Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top10 Kedai Bunga di Shah Alam yang Segar dan Cantik!

Satu jambangan bunga untuk seseorang mempunyai beribu makna. Pemberi bunga tersebut boleh menyampaikan pelbagai mesej dan emosi kepada si penerima. Sama ada sebagai tanda penghargaan atau simbol kasih sayang, pemberian bunga merupakan cara menyampaikan sesuatu pesanan yang paling elegan buat seseorang yang dikasihi. Jadi, untuk membantu anda berhubung dengan yang tersayang, kami sediakan 9 kedai bunga di Shah Alam untuk memberikan anda panduan untuk mendapatkan sejambak bunga yang terbaik.

10 Kedai Bunga di Shah Alam yg Best


1. FlowerAdvisor Shah Alam

FlowerAdvisor Shah Alam

Jika anda sedang mencari penghantaran bunga ke Shah Alam untuk sebarang majlis istimewa, boleh hubungi FlowerAdvisor yang mempunyai cawangan mereka di kawasan ini. Ia adalah destinasi terbaik untuk pilihan bunga segar dengan gubahan yang menakjubkan yang boleh dihantar terus ke pintu anda!

Mereka bekerjasama dengan florist terbaik di Shah Alam untuk memastikan bunga-bunga yang anda terima adalah yang terbaik. Buat pesanan anda sekarang, dan bunga-bunga indah ini akan dihantar ke rumah anda dengan perkhidmatan penghantaran sama hari secara percuma.

FlowerAdvisor Shah Alam sangat komited untuk memberikan khidmat pelanggan yang terbaik dengan pembayaran selamat. Jadi, jangan tunggu lagi, buat pesanan anda hari ini dan hiasi majlis istimewa anda dengan keindahan bunga dari FlowerAdvisor!

Baca lagi: FlowerAdvisor: Servis Penghantaran Bunga Tempatan & Antarabangsa yg Best

Laman Web


2. Little Angel Florist, Tadisma Business Park

Little Angel Florist, Tadisma Business Park

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda memerlukan jambangan bunga di saat-saat akhir? Atau mungkin anda pernah terlupa tarikh ulang tahun pasangan anda dan mahu mencari solusi yang pantas dengan menghadiahkan mereka sesuatu yang bermakna.

Satu solusi cepat dan bermakna adalah menempah jambangan bunga untuk pasangan anda di Little Angel Florist! Mereka boleh menyiapkan karangan bunga yang elegan lagi cantik dalam hanya masa 45 minit mengikut kehendak anda.

Di samping itu, kedai bunga ini juga menyediakan pelbagai variasi jenis jambangan bunga iaitu jambangan untuk sambutan cahaya mata baru, sambutan pembukaan kedai serta rekaan bakul buah untuk pelbagai sambutan. 

Alamat: 21, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 8.00 pm).

Lokasi


3. Green Florist and Gift, Kota Kemuning

Green Florist and Gift, Kota Kemuning

Kedai bunga ini telah berkecimpung di dalam industri penggubahan bunga selama satu dekad. Dengan staf-staf yang berpengalaman luas, mereka menawarkan pelbagai jenis rekaan bunga yang berkualiti tinggi. Mereka juga menerima pelbagai jenis pembayaran atas talian iaitu melalui Maybank, Hong Leong dan platform pembayaran antarabangsa, PayPal. 

Menariknya di Green Florist ini, mereka mempunyai koleksi bunga mawar segar yang sangat banyak. Antara jenis bunga mawar yang mereka sediakan ialah mawar merah, mawar biru, mawar merah jambu serta mawar jingga. Anda juga boleh melawat laman web mereka untuk memahami setiap maksud bunga yang terdapat dalam rekaan mereka. Best kan?

Alamat: No. 21-1, Jalan Anggerik Vanilla 31/93, Kota Kemuning, 40460, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi


4. Teratai Floral, Seksyen 20

Teratai Floral, Seksyen 20

Telah menawarkan servis penggubahan bunga untuk komuniti Shah Alam selama 23 tahun, kedai Teratai Floral sentiasa menjadi pilihan ramai kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas.

