Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kad Kredit Terbaik dari Bank di Malaysia

Perubahan teknologi seluruh dunia semakin maju termasuklah sistem kewangan di Malaysia. Sistem kewangan turut dinaik taraf bagi memudahkan urusan pembayaran dan pengurusan wang anda. Penggunaan kad kredit tidak lagi menjadi perkara yang asing buat generasi muda tetapi diketahui sebagai salah satu kemudahan untuk mempercepatkan proses pembayaran. Hal ini kerana hanya tandatangan yang diperlukan untuk setiap transaksi perbelanjaan. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kad kredit dan kelebihannya sehingga ramai yang tertarik dengan kad kredit? Jika belum kami ingin kongsikan secara jelas apa itu kad kredit. Apa yang dimaksudkan dengan kad kredit ialah sejenis kad yang saiznya sama seperti kad ATM, dikeluarkan oleh institusi perbankan kepada pengguna untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran barang dan perkhidmatan. Syarikat pengeluar kad kredit mempunyai perjanjian tertentu dengan pelanggan yang ingin memohon kad kredit. Kad kredit kini menjadi pilihan orang ramai kerana tidak perlu membawa wang tunai ketika berbelanja, dan menerima pelbagai diskaun atau tawaran bayaran balik ketika menggunakan kad kredit.

Pelbagai jenis pilihan kad kredit telah ditawarkan oleh pelbagai institusi bank di Malaysia bagi menarik minat pengguna untuk melanggannya. Di sini kami senaraikan 10 kad kredit dari Bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kad kredit, anda digalakkan untuk semak dari pautan yang diberikan di bawah untuk membuat pilihan yang terbaik dan sesuai untuk anda.


1. Kad Kredit Maybank

bank maybank

Maybank turut menyediakan pelbagai pilihan kad kredit, yang tersenarai di bawah merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda pengguna kad kredit Maybank, anda juga boleh melihat senarai perbelanjaan bulanan anda menggunakan Maybank2u secara percuma dengan fungsi Card Spending Tracker yang tertera di akaun.

Kad Kredit Maybank Shopee Visa Platinum – Pemegang kad kredit ini berpeluang memperoleh 5X Maybank Shopee Coins pada setiap 28 haribulan untuk Shopee Spend dan 5000 welcome Shopee coin setelah anda membelanjakan RM300 untuk pembelian dalam 2 bulan pertama. Rakyat Malaysia dan pekerja asing yang ingin memohon hendaklah berpendapatan tahunan minimun RM24,000. Bukan warganegara Malaysia boleh memohon dengan syarat tertentu.

Info penuh

Maybank Kad 2 Emas – Pakej kad kredit ini dibuka untuk individu yang mempunyai pendapatan tidak kurang daripada RM2,500 sebulan. Cas bayaran lewat dikenakan dari RM10 atau 1% dari baki tertunggak (mana-mana yang lebih tinggi), caj maksimum sehingga RM100. Pengguna tidak akan dikenakan sebarang cukai dan yuran tahunan.

Info penuh

Maybank Kad 2 Platinum – Kad kredit ini disediakan untuk gaji minimum bulanan
RM5000 dan umur minimum pemegang utama ialah 21 tahun. Ciri utama yang ditawarkan ialah pulangan tunai 5% untuk semua transaksi hujung minggu kecuali badan kerajaan dan utiliti, serta kadar faedah rendah bermula dari 15% setahun. Pemegang kad kredit juga dikecualikan yuran seumur hidup. Anda akan mendapat dua kad dengan satu pendaftaran dan satu penyata iaitu Maybank 2 Platinum American Express Card dan Maybank 2 Platinum Mastercard / Visa Card.

Info penuh

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card – Anda dapat menikmati rebat 5% untuk petrol dan belanja dapur, tetapi had rebat ialah RM50 sebulan. Rebat hanya pada hari Jumaat dan Sabtu. 1x TreatPoints diberikan untuk pembelian dalam dan luar negara serta kad Maybank Touch ‘n Go Zing percuma.

