Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Kedai Buku Bangi yang Best untuk Peminat Buku!

Buat penggemar buku, sesebuah kedai buku yang mempunyai suasana yang tenang, pilihan buku yang bervariasi genre dan seleksi harga berpatutan adalah menjadi idaman. Kedai buku yang akan berjaya menarik minat pencinta buku adalah kedai buku yang mempunyai koleksi buku yang beraneka dan mengikut trend semasa.

Ini bermakna, pemilik kedai buku perlulah membuat kajian pasaran tentang buku yang akan memenuhi citarasa pelanggan-pelanggan mereka. Jadi, untuk memenuhi kehendak anda sebagai pembaca yang versatil, marilah kita lihat 9 kedai buku di Bangi yang boleh memenuhi keperluan anda!

9 Kedai Buku di Bangi


1. MuhsinKids, Taman Seri Bangi

MuhsinKids, Taman Seri Bangi

Kedai buku MuhsinKids yang terletak di Taman Seri Bangi ini berkonsepkan dekorasi yang comel. Pastinya akan mencuit hati pengunjung yang hadir, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. 

Kedai buku ini mempunyai matlamat untuk menanam minat membaca buku untuk anak-anak anda di peringkat usia yang muda. Para ibu bapa sangat digalakkan untuk membawa anak-anak ke sini kerana bahan bacaan dan aktiviti menarik mereka sangatlah sesuai untuk anak-anak yang masih kecil.

Alamat: 63-1, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 am – 5.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp MuhsinKids


2. Gedung GMS Buku, Seksyen 15

Gedung GMS Buku, Seksyen 15

Wow dan fantastik! Itulah reaksi pengunjung dan pembeli yang selalu hadir ke Gedung GMS Buku ini yang terletak di Bangi Gateway, Seksyen 15. Manakan tidaknya, terdapat pelbagai buku lama dan baharu yang boleh anda peroleh di sini!

Bukan itu sahaja, buku yang telah diterbitkan sejak berpuluh tahun pun anda boleh dapatkan di sini dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. Jika anda mempunyai koleksi buku-buku yang lama dan tidak dibaca lagi, anda juga boleh ke sini untuk menjual dengan harga yang sangat berpatutan.

Alamat: D1 & D2, Kota Buku Bangi Streetmall, Bangi Gateway, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 10.00 pm), Sabtu & Ahad (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Gedung GMS Buku


3. Jejak Tarbiah, Seksyen 1

Jejak Tarbiah, Seksyen 1

Jejak Tarbiah merupakan kedai buku yang terkenal dengan produksi buku genre sejarah, puisi, motivasi serta bahan ilmiah yang dapat menusuk hati kalbu pembacanya.

Jika anda sangat meminati karya sastera dan sejarah, kedai buku ini adalah tempat untuk anda mencari ilham dan memperoleh sumber bacaan yang dapat membuka dan melapangkan minda anda.

Mereka juga mempunyai pelbagai pilihan buku dari penerbit-penerbit yang terkenal. Antaranya adalah ThePatriots, Nusa Centre, Akademi Jawi, Paradigma dan lain-lain.

Alamat: 6, Jalan 1/9F, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Jejak Tarbiah


4. Mandala Kawah Buku, Kampung Teras Jernang

Mandala Kawah Buku, Kampung Teras Jernang

Buat peminat buku bergenre sastera, sejarah, politik dan sosiologi, anda wajib hadir dan mengunjungi kedai buku Mandala Kawah Buku yang terletak di Kampung Teras Jernang, Bangi ini.

Dengan pelbagai koleksi buku di sini, anda mesti mendapatkan sekurang-kurangnya satu buah buku yang istimewa yang hanya terdapat di kedai buku ini. Hal ini kerana, seleksi buku mereka diimport khas dari Indonesia untuk memenuhi citarasa pembaca-pembaca versatil seperti anda.

Tetapi jika anda tidak berada di Bangi, anda tidak perlu risau kerana anda boleh melawati laman sesawang kedai buku ini untuk mendapatkan pelbagai pilihan buku mereka. 

Alamat: 11A, Jalan Jernang Jaya 1, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 5.00 pm), Ahad (12.30 pm – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Mandala Kawah Buku


5. Pustaka Seri Maju, Seksyen 9

Pustaka Seri Maju, Seksyen 9

Tanpa syarat yang ketat atau kad diskaun, anda boleh mendapatkan diskaun yang sangat berbaloi di kedai buku Pustaka Seri Maju Bandar Baru Bangi. Kedai buku yang terletak di Seksyen 9 Bangi ini sudah dikunjungi ramai sejak awal pembukaannya pada September 2018.

