Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Bunga Segar di Sekitar Sungai Buloh

Musim konvokesyen sudah pun tiba. Musim ini adalah saat yang paling sesuai untuk membeli bunga segar yang cantik untuk dijadi hadiah. Bunga segar sebagai hadiah adalah salah satu simbolik atau kebiasaan pada hari konvokesyen untuk meraikan kejayaan seseorang walaupun sudah terdapat pelbagai jenis hadiah lain seperti patung beruang, coklat, kek, belon dan sebagainya. Namun, masih lagi bunga segar yang menjadi pilihan ramai orang kerana nilainya yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Jika anda merupakan penduduk di sekitar Sungai Buloh atau daerah berdekatan, bolehlah melawati kedai-kedai bunga segar dan lawa yang kami telah senaraikan.

7 Kedai Bunga di Sungai Buloh


1. Petals2u Florist, Bukit Rahman Putra

Petals2u Florist Sungai Buloh

Seperti yang tertera di atas, Petals2u Florist beroperasi di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Kedai bunga ini adalah salah satu ‘florist’ yang agak terkenal di sekitar Sungai Buloh. Ramai penggemar bunga yang duduk di sekitar Sungai Buloh pasti akan kenal kedai ini jika anda sebut namanya.

Selain daripada membekal dan menjual bunga segar, Petals2u Florist menyediakan pengkhidmatan lain seperti khidmat gubahan bunga dan penghantaran sehingga ke depan pintu rumah.

Alamat: No 3, Jalan BRP 1/4, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-6417 9709

WhatsApp Petals2u Florist


2. Shavelly Florist, Bandar Baru Sungai Buloh

Shavelly Florist Sungai Buloh

Shavelly Florist mempunyai banyak pilihan bunga segar seperti bunga mawar, kekwa, carnation dan sebagainya. Dikatakan juga, kedai bunga ini mempunyai gubahan bunga dengan reka bentuk yang sangat menarik kerana tukang gubahannya yang profesional dan kualiti bunga yang sangat baik. Bukan itu sahaja, kedai ini juga menyediakan pengkhidmatan gubahan sirih junjung.

Alamat: B, Jalan Kuala Selangor, Pasaraya Hiong Kong Sdn Bhd, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000, Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6157 4044


3. BaloonZ2u Florist Sungai Buloh

BaloonZ2u Florist Sungai Buloh

BaloonZ2u Florist yang terletak di Kampung Melayu, Sungai Buloh ini adalah kedai yang sangat ideal untuk mencari sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada orang-orang yang tersayang. Lebih menarik lagi, kedai bunga ini turut menjual belon helium dan juga mempunyai servis penghantaran. Jika anda hendak membeli bunga, apa salahnya beli belon sekali?

Dari luar kedai sahaja sudah meyakinkan pengguna untuk menggunakan pengkhidmatan BaloonZ2u Florist. Hal ini kerana dekorasinya yang simple dan pilihan yang agak banyak dalam ruangan kecil itu sudah pasti menarik perhatian.

Alamat: No 114, 13, Jalan Kampung Melayu Sungai Buloh, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-6922 8497

WhatsApp BaloonZ2u Florist


4. Kedai Bunga Cinta, Bandar Baru Sungai Buloh

Kedai Bunga Cinta Sungai Buloh

Kedai Bunga Cinta juga menerima tempahan gubahan bunga seperti sejambak bunga segar, hiasan di pasu bunga, kran berkabung dan sebagainya. Gubahan sejambak bunga ros adalah merupakan hadiah yang terbaik untuk meraikan kejayaan atau hari istimewa seseorang.

Menurut salah satu ulasan pengguna, Kedai Bunga Cinta menawarkan harga yang murah dan sangat berbaloi. Sebagai pengguna, semestinya kita akan mencari barang yang menawarkan harga yang lebih murah tetapi cantik dan berkualiti.

Alamat: 1, Jalan U19/C, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 8.00 pm), Sabtu – Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-212 1967

WhatsApp Kedai Bunga Cinta


5. T & T Eco Florist, Jalan Lembah

T & T Eco Florist

T & T Eco Florist merupakan salah satu kedai bunga segar yang agak besar di sekitar Sungai Buloh. Kedai bunga ini juga membekalkan pokok hidup yang kebiasaannya menjadi hiasan di luar rumah. Pokok yang dijual dari kedai ini amat sesuai untuk pengguna yang suka berkebun di rumah.

