Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Basikal Seremban yg Best & Murah

Aktiviti berbasikal (cycling) merupakan salah satu aktiviti riadah yang mampu membuatkan kita berasa tenang dan menjamin kesihatan badan kita menjadi lebih baik. Oleh itu, untuk melengkapkan aktiviti berbasikal ini anda memerlukan sebuah basikal yang terbaik agar boleh mendapatkan kayuhan yang sempurna. Di sini anda boleh mendapatkan basikal terbaik daripada pelbagai jenama yang terkenal, kos yang murah dan mempunyai reka bentuk terkini.

Bukan itu sahaja, kini kedai basikal menawarkan pelbagai perkhidmatan atau barangan basikal yang boleh diperoleh. Sebagai contoh membaik pulih basikal, membeli aksesori untuk mencantikkan basikal, alat ganti agar basikal dapat berfungsi dengan baik dan alatan servis. Kami kongsikan top 10 kedai basikal yang menarik di Seremban yang wajib untuk anda kunjungi sekirannya anda ingin mendapatkan basikal yang terbaik.

Kedai Basikal Best Di Seremban


1. Nam Huat Bicycle

Nam Huat Bicycle

Nam Huat Bicycle merupakan salah satu kedai basikal terbaik yang patut anda kunjungi sekiranya ingin mendapatkan basikal yang menarik. Mereka menawarkan pelbagai jenis basikal dengan tawaran harga yang murah-murah. Selain itu, mereka juga akan memberikan servis yang terbaik agar anda akan berpuas hati dan anda juga tidak akan menyesal jika mengunjungi kedai ini kerana produk mereka memang mempunyai kualiti yang tinggi.

Anda juga boleh mendapatkan basikal dengan warna kegemaran anda kerana basikal di sini mempunyai pelbagai warna dan direka dengan reka bentuk terkini. Sememangnya sukar untuk mencari ulasan yang negatif di ruangan ulasan mereka kerana rata-rata pelanggan yang telah berkunjung ke sini memang berpuas hati dan menyukai kedai ini.

Alamat: No 13, Jalan Tun Dr Ismail, Seremban, 70200, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 10.00am – 8.30pm, Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 06-763 9396


2. MODERN CYCLERY STUDIO

MODERN CYCLERY STUDIO

MODERN CYCLERY STUDIO, seperti namanya, kedai basikal ini menawarkan pelbagai basikal-basikal moden yang akan membuatkan anda kelihatan bergaya sewaktu menunggangnya. Pelbagai basikal yang hebat daripada jenama terkenal seperti Alcott, Capriolo, Kespor dan banyak lagi juga boleh didapati di sini. Harga basikal di sini merupakan harga bajet yang akan membuatkan anda mampu menjimatkkan duit dalam perbelanjaan basikal.

Mereka juga mempunyai staf yang sangat friendly dan tidak kedekut untuk berkongsi pendapat tentang basikal dengan anda. Pilihan basikal yang hebat di sini akan mampu membuatkan anda menjadi rambang mata dan anda tidak akan menyesal jika ke kedai ini kerana mereka sememangnya yang terbaik. Sekiranya anda ingin membuat survey basikal dahulu, anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka.

Alamat: PT 4508, Persiaran Senawang 1, Taman Sri Mawar, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu: 10.30am – 7.00pm, Ahad: 11.00am – 4.00pm, Isnin (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-216 1263

Whatsapp MODERN CYCLERY STUDIO


3. Street Rider Basikal Trading

Street Rider Basikal Trading

Street Rider Basikal Trading merupakan antara kedai basikal yang terbaik di Seremban. Mereka menawarkan pelbagai model basikal yang hebat dengan harga yang mampu milik. Antara basikal yang mereka tawarkan ialah basikal lipat, basikal jalan raya, mountain bike, bmx dan basikal kanak-kanak. Sekirannya anda berkunjung ke kedai mereka, anda pasti akan rambang mata dengan pilihan mereka yang pelbagai.

Bukan itu sahaja, basikal yang mereka tawarkan juga mempunyai design yang cantik dan warna yang pelbagai. Jangan risau sekiranya basikal kesayangan anda rosak kerana mereka juga ada menawarkan perkhidmatan membaiki basikal. Di sini bukannya hanya pekerja sahaja yang memiliki sikap yang ramah malah pemilik kedai ini juga mempunyai sikap yang mesra dan baik.

