Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Kek Sedap Di Sekitar Shah Alam. Cake Lover, Rugi Tak Singgah!

Ada yang tengah mencari kedai kek sekitar Shah Alam tak? Entri kali ini bonus buat mereka yang terliur nak makan kek-kek yang best dan sedap di sekitar kawasan Shah Alam. Umum mengetahui yang Shah Alam sangat terkenal dengan kedai makanan yang menghidangkan menu makanan yang sedap especially nasi campur di waktu tengahari.

Selain dari masakan panas dan western, jangan tak tahu dekat area Shah Alam ni pun kedai kek yang best-best dan sedap pun dah banyak! Pilihan design dan flavor kek pun dah makin banyak. Paling best, kita boleh customize pilihan kek kita. Bukan kek je cantik, kebanyakkan kedai kek di sekitar Shah Alam pun cantik-cantik. Boleh la ber ootd sambil lepak dengan kawan-kawan anda. Syoknya!

Di bawah, kami kongsikan senarai top 10 kedai kek pilihan ramai di sekitar Shah Alam. Selamat membaca!

Kedai Kek Sedap Di Shah Alam


1. Gula Cakery

Gula Cakery

Kalau anda nak tahu, kedai Gula Cakery ni ada sejarah yang tersendiri. Pembukaan Gula Cakery bermula dari pengasasnya, Puan Arieni yang gemarkan membuat kek berpandukan buku resepi neneknya. Dan kalau anda nak tau, nama asal Gula Cakery ni adalah Gula Bakery. Bermula dari hanya membuat kek di rumah, dan akhirnya kini mempunyai kedai kek sendiri. Bukan tu je tau, baking class pun ditawarkan! Pembukaan Gula Cakery pertama dibuka pada tahun 2015 yang terletak di Kota Kemuning Shah Alam.

Antara kek paling laku keras di Gula Cakery ialah Double Chocolate Nutella. Rata-rata mereka yang datang singgah ke kedai kek ini pasti akan membeli dan mencubanya. Tidak hanya tertumpu pada penjualan kek, pelbagai pilihan pastry pun banyak tau guys! Kalau datang nanti, jangan lupa untuk cuba Berry Pavlova dan Creampuff mereka ye. Oh sebelum terlupa, ada tak yang berminat nak belajar baking? Jangan tak tahu, dekat Gula Cakery ni pun ada Baking Class ditawarkan sekali. All in one! Hujung minggu ni dah ada plan nak keluar ke? Boleh la datang singgah makan kek di Gula Cakery bersama yang tersayang!

Alamat: No 11, Jalan Anggerik Aranda BG31/BG, Seksyen 31 Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40460

Waktu Operasi: Setiap hari: 11 pagi – 9 malam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-51314604

Whatsapp Gula Cakery 


2. Cake Jalan Tiung (Seksyen 4)

Cake Jalan Tiung

Cake Jalan Tiung ni antara kedai kek pilihan buat warga Klang Valley! Nak tau kenapa? Satu, sebab suasana kedai yang sangat cantik dan menenangkan. Kedua, semestinya pilihan kek yang ditawarkan untuk dinikmati para pelanggan. Ada yang sanggup datang dari KL semata-mata hendak mencuba rasa kek di kedai ini. Seperti kebanyakan kedai kek yang lain, kedai ini juga menjual pelbagai jenis light pastries. Harga pun mampu milik.

Antara favorite ramai ialah kek Sangkaya dan Cheese Bedebah. Unik kan nama kek kat sini? Selain kek dan pastry, jangan lupa untuk memesan hot latte sebagai hidangan minuman tau! Rata-rata dari pelanggan yang sudah makan di kedai ini puas hati dengan kelembutan kek dan pastry yang dijual. Pendek kata, rasa dan presentation sangat memuaskan hati! Nak ootd ala-ala candid sambil makan sesuap potongan kek pun boleh. Jadi buat para cake lover, this is definitely your place! 

Alamat: 9, Jln Sukun 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu: 11 pagi – 6 petang. Khamis tutup.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-8787258

Whatsapp Cake Jalan Tiung


3. Modernecks

Modernecks

Terletak di Seksyen 24 Shah Alam, kedai kek Modernecks sememangnya dikenali ramai buat mereka yang tinggal berhampiran kawasan ini. Terdapat pelbagai pilihan design dan flavor kek ditawarkan. Nak customize reka bentuk kek mengikut pilihan pun boleh! Harga pula, sangat lah berbaloi. Selain dari kek, cupcakes dan pavlova pun ada tau. Yang penting, pilihan flavor banyak. Kalau datang nanti, tinggal pilih nak yang mana je. 

