Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Basikal Kulim & Sungai Petani yg Best

Sukan berbasikal (cycling) sememangnya satu sukan yang tidak asing didengari lagi. Sukan yang semakin terkenal dan digemari ramai ini dapat memberikan banyak manfaat pada diri. Untuk mengikuti aktiviti berbasikal ini anda memerlukan basikal yang terbaik daripada kedai yang boleh dipercayai. Di sini kami membantu anda menyenaraikan 10 kedai basikal yang sememangnya menarik di Kulim dan Sungai Petani.

Harga dan kualiti bukanlah satu masalah di sini kerana dijamin memang berpatutan. Di samping itu, pelbagai barangan basikal yang menarik boleh diperolehi dan basikal anda yang rosak juga boleh dibaiki. Bukan itu sahaja, kedai basikal ini juga ada menawarkan pelbagai basikal berjenama yang hebat.

Jadi, teruskan membaca untuk ketemu kedai basikal yang best di Sungai Petani dan Kulim!

Kedai Basikal Menarik Di Kulim


1. Soon Lee Bicycle Shop

Soon Lee Bicycle Shop

Soon Lee Bicycle Shop menawarkan pelbagai basikal yang hebat dengan harga yang berpatutan. Antara basikal yang dijual di sini ialah basikal lipat, Fixie, basikal jalan raya, basikal kanak-kanak dan banyak lagi. Sekiranya anda merupakan penggemar basikal dan meminati basikal yang mempunyai reka bentuk terkini, anda harus kunjungi kedai mereka. Basikal yang mempunyai reka bentuk terkini ini akan membuatkan anda kelihatan bergaya sewaktu menunggangnya.

Mereka juga menawarkan pelbagai alat ganti basikal yang mampu membuatkan basikal anda berfungsi dengan baik. Memang sukar untuk mencari ulasan yang negatif di ruangan ulasan mereka kerana rata-rata pelanggan yang berkunjung ke kedai ini akan berpuas hati. Kepada anda yang malas membayar barangan anda menggunakan wang tunai, jangan risau kerana anda boleh membayarnya menggunakan TNG eWallet atau secara kredit.

Alamat: Taman desa kasturi,, 72, Jalan Keladi, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-490 9782

Whatsapp Soon Lee Bicycle Shop


2. Ceria Impian Enterprise 

Ceria Impian Enterprise 

Sekiranya anda baru menceburi sukan berbasikal atau masih mencari basikal untuk aktiviti riadah, anda perlu berkunjung ke kedai basikal Ceria Impian Enterprise. Mereka menawarkan basikal yang hebat daripada pelbagai jenama terkenal. Selain itu, mereka juga menjual basikal yang sesuai bagi kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Jika basikal kesayangan anda perlu di servis, anda boleh datang ke kedai mereka kerana perkhidmatan servis mereka sememangnya yang terbaik.

Di sini juga anda juga boleh mendapatkan pelbagai alat ganti yang menarik untuk mengubah suai basikal anda supaya menjadi lebih hebat. Sekiranya anda ingin melihat gambar basikal yang dijual di kedai ini, anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan info terkini tentang kedai mereka.

Alamat: Lot 591 A, Jalan Lunas, Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm, Khamis tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-440 3934

Whatsapp Ceria Impian Enterprise 


3. Qlasco Toys Kulim

Qlasco Toys Kulim

Sekiranya anda masih mencari basikal yang sesuai untuk anak-anak anda, sila mengunjungi kedai basikal Qlasco Toys yang terletak di Kulim ini. Basikal kanak-kanak di sini sangat menarik kerana direka dengan corak kartun yang terkenal dan semestinya akan membuatkan anak-anak anda menyukainya. Harga bagi basikal atau barangan yang ditawarkan di kedai mereka memang murah-murah. Bukan basikal kanak-kanak sahaja yang boleh didapati di sini tetapi basikal yang cantik-cantik untuk orang dewasa juga ada dijual.

Yang menariknya lagi, anda boleh mendapatkan mini Tuk Tuk elektrik premium yang terkini di sini. Tidak rugi jika anda membelinya kerana anda ditawarkan dengan pelbagai benda yang menarik antaranya ialah diberikan servis percuma seumur hidup, penghantaran percuma bagi kawasan Kulim, boleh mencubanya dahulu sebelum membeli dan kualiti mini Tuk Tuk elektrik ini juga dijamin.