Alamat: 6052, Jalan SJ 5/1, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm, Isnin (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-724 5529

Whatsapp Street Rider Basikal Trading


4. HPS HO Bicycle Trading

HPS HO Bicycle Trading

HPS HO Bicycle Trading menawarkan basikal untuk pelbagai kategori umur. Antara jenama basikal yang boleh didapati di sini ialah Xds, Hulda, Treking, Max dan banyak lagi. Selain itu, antara basikal yang mereka tawarkan adalah basikal lajak, Fixie, basikal jalan raya, basikal lipat dan basikal kanak-kanak. Semestinya dengan tawaran harga yang berpatutan. Sekirannya anda ingin melihat gambar basikal yang dijual, anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka dan anda juga tidak terlepas sebarang promosi hebat yang akan ditawarkan.

Yang menariknya di sini, mereka ada menjual lampu belakang LED yang mampu memancarkan cahaya berwarna merah yang cantik dan boleh menjamin keselamatan anda untuk berbasikal pada waktu malam. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pelbagai lagi aksesori basikal yang menarik dan mampu mencantikkan basikal kesayangan anda.

Alamat: No 9 Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Seremban, 70450 Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 11.00am – 8.00pm, Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-970 9948

Whatsapp HPS HO Bicycle Trading


5. Kedai Basikal Rahang Cycle, Seremban

Kedai Basikal Rahang Cycle, Seremban

Rahang Cycle menjual pelbagai jenis basikal yang sesuai digunakan untuk aktiviti berbasikal. Antaranya ialah mountain bike, basikal lipat, basikal jalan raya, fixie dan basikal kanak-kanak. Selain itu, pelbagai jenama basikal yang hebat ada dijual di kedai ini. Bukan sahaja boleh membeli basikal di sini tetapi aksesori yang cantik dan menarik juga boleh diperoleh. Semestinya dengan tawaran harga yang baik. Anda patut mengunjungi kedai mereka sekiranya anda memerlukan mekanik yang terbaik dan mempunyai banyak pengalaman dalam aktiviti berbasikal untuk membaiki basikal kesayangan anda yang sudah rosak.

Kedai basikal yang terletak di Seremban ini sudah mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam perniagaan basikal. Dengan pengalaman yang sudah lama dalam bidang ini membuatkan mereka telah banyak menaik taraf kedai mereka menjadi lebih baik sama ada dari segi kualiti produk yang dijual atau cara melayan pelanggan agar sentiasa berpuas hati.

Alamat: 98, Jalan Tuanku Antah, Bukit Rasah, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 10.00am – 7.00pm, Ahad: 11.00am – 2.00pm

Lokasi | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: 016-620 9635

Whatsapp Rahang Cycle

Kedai Basikal Best Di Seremban 2


6. ABS Authentic Bike Station

ABS Authentic Bike Station

ABS Authentic Bike Station merupakan salah satu kedai basikal di Senawang 2 yang terbaik dan wajib untuk anda kunjungi. Di sini menawarkan pelbagai jenis basikal untuk kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Selain itu, banyak alat ganti yang boleh dibeli di sini antaranya ialah tempat duduk yang lebih selesa, pedal pengayuh dan banyak lagi. Mereka juga sering membuat promosi pada barang yang terpilih. Untuk tidak terlepas sebarang promosi hebat dan update terkini, anda perlu untuk mengikuti Facebook rasmi mereka.

Yang istimewanya di sini, mereka ada menjual set pembersih basikal yang boleh didapati dengan harga RM 90. Ia juga akan menjamin kebersihan basikal anda kerana set pembersih ini mampu menanggalkan kotoran degil yang melekat pada basikal anda. Hasilnya tidak akan mengecewakan kerana basikal anda akan kelihatan baru.

Alamat: 82 & 83, Jalan S2 D33 City Centre, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10.30am – 6.00pm, Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-388 7899

Whatsapp ABS Authentic Bike Station


7. DC CYCLES

DC CYCLES

Kedai basikal DC CYCLES yang terletak di Senawang 2 ini menawarkan banyak basikal yang menarik. Antaranya ialah mountain bike, basikal jalan raya, basikal lipat, basikal kanak-kanak dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan aksesori yang cantik-cantik untuk basikal kesayangan anda di sini. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh mendapatkan komponen basikal yang baru agar basikal anda mampu berfungsi dengan baik.

Yang menariknya, mereka ada menjual jersey yang sesuai untuk digunakan ketika melakukan aktiviti berbasikal. Kain baju jersey ini juga tidak tebal dan anda akan merasa selesa sewaktu memakainya. Basikal atau barangan yang dijual di kedai ini memang berkualiti dan dijual dengan harga yang tidak boleh didapati di kedai lain.

