Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kedai Basikal Best di Alor Setar dan Jitra

Aktiviti berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana ianya satu bentuk senaman yang paling baik untuk menyihatkan tubuh badan. Berbasikal juga boleh dilakukan bersama ahli keluarga dan komuniti setempat bagi mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Penunggang basikal boleh menyertai kumpulan berbasikal di tempat masing-masing agar aktiviti berbasikal anda tidak terasa bosan dan kepenatan yang dikongsi berbaloi.

Terdapat pelbagai jenis basikal yang boleh digunakan bagi aktiviti riadah berbasikal, antaranya ialah basikal lipat, basikal BMX, basikal tua, basikal roadgear, basikal senaman dan basikal budak untuk kanak-kanak. Antara sukan berbasikal yang menarik untuk dilakukan di masa lapang adalah seperti sukan berbasikal ekstrem, berbasikal di kawasan gunung, berbasikal di hutan dan lumba basikal.

Sekiranya anda berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan berbasikal, anda disarankan untuk mendapatkan basikal berkualiti tinggi dan tahan lama. Aksesori-aksesori sukan berbasikal turut menjadikan aktiviti berbasikal anda bergaya dan trendy. Khusus buat penduduk Kedah,  artikel ini menampilkan 10 kedai basikal yang best untuk anda kunjungi di sekitar kawasan Alor Setar dan Jitra.

Kedai Basikal Best Di Alor Setar


1. Basikal Alor Setar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Basikal Alor Setar

Basikal Alor Setar menawarkan pelbagai jenis basikal untuk memenuhi kegiatan aktiviti riadah dan keperluan harian anda. Terdapat pelbagai jenis mobility scooter, basikal kanak-kanak dan aksesori basikal dijual di sini.  Para pelanggan boleh membuat pertanyaan mengenai produk dan senarai harga bagi setiap produk menerusi perbualan Whatsapp. Pembelian basikal boleh dibuat menerusi COD bagi setiap tempahan basikal. Bagi mendapatkan makluman lanjut mengenai produk terbaru , promosi terkini dan promosi yang akan datang, ikuti laman Facebook Basikal Alor Setar sekarang!

Alamat: No. 77, Tingkat Bawah, Kompleks Perniagaan Utama Sultanah Sambungan, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10.30am-8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone : 019-496 3769

Whatsapp Basikal Alor Setar

 

2. Qlasco Toys Alor Setar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Basikal Alor Setar

Sekiranya anda sedang mencari basikal terbaik untuk anak anda, anda diwajibkan mengunjungi  Qlasco Toys Alor Setar untuk mencari model basikal yang best untuk kanak-kanak. Selain terletak di Alor Setar, Qlasco Toys turut mempunyai 9 cawangan di seluruh Malaysia.

Pelanggan boleh membuat pembelian basikal di Qlasco Toys Alor Setar dengan mengunjungi outlet ataupun pembelian di atas talian di laman web Qlasco Toys Alor Setar. Pelbagai jenis basikal kanak-kanak dijual, antaranya ialah e-bike, skuter dan basikal roda tiga yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mahu belajar menunggang basikal.

Rekaan produk-produk yang ditawarkan sememangnya mesra kanak-kanak , yang mana produk basikal hadir dengan warna-warna yang funky dan bergaya.  Produk basikal yang menarik dari Qlasco Toys Alor Setar bakal membuatkan aktiviti riadah bersama anak-anak lebih menarik dan menyeronokkan.

Alamat: No. 15, Tingkat G Kompleks Perniagaan Utama, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, , 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10.30am-8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 017-977 3769

Whatsapp Qlasco Toys Alor Setar

 

3. Neutral Cycle Bike Centre , Kampung Tanjong Bendahara

Neutral Cycle Bike Centre

Neutral Cycle Bike Centre  menawarkan pelbagai jenis basikal bagi aktiviti riadah dan keperluan harian.  Neutral Cycle Bike Centre turut menjual aksesori-aksesori basikal seperti kit membaiki basikal, rangka basikal, tayar basikal, rim basikal, dan pam basikal. Laman Facebook Neutral Cycle Bike Centre   sering kali memuat naik makluman terkini mengenai produk-produk terbaru dan promosi menarik. Ikuti laman Facebook Neutral Cycle Bike Centre  bagi mendapatkan makluman mengenai promosi dan produk terkini di kedai.