Info penuh


2. Kad Kredit Bank Rakyat

bank rakyat

Terdapat 4 jenis kad kredit yang disediakan oleh Bank Rakyat, ciri ciri utama dan pautan untuk maklumat penuh disediakan seperti di bawah:

Bank Rakyat Credit Card-i Platinum – Dapatkan 1 ganjaran untuk setiap RM10 yang dibelanjakan dan tebus hadiah. Pengguna boleh menikmati perlindungan perjalanan Takaful percuma dan kadar keuntungan serendah 13.5% setahun. Anda boleh memindahkan baki kad kredit dengan kadar faedah sebanyak 3% setahun dan bayar dalam tempoh 3 tahun.

Info penuh

Bank Rakyat Gold Credit Card-i – Pengguna berpeluang mendapatkan Perlindungan Takaful Keluarga berkumpulan secara percuma, kemudahan pelan ansuran 0%, dan kadar keuntungan rendah. Mata ganjaran boleh ditukar kepada wang tunai pada kadar RM0.10 setiap 10 mata. 

Info penuh

Bank Rakyat Muslimah Credit Card-i – Kad kredit ini adalah kad kredit terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat khusus untuk wanita dan satu-satunya kad kredit yang mematuhi syariah Islam untuk wanita di Malaysia.

Info penuh

Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i Pemegang kad kredit ini berpeluang menikmati 5% rebat tunai untuk semua tempahan penerbangan dan hotel, serta tiada bayaran tambahan dikenakan untuk transaksi luar negara.

Info penuh


3. Kad Kredit BSN

bank BSN

Bank Simpanan Nasional atau lebih dikenali sebagai BSN turut menawarkan pelbagai kemudahan kad kredit untuk peminat setia mereka. Antara kad kredit yang ditawarkan ialah:

BSN Kad Kredit-i 1 TeachersCard MasterCard – Individu yang mempunyai gaji minimum bulanan RM2000 dan berumur 21 tahun ke atas layak untuk memohon kad kredit ini. Anda juga berpeluang mendapatkan mata ganjaran dari perbelanjaan runcit anda sehingga 2x mata dan kad BSN Zing PLUSMiles percuma. Caj kewangan tahunan serendah 8.88% dan yuran tahunan percuma.

Info penuh

BSN Kad Kredit Klasik – Caj Kewangan tahunan lebih tinggi dari BSN Kad Kredit-i 1 TeachersCard MasterCard iaitu 11% setahun. Pelbagai pilihan pembayaran, pelan EasyCash BSN, dan Program Happy Rewards BSN turut ditawarkan.

Info penuh 

Kad Kredit BSN Visa Cash Back – Pulangan tunai sehingga 5% diberikan untuk barangan runcit, sajian, dan petrol. Anda juga mampu memiliki Insurans Kemalangan dan Kesulitan Perjalanan secara percuma. Pelan 0% EasyPay BSN dan pulangan tunai tanpa had sebanyak 0.2% diberikan apabila anda melakukan perbelanjaan runcit tempatan yang lain.

Info penuh

Kad Kredit BSN Emas – Kakitangan kerajaan akan menikmati caj kewangan serendah 11% setahun, manakala bagi kakitangan swasta sebanyak 13.5% setahun apabila mereka membayar bayaran minimum selama 12 bulan berturut-turut. Kad kredit BSN paling bagus kerana boleh digunakan di seluruh dunia.

