Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Yang Menarik Di Nilai & Senawang

Berbasikal (cycling) dapat memberikan pelbagai manfaat pada diri seperti dapat menjamin kesihatan diri dan mental. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sewaktu melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama yang tersayang. Oleh itu, anda memerlukan basikal yang terbaik agar dapat melakukan aktiviti berbasikal ini tanpa berlaku sebarang masalah yang tidak diingini. Bagi membantu anda mendapatkan basikal yang baik, di sini kami telah menyenaraikan 10 kedai basikal yang boleh dipercayai dan terbaik di Nilai dan Senawang.

Kini, kedai basikal bukan sahaja menawarkan pelbagai model basikal yang hebat malah untuk mencari aksesori yang cantik, alat ganti yang baik, jenama basikal yang terkenal dan perkhidmatan membaiki basikal juga boleh didapati. Semestinya dengan tawaran harga yang berpatutan.

Teruskan membaca untuk lihat senarai kedai basikal di Nilai dan Senawang yang berbaloi kunjungi untuk mendapatkan basikal lawa serta peralatan basikal yang bagus!

Kedai Basikal Best Di Nilai


1. LSK Cyclery

LSK Cyclery

LSK Cyclery menawarkan pelbagai model basikal yang terkini dengan harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, mereka juga tawarkan perkhidmatan membaiki basikal yang akan dilakukan oleh pekerja mereka yang mahir. Sekiranya basikal anda tidak dapat berfungsi dengan baik, jangan risau kerana di kedai basikal LSK Cyclery ini juga menyediakan perkhidmatan servis basikal. Selepas basikal anda di servis, pasti anda akan dapat melakukan kayuhan yang hebat.

Yang menariknya di sini ialah mereka ada menjual kasut dengan design yang cantik dan sesuai untuk dipakai ketika berbasikal. Kasut berjenama SANTIC ini memang berkualiti dan mempunyai banyak pilihan warna. Jika anda mempunyai niat untuk mencantikkan lagi basikal kesayangan anda, sila kunjungi kedai ini kerana mereka juga ada menawarkan pelbagai aksesori yang menarik.

Alamat: Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm, Jumaat tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-263 9881

Whatsapp LSK Cyclery


2. Lasak Pro Ride

Lasak Pro Ride

Lasak Pro Ride menawarkan pelbagai basikal baru, basikal terpakai dan alat ganti basikal. Antara basikal yang boleh didapati di sini ialah mountain bike, basikal jalan raya, BMX dan Kuwahara BMX. Basikal-basikal yang ditawarkan sememangnya berkualiti tinggi dan mempunyai design terkini yang tidak boleh didapati di kedai basikal lain. Selain daripada mempunyai pekerja yang friendly dan akan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada anda, mereka juga akan memberikan free gift yang menarik bagi setiap pembelian basikal yang terpilih.

Bukan itu sahaja, jika anda mencari tayar ganti untuk basikal lipat atau BMX juga boleh mendapatkannya di sini. Ia dijual dengan harga RM 300 sahaja. Sememangnya berbaloi dan berpatutan.

Alamat: No 95, Jalan Timur 6/2D, Bandar Baru Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10.00am – 6.30pm, Ahad: 3.00pm – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-372 1758

Whatsapp Lasak Pro Ride


3. Yk Two Enterprise

Yk Two Enterprise

Yk Two Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2014 di Nilai 3, Negeri Sembilan. Dengan pengalaman melebihi 7 tahun, dapat membuktikan yang kedai ini sememangnya yang terbaik. Mereka menawarkan pelbagai basikal yang sesuai bagi anak-anak yang berusia daripada 2 tahun sehingga ke 14 tahun. Basikal kanak-kanak yang ditawarkan juga merupakan basikal yang berkualiti tinggi dan mempunyai design kartun yang comel.

Bukan hanya basikal berwarna hitam atau putih sahaja yang boleh didapati di sini, malah mereka menawarkan basikal dengan pelbagai pilihan warna. Anda boleh mendapatkan basikal kanak-kanak di kedai ini mengikut warna kesukaan anak-anak anda. Semestinya ia akan menarik minat mereka untuk berbasikal. Selain itu, di sini juga menjual pelbagai mainan kanak-kanak yang menarik seperti skuter, kereta mainan, robot mainan dan banyak lagi.