Alamat:No 4 Medan Bendahara, Jalan Tanjong Bendahara, Kampung Tanjong Bendahara, 05050 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10.30am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-730 7381

 

4. Yeu Bike Sdn Bhd, Taman Pesisiran Tanjung Chali

Yeu Bike Sdn Bhd

Yeu Bike Sdn Bhd menawarkan basikal-basikal dengan harga yang murah dan terus dari gudang. Terdapat pelbagai jenis basikal yang dijual, antaranya basikal kanak-kanak, basikal kembara, basikal tua, basikal baru dan banyak lagi. Aksesori basikal juga banyak dijual di outlet Yeu Bike Sdn Bhd. Sekiranya anda berhasrat untuk mencari basikal bagi kegunaan anak-anak untuk ke sekolah, anda disarankan mengunjungi kedai basikal Yeu Bike Sdn Bhd untuk mendapatkan basikal berkualiti dengan harga yang berpatutan. 

Alamat: Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05050 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone:017-475 1985

Whatsapp Yeu Bike Sdn Bhd

 

 

5.  GIANT Bicycle Alor Setar , Taman Sultan Badlishah

GIANT Bicycle Alor Setar

Kedai basikal GIANT Bicycle Alor Setar yang terletak di Taman Sultan Badlishah menawarkan pelbagai jenis basikal moden dan trendy bagi memenuhi keperluan aktiviti riadah anda. Terdapat pelbagai jenis basikal dijual di GIANT Bicycle Alor Setar , antaranya basikal cyclocross, basikal jalan raya, basikal kecergasan dan basikal kembara. Kedai basikal GIANT Bicycle Alor Setar  sering kali dikunjungi oleh peminat sukan basikal untuk mencari model basikal bersesuaian dengan keperluan sukan berbasikal mereka.

Rangka basikal yang dijual adalah kebanyakannya ringan dan mudah diangkut ke mana-mana.  GIANT Bicycle Alor Setar turut menjual pelbagai aksesori basikal seperti pam basikal dan brek basikal.  Sekiranya anda peminat sukan berbasikal, anda disarankan untuk mengunjungi GIANT Bicycle Alor Setar bagi mencari kelengkapan basikal berkualiti tinggi untuk aktiviti sukan berbasikal anda.

Alamat:10, Persiaran Hijau Kuning, Taman Sultan Badlishah, 05300 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 04-772 2713

 

6.  Kedai Repair Basikal Eng Zjun , Taman Nuri

Kedai Repair Basikal Eng Zjun3

Sekiranya basikal anda rosak, anda bolehlah menghantar basikal anda ke Kedai Repair Basikal Eng Zjun  untuk dibaiki dan diservis.  Terdapat pelbagai alat ganti basikal dijual di kedai ini bagi memastikan keadaan basikal anda dalam keadaan baik.  Selain daripada membaiki basikal, pelanggan boleh mencari basikal-basikal terpakai yang dijual dengan harga yang murah. Terdapat pelbagai ulasan-ulasan bisnes yang positif daripada pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan.

Alamat: 873, Jalan Datuk Kumbar, Taman Nuri, 05300 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 04-734 8242

 

7. Octo Bicycle , Taman Bandar Baru Mergong

Octo Bicycle

Octo Bicycle menawarkan pelbagai jenis basikal untuk aktiviti riadah anda, antaranya ialah basikal BMX, basikal gunung, basikal bandaran (city bikes), basikal lipat, basikal kanak-kanak, e-bikes, dan aksesori basikal. Octo Bicycle turut menjual set tayar basikal dari pelbagai jenama, antaranya ialah jenama tayar basikal Wiel yang dikenali dengan kualiti terunggul dan tahan lama. Terdapat juga pelbagai jenis system pergantungan (suspension system) tayar basikal berkualiti tinggi yang membolehkan basikal dikayuh dengan selamat di kawasan jalan tidak berturap dan kawasan gunung.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai spesikasi basikal, pelanggan disarankan melawat laman Facebook Octo Bicycle. Octo Bicycle kini mempunyai kedai atas talian di portal membeli-belah Shopee, yang mana pelanggan boleh membeli basikal dan alat ganti basikal secara online.

Alamat: No. 409, Jalan Perusahaan 6, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah.