Info penuh


4. Kad Kredit Bank Islam

bank Islam

Bank Islam menawarkan kad kredit kontrak syariah pertama untuk orang islam dan bukan Islam di Malaysia. Bank Islam juga beroperasi sejak Julai 1983. Berikut merupakan sebahagian kad kredit yang ditawarkan Bank Islam:

Bank Islam World MasterCard Card Credit-i – Kad kredit ini menawarkan keistimewaan perkhidmatan MasterCard 24 jam sehari. Kad ini turut menawarkan ganjaran dalam bentuk mata TruPoints untuk setiap perbelanjaan harian anda, sama ada anda di Malaysia atau di luar negara. Tambahan pula, dilengkapi perlindungan insurans perjalanan yang lengkap untuk memudahkan urusan melancong anda tetapi dikenakan yuran tahunan sebanyak RM777.

Info penuh

Bank Islam Platinum MasterCard i – Pengguna kad ini akan menerima perlindungan takaful percuma dan kadar keuntungan 13.5% hingga 17.5% setahun. Tempoh kontrak selama 3 tahun.

Info penuh

Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i – Nikmati ganjaran tanpa had iaitu ganjaran TruPoints. Perkhidmatan visa 24/7 di seluruh dunia untuk pemegang kad.

Info penuh


5. Kad Kredit Cimb

Logo CIMB

CIMB memperkenalkan beberapa pilihan kad termasuk untuk perbelanjaan, pulangan kembali petrol, makanan dan melancong. CIMB juga menawarkan program pindahan baki yang menarik kepada hampir semua kad mereka seperti menawarkan 0% kadar faedah selama 6 bulan tanpa yuran tahunan. Berikut merupakan antara kad kredit CIMB:

CIMB Platinum BusinessCard – Pemegang kad kredit ini akan menerima rebat tunai sehingga 0.5% untuk perbelanjaan tempatan dan anda boleh meletakkan nama syarikat anda di kad kredit, membuatkan penampilan kad kredit lebih profesional. Kadar faedah sebanyak 15% setiap tahun bagi yang menyelesaikan bayaran minimum 12 bulan berturut-turut.

Info penuh

CIMB Petronas Platinum-i Credit Card – Pengguna dapat menikmati rebat tunai 10% untuk transaksi Setel dan rebat tunai 5% untuk semua perbelanjaan PETRONAS di seluruh negara. Malahan, pengguna berpeluang mendapatkan diskaun 10% di kedai ZON tanpa duti dan perlindungan Takaful perjalanan. Pindahan baki wang dengan kadar faedah hanya 5.99% tanpa sebarang yuran pengendalian, bayar dalam tempoh 6 bulan.

Info penuh

CIMB Kad Cash Rebate Platinum – Pemilik kad hendaklah mempunyai gaji minimum bulanan sebanyak RM2000. Selain itu, anda juga bakal memperoleh 2% rebat tunai pada perbelanjaan barangan runcit, petrol, bil utiliti, dan telefon. Nikmati juga bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan.

Info penuh


6. Kad Kredit AEON

AEON BiG Visa Classic

AEON tidak terkecuali dalam menawarkan kad kredit untuk pelanggan mereka. Senarai di bawah merupakan kad kredit pilihan ramai dengan syarat pendapatan tahunan minimum tertentu.

AEON BiG Visa Classic – Kad kredit ini terbaik untuk mereka yang gemar berbelanja menggunakan kad kredit. Anda boleh dapatkan rebat tunai dan mata ganjaran setiap kali anda mengisi minyak atau anda membeli-belah dengan kad kredit ini. Perlindungan insurans kemalangan peribadi juga ditawarkan sehingga RM200,000 dengan yuran tahunan serendah RM30. Manakala, kadar faedah tahunan hanya 15%.

Info penuh

AEON BiG Visa Gold – Kad kredit AEON ini merupakan yang kedua terbaik bagi mereka yang gemar membeli-belah. Walau bagaimanapun, yuran tahunan untuk kad kredit ini lebih mahal iaitu RM95.

Info penuh

AEON Visa Platinum – Kad kredit premium ini menawarkan ciri-ciri menarik dan caj yang mampu milik. Anda berpeluang untuk mendapatkan akses ke 11 lounge AEON di seluruh Malaysia tanpa had masa. Selain itu, pulangan tunai dan mata ganjaran turut ditawarkan untuk setiap perbelanjaan anda dengan kad kredit ini.

