Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay Tanjung Karang Best Utk Tengok Sawah Padi

Di daerah Kuala Selangor, terdapat kawasan tarikan pelancong yang terkenal iaitu Tanjung Karang ataupun Tanjong Karang. Walaupun nama kawasan ini memberikan gambaran tentang laut dan pantai, namun Tanjung Karang amatlah popular sebagai lokasi penanaman padi secara besar-besaran. Disebabkan oleh tarikan hangat terhadap sawah padi dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar negara, sudah semestinya terdapat banyak tempat penginapan yang berlumba-lumba menawarkan servis mereka. Kebanyakan tempat penginapan, terutamanya homestay di Tanjung Karang mempromosikan kawasan mereka sebagai kawasan terbaik untuk melihat sawah padi.

Sebab itulah, kami telah menyenaraikan 10 homestay di Tanjung Karang yang terbukti akan memberikan anda pengalaman yang paling syok dan bermakna sepanjang bercuti di sini. Tidak perlu anda membuat carian lebih-lebih di laman web, baca sahaja senarai yang kami telah sediakan khas untuk anda. Selamat membaca!

10 Homestay Best di Tanjung Karang


1. Nur Nilam Homestay

Homestay ini semestinya menjadi antara yang serba lengkap untuk semua golongan tetamu, termasuklah mereka yang memerlukan keperluan tambahan. Ini kerana Nur Nilam Homestay turut menyediakan bilik air dan bilik mandi yang sesuai untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), menunjukkan bahawa tuan rumah merupakan orang yang prihatin. Selain itu, buat mereka yang membawa bersama kerja untuk disiapkan sepanjang percutian, bolehlah menggunakan ruangan kerja yang disediakan. Tetamu di Nur Nilam Homestay dibenarkan untuk mengadakan barbeku, dan juga kemudahan menggunakan soket yang dekat dengan katil.

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air peribadi. 2 bilik terdapat katil queen dan 1 bilik terdapat katil single. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kelengkapan tandas untuk anda gunakan tanpa sebarang cas tambahan. Yang lebih menarik, di sini boleh masak kerana ada dapur dengan kelengkapan dapur disediakan.

Hanya 1.7 batu daripada homestay, terletaknya Agro Bazaar Kuala Selangor di mana tetamu boleh membeli produk-produk berjenama sendiri. Anda juga harus melawat Mini Zoo yang jauhnya 15 kilometer dari Nur Nilam Homestay.

Alamat: No 22, Jalan 2, Taman Nilam, 45500 Tanjong Karang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-2657 6464


2. Homestay D’ Sawah Padi Tanjong Karang

Sesuai dengan namanya, Homestay Sawah Padi ini dikenali sebagai sebuah tempat penginapan yang menganjurkan aktiviti menuai padi, mengambil angin di sekitar sawah padi dan juga memancing. Kerepek dan hasil tanaman yang segar daripada ladang boleh dibawa pulang oleh tetamu yang inginkan buah tangan. Homestay ini mempunyai 4 pilihan rumah, termasuk Homestay Mawar dengan 6 bilik, di mana 3 bilik berada di tingkat atas dan 3 lagi di tingkat bawah. Pilihan rumah ini sesuai buat keluarga yang bersaiz besar dan memerlukan bilik yang banyak. Untuk Teratai 1, 2 dan 3, setiap rumah mempunyai 1 katil Queen dan 1 katil Single, ideal buat 4 orang dan kebawah.

Bagi mereka yang ingin menyewa homestay bagi perjumpaan keluarga, Homestay Bakawali mungkin menjadi pilihan yang tepat oleh kerana ia dapat memuatkan 15 hingga 20 orang dalam satu masa. Sepanjang tetamu berada di Homestay Sawah Padi, mereka boleh melawat Bukit Malawati, Taman Kelip-Kelip dan juga menikmati Eagle tour.

Alamat: Jalan Tali Air 2 Ban 3, Sungai Burong, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-229 2044

Whatsapp Homestay D’Sawah Padi


3. Firefly Villa

Apa yang istimewa mengenai Firefly Villa di Tanjung Karang ini ialah servis bilik 24 jam yang ditawarkannya. Inginkan linen katil ataupun kelengkapan mandian yang baru? Panggil sahaja host yang akan menyediakan dan memberikannya kepada anda. Wi-fi percuma disediakan di dalam dan juga di luar kawasan kediaman, memudahkan urusan untuk mengakses laman-laman web dan media sosial di mana-mana. Di homestay ini, terdapat tub panas, kolam renang untuk dewasa dan juga kolam renang untuk kanak-kanak. Maka, tempat penginapan ini sesuai untuk seisi keluarga tanpa mengira umur. Homestay ini ada menyediakan bilik sahaja untuk anda yang taknak menyewa satu villa.

