Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Bunga Segar Yang Anda Perlu Tahu di Ipoh

Bunga mempunyai kuasa istimewa kepada seseorang. Ia merupakan cara terbaik untuk menyampaikan ucapan tahniah, ucapan kasih-sayang atau simpati yang mendalam kepada kekasih, rakan atau ahli keluarga anda. Di sini, kami telah menyenaraikan 7 kedai bunga best di sekitar Ipoh untuk menyenangkan penduduk Ipoh membeli bunga-bunga yang lawa dan segar. Jadikan hari anda atau orang yang anda cintai lebih special dengan bantuan daripada kami!

7 Kedai Bunga Best di Ipoh


1. FlowerAdvisor Ipoh

FlowerAdvisor Ipoh

Jika anda mencari kedai bunga terbaik di Ipoh, Perak, Kedai Bunga FlowerAdvisor Ipoh adalah pilihan yang tepat. Kedai Bunga FlowerAdvisor Ipoh menawarkan pelbagai pilihan hadiah dan bunga yang menarik sama ada untuk meraikan ulang tahun yang tak akan dilupakan, memberi ucapan tahniah, membuat seseorang lebih bersemangat di hospital, menyambut permulaan hidup yang baru, merayakan kebahagiaan di hari lahir, atau hanya untuk mengejutkan seseorang tanpa sebab yang khusus, FlowerAdvisor Ipoh mampu memenuhi permintaan anda. Jadi, tidak kira apa majlis atau destinasi yang anda ingin tuju, jadikan FlowerAdvisor Ipoh pilihan utama anda!

Baca lagi: FlowerAdvisor: Servis Penghantaran Bunga Tempatan & Antarabangsa yg Best

Laman Web


2. White On White, Jalan Sultan Yusof

White on White

White On White merupakan butik bunga mawar premium yang menghasilkan bunga tangan yang cantik dan segar buat pelanggan. Kedai ini terkenal dengan signature collection mereka, iaitu premium rose series. Koleksi ini digubah khas menggunakan bunga mawar segar dan berkualiti oleh pengubah bunga mereka yang berpengalaman.

Selain daripada itu, mereka juga menawarkan gubahan bunga untuk grand opening ceremony, hari jadi dan condolence. Bagi anda yang tidak mempunyai kesempatan untuk datang ke kedai bunga ini, jangan risau! Mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi pelanggan yang membuat pesanan online.

Alamat: 126, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi


 3. The Green Room Florist, Kampung Jawa

The Green Room Florist

Kedai bunga ini yang ditubuhkan pada 2017 menawarkan service seperti floral, gifts, wedding dan workshop bagi mereka yang berada di sekitar Ipoh dan Kampar. Antara bunga yang boleh anda dapati disini ialah rose, baby breath, sunflower, tulip, chamomile, gypsophila, dried flower dan banyak lagi. Indoor plant, dan succulent juga dijual di kedai bunga ini. 

Apa yang menarik lagi disini adalah terdapat kafe di dalam kedai bunga ini. Jadi, anda yang gemarkan suasana kafe boleh juga mengunjungi kedai ini untuk bersantai bersama rakan-rakan atau kekasih. Kedai bunga ini juga mempunyai dekorasi yang cantik dan instagramable, sesuai buat mereka yang gemar cafe-hunting dan ber-ootd.

Alamat: 19, Ground Floor, Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin, Selasa dan Khamis ( 9.00 am – 5.30 pm), Jumaat – Ahad (9.00 am – 8.30 pm), Rabu (tutup)

Lokasi


 4. Ipoh Fresh Flower, Taman Canning

Ipoh Fresh Flower

Ipoh Fresh Flower dibuka pada tahun 2002. Kedai bunga di Ipoh ini menawarkan pelbagai jenis bunga segar untuk dijadikan hadiah. Mereka mempunyai kepakaran dalam gubahan bunga untuk semua majlis seperti anniversary, birthday, bridal bouquet, corsages, event decoration, funeral dan banyak lagi. 