Info penuh


7. Kad Kredit Public Bank

Public Bank MasterCard Eksekutif

Public Bank antara bank yang menawarkan rebat tunai dengan jumlah yang hebat sehingga mencecah RM388 lebih. Anda boleh bandingkan semua kad kredit Public Bank dan membuat pilihan terbaik.

Public Bank Visa Platinum Credit Card – Kad mempunyai fungsi “Contact-less”, anda hanya ‘melambai’ kad berhampiran dengan alat pembaca tanpa menyentuhnya di kaunter bayaran bagi urus niaga runcit RM250 dan ke bawah. Selain daripada itu, 0.2% mega bonus untuk semua pembelian runcit tanpa had bulanan, tetapi kad kredit ini mempunyai yuran tahunan sebanyak RM 333.

Info penuh

Public Bank MasterCard Eksekutif – Yuran tahunan serendah RM88 dan insurans perjalanan dengan perlindungan sehingga RM300,000 untuk pengguna kad kredit ini. Kadar faedah 15% setahun dan menerima 1 Mata Premium untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Info penuh

Public Bank Kad Visa Klasik Gaji minimun RM 2000 merupakan syarat kelayakan permohonan kad kredit dan yuran tahunan serendah RM75. Nikmati pulangan tunai sehingga 0.6% untuk semua perbelanjaan runcit dan insurans perjalanan automatik percuma sebanyak RM350,000.

Info penuh


8. Kad Kredit Ambank

AmBank Islamic CARz Gold Card

AmBank menawarkan banyak keistimewaan seperti promosi makanan, pelancongan, dan  hiburan. Selain itu, AmBank juga tidak mengenakan yuran tahunan terhadap kesemua kad mereka dengan syarat tertentu.

AmBank Islamic CARz Gold Card – Rebat tunai hingga 3% untuk isi minyak petrol di mana-mana stesen pam minyak. Anda boleh mengumpul Carz Point dan buat penebusan hadiah berkaitan permotoran. Nikmati faedah hingga 36 bulan ke atas rangkaian produk yang mengambil bahagian. Melalui AutoBillPay, bil utiliti dan pembayaran insurans boleh didebitkan secara automatik dari akaun kad kredit.

Info penuh

AmBank True Visa Credit Card – Sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana. Nikmati pulangan tunai sehingga 3% untuk setiap transaksi di atas talian dan pelan pembayaran ansuran 3 atau 6 bulan dengan pembelian minimum RM500.

Info penuh


9. Kad Kredit RHB

RHB Shell Visa Credit Card

Kad kredit dari bank ini turut membantu orang ramai dalam menguruskan kewangan. Sekiranya berminat, anda boleh mengunjungi laman web RHB Bank, tertera di bawah hanya beberapa jenis kad kredit RHB.

RHB Shell Visa Credit Card – Anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM100 untuk setiap bulan, dengan rebat tunai 5% untuk setiap transaksi dalam talian, merangkumi RM50 untuk transaksi petrol, dan RM50 untuk tambah nilai e-wallet. Pengguna juga dapat menikmati rebat pulangan tunai sehingga 12% ke atas transaksi pembelian petrol di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Info penuh

RHB Visa Credit Card Cash Back –  Anda layak untuk mendapatkan kad ini sekiranya gaji sebulan anda RM2000. Dengan perbelanjaan RM2,500 dan ke atas, anda berhak menerima rebat tunai sebanyak 10% untuk kategori penghantaran secara talian dan runcit. Selain itu, anda boleh mendapatkan rebat tunai 5% untuk kategori petrol, makan, runcit, dan utiliti. Namun begitu, pulangan tunai dihadkan pada RM10 untuk setiap kategori setiap bulanan dan tanpa yuran tahunan.

