Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Kek Sedap di Sekitar Bangi Anda Patut Singgah!

Kek merupakan pilihan yang sangat baik untuk meraikan sambutan seperti hari jadi, kejayaan, perpisahan, perkahwinan dan sebagainya. Sesi potong kek di mana-mana majlis adalah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh tetamu. Namun, terdapat juga pelanggan yang membeli kek hanya kerana suka akan makanan yang manis dan bukan dibuat untuk menyambut sesuatu majlis. Jadi, bagi penduduk di sekitar Bangi, terdapat lapan kedai kek yang disenaraikan di bawah untuk anda membuat pilihan mengikut cita rasa dan bajet anda.

8 Kedai Kek Sedap di Sekitar Bangi


1. Dough by Sara Bakery, Seksyen 3

Dough by Sara Bakery, Seksyen 3

Dough by Sara Bakery adalah perusahaan Sara sendiri yang bermula dari rumah pada tahun 2018. Sara berjaya melakukan bisnes kecil-kecilan sehingga dapat membuka kedai yang semakin dikenali ramai orang.

Kedai kek ini terkenal dengan kek kahwin dan kek untuk hari ulang tahun yang mempunyai stok sedia ada dan juga menerima tempahan khas. Anda hanya perlu menghubungi nombor telefon di bawah jika ingin membuat tempahan.

Alamat: D-1, 9, Jalan 3/38A, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 9.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1116 8674

WhatsApp Dough by Sara


2. Cake_tagious, Seksyen 3

Cake_tagious, Seksyen 3

Cake_tagious merupakan perusahaan seorang doktor yang menukar kariernya sebagai ‘home baker’. Dengan hanya di rumah, pemilik perniagaan tersebut boleh menghasilkan rupa kek yang sangat menarik dan mengikut cita rasa pelanggan.

Perkara yang lebih menarik dan unik tentang perniagaan ini adalah beliau pernah melaksanakan kelas untuk kanak-kanak menghasilkan kek sendiri. Menarik, kan?

Alamat: 39, Jalan 3/42, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Sabtu (10.00 am – 5.00 pm), Isnin (11.00 am – 5.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-575 1655

WhatsApp Cake_tagious


3. Zetty’s (ZBC BAKERY), Seksyen 3

Zetty’s (ZBC BAKERY), Seksyen 3

Pada tahun 2013, bakeri Zetty’s Bakery ditubuhkan sebagai satu enterprise. Namun, kedai kek ini telah ditukar kepada sendirian berhad pada tahun 2018. Kedai kek Zetty’s mempunyai beberapa media sosial untuk mempromosikan perusahaan mereka. Namun, kebelakangan ini Zetty kelihatan lebih aktif di akaun TikTok (zettys.co) beliau. Jadi, jika anda mempunyai akaun TikTok, silalah kunjungi akaun TikTok mereka untuk tahu lebih lanjut tentang kek mereka!

Alamat: Lot G-2A, 70, Jalan Pusat Perniagaan Seksyen 3, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-980 8826

WhatsApp Zetty’s


4. Darrainz Cakes, Seksyen 4

Darrainz Cakes, Seksyen 4

Dengan berjumlahkan 6900 pengikut di Facebook, Darrainz Cakes agak terkenal dengan kek hari jadi yang bermula dengan harga RM20. Kedai kek ini juga mendapat rating 4.5 bintang dengan ulasan keknya yang murah dan sedap.

Bagi anda yang mencari kek yang berkualiti, sedap, rupanya cantik dan murah, Darrainz Cakes adalah tempat yang sesuai dengan bajet anda. Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita serbu kedai kek Darrainz ramai-ramai!

Alamat: 18, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1111 7697

WhatsApp Darrainz


5. Segar Cake & Bake, Seksyen 4

Kedai Kek Segar Cake & Bake, Seksyen 4, Bangi

Segar Cake & Bake merupakan perusahaan keluar yang ditubuhkan pada tahun 2002. Kedai kek ini bukan sahaja menghasilkan kek hari jadi, tetapi mereka juga menghasilkan pastri yang sangat sedap dan sering mendapat pujian dari pelanggan mereka.

