Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Bunga Murah dan Lawa di Sekitar Klang

Bunga merupakan salah satu hadiah yang cukup digemari oleh kaum wanita. Ramai orang memilih bunga sebagai hadiah yang ideal kerana ianya dikatakan simbolik untuk meraikan hari-hari bahagia bersama yang tersayang. Bukan sahaja hari kekasih, malah pada hari lahir, hari graduasi dan hari-hari yang istimewa, bunga menjadi pilihan utama untuk diberikan hadiah kepada yang tersayang. Di sini kami menyenaraikan 10 kedai bunga murah dan lawa di sekitar Klang untuk memudahkan anda mencari bunga yang terbaik!

10 Kedai Bunga di Sekitar Klang


1. FlowerAdvisor Klang

FlowerAdvisor Klang

Kedai Bunga FlowerAdvisor Klang menawarkan pelbagai pilihan bunga yang cantik dan eksklusif di Lembah Klang. Dalam Lembah Klang yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kehidupan bandarnya, bunga adalah hadiah yang sempurna untuk menggembirakan hati orang tersayang. Jika anda ingin menghantar bunga kepada orang tersayang di kawasan ini, FlowerAdvisor Klang adalah pilihan yang boleh dipercayai untuk menceriakan hari mereka dengan keindahan bunga, di mana sahaja mereka berada.

Malah, dengan koleksi mereka yang pelbagai termasuk bunga popular seperti Roses, Sunflowers, Marigolds, Daisies, Lilies, dan Jasmine, FlowerAdvisor Klang bersedia untuk membantu memudahkan hari anda!

Baca lagi: FlowerAdvisor: Servis Penghantaran Bunga Tempatan & Antarabangsa yg Best

Laman Web


2. SF Florist, Sepang

Kedai Bunga SF Florist, Sepang

SF Florist merupakan kedai bunga dan belon yang menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Gubahan bunga yang dihasilkan oleh SF Florist sangatlah cantik, unik dan berkelas tinggi. Bukan sahaja jambangan bunga yang dihasilkan tetapi terdapat juga bunga tangan pengantin, bunga perhiasan dan sebagainya. 

Di sini juga menyajikan penghantaran bunga yang ditempah oleh pelanggan meliputi kawasan Sepang dan persekitarannya. Jadi, anda boleh mengunjungi kedai ini untuk menempah jambangan bunga kepada yang tersayang!

Alamat: 105-1 Jalan Warisan Sentral 2 Kip Central, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi


3. Mekar Malaysia, Cyberjaya

Kedai Bunga Mekar Malaysia, Cyberjaya

Lokasi seterusnya pula kedai bunga Mekar Malaysia yang terletak di Cyberjaya. Kedai bunga ini kelihatan elegan dan mewah dari pandangan luar dan dalamannya. Keunikkan kedai bunga ini adalah mereka menyediakan papan bunga untuk pembukaan kedai baru, promosi, majlis perkahwinan dan sebagainya. Wah, menarik kan! Anda juga boleh memilih bunga segar atau plastik untuk membuat tempahan yang diinginkan.

Alamat: F-G-06 Plaza CrystalVille, Jalan Vita, 1, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi


4. JK Florist, Batu Caves

Kedai Bunga JK Florist, Batu Caves

Inginkan jambangan bunga yang cantik dan lawa? Singgahlah ke kedai bunga JK Florist yang terletak di Bandar Baru Selayang. Menariknya kedai ini kerana mereka menggunakan bunga yang paling segar dan berkualiti sahaja. Banyak pilihan bunga yang lawa dan harga yang ditawarkan sangatlah murah. Jadi, kedai ini sangatlah sesuai untuk anda membuat tempahan dan memberikan hadiah romantis kepada pasangan. 