Kalau anda dalam fasa berjimat-cermat, anda tak perlu risau kerana anda masih boleh menghadiahkan jambangan bunga dengan bantuan Teratai Floral. Hal ini kerana, mereka menyediakan pelbagai gubahan bunga dengan harga berpatutan. 

Untuk anda yang mencari gubahan bunga beserta dessert yang berkualiti, anda tidak perlu runsing lagi kerana mereka juga ada menawarkan gubahan bunga bersama coklat Ferrero Rocher, Kinder Bueno dan bermacam lagi jenis dessert yang menarik!

Alamat: No.3, Jalan Singa E20/E, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 9.30 pm), Ahad (tutup).

Lokasi


5. NeFlorist, Seksyen U13

NeFlorist, Seksyen U13

Terletak di Jalan Setia Prima, kedai bunga yang bernama NeFlorist ini menyediakan lebih 400 pilihan gubahan bunga dalam katalog mereka. Dengan lingkungan harga bermula dari RM7.50 sehingga RM830.00, anda boleh mendapatkan apa jua jenis servis penggubahan bunga yang anda mahukan. Antara produk-produk mereka adalah jambangan bunga untuk perkahwinan, hiasan dan aksesori kereta pengantin, susunan pasu bunga dan banyak lagi! 

Bukan itu sahaja, mereka menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga luar negara. Kini, anda boleh menghantar bunga kepada orang tersayang di seluruh dunia dengan NeFlorist kerana mereka menawarkan penghantaran bunga antarabangsa pada hari yang sama! Unik kan?

Alamat: 13-1-1, Jalan Setia Prima DU13/D Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 3.00 pm) .

Lokasi


6. Star Garden Florist, Setia Alam

Star Garden Florist, Setia Alam

Anda mencari gubahan bunga untuk pelamin perkahwinan anda? Star Garden Florist sedia membantu anda! Terkenal dengan gubahan bunga untuk majlis perkahwinan, mereka mempunyai penggubah-penggubah bunga yang sangat profesional dan bagus.

Servis-servis yang mereka tawarkan untuk hari bahagia anda terdiri daripada gubahan bunga untuk kereta pengantin, korsaj bunga, rekaan bunga untuk pelbagai acara serta gubahan bunga untuk meja tetamu.

Bagi anda yang mencari bunga untuk perayaan lain juga, anda tidak perlu risau. Star Garden Florist juga boleh menyediakan gubahan bunga untuk acara dan peristiwa yang lain juga seperti bunga untuk pembukaan kedai, ulang tahun serta untuk hari graduasi. 

Alamat: No 1, U/13BG, 1, Jln Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi


7. Imani’s Florist, Seksyen 18

Imani’s Florist, Seksyen 18

Kedai bunga yang terletak di Ole Ole Shopping Centre ini boleh membuat penghantaran ke sekitar Lembah Klang dan seluruh Selangor. Seterusnya, konsep perniagaan Imani’s Florist yang bersifat home-based ini menjanjikan rekaan gubahan bunga dengan kemasan yang unik beserta perincian yang teliti. Dengan katalog gubahan bunga yang pelbagai, kedai bunga ini sangat mementingkan citarasa pelanggan. 

Menariknya kedai bunga ini, mereka juga menawarkan servis gubahan wang kertas yang sangat unik dan anggun. Selain gubahan bunga wang, Imani’s Florist juga menyediakan rekaan sireh junjung buat anda yang mahu meraikan adat tradisional Melayu di hari perkahwinan anda. 

Alamat: Ole Ole Shopping Centre, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 9.30 pm), Ahad (tutup).

Lokasi


8. Midore Florist & Gift, Kompleks PKNS Shah Alam

Kedai Bunga Midore Florist & Gift, Kompleks PKNS Shah Alam

Kedai bunga yang bernama Midore Florist & Gift ini terletak di lokasi strategik, iaitu di Kompleks PKNS Shah Alam. Selepas membeli bunga, anda boleh pergi membeli belah di sekitar sini juga. Dengan servis yang bagus dan pantas, kedai bunga ini telah berkhidmat untuk komuniti Shah Alam selama 6 tahun.