Anda akan dapat membaca akhbar yang disediakan secara harian dan juga menggunakan servis mencuci pakaian villa ini. Buat mereka yang datang menggunakan kapal terbang, homestay ini menyediakan servis ulang-alik ke lapangan terbang. Pusat tarikan yang terdekat ialah Fun Ride ATV iaitu 10 minit jauh dan juga Bukit Belimbing Fireflies yang 15 minit jauhnya.

Alamat: 1, Jalan Sgg 5/4, Kampung Sungai Gulang Gulang, 45500 Tanjong Karang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-233 2083


4. Sri Manik Homestay & BBQ Tanjung Karang

Untuk keluarga atau kenalan yang gemar mengadakan jamuan barbeku di tempat penginapan, sesuailah Sri Manik Homestay ini dengan kehendak anda. Homestay ini menyediakan kawasan dan kelengkapan barbeku untuk tetamunya, dan juga mengalu-alukan para tetamu untuk cuba menjala ikan di sawah Sungai Burung. Mengutamakan kebersihan air minuman anda juga, tuan rumah Sri Manik Homestay menyediakan penapis air Cuckoo yang boleh digunakan bila-bila masa.

Jumlah bilik tidur ialah 4 dan jumlah bilik air pula ialah 3, dilengkapi pancuran mandi. Sekiranya katil yang sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah tetamu, anda boleh meminta 2 tilam extra dan toto daripada tuan rumah. Bagi yang mempunyai anak kecil, tidak perlu risau kerana di homestay ini mempunyai kawasan untuk kanak-kanak bermain. Selain itu, Hospital Tanjung Karang terletak 1.9 kilometer sekiranya berlaku kecemasan, dan Satay Hut berada 2.5 kilometer jauh jika anda mahu menikmati satay yang lazat.

Alamat: No. 1, Jalan Seri Manik 3, Taman Sri Manik, 45500 Tanjong Karang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-227 4027


5. D’Wanis Homestay Tanjung Karang

D’Wanis Homestay mempunyai 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik mandi dengan pancuran mandian dan juga dapur yang mempunyai ruang makan tersendiri. Buat mereka yang lebih menyukai suasana yang nyaman dan segar daripada kampung, anda bolehlah menginap di sini untuk merasai pengalaman yang sama. Lebih menarik lagi, tetamu dialu-alukan untuk mengambil hasil tanaman oleh homestay ini untuk digunakan dalam masakan. Sudah semestinya tetamu akan berasa sihat dan bertenaga daripada sayur-sayuran yang segar.

Bank, stesen minyak dan pasaraya berada berdekatan dengan D’Wanis Homestay, maka mudahlah urusan tetamu untuk menguruskan keperluan harian. Pelbagai pilihan tempat makan boleh ditemui berdekatan homestay ini juga, termasuklah Warung Warisan Mak Teh yang mengambil masa 3 minit, 5 minit untuk ke KFC dan juga 6 minit ke Satay Hut.

Alamat: Lot 2656, Lorong 1, Kampung Sungai Kajang, 45500 Tanjong Karang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-348 5737


6. Inap Santai

Walaupun homestay Inap Santai ini mempunyai imej dan suasana kampung, tetamu turut akan merasai suasana moden dengan adanya kemudahan di sini. Sebagai contoh, homestay ini menyediakan kolam renang yang selesa dan juga alatan untuk barbeku yang lengkap. Anda tidak perlu risau tentang kedalaman kolam renang yang ada kerana terdapat kolam renang untuk orang dewasa dan juga kolam renang berbeza untuk kanak-kanak. Inap Santai ini sangatlah ideal untuk didiami, oleh kerana kesemua biliknya mempunyai katil bersaiz queen dan sarapan pagi disediakan buat semua tetamu. Mereka menyediakan pilihan homestay berkonsepkan chalet yang boleh memuatkan hingga ke 8 orang bergantung kepada jenis chalet yang ada pilih.

Menurut tetamu yang pernah menginap di sini, Inap Santai merupakan homestay yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ini kerana tuan rumah homestay ini yang menganjurkan permainan tradisional seperti boling kelapa dan lari dalam guni yang seronok dimainkan oleh seiisi keluarga.

Alamat: Kampung Sungai Gulang Gulang, 45500 Tanjung Karang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-659 5985

Whatsapp Inap Santai


7. D’Bendang Homestay

D’Bendang Homestay mempunyai aktiviti yang menarik untuk dinikmati, seperti aktiviti berbasikal mengelilingi sawah padi, barbeku dan juga jamuan bersama keluarga dan kenalan rapat. Bagi mereka yang penat dengan kesibukan di bandar dan inginkan waktu yang tenang melihat keindahan semula jadi di perkampungan, anda boleh cuba menginap di homestay ini. Dengan konsep perkampungan di D’Bendang Homestay, tetamu masih boleh berasa nyaman dengan 3 bilik tidur yang lengkap dengan pendingin hawa. Tidak perlu risau untuk meninggalkan haiwan peliharaan anda di rumah kerana anda dibenarkan membawa mereka bersama ke homestay ini.