Kedai ini juga mendapat ulasan yang baik dari pengguna. Ada pengguna telah memberi review yang pekerja mereka sangat mesra, harga gubahannya berpatutan dan harga yang jelas, serta perkhidmatan disediakan sangatlah baik. Hal ini membuktikan bahawa T & T Eco Florist adalah antara pilihan yang terbaik di Sungai Buloh.

Alamat: Central Section Hospital, Lot 299, Jalan Lembah, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-6260 6338

WhatsApp T & T Eco Florist


6. Nursery | Green Landscape, Bukit Rahman Putra

Nursery | Green Landscape

Lokasi Nursery yang berada di tepi jalan raya sangat memudahkan pengguna untuk mencari lokasi kedai ini. Kedai bunga ini bukan sahaja membekalkan bunga dan tumbuhan, tetapi juga menyediakan khidmat bentuk landskap tanaman di luar rumah.

Terdapat banyak ulasan yang bagus seperti pekerja yang suka menolong, mesra pelanggan, harga pasu dan bunga yang murah, servis terbaik dan sebagainya. Jika anda merupakan seorang yang suka berkebun dan menghias halaman rumah, boleh lah luangkan masa melawat nursery di Sungai Buloh ini. 

Alamat: 26b, Jalan BRP 7, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-987 6138

WhatsApp Nursery | Green Landscape


7. Jacky Lim Nursery, Jalan Hospital

Jacky Lim Nursery

Kedai bunga ini dikatakan mempunyai banyak jenis bunga yang sukar didapati di tempat lain seperti variasi bunga ros yang unik. Jacky Lim terletak bukan di tengah bandar, namun kepelbagaiannya sangat menarik juga menawarkan bunga dan tumbuhan dengan harga yang murah.

Pemilik kedai bunga ini juga sangat mesra pelanggan dan suka menolong. Ulasan yang baik seperti ini menjadikan Jacky Lim antara pilihan yang terbaik untuk para penggemar bunga. 

Alamat: 309, Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-360 1769

WhatsApp Jacky Lim Nursery


Bunga segar juga bukan sahaja hanya dicari pada musim konvokesyen tetapi pada hari-hari istimewa yang wajar diraikan. Sebagai contoh, hari ulang tahun perkahwinan, sambutan ulang tahun, melawat kenalan yang sakit dan hari kekasih. Bahkan, terdapat banyak juga kedai atau perniagaan yang menawarkan servis penghantaran sehingga depan pintu rumah penerima sebagai kejutan kepada sesiapa yang membuat tempahan. Hal ini menjadikan momen tersebut sangat indah dan bermakna kepada si penerima bunga.

Selain itu, belilah bunga untuk meningkatkan mood anda dan mengurangi stres. Keindahan gubahan bunga dapat mengubah emosi seseorang ke arah yang lebih baik. Tambahan pula, membeli bunga untuk hiasan atau menerima bunga juga dapat melahirkan rasa bahagia terhadap seseorang, ia merupakan simbolik positif.

Senarai di atas sudah pasti akan membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak dan terbaik. Boleh juga merujuk ulasan-ulasan yang terdapat pada setiap kedai bunga tersebut untuk pastikan setiap pembelian anda sangat berbaloi dengan harga, servis dan kualiti. 

Jadi, apa tunggu lagi? Jomlah melawati kedai-kedai di atas! Jika kedai-kedai bunga tersenarai tidak menepati kriteria yang anda inginkan, anda boleh mencari alternatif lain dengan merujuk kepada artikel kami, 10 Kedai Bunga Murah dan Lawa di Sekitar Klang!

 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top10 Kedai Bunga di Shah Alam yang Segar dan Cantik!

Satu jambangan bunga untuk seseorang mempunyai beribu makna. Pemberi bunga tersebut boleh menyampaikan pelbagai mesej dan emosi kepada si penerima. Sama ada sebagai tanda...

10 Kedai Bunga Murah dan Lawa di Sekitar Klang

Bunga merupakan salah satu hadiah yang cukup digemari oleh kaum wanita. Ramai orang memilih bunga sebagai hadiah yang ideal kerana ianya dikatakan simbolik untuk...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x