Alamat: 187, Jalan S2 B22, Pusat Perdagangan Centrio, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Jln S2 B20, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 12.00pm – 8.00pm, Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-665 7109

Whatsapp DC CYCLES


8. Poke’mon Toys Planet

Poke'mon Toys Planet

Poke’mon Toys Planet menawarkan banyak basikal yang menarik untuk pelbagai kategori umur dan aksesori basikal yang cantik-cantik. Bagi menjamin keselamatan anda sewaktu berbasikal, anda boleh membeli alatan keselamatan seperti helmet di kedai ini. Selain itu, untuk ibu-ibu yang masih mencari keperluan bayi seperti baby walker juga boleh didapati di sini. Mereka juga menawarkan banyak mainan kanak-kanak yang mampu memberikan keseronokan kepada anak-anak anda. Antaranya ialah skuter, kereta mainan, skateboard dan banyak lagi.

Yang hebatnya di sini, mereka ada menjual mini motorsikal untuk kanak-kanak dengan harga yang berpatutan. Ia juga mempunyai reka bentuk terkini dan canggih. Mini motorsikal ini juga mempunyai banyak pilihan warna seperti merah, biru, hitam dan putih. Semestinya ia mampu menarik perhatian anak anda.

Alamat: S2, No 38, Jalan S2 F1 Garden Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 12.00pm – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-609 5173

Whatsapp Poke’mon Toys Planet


9. S elevan toys – S11 toys

S elevan toys - S11 toys

Kepada anda yang masih mencari basikal elektrik yang terbaik, anda perlu mengunjungi S elevan toys – S11 toys. Di sini menawarkan pelbagai basikal elektrik yang mempunyai pelbagai warna menarik dan dengan harga yang berpatutan. Dengan menggunakan basikal elektrik ini juga kita mampu untuk selamatkan alam sekitar daripada terus tercemar. Selain itu, pelbagai alat ganti untuk basikal elektrik juga ada dijual di sini. Sekirannya anda mencari basikal kanak-kanak yang menarik dan direka dengan corak kartun terkenal, anda perlu untuk ke sini. Basikal yang cantik ini akan menarik minat anak anda untuk berbasikal.

Bukan itu sahaja, di sini juga menjual pelbagai mainan kanak-kanak, sebagai contoh robot mainan, topeng kartun terkenal, belon, dan macam-macam lagi. Mainan-mainan di sini juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk anak-anak anda.

Alamat: 38, Jalan S2 B16, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 11.00am – 8.00pm, Isnin (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-695 5256

Whatsapp S elevan toys – S11 toys


10. Kedai Basikal Pak Anjang

Kedai Basikal Pak Anjang

Kedai Basikal Pak Anjang menawarkan banyak jenis basikal yang boleh digunakan sewaktu melakukan aktiviti berbasikal. Sekiranya anda mempunyai niat untuk mengubah suai basikal kesayangan anda, sila berkunjung ke sini kerana kedai ini merupakan antara kedai alat ganti yang terkenal dan digemari orang ramai. Terdapat banyak alat ganti yang boleh dibeli di sini antaranya ialah tempat duduk, skru, rangka badan basikal dan banyak lagi. Barangan alat ganti ini juga diimport daripada luar negara dan dijamin memang berkualiti.

Tidak kiralah seteruk apa kerosakan yang berlaku pada basikal anda, mereka mampu membaikinya kerana sememangnya mereka mempunyai mekanik yang terbaik. Anda juga tidak perlu risau tentang harga basikal kerana basikal di sini ditawarkan dengan harga yang menarik.

Alamat: 620, Jalan Gadong Jaya 11, Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 10.30am – 7.00pm, Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-904 0688

Whatsapp My Bicycle Station


Kesimpulannya, anda wajib untuk memiliki basikal yang hebat daripada kedai basikal yang terbaik. Basikal yang baik juga mampu menjamin keselamatan anda sewaktu melakukan aktiviti berbasikal. Anda juga boleh membuat survey di semua kedai di atas sebelum pergi kesana. Dijamin anda akan berpuas hati sekirannya berkunjung ke kedai ini.

 

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Basikal Yang Menarik Di Nilai & Senawang

Berbasikal (cycling) dapat memberikan pelbagai manfaat pada diri seperti dapat menjamin kesihatan diri dan mental. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sewaktu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x