Homestay D’Bendang mempunyai trem mereka sendiri untuk membawa tetamu bersiar-siar melihat kawasan sawah. Ianya juga menawarkan servis menghantar makanan ke bilik tetamu. Untuk anak-anak kecil, anda boleh membawa mereka ke Sekin Wonderland yang berhampiran.

Alamat: Jalan Tali Air 1, Jalan Ban 3, Kampung Sungai Sireh Batu Sebelas, 45500 Tanjung Karang.

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-384 9671

Whatsapp D’Bendang Homestay


8. D’ Sawah Homestay Blok Q

D’ Sawah Homestay merupakan tempat penginapan yang mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Di sini, anda boleh menyewa ATV dan juga motosikal daripada tuan rumah sebagai mod pengangkutan bersiar-siar keliling sawah padi. Sebagai kanak-kanak dan remaja, sudah semestinya anak anda memerlukan makanan ringan. Oleh itu, homestay ini turut mempunyai mesin gedegang kepunyaan sendiri untuk digunakan para tetamu. Cenderahati boleh dibeli oleh tetamu sebelum mereka meninggalkan premis di Cactus Shop kepunyaan homestay. Menurut komen daripada mereka yang pernah menginap di sini, mereka dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam dengan jelas di D’ Sawah Homestay Blok Q.

Buat tetamu Muslim yang lebih gemar menunaikan sembahyang di surau, terdapat banyak surau-surau yang boleh dijumpai dengan berjalan kaki. Tempat makan yang jauhnya 5 minit dari homestay ialah Satay Burn 40 sen dan bakeri yang jauhnya 2 minit ialah Aiman’s Pizza.

Alamat: Blok Q, Sawah Sempadan, 45500 Tanjung Karang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-21162515

Whatsapp D’Sawah Homestay


9. Yatime Homestay Tanjung Karang

Homestay Yatime ini merupakan tempat penginapan yang sangat mesra kanak-kanak. Tuan rumah menyediakan bangku tinggi untuk digunakan bayi sewaktu makan dan juga pagar keselamatan bayi agar anak tidak tercedera ketika berjalan-jalan di dalam rumah. Untuk mereka yang bercadang untuk menginap bersama keluarga besar ataupun kenalan yang ramai, Yatime Homestay mempunyai tempat makan di luar, beserta perabot dan juga kawasan untuk berkelah. Bukan itu sahaja, untuk hiburan tambahan, anda boleh menyewa kelengkapan karaoke daripada tuan rumah. Di homestay ini terdapat 3 buah bilik tidur dan juga 2 bilik air dengan bidet dan pancuran mandi.

Aktiviti riadah di sini boleh dilakukan dengan menyewa basikal daripada homestay, di mana anda berbasikal dan memancing di kawasan berdekatan. Berada 1 minit daripada homestay ialah Kedai Makan Kunci Air Buang dan Warung Kopi Singgah Dulu yang jauhnya 4 minit.

Alamat: Jalan Melur, Kampung Sungai Tengi Kanan, 45500 Tanjong Karang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-279 8477


10. Homestay Mawar Tanjung Karang

Di Homestay Mawar, anda akan mendapat 3 buah bilik tidur yang berpendingin hawa, dua buah bilik air dan 1 bilik mandi yang berasingan. Sekiranya anda bercadang untuk bercuti bersama keluarga besar, tuan rumah akan menggalakkan anda untuk menyewa dua buah unit homestay mereka untuk keselesaan semua. Sampai sahaja anda di homestay ini, anda akan ditemukan dengan ruang tamu yang luas, sesuai untuk dijadikan tempat ahli-ahli keluarga atau kenal-kenalan untuk berkumpul.

Dengan hanya 8 minit perjalanan, anda akan sampai ke MARDI Tanjong Karang, di mana aktiviti yang terkenal di tempat pelancongan itu ialah berbasikal mengelilingi sawah padi, memancing, dan melawat galeri padi. Tidak lupa juga air kelapa di MARDI yang lazat dan juga pengalaman mengambil gambar kenangan di sawah. Untuk menjamu selera, tetamu Homestay Mawar boleh ke Melati Steak Cafe yang berdekatan.

Alamat: Lorong Mawar, Jalan Bomba, Sungai Kajang Baru, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-442 8948

Whatsapp Homestay Mawar


Memang banyak homestay yang menarik boleh anda kunjungi di Tanjung Karang ini. Kalau anda nak menginap di salah satu homestay ni, lebih baik anda tempat cepat-cepat. Manataknya, nanti takut penuh je bila anda nak bercuti. Maklumlah bukan anda je yang nak ke Tanjung Karang.

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Suhaila
Suhaila
2 years ago

Terbaik admin

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x