Selain daripada gubahan bunga, kedai ini turut menyediakan produk yang boleh dijadikan hadiah, seperti bakul buah, kek, belon, wines dan teddy bear. Mereka juga menawarkan penghantaran percuma buat pelanggan yang membuat pembelian lebih daripada RM88, namun ini hanya terhad kepada pelanggan yang berada dalam radius 7 km daripada kedai bunga mereka sahaja. 

Alamat: 22, Jalan Canning Estate, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm) Sabtu- Ahad (10.00 am – 4.00 pm)

Lokasi


5. Lyna Florist, Taman Desa Indah

Lyna Florist

Lyna Florist yang terletak di tengah-tengah bandar Ipoh ini menawarkan pelbagai gubahan bunga mengikut citarasa anda. Kedai bunga ini juga menyediakan khidmat penghantaran di seluruh kawasan Ipoh. Jadi, jika anda tidak mempunyai kesempatan untuk datang ke kedai mereka, anda boleh membuat pesanan melalui laman web mereka. Lyna Florist akan memastikan pesanan yang dipesan sampai dalam keadaan yang baik.

Gubahan bunga yang dijual disini termasuk jambangan tangan, bunga segar, bunga tiruan, gubahan bunga perkahwinan, graduasi dan lain lain. Semua gubahan bunga dihasilkan dengan penuh teliti untuk memastikan anda atau orang yang anda sayangi menerima gubahan bunga yang berkualiti. 

Alamat: 58, Jalan Wira Jaya, Taman Desa Indah, 31350 Ipoh, Perak.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm)

Lokasi


6. Elfin Place Floral, Jalan Sultan Abdul Jalil

Kedai Bunga Elfin Place Floral

Elfin Place Floral merupakan satu kedai bunga yang mahir dalam gubahan bunga segar profesional. Ia terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak. Misi kedai ini adalah “to deliver expressions of what’s inside your heart and mind”. Berdasarkan misi mereka saja, anda boleh percayakan nilai kesenian dan kemaknaan produk mereka. Rating Elfin Place Floral ialah 4 bintang daripada 5, berdasarkan pada profil perniagaan mereka di Google Maps.

Selain daripada menawarkan bunga tangan yang segar dan cantik, mereka juga terkenal dengan servis dekorasi seperti dekorasi belon, dekorasi bunga, dekorasi hari ulang tahun perkawinan, dekorasi untuk majlis perkawinan dan banyak lagi.

Alamat: 88, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30200 Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am- 6.00 pm)

Lokasi


7. Flower Chimp Ipoh

Kedai Bunga Flower Chimp Ipoh

Flower Chimp merupakan syarikat penghantaran bunga dalam talian terbesar dan paling dipercayai di Malaysia dan Asia Tenggara. Mereka mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Ipoh. 

Anda boleh layari laman web mereka dan memilih lebih daripada 250 koleksi gubahan bunga yang dijual oleh mereka. Anda juga boleh sertakan makanan seperti kek, coklat, bakul buah, kek bulan bersama bunga yang anda pesan. Apa yang lebih menarik lagi, Flower Chimp membuat penghantaran pada hari yang sama! Namun, ini tertakluk kepada pesanan yang dibuat sebelum 5.00 petang sahaja.

Alamat: Seni Mont Kiara A7-6, Changkat Duta Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi


Sesiapa yang pernah menerima bunga sebagai suatu hadiah pastinya tahu betapa simboliknya hadiah tersebut kepada pemberi dan juga penerima. Jadi, jika anda ingin menyampaikan sesuatu yang istimewa kepada seseorang, anda boleh hadiahkan mereka bunga. Ia pasti dapat menyampaikan mesej anda yang istimewa dan bermakna kepada kekasih, rakan mahupun ahli keluarga anda.

Kami harap senarai ini dapat membantu anda untuk mencari kedai bunga terbaik di Ipoh. Jika kedai bunga yang tersenarai tidak menepati kriteria anda, sila lihat artikel kami di mana kami senaraikan 7 Kedai Bunga Segar di Sekitar Sungai Buloh. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat, hubungi kedai bunga pilihan anda untuk membuat pesanan!

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x