Tak nak beli kek yang ber saiz besar? Jangan risau! Modernecks menawarkan kek yang ber saiz mini buat para pelanggan untuk mencuba rasa. Mana tahu, lepas dah cuba kek saiz mini, boleh la terus beli saiz yang standard kan? Ruginya rasa kalau tak cuba beli kek dari kedai kek ni. Bukan apa, kalau anda tengok di facebook Modernecks ni, macam-macam design kek ada. Boleh rambang mata! Tak perlu tunggu hari jadi baru nak makan kek yang sedap, hari-hari biasa pun boleh makan.

Alamat: No 9-G Jalan Kangkung Puteri 24/7, Seksyen 24, 40300, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 10 pagi – 8 malam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-4344596

Whatsapp Modernecks


4. Zalynz Oven

Ozlynz Oven

Bertemakan pastel pink, Zalynz Oven yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam ini menghidangkan bukan cuma hanya kek tapi juga pastry yang sedap-sedap! Tarikan utama kedai ini semestinya cat luar dan dalaman yang berwarna merah jambu cair, dekorasi dan penggunaan set kulteri untuk menghidangkan makanan dan minuman pun sangat comel.

Apa yang best dekat Zalynz Oven ni? Antara menu yang sering dipesan oleh pelanggan ialah Fruit Cake! Kalau nak cuba manisan lain macam bomboloni atau cupcakes pun ada tau. Korang, bukan kek je dijual di kedai ni, kalau nak makan menu yang heavy pun ada. Boleh cuba Beef Lasagna atau Blackpepper Meatball. Tak ada plan nak makan mana hujung minggu ni? Jemput datang ke Zalynz Oven. Pakai cantik-cantik ye, sebab lepas dah habis makan boleh ootd!

Alamat: 10, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 10 pagi – 7 malam. Isnin tutup.

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-3867360

Whatsapp Zalynz Oven


5. Scrumptious Sugar

Scrumptious Sugar

Bagi mereka yang tinggal berdekatan area Bukit Jelutong atau dalam kawasan itu sendiri, kedai kek Scrumptious Sugar ini menawarkan manisan yang terdiri dari kek, cupcakes dan semestinya pastry selain dari coffee! Okay, untuk pilihan kek, memang banyak. Dan kek paling best-selling dekat kedai ni antaranya Salted Caramel Chocolate Cake with Toppings dan juga Pandan Gula Melaka Bars.

Dan kalau anda plan nak lepak sambil menikmati manisan kek dekat Scrumptious Sugar ni pun boleh. Sambil sembang-sembang, sambil makan! Dekorasi dalam kedai ni pun comel. Paling penting suasana tempat yang sangat customer-friendly! Sesuai la kalau nak sambut hari jadi anak-anak tersayang anda. Untuk harga kek, semestinya bergantung pada saiz dan jenis kek itu. Tapi, kalau cuma nak jamah satu slice pun je boleh. Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus je whatsapp nombor telefon di bawah okay?

Alamat: 59-1, Jln Bazar P U8/P, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 12 tengahari – 7 malam. Isnin tutup.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-6344340

Whatsapp Scrumptious Sugar


6. ZBC Bakery

ZBC Bakery

Lokasi kedai kek ZBC Bakery ini terletak di dalam Kompleks PKNS Shah Alam. Boleh dikatakan antara kedai kek kegemaran pelanggan. Apa kek pilihan yang selalu dipesan? Semestinya Bite Butterscotch! Kebanyakan kek yang dijual di kedai ini bersaiz mini yang tidak perlu dipotong. Makan terus macam tu je. Senang kan? Kalau anda nak tahu, ZBC Bakery ada cawangan di Bangi juga. Jadi, kalau kek dekat cawangan Shah Alam dah habis, travel je ke Bangi!

Harga kek di sini bermula serendah RM23 je. Selain kek, brownies pun ada tau! Dan kalau ada  di antara anda yang nak hantar surprise bouquet, ZBC Bakery sedia berkhidmat untuk anda! Sebelum terlupa, saja nak pesan. Jangan lupa ikuti Facebook ZBC Bakery tau. Kot-kot masa anda tengah scroll, kek tengah on promotion, boleh la beli banyak-banyak!

Alamat: Lot G-6, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 10 pagi – 8 malam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-9808826

Whatsapp ZBC Bakery


7. Red houze Bakery Setia Alam

Red houze Bakery Setia Alam

Ada tak di kalangan pembaca caridestinasi yang duduk di sekitar Setia Alam yang selalu teringin nak makan kek sedap tapi tak tahu dekat mana? Kalau ada, Red Houze Bakery yang terletak di Jalan Setia Prima sedang menanti kedatangan anda! Kalau anda nak tahu, selain dari kek, kedai ni juga menjual hampir 400 jenis cookies tau! Mana yang malas nak ke KL cari kuih untuk menjamu tetamu masa Hari Raya nanti, datang je ke Red Houze Bakery.