Info penuh


10. Kad Kredit Affin Bank

Affinbank Visa Gold

Affin bank telah menamatkan tempoh sebahgian kad kredit yang terpilih dan mengeluarkan beberapa jenis kad baharu. Berikut merupakan sebahagian dari kad kredit Affin Bank:

AFFIN Islamic Mastercard Gold – Kad Kredit-i ini merupakan kad kredit patuh syariah. Pengguna juga akan menerima Perlindungan Takaful Khairat Kematian tanpa caj bernilai RM1,000 dan pengecualian yuran tahunan bagi tahun pertama. Selain itu, nikmati pelan ansuran yang berpatutan sehingga 36 bulan. Malahan, akses diberikan kepada pengeluaran wang kecemasan melalui ATM dan cawangan Affin Islamic dan Affin bank di seluruh dunia.

Info penuh

Affinbank Visa Gold – Yuran tahunan Affinbank Visa Gold serendah RM150 dan kadar faedah tahunan serendah 13%. Dapatkan juga mata ganjaran Affin Rewards Points dengan setiap perbelanjaan RM1 untuk semua transaksi harian anda tanpa sebarang had.

Info penuh

Affin Duo – Anda baru bekerja atau graduan muda dan tidak layak untuk memohon kad kredit? Affin Duo merupakan pilihan terbaik untuk anda yang berumur 21 – 25 tahun. Anda akan menerima 2 kad iaitu AFFIN Visa Cash Back dan AFFIN Mastercard Rewards.

Info penuh

4.9/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Sarawak

Banyak keputusan pada masa kini melibatkan meminjam wang dan mengambil pinjaman. Keperluan untuk mengambil pinjaman boleh menjadi penting dan diperlukan pada masa yang berlainan. Salah...

5 Pinjaman Peribadi Bank RHB Untuk Kemudahan Anda!

Pandemik COVID-19 yang menyerang dunia telah menjejaskan seluruh penduduk dunia, termasuk di negara kita, Malaysia. Ia bukan saja melibatkan hal kesihatan, malah ekonomi negara...

11 Best Agensi Kewangan utk Pinjaman Wang Segera

Adakah anda tahu maksud pinjaman? Pinjaman merujuk kepada sejumlah wang yang anda pinjam dari bank atau institusi kewangan, biasanya dalam jangka masa yang tetap...

8 Syarikat Insurans Motorsikal untuk Perlindungan Anda!

Jika anda ingin ingin memperbaharui insurans motorsikal, terdapat beberapa perkara yang harus dilihat dengan teliti bagi memastikan anda dan motosikal anda mendapat perlindungan yang...

9 Bank yg Tawarkan Pinjaman Peribadi di Malaysia

Pinjaman peribadi merupakan pinjaman yang dibekalkan oleh bank atau institusi kewangan yang berlesen di Malaysia. Ia disediakan untuk peminjam yang perlukan dana yang berlebihan...

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zahid
Zahid
11 months ago

Artikel ini sangat informatif dan berguna bagi pembaca yang sedang mencari informasi tentang kad kredit terbaik dari bank-bank di Malaysia. Penyusun artikel dengan baik merangkum 10 pilihan kad kredit terbaik, sehingga pembaca dapat dengan mudah membandingkannya. Salah satu hal yang saya suka dari artikel ini adalah pemahaman yang mendalam tentang fitur-fitur dan manfaat dari masing-masing kad kredit yang disebutkan. Ini membantu pembaca untuk lebih memahami apa yang mereka dapatkan dengan setiap pilihan. Saya juga menghargai bahwa artikel ini mencantumkan informasi penting seperti kadar faedah, had kredit, dan ciri-ciri unik dari setiap kad kredit. Saran saya untuk perbaikan artikel ini adalah… Read more »

Cari Destinasi
Admin
11 months ago
Reply to  Zahid

Terima kasih Zahid, kami akan sentiasa memantau dan masukkan info yang lebih terperinci.

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x