Kedai buku ini juga menjadi tumpuan para pelanggan untuk membeli barang keperluan sekolah, alatan tulis dan juga bahan bacaan seperti novel, komik dan sebagainya. Dengan harga yang sangat murah, anda dapat memperoleh nilai ilmu dan bahan ilmiah yang tinggi kualitinya.

Alamat: 16, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm), Sabtu (Tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8912 9369

WhatsApp Pustaka Seri Maju 


6. Pustaka Rakyat (Bangi) Sdn Bhd, Seksyen 7

Kedai Buku Pustaka Rakyat (Bangi) Sdn Bhd, Seksyen 7

Kedai buku ini antara pilihan utama para pelajar sekolah dan guru-guru bagi mencari bahan-bahan pendidikan. Hal ini kerana ia menawarkan pelbagai variasi buku latihan, nota dan rujukan bermula dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah serta pra-universiti. 

Servis-servis yang lain seperti pencetakan, laminate, binding, fotokopi, tag nama dan kad nama juga ada disediakan di kedai buku ini. Jikalau anda berada di Bangi, kedai inilah kedai pertama yang seharusnya anda pergi kerana dikenali dari segi kualiti buku dan servis mereka yang pelbagai.

Alamat: No. 8G, 8-1 & 10G, 10-1, Jalan 7/7a, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8925 2833

WhatsApp Pustaka Rakyat


7. Galeri Buku Syabab, Kompleks PKNS Bangi Seksyen 9

Kedai Galeri Buku Syabab, Kompleks PKNS Bangi Seksyen 9

Jika anda mengunjungi Kompleks PKNS Bangi, maka anda seharusnya singgah ke Galeri Buku Syabab yang terletak di tingkat 2. Pelbagai sumber bahan bacaan Islamik yang anda boleh dapati di sini, terutamanya naskhah terjemahan Al-Quran, buku ilmuwan agama, dan komik Islamik.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menenangkan jiwa anda dengan mendapatkan buku-buku motivasi yang bersesuaian dengan jiwa dan raga anda. Malahan, terdapat pelbagai promosi bermusim yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Alamat: 2.04, 2rd Floor PKNS Bangi, Seksyen 9, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Galeri Buku Syabab


8. Blitz Book Store, Seksyen 4

Blitz Book Store, Seksyen 4

Blitz Book Store merupakan satu kedai buku di Bangi yang sangat menarik untuk anda kunjungi. Dari luar, anda mungkin menganggap ia sebuah kedai buku yang sangat kecil. Namun, rata-rata pembeli yang pernah membuat pembelian sangatlah terkejut kerana pelbagai buku dan majalah yang mereka dapat perolehi di sini!

Kedai yang terletak di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi ini bukan sahaja menjual buku dan bahan bacaan, malahan mereka juga menjual pelbagai uniform sekolah untuk para pelajar. Servis-servis lain seperti pencetakan dan binding juga ada disediakan buat pelanggan-pelanggan mereka.

Alamat: 18, Jalan 4/11b, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm) Jumaat (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8925 4515


9. MPH Bookstores Bangi Gateway, Seksyen 15

Kedai Buku MPH Bookstores Bangi Gateway, Seksyen 15

Bila berbicara tentang kedai buku dan alat tulisan, sudah pasti terlintas di fikiran anda untuk mencari di kedai buku yang sangat terkenal di seluruh Malaysia, iaitu MPH Bookstore.

Jikalau anda berada di Bangi, anda boleh pergi ke Seksyen 15, iaitu di Bangi Gateway Shopping Complex di mana terletaknya cawangan MPH Bookstore. Di kedai buku ini, semua bahan bacaan, rujukan dan alat tulis yang sesuai untuk semua peringkat umur dapat anda peroleh di sini.

Tidak kiralah jika anda merupakan seorang dewasa, kanak-kanak, pelajar ataupun seorang ahli akademik, MPH adalah kedai buku yang selalu menjadi pilihan nombor 1 rakyat Malaysia.

Alamat: Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8912 2629


Akhir kata, memang banyak kedai buku yang menarik di sekitar bandar Bangi ini yang boleh anda kunjungi. Anda bolehlah menambah bahan bacaan anda dengan seleksi buku-buku mereka yang bervariasi dan mengikut trend terkini.

Kami berharap pencarian koleksi buku anda akan menemui kejayaan dengan senarai 9 kedai buku Bangi yang telah kami kongsikan ini. Semoga buku-buku yang anda bakal baca daripada kedai-kedai ini bermanfaat dan menyeronokkan!

Jika anda tak sabar untuk baca buku yang anda baru beli, apa kata anda baca sambil menikmati kek yang sedap di kafe yang aesthetic? Jom baca artikel kami tentang 8 Kedai Kek Sedap di Sekitar Bangi Anda Patut Singgah untuk mula mencari!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x