Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay Kuala Selangor – KEMAS & SELESA

Bercuti di Selangor memang memuaskan kerana banyak sahaja tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan lawati. Kuala Selangor yang merupakan bandar terbesar di Selangor sering menjadi pilihan pelancong dek kerana banyak tempat untuk dikunjungi. Ada tempat bersejarah, tempat melihat alam semula jadi dan tempat untuk bersantai. Kalau nak makan ikan segar juga ada di kawasan Kuala Selangor ni. Maklumlah dekat dengan sungai dan juga dekat dengan laut. Untuk yang ingin ke Sekinchan pun dah dekat dah.

Disebabkan banyak sangat tempat menarik untuk pergi, mesti anda inginkan peginapan yang selesa yang boleh memuatkan anda satu keluarga kan? Haa daripada tidur di hotel yang penuh dengan pantang larang, apa kata anda pilih untuk menginap di homestay ataupun villa yang boleh memuatkan ramai orang dan lebih bebas berbanding hotel. Jom baca senarai yang telah kami buat ni!

10 Homestay di Kuala Selangor


1. Erly Villa

erly villa

Anda mesti nak menginap beramai-ramai bersama keluarga anda kan ketika bercuti di Kuala Selangor? Tiada masalah kerana anda boleh sahaja tinggal beramai-ramai di Erly Homestay. Homestay ni memang sesuai untuk anda yang nak bercuti beramai-ramai dan nak berkumpul. Had bilangan untuk tinggal di sini boleh dipersetujui dengan tuan rumah agar senang mereka nak memberikan servis dan melihat sama ada kapasiti mencukupi atau tidak. Tapi memang ramai yang boleh muat dalam homestay villa ni.

Anda boleh membuat aktiviti masak-masak bbq bersama-sama kerana mereka ada menyediakan fasiliti untuk bbq. Nak memasak pun boleh juga di dapur yang disediakan. Sambil-sambil tu anak-anak boleh main kolam renang serta trampolin yang disediakan. Ruangan tempat ni memang luas untuk memuatkan beberapa kenderaan. Jadi anda tak perlu risau mengenai tempat letak kereta. Pemiliknya juga seorang muslim dan memang peramah.

Alamat: Kampung Permatang, 45500 Kuala Selangor, Selangor

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01110790058

Whatsapp Erly Villa


2. Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)

kscc homestay

Untuk anda yang menginginkan kelainan dalam tempat tinggal, anda harus cuba di Kuala Selangor Cabin Camp. Di sini mereka ada menyediakan pelbagai jenis tempat tinggal seperti Guesthouse, Hobbitstay, Homestay dan banyak lagi. Anda pilih je mengikut kapisiti dan bajet anda. Dijamin takkan rugi. Penginapan juga selesa dan bersih ditambah pula dengan suasa yang meriah dan ceria.

Kenapa ceria? Tempat ni dikenali sebagai Kampung Pelangi tau. Warna-warni kampung ini pasti akan memberikan keceriaan bukan sahaja kepada anak-anak malah kepada anda juga. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti petting zoo dimana anda boleh membelai dan pegang haiwan, memanah, kolam renang mini dan macam-macam lagilah. Tak perlu pergi tempat jauh-jauh pun untuk berseronok kerana di sini dah banyak dah. Untuk bergambar pun sangat-sangat menarik kerana konsepnya yang lain-dari-lain.

 

Alamat: Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0194814845

Whatsapp KSCC


3. Suite Seventeen Muslim Homestay

17 homestay

Kalau nak homestay yang kecil yang sesuai untuk satu keluarga dalam 4 ke 5 orang, Suite Seventeen Muslim Homestay lah tempatnya. Homestay ni memang lengkap dengan segala kelengkanpan rumah tau. Memang macam tinggal di rumah sendiri. Mereka ada mesin basuh, pisau, pinggan mangkuk, tv, penghawa dingin, seterika dan banyak lagilah kelengkapan. Anda tak payah susah-susah bawa seterika yang berat dan memakan ruang tu dari rumah. Nak memasak pun senang di sini keranan kelengkapan yang lengkap. Kalau nak pergi kenduri kawasan Kuala Selangor tu datang je sini menginap.

Rumah ini pun cantik, kemas dan bersih. Anda memang akan dijamin selesa. Dekorasi rumah ini juga sangat ringkas dan moden. Ada disediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Memang cukup sangat. Takdalah berebut-rebut ke tandas nanti.