Alamat: 69, Jalan Nilai 3/3, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10.30am – 8.00pm, Selasa: tutup

Lokasi | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: 016-662 7447

Whatsapp Yk Two Enterprise


4. Lotus Century_toys_bicycle 

Lotus Century_toys_bicycle 

Sekiranya anda masih mencari basikal kanak-kanak yang terbaik, anda harus mengunjungi kedai basikal Lotus Century_toys_bicycle kerana mereka menawarkan pelbagai basikal kanak-kanak yang berkualiti tinggi. Semestinya dengan tawaran harga yang hebat. Selain itu, anda boleh mendapatkan pelbagai basikal kanak-kanak yang mempunyai design kartun popular atau mempunyai warna yang menarik di sini. Dijamin anak-anak anda akan menyukainya.

Pelanggan-pelanggan yang telah berkunjung ke kedai ini memang berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan pilihan yang disediakan. Kedai mereka juga berada di kawasan yang strategik dan mudah untuk dijumpai. Yang menariknya lagi, mereka juga ada menawarkan pelbagai mainan kanak-kanak yang dijual dengan harga yang murah-murah.

Alamat: 790-791, Jalan Nilai 3/4, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10.00am – 7.30pm, Selasa: tutup, Sabtu & Ahad: 10.00am – 9.00pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 06-799 4923


5. Nilai Square Kedai Bicycle

Nilai Square kedai bicycle

Nilai Square Kedai Bicycle adalah salah satu kedai basikal yang terbaik dan wajib untuk anda kunjungi sekiranya ingin mencari basikal baru. Pelbagai model basikal yang boleh didapati di sini dengan tawaran harga yang mampu milik. Basikal di sini juga sesuai untuk semua kategori umur. Kualiti basikal di kedai ini juga dijamin mempunyai kualiti yang bagus. Mereka juga sangat bermurah hati kerana sering memberikan potongan harga yang hebat pada pembelian sesetengah basikal.

Jangan risau sekiranya basikal anda sedang bermasalah kerana di sini mereka mampu membaikinya. Mereka juga tidak kedekut untuk berkongsi ilmu tentang basikal dengan anda. Jika anda ingin melihat gambar basikal yang dijual di kedai ini, anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka.

Alamat: No 23Jalan, Jalan Nilai Square 1, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 11.00am – 6.30pm, Rabu: tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-233 2937

Whatsapp Nilai Square kedai bicycle

 

Kedai Basikal Best Di Senawang


6. Kedai Basikal Perpatih 

Kedai Basikal Perpatih 

Kedai Basikal Perpatih menjual pelbagai jenis basikal dan juga menyediakan perkhidmatan menyelenggara basikal agar basikal anda dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan membaiki basikal yang akan dilakukan oleh pekerja mereka yang mahir. Bukan itu sahaja, kepada anda yang mempunyai niat untuk mengubahsuai basikal kesayangan anda supaya menjadi lebih memukau dan cantik, anda wajib untuk berkunjung ke kedai ini kerana di sini terdapat pelbagai pilihan alat ganti untuk semua jenis basikal.

Basikal yang dijual juga merupakan basikal yang mempunyai reka bentuk terkini dan sukar untuk didapati di kedai basikal lain. Basikal dan barangan yang mereka jual juga dijamin 100% original. Yang istimewanya di sini ialah kasut sukan yang sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti berbasikal dan selesa untuk dipakai. Ia juga dijual dengan harga yang murah.

Alamat: 1, Jalan Desa Anggerik 7, Taman Desa Anggerik, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 11.30am – 7.00pm, Khamis: tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-6129 8451

Whatsapp Kedai Basikal Perpatih 


7. Spedazone, Senawang

Spedazone, Senawang

Kedai basikal Spedazone menawarkan pelbagai jenis basikal, aksesori, keperluan ketika berbasikal dan alat ganti basikal. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan membaiki basikal tanpa perlu anda keluar rumah tetapi ini hanya untuk mereka yang tinggal di kawasan Senawang. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini anda perlu menghubungi atau whatsapp mereka terlebih dahulu.

Yang menariknya di sini ialah mereka ada menjual sabun khas untuk mencuci basikal yang menjamin akan membuatkan basikal anda lebih bersih. Ia juga akan membuatkan basikal kesayangan anda menjadi lebih cantik dan berseri-seri. Sabun ini akan menanggalkan segala kotoran degil yang melekat pada basikal anda. Pekerja mereka juga akan melayan anda dengan baik dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anda.