Di samping itu, mereka juga menggunakan bunga-bunga yang segar dan cantik untuk servis gubahan bunga mereka. Antara servis gubahan bunga yang disediakan adalah gubahan bunga untuk hari lahir, hari graduasi, jambangan bunga untuk perkahwinan, dan lain-lain. 

Alamat: Ground Floor, Persiaran Dato Menteri, Kompleks Pkns, Pusat Bandar, 40000, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm).

Lokasi


9. Meksu Florist, Seksyen 14

Kedai Bunga Meksu Florist, Seksyen 14, Shah Alam

Terkenal dengan gubahan bunga untuk majlis korporat, Meksu Florist pernah membuat rekaan bunga formal untuk Istiadat Konvokesyen untuk Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Kedai bunga ini juga pernah menyumbangkan khidmat gubahan mereka yang berkualiti tinggi untuk Istana Alam Shah, Klang, Selangor sempena Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor. Jadi, anda tidak perlu ragu tentang kebolehan dan kepakaran Meksu Florist kerana servis gubahan mereka juga digemari kerabat diraja.

Diterajui oleh penggubah bunga berpengalaman bernama Rohaya, Meksu Florist juga menyediakan perkhidmatan tempahan hantaran perkahwinan, gubahan dan hiasan bunga segar dan tiruan untuk majlis formal, perkahwinan, hiasan dewan dan pentas. 

Alamat: No G74, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 8.00 pm).

Lokasi


10. Luseary Flower, Jalan Setia Dagang

Kedai Bunga Luseary Flower, Jalan Setia Dagang, Shah Alam

Telah beroperasi sejak tahun 2015, kedai Luseary Flower telah menggubah pelbagai karangan bunga untuk penduduk Shah Alam selama 7 tahun. Mempunyai lebih 11 kategori servis gubahan bunga, kedai bunga ini menyediakan khidmat gubahan bunga bersama set hadiah, karangan bunga di dalam kaca, jambangan bunga yang diawet serta gubahan bunga bersama belon. 

Yang menariknya di Luseary Flower, mereka juga ada menawarkan pelbagai jenis langganan penghantaran bunga untuk setiap bulan. Dengan harga bermula RM99 sehingga RM299 pada setiap bulan, anda boleh menambah seri rumah anda dengan jambangan bunga yang segar dan elegan pada setiap masa. Mereka akan membuat hantaran bunga segar setiap minggu pada hari Jumaat dengan koleksi bunga yang berbeza mengikut trend terkini.

Alamat: Sunsuria Forum @7th Avenue Jalan Setia Dagang AL U13/AL.E-G-18, Setia Alam, 40170, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Sabtu (10.30 am – 7.30 pm), Ahad (10.30AM – 5.30PM), Isnin (tutup).

Lokasi


Pemberian bunga kepada insan yang tersayang akan mencetuskan momen-momen sangat berharga buat ingatan mereka. Hal ini kerana, mereka akan berasa dihargai kerana pemberian yang elegan lagi klasik.

Jadi, kami berharap senarai kedai bunga di Shah Alam ini dapat membantu anda menyerikan hubungan anda dengan yang tersayang. Jika anda berada di Perak, anda boleh lihat artikel 6 Kedai Bunga Segar Yang Anda Perlu Tahu di Ipoh untuk memberi saat terindah buat yang tercinta.

4.6/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Bunga Murah dan Lawa di Sekitar Klang

Bunga merupakan salah satu hadiah yang cukup digemari oleh kaum wanita. Ramai orang memilih bunga sebagai hadiah yang ideal kerana ianya dikatakan simbolik untuk...

7 Kedai Bunga Segar di Sekitar Sungai Buloh

Musim konvokesyen sudah pun tiba. Musim ini adalah saat yang paling sesuai untuk membeli bunga segar yang cantik untuk dijadi hadiah. Bunga segar sebagai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x