Alamat: Taman Desiran Malawati, Kuala Selangor, Malaysia, Kuala Selangor, Malaysia

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-606 0274

Whatsapp Suite Seventeen


4. Salimah Homestay

salimah homestay

Tak cukup rumah kecil? Nak kolam renang di rumah? Memang SALiMAH Homestay lah jawabnya. Homestay yang berkonsepkan moden ini memang sangat sesuai untuk anda yang ingin tinggal beramai-ramai. Mereka ni ada menyediakan 4 bilik tidur tau dan satu daripadanya ialah bilik utama yang cukup luas. Katil yang disediakan juga cukup untuk tidur 2 ke 3 orang sekali, lagi-lagi kalau budak-budak. Ruang solat pun ada disetiap bilik.

Di homestay ini terdapat kolam renang yang agak puas juga untuk bermandi-manda. Disamping itu, ada juga disediakan tempat kalau anda nak konon-konon glamping di luar dan basikal yang anda boleh minta daripada tuan rumah. Malam-malam bolehlah nak bbq beramai-ramai dan luangkan masa berborak-borak. Mereka ada sediakan kelengkapan untuk itu. Jadi tak perlu bawa dari rumah.

Alamat: Lorong Idrus, Kampung Sungai Sembilang, 45800 Jeram, Selangor

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-356 9374

Whatsapp SALiMAH Homestay


5. Villa Sajuri

sajuri villa

Anda kalau nak kan tempat penginapan villa di Kuala Selangor  yang mempunyai reka bentuk dalaman  seperti berada di Maghribi, anda akan dapatkan di Villa Sajuri. Dalam banyak-banyak villa, villa ni lah yang paling ekslusif dan memang untuk have-have sahaja kerana harganya pun agak tinggi. Tetapi memang berbaloi dengan pengalamn yang anda dapat. Lagipun, villa ini mampu memuatkan sehingga 20 orang tau. Mereka ada 4 bilik keseluruhannya, 3 daripada bilik-bilik di sini mampu menempatkan 4 orang setiap satu dan ada 1 bilik untuk maximum 8 orang. Memang cukup untuk beberapa keluarga tinggal sekali.

Selain itu, banyak juga fasiliti yang disediakan di sini. Antaranya ialah golf mini, meja pool, tempat karaoke dan projektor. Nak tengok cerita ala-ala wayang tu boleh guna projektor. Untuk membuat aktiviti bbq pun boleh kerana mereka ada menyediakan kelengkapan bbq serta dapur untuk masak-masak. Pastikan anda tempah awal, takut dah penuh je villa cun ni.

Alamat: Kampung Sungai Sembilang, 45600 Jeram, Selangor

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0193343686

Whatsapp Villa Sajuri


6. Dahlia Homestay Kuala Selangor

dahlia homestay

Homestay untuk muslim ini terletak di Taman Bayu Malawati dan agak dekat juga dengan Bukit Malawati dimana menjadi tempat untuk anda lawati dan beri makan monyet. Anda boleh menginap dalam 1 ke 2 keluarga di sini. Mereka ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air dengan pancuran untuk mandi. 3 daripadanya ada penghawa dingin dan satu ada kipas siling. Memang cukup besar rumah corner lot  2 tingkat ini. Hiasan dalamannya juga sangat cantik, bersih dan moden. Anda pasti akan berasa selesa jika pilih untuk menginap di sini.

Nak masak-masak pun tiada masalah kerana mereka ada sediakan dapur dengan perkakas sekali. Jadi, kalau malas nak makan luar, boleh masak sahaja di sini. Tempat letak kereta pun luas untuk anda gunakan. Bolehlah letak kereta tanpa risau.

Alamat: No.1, Jalan Bayu Malawati 4, Taman Bayu Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0197348684

Whatsapp Dahlia Homestay


7. Azure Sky Homestay Kuala Selangor

azure sky

Antara homestay yang murah dalam senarai ini, Azure Sky Homestay juga tidak kurang hebatnya. Homestay ini merupakan sebuah rumah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik mandi. Keadaan rumah dari luar hingga dalam memang sangat bersih dan dijaga rapi. Pelanggan yang pernah menginap di sini rata-rata memberikan ulasan positif kerana keadaan rumah yang cukup memuaskan. Seperti homestay lain, mereka turut menyediakan dapur dengan perkakas untuk anda gunakan.

Seterusnya, fasiliti seperti penghawa dingin dan pemanas air juga ada. Memang serba lengkap homestay ini. Boleh sahaja memuatkan dalam 1 ke 2 keluarga. Cukuplah besar ni kalau setakat nak pergi kenduri kawin kawasan Kuala Selangor ni.