Alamat: No. 4, Jalan Cattleya 2, Persada Cattleya, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 12.00pm – 8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-767 4110

Whatsapp Spedazone


8. Sopatu Planet World

Sopatu Planet World

Sekiranya anak-anak anda masih tidak mempunyai basikal dan anda ingin mendapatkan basikal kanak-kanak yang terbaik, anda perlu mengunjungi Sopatu Planet World kerana di sini anda boleh mencari basikal kanak-kanak yang mempunyai empat roda sehingga ke basikal yang sesuai untuk anak-anak yang berusia 13 tahun ke atas. Basikal kanak-kanak yang menarik di sini juga sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk anak-anak anda.

Kerana mempunyai kualiti yang tinggi, ia dapat menjamin keselamatan anak-anak anda ketika berbasikal. Basikal kanak-kanak di sini juga mempunyai reka bentuk terkini. Bukan itu sahaja, sekiranya anda masih mencari mainan yang mampu memberikan keseronokkan kepada anak-anak, anda boleh mendapatinya di sini. Antara mainan yang ditawarkan di kedai ini ialah robot, topeng muka kartun, kereta mainan dan banyak lagi.

Alamat: No.69, Tingkat Bawah, Jalan Melur 2, Taman Rasa Sayang, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 11.00am – 11.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 06-675 2443

Whatsapp Sopatu Planet World


9. AB Yow Bicycle Centre

AB Yow Bicycle Centre

Kedai basikal AB Yow Bicycle Centre yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan ini menawarkan pelbagai model basikal yang menarik dengan tawaran harga yang mampu milik. Selain itu, alat ganti basikal seperti pedal pengayuh, tayar ganti dan rantai basikal juga boleh didapati di kedai mereka. Antara jenama basikal terkenal yang boleh ditawarkan di sini ialah Morgan, Amigo, Gainway dan banyak lagi.

Yang menariknya, mereka sering membuat promosi atau memberikan potongan harga yang hebat kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke kedai mereka. Jadi, mengunjungi kedai basikal ini mampu menjimatkan duit anda untuk perbelanjaan basikal. Basikal-basikal yang ditawarkan di sini dijamin berkualiti tinggi. Mereka juga memiliki pekerja yang sangat ramah dan akan membantu anda untuk mendapatkan basikal yang terbaik. Bukan itu sahaja, pemilik kedai basikal ini juga sangat mesra dan baik.

Alamat: No.3G, Jalan TTJ S/A, Taman Tuanku Jaafar, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 9.00am – 8.45pm, Ahad: tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-627 0026 

Whatsapp AB Yow Bicycle Centre


10. Kedai Permainan Kanak Kanak Yoyo

Kedai Permainan Kanak Kanak Yoyo

Kedai Permainan Kanak Kanak Yoyo menawarkan pelbagai basikal yang menarik. Antaranya ialah basikal 3 road, 20″ Metro Bike, basikal kanak-kanak dan Tricycle bicycle. Bukan itu sahaja, di sini juga ada menjual pelbagai mainan kanak-kanak. Antaranya ialah kereta mainan, motorsikal mini, skuter, Push car dan banyak lagi. Basikal dan mainan yang ditawarkan di sini semestinya dengan tawaran harga yang berpatutan.

Anda tidak akan merasa rugi sekiranya mengunjungi kedai mereka kerana di sana mempunyai pekerja yang baik dan akan membantu anda dalam proses pemilihan basikal. Sukar mencari ulasan yang negatif di ruang ulasan kedai mereka. Anda akan menjadi rambang mata dengan pilihan barangan yang pelbagai di kedai ini.

Alamat: No 328, Jalan Bandar Senawang 17, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-277 3212

Whatsapp Kedai Permainan Kanak Kanak Yoyo


Kesimpulannya, jangan terlambat untuk mengunjungi kedai-kedai basikal di Nilai dan Senawang ini agar anda tidak akan menyesal sekiranya kehabisan stok nanti. Marilah mendapatkan basikal yang berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang berpatutan. Anda tidak akan merasa rugi jika anda mengunjungi kedai basikal di Nilai dan Senawang yang disenaraikan ini.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Basikal Seremban yg Best & Murah

Aktiviti berbasikal (cycling) merupakan salah satu aktiviti riadah yang mampu membuatkan kita berasa tenang dan menjamin kesihatan badan kita menjadi lebih baik. Oleh itu,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x