Malah, rating 4.4 bintang mereka di Google membuktikan bahawa Segar Cake & Bake merupakan pilihan yang terbaik untuk ramai pelanggan mereka. Jadi, anda tidak perlu risau akan kualiti and kesedapan kek yang mereka jual.

Alamat: No. 8, Jalan 4-11 B, Bangi, Selangor, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8926 6228

WhatsApp Segar Cake


6. BeliKek.Com Bakery, Seksyen 9

BeliKek.Com Bakery, Seksyen 9

BeliKek.com Bakery juga antara kedai kek di Bangi yang mendapat rating yang bagus. Kedai kek ini berjaya dapat rating 4.3 bintang kerana ramai pelanggan mereka berpuas hati dengan kualiti dan rasa kek yang dihasilkan oleh kedai ini. 

Perkara yang anda mungkin akan sering baca daripada ulasan-ulasan pelanggan kedai kek ini adalah kedai ini mempunyai variasi kek yang sangat banyak untuk pelanggan membuat pilihan. Walaupun saiz kedai itu agak kecil, namun staf kedai ini masih berupaya untuk menghasilkan pelbagai jenis kek untuk pilihan pelanggan mereka. Menarik, bukan?

Alamat: 12, Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-397 0209

WhatsApp BeliKek.com


7. Kaseh Bakery Halal, Kompleks PKNS

Kedai Kek Kaseh Bakery Halal, Kompleks PKNS, Bangi

Lokasi Kaseh Bakery Halal mudah dicari kerana terletak di tingkat bawah Kompleks PKNS. Kedai yang telah ditubuhkan pada 2006 ini sedia menerima tempahan roti, kek, creampuff dan pemanis mulut yang bermacam jenis.

Menurut ulasan, kedai kek ini mendapat pujian yang mengatakan keknya sedap dan harga berpatutan. Walau bagaimanapun, kedai kek ini juga mendapat ulasan yang kurang enak didengari kerana servis penghantaran dan rasa keknya yang biasa sahaja.

Alamat: Lot 2 & 3, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Ahad – Jumaat (9.00 am – 9.00 pm), Sabtu (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1572 7002

WhatsApp Kaseh Bakery


8. Rara Kitchy (Your Fashionable Cakes), Seksyen 3

Kedai Kek Rara Kitchy (Your Fashionable Cakes), Seksyen 3, Bangi

Rara Kitchy memiliki kedai kek yang cantik dan selesa untuk pelanggan. Kedai kek ini juga menghasilkan seleksi kek yang kelihatan sangat ‘fancy’ dan kreatif. 

Namun, ulasan pelanggan terhadap kedai ini agak kurang baik kerana harganya yang mungkin tidak berpatutan bagi mereka. Walau bagaimanapun, kedai kek ini masih mendapat pujian dengan banyak pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan dan rupa kek yang masih dapat memuaskan hati para pelanggan mereka.

Alamat: 8, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Jumaat – Rabu (10.00 am – 7.00 pm), Khamis (12.00 pm – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-626 2033

WhatsApp Rara Kitchy


Kesimpulannya, banyak kedai kek di sekitar Bangi yang mendapat rating agak tinggi kerana servis, rasa, rupa dan harganya yang boleh memuaskan hati pelanggan. Walaupun banyak kedai menjual kek dengan rupa yang agak sama, terdapat juga kedai yang menjual pastri dan kek cawan yang dianggap berlainan dengan kedai yang lain. 

Rating kedai-kedai kek yang disenaraikan juga agak baik di Google dan akaun Facebook mereka sendiri. Hal ini akan lebih meyakinkan pelanggan seperti anda yang sedang mencari kek untuk membuat tempahan.

Namun, jika pilihan kedai kek yang kami sediakan tidak menepati cita rasa anda, jangan risau! Anda boleh cuba mencari alternatif lain dengan mengunjungi artikel kami tentang 10 Kedai Kek Sedap di Sekitar Shah Alam. Jadi apa tunggu lagi? Marilah mengunjungi kedai-kedai di atas untuk memuaskan hati anda dengan rasa kek yang berkualiti!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Kek Sedap Di Sekitar Shah Alam. Cake Lover, Rugi Tak Singgah!

Ada yang tengah mencari kedai kek sekitar Shah Alam tak? Entri kali ini bonus buat mereka yang terliur nak makan kek-kek yang best dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x