Alamat: 871, Taman Kempas 3, Kampung Ayer Merah, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 11.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-877 9605

Whatsapp Qlasco Toys Kulim

4. Kedai Basikal Hock Seng Hin, Kulim

Kedai Basikal Hock Seng Hin, Kulim

Kedai Basikal Hock Seng Hin yang terletak di Kulim, Kedah ini merupakan antara kedai basikal yang terbaik dan mampu membuatkan anda menjadi rambang mata dengan pilihannya yang pelbagai. Sekiranya anda merupakan penggemar basikal Fixie, anda wajib untuk berkunjung ke kedai ini kerana mereka ada menawarkan basikal Fixie dengan reka bentuk terkini dengan harga yang berpatutan.

Mereka hanya menyediakan servis yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan. Berada di kedudukan yang strategik juga membuatkan kedai mereka sangat mudah untuk dijumpai. Pekerja mereka juga sedia memberikan kerjasama yang baik dengan anda dan akan membantu anda dalam proses membuat pilihan basikal yang hendak dibeli.

Alamat: 128, Jalan Tunku Putra, Kulim, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 10.30am – 7.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-598 8627

Whatsapp Kedai Basikal Hock Seng Hin Kulim


5. ALI PLUS CYCLE

ALI PLUS CYCLE

ALI PLUS CYCLE merupakan salah satu kedai basikal yang menarik dan wajib untuk anda kunjungi. Mereka sering membuat promosi hebat untuk basikal-basikal yang terpilih. Jika anda tidak ingin terlepas sebarang info tentang promosi hebat di kedai ini, anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka. Sekiranya anda memerlukan panduan untuk memasang basikal lipat, jangan risau kerana mereka juga ada menyediakan tutorial pemasangan di Facebook.

Kedai basikal ALI PLUS CYCLE ini bukan sahaja terdapat di Kulim, Kedah tetapi mereka juga telah mempunyai cawangan lain seperti di Penanti Kubang Semang dan Penang. Di sini juga anda boleh mencari alat ganti dan aksesori basikal yang menarik. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan servis basikal dan membaiki basikal yang rosak.

Alamat: 14, Lorong Kancil 1/1, Taman Sang Kancil, 09600 Lunas, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm, Jumaat tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-570 4585

Whatsapp ALI PLUS CYCLE

 

Kedai Basikal Menarik Di Sungai Petani


6. SH Cycling Zone

SH Cycling Zone

Kedai basikal SH Cycling Zone yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini menawarkan pelbagai basikal yang berkualiti dengan tawaran harga yang menarik. Antara basikal yang dijual di sini ialah basikal Fixie, basikal kanak-kanak, basikal lipat, basikal jalan raya dan banyak lagi. Selain itu, antara jenama basikal yang mereka tawarkan adalah jenama Polygon, Camp dan Twitter. Alat ganti seperti tayar, rangka badan basikal atau helmet keselamatan yang patut digunakan ketika berbasikal juga boleh di beli di sini.

Anda tidak akan rugi atau berasa menyesal sekiranya mengunjungi kedai mereka kerana kedai basikal SH Cycling Zone ini hanya akan memberikan yang terbaik untuk anda. Barangan atau basikal di kedai mereka juga 100% original. Pekerja mereka juga sangat friendly dan suka berkongsi pengetahuan tentang basikal dengan pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke sini.

Alamat: 33, Jalan Sekerat, Taman Kampian, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-440 1030

Whatsapp SH Cycling Zone


7. Kedai Basikal Heng Sooi

Kedai Basikal Heng Sooi

Kedai Basikal Heng Sooi menawarkan pelbagai basikal untuk pelbagai kategori umur. Bukan itu sahaja, basikal daripada pelbagai jenama seperti Trinx, Trs, Cronus, Raleigh dan banyak lagi juga boleh didapati di sini. Kualiti bagi basikal yang ditawarkan dijamin berkualiti tinggi. Tidak perlu risau tentang harga basikal yang dijual kerana harga basikal mereka memang tidak boleh didapati di kedai basikal lain. Anda juga boleh mencari basikal seperti Fixie, basikal lipat, basikal kanak-kanak, basikal jalan dan banyak lagi di kedai mereka.

Anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka sekiranya ingin melihat gambar basikal yang dijual. Kesemua pelanggan yang telah berkunjung ke kedai mereka memang berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan kualiti barang yang dijual. Ada sesetengah basikal yang mereka jual merupakan basikal yang mempunyai design daripada Italy.

Alamat: 5A Jalan Sekerat , Taman Kampian,, Pekan Lama, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-423 4080

Whatsapp Kedai Basikal Heng Sooi


8. Option Cyclist Bicycle shop

Option Cyclist Bicycle shop

Option Cyclist Bicycle shop merupakan kedai basikal di Sungai Petani yang menawarkan pelbagai jenis model basikal seperti basikal kanak-kanak, mountain bike, downhill bike dan basikal jalan raya. Sekiranya anda mempunyai niat untuk mengubah suai basikal kesayangan anda menjadi lebih menarik, anda wajib untuk berkunjung ke sini kerana mereka menawarkan pelbagai aksesori basikal yang cantik. Bukan itu sahaja, alat ganti seperti tayar basikal, rim brek, carbon wheelset, dan ceramic bearing juga ditawarkan di sini.

Yang istimewanya di sini ialah mereka ada menjual Bryton GPS yang boleh diletakkan pada basikal anda dan digunakan sewaktu berbasikal. Alat canggih ini juga membuatkan anda tidak akan sesat sekiranya ingin berbasikal di tempat yang baru dikunjungi. Barangan atau basikal yang mereka tawarkan memang dengan harga yang mampu milik.   

Alamat: 21D, Taman Perpaduan, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-421 0844

Whatsapp Option Cyclist Bicycle shop


9. Basikal Kedah

Basikal Kedah

Basikal Kedah merupakan antara kedai basikal yang sememangnya menarik untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis model basikal berjenama dan berkualiti tinggi. Sekiranya basikal anda perlu dibaiki, anda boleh menghantar basikal anda ke kedai mereka kerana mereka menawarkan perkhidmatan membaiki basikal yang akan dilakukan oleh pekerja mereka yang mahir. Jika anda meminati basikal model MTB, anda boleh mendapatkannya di sini kerana mereka banyak menawarkan basikal MTB dengan pilihan warna yang cantik dan design yang menarik.

Bukan itu sahaja, mereka juga menjual pelbagai mainan untuk kanak-kanak yang mampu memberikan keseronokkan untuk anak-anak anda. Selain itu, untuk ibu-ibu yang masih mencari barangan bayi seperti walker dan stroller juga boleh mendapatkannya di kedai ini.

Alamat: Resort Home, A23, Jalan Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-520 6414

Whatsapp Basikal Kedah


10. YHJ TRADING

YHJ TRADING

Kedai basikal YHJ TRADING menyediakan pelbagai pilihan basikal untuk anda yang baru ingin berjinak-jinak dalam sukan berbasikal atau kepada anda yang masih mencari basikal. Di sini anda boleh mendapatkan basikal daripada pelbagai jenama hebat dan mempunyai reka bentuk terbaik. Bukan hitam atau putih sahaja pilihan warna basikal yang disediakan malah warna menarik seperti hijau, merah, biru, oren dan banyak lagi juga boleh didapati di sini.

Selain itu, basikal yang mereka tawarkan juga akan menepati cita rasa anda kerana basikal-basikal mereka memang sangat cantik. Alat ganti seperti rangka badan basikal dengan pilihan warna biru, merah dan ungu juga boleh dibeli di kedai ini. Ia mampu membuatkan basikal anda kelihatan lebih bergaya dan menarik.

Alamat: 65, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 7.30pm, Isnin tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-538 9262

Whatsapp YHJ TRADING


Konklusinya, jangan terlepas untuk mendapatkan basikal yang hebat sementara stock masih ada. Bukan itu sahaja, anda berpeluang juga untuk mengubah suai basikal kesayangan anda supaya menjadi lebih cantik dan menarik. Ramai orang yang akan iri hati melihat perubahan basikal anda. Jadi marilah mengunjungi kedai-kedai basikal terbaik ini.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Kedai Basikal Best di Alor Setar dan Jitra

Aktiviti berbasikal (cycling) sememangnya menyeronokkan kerana ianya satu bentuk senaman yang paling baik untuk menyihatkan tubuh badan. Berbasikal juga boleh dilakukan bersama ahli keluarga...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x