penyata kewangan anda disediakan mengikut piawaian perakaunan yang menurut keperluan Akta Syarikat 2016. Dengan proses audit ini, anda dapat mengenal pasti kelemahan perniagaan anda dan seterusnya membaiki kadar prestasi perniagaan. 

Alamat: Unit 23A-4, Setia Avenue. 2, Jalan Setia Prima S U13/S Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam, 40170, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-50328327

WhatsApp Tey Ling


8. Kuzaimi & Co., Seksyen 9

Kuzaimi & Co

Kuzaimi & Co ialah firma Akauntan Bertauliah yang ditubuhkan pada tahun 2003. Setelah 19 tahun di dalam industri, firma audit yang diasaskan oleh Kuzaimi bin Abdullah ini telah telah berkembang sehingga ke tiga cawangan. Cawangan mereka yang lain terletak di Gombak, Kemaman dan Labuan. Dengan pasukan kakitangan profesional dan berkelayakan, firma audit ini menyediakan perkhidmatan pengauditan dan cukai yang telus dan saksama. 

Servis-servis mereka yang melibatkan proses pengauditan merangkumi semua aspek perniagaan anda. Antaranya adalah proses audit berkanun, semakan penyata kewangan, audit dalaman dan penilaian risiko, audit usaha wajar, pemantauan audit, audit pematuhan, audit sistem serta bimbingan mengenai sistem kawalan dalaman perniagaan anda. 

Alamat: No. 13C Tingkat, 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-58805256

Email Kuzaimi & Co.


9. MHM Associates, Seksyen 13

MHM Associates

Audit firm di Shah Alam yang bernama MHM Associates ini telah dianugerahkan “Asean Chartered Professional Accountant” oleh ASEAN Chartered Professional Accountant Coordinating Committee (ACCPAC) pada tahun 2019. Telah beroperasi dari tahun 2008, audit firm terkemuka ini telah menubuhkan dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 3. Mereka juga mempunyai satu lagi cawangan di Wangsa Maju untuk meluaskan kawasan liputan mereka. 

MHM Associates juga boleh dikatakan sebagai pusat perkhidmatan sehenti kepada usahawan-usahawan PKS. Mereka berkebolehan menyediakan audit kewangan yang boleh meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan membantu anda dalam pendaftaran syarikat, perakaunan, percukaian, kesetiausahaan, pengauditan dan urusan pelesenan.

Alamat: No 70A, Jalan Badminton 13/29 Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-55115922

WhatsApp MHM Associates


10. Duta Management Consultancy, Seksyen U13

Duta Management Consultancy

Jika anda merancang untuk memulakan syarikat anda sendiri, firma audit Duta Management Consultancy sedia membimbing anda dari awal. Kepakaran mereka adalah membantu para ahli perniagaan sama ada yang telah lama bertapak dalam dunia perniagaan atau yang baru mahu mula memulakan langkah pertama mereka dalam bidang perniagaan.

Namun, jika anda telah mempunyai perniagaan dan ingin melebarkan liputan perniagaan anda dengan lebih besar, firma audit ini juga berkepakaran untuk mengukuhkan kewangan syarikat anda. Servis-servis yang mereka sediakan terdiri daripada penyimpanan simpan kira, penyatuan akaun anak syarikat (consolidated account), audit berkanun syarikat, audit luaran, konsultansi audit, pematuhan serta perancangan cukai. 

Alamat: Setia Alam, 68-1, Jalan Setia Utama AS U13/AS, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-6646307

WhatsApp Duta Management 


Untuk menarik para pelabur yang berpotensi, sesebuah perniagaan sewajibnya mempunyai penyata kewangan yang komprehensif dan lengkap. Penyata kewangan yang sistematik melambangkan perniagaan yang stabil dan keberuntungan tinggi. Jadi, demi memajukan perniagaan anda di masa hadapan, anda sebagai ahli usahawan seharusnya melaburkan keuntungan anda untuk khidmat audit untuk kelangsungan kewangan perniagaan.

Kami berharap dengan senarai audit firm di Shah Alam ini, anda dapat meningkatkan prestasi perniagaan anda. Jika anda ingin belajar lebih lanjut mengenai kewangan, sila lihat artikel kami tentang 10 Kad Kredit Terbaik dari Bank di Malaysia.

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x