Kek yang paling laris di kedai ini antaranya Tiramisu Biscoff dan Red Velvet. Sebelum terlupa, pavlova pun ada tau. Pendek kata, macam-macam anda boleh beli dan dapatkan di kedai ini. Harga pun tersangatlah mampu milik. Di Red Houze Bakery ni juga tersedia kerusi dan meja buat para pelanggan yang datang. Boleh la lepak sebentar sambil-sambil makan kek. Jangan lupa datang tau guys!

Alamat: Red Houze Bakery setia alam 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis: 10 pagi – 7 malam: Jumaat sahaja: 10 pagi – 8 malam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-27240395

Whatsapp Red houze Bakery Setia Alam


8. Kedai Kek Shah Alam

Kedai Kek Shah Alam

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Seksyen 18 Shah Alam mesti familiar dengan kek viral RM20 dari kedai kek ni kan. Ye, cuma RM20 je guys! Terdapat 9 jenis flavor dengan berat 500gram untuk sebiji kek. Selain dari kek viral ni, kedai ini juga ada menjual premium cakes seberat 1kg. Ada pelbagai jenis perisa tau. Rugi tak datang beli kek dekat kedai ni.

Selain itu, Kedai Kek Shah Alam ini juga menerima tempahan kek dari para pelanggan juga. Jadi buat mereka yang ingin menghadiahkan kek hari jadi buat yang tersayang dengan bajet yang sederhana, boleh lah terus datang ke kedai ini atau whatsapp je nombor telefon yang telah kami sediakan di bawah ni.

Alamat: Ole Ole Shopping Center, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.30 pagi – 9 malam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-6064263

Whatsapp Kedai Kek Shah Alam


9. Dinda Delights

Dinda Delights

Terletak di Seksyen 23 Shah Alam, kedai kek Dinda Delights ni pernah masuk dalam slot rancangan Jalan Jalan Cari Makan sekitar tahun 2017 yang lepas dek kerana rangkaian kek yang sedap-sedap dijual di kedai ini. Sudah la bermacam jenis flavor di tawarkan, harga kek yang dijual pun tersangatlah pocket-friendly! Kedai ini juga menerima tempahan luar mengikut jenis kek yang pelanggan inginkan.

Selain dari kek, Dinda Delights juga menjual pastry dan cookies. Serba serbi ada dijual di kedai kek ini. Haa, kalau datang kedai kek ni, boleh borong pastry seperti roti hot dog sarapan pagi untuk anak-anak anda! Untuk sebarang tempahan kek atau pertanyaan dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi nombor telefon seperti di bawah. Tapi apa pun, kek-kek di Dinda Delights ni nampak memang sedap. Tak rugi untuk mencubanya!

Alamat: No. 82, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.30 pagi – 9 malam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-7312794

Whatsapp Dinda Delights


10. SugarCandy Shoppe

SugarCandy Shah Alam

Buat peminat kek yang bewarna pastel, SugarCandy Shoppe merupakan pilihan terbaik buat anda! Terletak di Seksyen 16 Shah Alam, kedai ini menawarkan kek dengan harga bermula dari RM60. Tapi, untuk pengetahuan anda, kedai kek SugarCandy ni selalu ada harga promo tau! Kena selalu tengok facebook mereka kalau tak nak terlepas peluang untuk beli dengan harga diskaun. Kalau anda nak tahu, design kek di kedai ini sangat cantik dan trendy. Flavor pun banyak untuk dipilih.

Selain dari walk-in, kedai ini juga menyediakan khidmat untuk penghantaran di sekitar kawasan Shah Alam. Mudah buat mereka yang tidak mahu keluar rumah tetapi tetap ingin mencuba rasa kek dari kedai ini. Oh ya, sebelum terlupa, kalau tak tahu nak beli kek perisa apa, boleh cuba kek Coklat Nutella. Paling laku keras di SugarCandy Shah Alam!

Alamat: D-8-G Jalan Serai Wangi H16/H Alam Avenue, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 11 pagi – 7 petang. Isnin tutup.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-2823878

Whatsapp SugarCandy Shoppe


Siapa cakap kalau nak makan kek kena pergi ke Secret Recipe je? Banyak sebenarnya kedai kek yang best-best. Kena lah rajin explore! Kalau malas nak keluar atau tanya cik Google, baca je artikel di website caridestinasi kami. Mudah dan jimat masa!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Kek Sedap di Sekitar Bangi Anda Patut Singgah!

Kek merupakan pilihan yang sangat baik untuk meraikan sambutan seperti hari jadi, kejayaan, perpisahan, perkahwinan dan sebagainya. Sesi potong kek di mana-mana majlis adalah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x