Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Best Kedai Perabot Melaka

Melaka adalah sebuah negeri yang penuh bersejarah. Kebanyakan tempat di Melaka ini mempunyai banyak artifak dan peninggalan sejarah yang boleh kita lawati. Disebabkan itulah jalanraya di Melaka boleh menjadi sesak jika tiba musim cuti sekolah. Jangan terperanjat kalau kami katakan sesak sama seperti di Kuala Lumpur!

Selain daripada bercuti di Melaka, tahukah anda Melaka juga mempunyai kedai perabot (furniture shop) yang menawarkan harga yang murah serta reka bentuk perabot moden yang mengikut trend.

Terdapat banyak jenis perabot dalam pasaran, setiapnya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi harga, kualiti dan kesesuaian untuk rumah anda. Berikut merupakan beberapa jenis perabot yang anda boleh cari dari kedai -kedai yang terpapar dalam artikel ini: Perabot bahagia, Perabot jati, cempaka, Perabot Ikea, Perabot dapur, perabot pejabat, Perabot rotan

 

Kedai Perabot Best Di Melaka


1. BSFO Factory Outlet Sdn Bhd, Taman Lagenda

BSFO Factory Outlet Sdn Bhd adalah satu kedai perabot yang terbesar di Melaka. Kepakaran mereka adalah menawarkan pelbagai jenis perabot yang berkualiti kepada pelanggan mereka dengan harga yang berpatutan. Antara perabot yang terdapat ialah sofa, meja makan dan set bilik tidur. Reka bentuk perabot disini juga sangat trendy dan sesuai untuk mereka yang sukakan gaya modern. Malahan mereka juga menyediakan pembayaran ansuran bulanan kepada pelanggan mereka. Anda ada haiwan kesayangan yang tinggal bersama dan mereka suka mencakar sofa anda? jangan risau di BSFO Factory Outlet mereka boleh selesaikan masalah anda. Fabrik sofa yang diperbuat daripada aqua technolgy boleh menyelesaikan masalah anda. Fabrik ini senang untuk anda membuang bulu haiwan yang melekat pada sofa anda. Jadi tak perlu dah risau kalau haiwan kesayangan bermain atas sofa.

Alamat: No 16,12A Jalan Lagenda 9, Taman 1 Lagenda 75400 Melaka

Waktu Operasi: Jumaat – tutup | Isnin – Khamis 11.00 am -8.00 pm| Sabtu – Ahad 10.30 am-8.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone 06-2811501

Whatsapp Kedai BSFO Factory Outlet

 

2. Recycle Furniture Sdn Bhd, Kompleks Kesidang

Recycle Furniture Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan membaiki pulih kembali perabot lama kepada perabot baru mengikut kehendak pelanggan. Anda boleh memilih apa sahaja reka bentuk yang anda suka, kedai perabot ini akan sedaya upaya untuk merealisasikan permintaan anda.

Kebanyakan perabot terpakai ini diambil dari hotel dan juga pejabat. Sebelum perabot ini diletakkan di bilik pameran, mereka akan mengubah suai terlebih dahulu. Harga yang ditawarkan juga sesuai dengan mengikut kemampuan anda.

Alamat: 26, Jalan Malim, Kompleks Kesidang, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Ahad tutup l Isnin- Sabtu 9.00 am – 6.30 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:06-3359994

 

3. Chan Furniture, Taman Raya Rumput Utama

Chan Furniture mempunyai cawangan diseluruh negeri. Ibu pejabat kedai ini ialah terletak di Kota Kinabalu Sabah. Di Melaka sahaja mereka mempunyai 6 cawangan, iaitu di Ayer Keroh, Paya Rumput, Bertam, Mitc dan Merlimau.

Chan Furniture menawarkan perkhidmatan bayaran ansuran perabot kepada pelanggan mereka. Dokumen yang diperlukan adalah Bil Air,Penyata Gaji serta My Kad. Anda juga boleh memilih tempoh berapa tahun anda perlu untuk bayaran bulanan. Paling menarik mereka juga membuat perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda secara percuma.

Antara perabot yang dijual ialah set ruang tamu, set bilik tidur, barang eletronik dan pelbagai lagi. Reka bentuk perabot yang terdapat disini juga akan membuat anda rambang mata untuk membuat keputusan.

Alamat: No. 62A, Jalan Inang 4, Taman Raya Rumput Utama, 76450 Melaka

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 10.00 am- 9.00 pm l Ahad – Cuti Awam 10.00 am- 7.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:06-3346292

Whatsapp Kedai Chan Furniture,Cheng

 

 4. Caler Home, Taman Merdeka Permai

Seperti Chan Furniture, Caler Home juga mempunyai cawangan diseluruh negeri. Salah satu cawangan di Melaka ialah di Batu Berendam. Perabot yang terdapat di Caler Home juga terdiri daripada reka bentuk yang sangat moden dan trendy. Antara set perabot yang ditawarkan ialah set bilik tidur, set ruang tamu dan set meja makan. Jika anda mahu mencari loose perabot pun ada jual disini. 