Alamat: No 18, Jalan Melati 3/13 Bandar Melawati, Bandar Baru, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162222080


8. Homestay Kuala Selangor Inapanzaza

inapazaza homestay

Jika anda mencari Homestay berdekatan dengan Stadium Kuala Selangor, SM Sains, Masjid Sultan Ibrahim (Masjid Daerah) dan Inpens International College, anda sila ke sini. Homestay ni ada 3 bilik dan 2 bilik air. Ruangan di dalam bilik agak selesa dan bilik standard sahaja. Tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil. Penghawa dingin ada di ruang tamu dan bilik utama sahaja. Manakala lagi dua bilik tu ada kipas satunya ada kipas siling dan satu lagi kipas dinding.

Untuk memasak juga boleh kerana mereka menyediakan dapur dengan kemudahan memasak serta peti sejuk. Cuma pastikan selepas bergendang di dapur tu anda tidak tinggalkan macam tongkang pecah. Ruang letak kereta boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta bersaiz sedan. Jadi ruang memang agak besar. Penghuni pula dikhaskan untuk muslim sahaja.

Alamat: 22, Jalan Desiran Malawati 3/4, Taman Desiran Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0193502283

Whatsapp Inapanzaza


9. Villa Imarah

imarah villa

Salah satu villa terbesar di dalam senarai ini, Villa Imarah ini mampu memuatkan beberapa keluarga dalam satu masa sehingga maximum 25 orang. Manataknya, villa ini ada 6 bilik tidur. 2 daripada bilik itu berada di luar rumah utama villa ini yang dipanggil Cottage House. Fuh memang besar dan luas. Bolehlah bawa keluarga beramai-ramai untuk tinggal sekali. Barulah seronok nak merapatkan silaturahim. Jangan terkejut ya kerana bilik air ada 7 tau. Jadi tak payah berebut-rebut nak pergi tandas dan mandi.

Fasiliti yang disediakan juga cukup berbaloi dengan harag. Mereka ada kolam renang sendiri dan kolam juga agak besar untuk bermandi-manda beramai-ramai. Di dapur pula memang cukup lengkap dengan peralatan memasak yang boleh anda gunakan. Selain itu, mereka ada tempat bbq dan ruang solat sendiri yang memang khas untuk solat berjemaah. Tunggu apa lagi tempat lah slot anda sekarang!

Alamat: Unnamed Road, Kampung Dungun, 45600 Jeram, Selangor

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0174893432

Whatsapp Villa Imarah


10. Casa Ombak Villa, Jeram

casa villa

Bagi anda yang sukakan suasana pantai untuk bercuti, anda boleh tempah Casa Ombak Villa yang terletak di Pantai Remis. Villa ini memang betul-betul tepi pantai. Dapatlah anda melihat pemandangan matahari terbenam yang cantik di sini nanti. Dalam villa ini sendiri ada 3 bilik dan ada satu chalet di dalam kawasan villa. Bolehlah muatkan ramai orang juga di sini. Kalau tak muat tidur dalam villa, tidur je di chalet tu. Sama juga rasanya.

Hiasan dalaman serta luaran villa ini memang sangat cantik, mewah dan kemas. Keselesaan anda pasti terjamin. Ada juga disediakan kolam renang diluar kalau nak bermandi-manda. Tempat letak kereta juga luas dan boleh memuatkan beberapa kenderaan. Antara fasiliti yang ada ialah dapur serta ruang untuk bbq. Bolehlah buat aktiviti bakar-bakar untuk makan malam.

Alamat: Lot 2983 Jalan Jati Off Jalan Pantai Jeram, Kuala Selangor, Malaysia

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-662 1062

Whatsapp Casa Ombak Villa


Banyak kan homestay villa yang ada di Kuala Selangor ni. Tunggu apa lagi? Dah nampak yang berkenan tu pergilah tempah cepat-cepat. Nantikan dah penuh melepas pula. Dahlah homestay-homestay ni selalu penuh lagi-lagi ketika wantu cuti umum dan cuti sekolah. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai setiap homestay-homestay di atas dengan menghubungi pihak mereka.

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Kuala Selangor – Paling Popular

Kuala Selangor merupakan satu destinasi pelancongan yang menawarkan beberapa tarikan unik dan juga eksotik. Berikut merupakan beberapa tempat-tempat menarik di Kuala Selangor yang sering...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x