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:011-4000 7888

Whatsapp Octo Bicycle

 

Kedai Basikal Best Di Jitra


8. KH Bikes,  Pekan Jitra

KH Bikes

KH Bikes menjual pelbagai jenis basikal dari jenama-jenama basikal terkenal seperti Shimano, Polygon, PRO, Schwalbe, Kabuto dan pelbagai lagi. Antara produk menarik yang ditawarkan adalah basikal yang direka khusus untuk wanita yang gemarkan sukan berbasikal, yang mana rekaan struktur basikal disesuaipadankan mengikut anatomi tubuh wanita bagi menjamin keselesaan sewaktu berbasikal.

Selain daripada menjual basikal, KH Bikes turut menjual pelbagai aksesori sukan berbasikal seperti helmet, kasut, botol air, kit membaiki basikal, tayar basikal dan banyak lagi. Roda-roda basikal yang dijual adalah direka khusus bagi memastikan kayuhan basikal anda laju di permukaan jalan tidak rata ataupun di denai-denai gunung.  Selain daripada membeli basikal di outlet KH Bikes, pelanggan juga boleh membeli basikal menerusi portal membeli-belah di atas talian Shopee.  KH Bikes sememangnya kedai basikal yang harus dikunjungi sekiranya anda berhasrat untuk berbasikal dengan lebih bergaya dan trendy. 

Alamat: 41-42, Kompleks Baru, Jalan Jitra, Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi:  9.30pm-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:04-917 8899

Whatsapp KH Bikes

 

9. TM Bike Sdn.Bhd., Taman Tengku Maheran

TM Bike Sdn.Bhd.

TM Bike Sdn.Bhd. yang ditubuhkan pada 2011 menjual pelbagai jenis basikal dan aksesori basikal. Antara jenis-jenis basikal yang dijual adalah seperti basikal gunung, basikal bandaran (city bikes), basikal lipat, basikal kanak-kanak, e-bike, dan aksesori basikal. Basikal-basikal di TM Bike Sdn.Bhd. hadir dari pelbagai jenama popular antaranya ialah Pardus, Alcott, Kespor, EMC, Twitter, Trinx, XDS,TRS, Superteam, Corsa, Token, Maxxis, Panaraser. Terdapat juga baju sukan berbasikal yang mudah serap peluh bagi menjamin keselesaan anda dan kelihatan bergaya sewaktu berbasikal.

Selain daripada menjual basikal, TM Bike Sdn.Bhd turut menawarkan perkhidmatan mencuci dan menyelenggara basikal agar prestasi basikal anda sentiasa dalam keadaan optimum. Laman Facebook TM Bike Sdn.Bhd sering kali memuat naik update terkini mengenai produk-produk terbaru, spesifikasi produk dan promosi menarik. Oleh itu, ikuti Laman Facebook TM Bike Sdn.Bhd agar anda tidak ketinggalan mendapatkan makluman mengenai promosi dan produk terkini.

Alamat:13, Jalan Tengku Maheran, Taman Tengku Maheran, 06000, Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:04-9190366

Whatsapp TM Bike Sdn.Bhd.

 

10. Basikal Jitra , Kompleks Perniagaan Jitra 2

Basikal Jitra

Basikal Jitra menawarkan kepelbagaian basikal untuk kegunaan harian. Basikal-basikal yang ditawarkan sesuai untuk dihadiahkan kepada anak-anak bagi memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah dan aktiviti riadah mereka. Antara produk menarik ialah basikal tiga tempat duduk (three-seater) bagi membolehkan ibu bapa menunggang basikal bersama anak mereka. Basikal ini disertakan sekali dengan tempat duduk kanak-kanak yang selesa.

Terdapat juga model basikal kanak-kanak disertakan dengan peralatan jengkaut dan rekaan berupa motosikal berkuasa tinggi bagi memastikan aktiviti riadah anak-anak lebih seronok dan menarik. Pelanggan boleh membuat pertanyaan mengenai model basikal dan tempahan basikal yang ingin dibeli. Pembayaran boleh dibuat menerusi COD. Basikal-basikal yang dijual di kedai Basikal Jitra amat sesuai bagi menggalakkan anak-anak anda keluar beriadah dan menyertai aktiviti cergas dengan berbasikal.

Alamat: No. 42 & 43 Jalan Kompleks Jitra 2/1 Kompleks Pernigaan Jitra 2, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 10.30am-8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:017-991 3769

Whatsapp  Basikal Jitra 

4/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Basikal Kulim & Sungai Petani yg Best

Sukan berbasikal (cycling) sememangnya satu sukan yang tidak asing didengari lagi. Sukan yang semakin terkenal dan digemari ramai ini dapat memberikan banyak manfaat pada...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x