Alamat: 6, Jalan MP2, Taman Merdeka Permai, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari 10.30 am- 9.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:010-2188518

Whatsapp Kedai Caler Home,Taman Merdeka Permai

 

 5. Pallet Workshop, Bukit Beruang

Antara salah satunya kedai perabot kayu pallete yang ada di Melaka ialah Pallet Workshop. Jika anda nak tahu, pemilik kedai perabot kayu ini adalah anak muda yang pernah bekerja sebagai posmen. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja untuk memberi fokus kepada perniagaan perabot kayu pallet ini.

Apa yang menarik ialah pemilik kedai ini menggunakan kayu pine untuk mereka membuat pelbagai jenis perabot. Mereka juga mempunyai pekerja yang mahir dalam menghasilkan perabot kayu pallet ini mengikut citarasa pelanggan..

Alamat: 360, Jalan Seroja, Taman Bunga Raya, Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: Ahad Tutup l Isnin- Sabtu 9.00 am – 7.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-5552558

Whatsapp Kedai Pallet Workshop,Bukit Beruang

 6. Mutiara Jati, Bukit Baru

Perabot jati mempunyai peminat yang tersendiri. Perabot ini yang dibuat asli daripada kayu jati memang boleh dikatakan agak mahal tetapi perabot ini jika disimpan lama kualiti perabot tetap utuh. Di Melaka antara kedai perabot jati yang mendapat tempat di hati ialah Mutiara Jati.

Disini terdapat pelbagai perabot kayu jati disediakan disini antaranya ialah set bilik tidur, almari hingga aksesori rumah. Perabot kayu jati ini diimport terus daripada kilang kayu jati yang terletak di Japara, Indonesia. Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, Mutiara Jati juga menawarkan bayaran ansuran bulanan kepada pelanggan mereka. Perabot jati mereka juga mempunyai jaminan kualiti sehingga 5 Tahun. Jadi tak perlu risau kalau ada kerosakan yang ada pada perabot jati anda.

Alamat: Jalan Bpm 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka

Waktu Operasi: Isnin- ahad 9.30 am -6.30 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:06-2829303

Whatsapp Kedai Mutiara Jati, Bukit Baru

 

 7. Malacca Woodwork, Tanjung Kling

Malacca Woodwork merupakan kedai perabot yang terkenal dengan keistimewaannya dalam menghasilkan perabot gaya antik. Mula ditubuhkan pada tahun 1957 dan masih gah berdiri sehingga sekarang di Melaka. Apa yang menarik ialah mereka masih mengamalkan tradisi lama dalam mengilap barang antik. Semua jenis perabot yang ada disini dibuat khas mengikut permintaan pelanggan. Anda peminat perabot antik jangan lepaskan peluang untuk datang ke showroom mereka.

Alamat: No. 312-C, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, 75200 Tanjung Kling, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 10.00 am – 5.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:06-3154468

 

8. I-Home Furniture Collection, Taman 1 Lagenda

Konsep jenis perabot modern contemporary adalah konsep yang diketengahkan oleh I Home Furniture Collection. Mereka bukan sahaja menyediakan perabot rumah malahan perabot pejabat boleh didapati disini. Antara perabot yang ada disini antaranya set bilik tidur, set TV dan set sofa. Reka bentuk perabot yang ada memang cukup moden untuk mereka yang suka akan gaya hidup moden.

Alamat: No 16, Jalan Lagenda 2, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka

Waktu Operasi: Ahad 11.00 am -4.00 pm l Isnin- Sabtu  10.00 am -7.00 pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:06-2880166

 

9. CT Furniture & Office Equipment, Taman Melaka Raya

Salah satu kedai perabot yang menyediakan konsep perabot pejabat di Melaka ialah CT Furniture & Office Equipment. Kedai perabot ini menyediakan perabot pejabat yang mengikut trend masakini serta berergonomic. Antara set perabot pejabat yang ada disini ialah meja dan kerusi pejabat, storage cabinet, serta executive table dengan harga yang berpatutan.

Alamat: 349 & 350, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Ahad Tutup l Isnin – Sabtu  10.00 am- 6.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:06-2812776

Whatsapp Kedai CT Furniture & Office Equipment,Taman Melaka Raya

 

10. MegaTrends Office System, Ayer Keroh

MegaTrends Office System juga merupakan salah satu kedai yang berasaskan perabot untuk pejabat anda. Terdapat pelbagai jenis perabot pejabat yang anda boleh dapatkan disini. Selain itu meraka juga menawarkan perkhidmatan memasang perabot dan kabinet untuk ruang pejabat anda

Alamat: No. 93 & 95, Jalan TU 41, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: Ahad Tutup l Isnin – Jumaat  8.30 am- 5.30 pm l Sabtu 8.30 am-12.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:06-2315850

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x