Alamat: 25 C , Jalan 2/14 Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi


5. Tulip Floral Boutique, Semenyih

Kedai Bunga Tulip Floral Boutique, Semenyih

Kedai bunga yang murah dan lawa yang seterusnya ialah Tulip Floral Boutique yang terletak di Semenyih. Terdapat bunga segar seperti orked, mawar, lily, daisy dan bunga matahari untuk dijadikan jambangan bunga. Kedai ini juga mendapat ulasan yang terbaik dari pelanggan kerana mempunyai pelbagai pilihan bunga dan staf yang peramah. Jadi, jika anda ingin mendapatkan jambangan bunga dengan segera, pilihlah kedai ini!

Alamat: 13-G, Jalan Semenyih Sentral 6, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi


6. Flona Florist Gift Centre, Klang

Flona Florist Gift Centre, Klang

Flona Florist Gift Centre merupakan kedai bunga yang lawa dan murah yang menjual pelbagai jenis bunga terutamanya bunga segar. Lokasi kedai bunga ini terletak di Klang. Kedai ini mendapat tarikan ramai kerana memiliki pekerja yang mahir dan kreatif dalam menghasilkan susunan bunga yang indah. Selain jambangan bunga, kedai ini juga menerima tempahan dan pesanan seperti hiasan bunga segar di majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya mengikut kehendak pelanggan.

Alamat: 77, Persiaran Pegaga, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi


7. BloomThis, Petaling Jaya

BloomThis, Petaling Jaya

Kedai bunga seterusnya ialah BloomThis yang terletak di Petaling Jaya. Kedai ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan memiliki cawangan di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Singapura. BloomThis membekalkan bunga yang mewah, tumbuhan hidup dan hadiah yang unik. 

Ia juga pernah berkolaborasi dengan jenama terkenal seperti Christy Ng, Kate Spade Sparkle dan lain-lain. Wah, hebat bukan! Pelanggan juga akan mendapat diskaun sebanyak 10% untuk pesanan pertama. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita beli bunga di BloomThis!

Alamat: 9, Lorong 51a/227c, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi


8. Floratorie.co, Petaling Jaya

Floratorie.co, Petaling Jaya

Seterusnya, di sekitar kawasan Petaling Jaya juga terdapat sebuah lagi kedai bunga yang bernama Floratorie.co. Kedai ini unik kerana ia bukan sahaja kedai bunga kerana ia telah digabungkan menjadi sebuah kafe juga. Jadi, kepada pelanggan yang hadir bolehlah menikmati kopi, kek dan roti selain membeli bunga di kedai ini. 

Bukan itu sahaja, kedai bunga ini menawarkan bengkel membuat gubahan bunga dan kelas kepada pelanggan yang berminat. Menariknya! Pelanggan yang ingin belajar membuat gubahan bunga boleh lah hubungi dan lawati kedai Floratorie.co.

Alamat: 1075A, Jalan 17/27, Taman Gembira, 46400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Lokasi


9. De Sin Trading, Banting

De Sin Trading, Banting

Selain itu, terdapat lagi kedai bunga yang lawa dan murah sekitar Klang bernama De Sin Trading. Kedai ini berada di Banting, Selangor. Kedai ini menjual jambangan bunga istimewa, coklat, bunga segar, membuat bunga tangan pengantin dan juga menjual untuk majlis perkahwinan serta membuat hantaran pengantin. 

Banyak pilihan bunga dari segi warna dan corak di De Sin Trading. Jadi, pelanggan boleh membuat pilihan dengan mudah! Keistimewaan kedai bunga De Sin Trading ialah menawarkan perkhidmatan untuk menghias kereta pengantin. Kepada bakal-bakal pengantin, anda bolehlah singgah ke kedai ini.

Alamat: 188, Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, 42700 Banting, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (10.0 am – 1.30 pm)

Lokasi


10. Taipan Florist, Subang Jaya

Taipan Florist, Subang Jaya

Kedai bunga yang lawa sekitar Klang seterusnya adalah Taipan Florist. Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan memiliki 3 cawangan iaitu di Subang Jaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Hampir satu dekad kedai ini beroperasi, jadi, para pelanggan tidak perlu risau akan kemampuan dan pengalaman pekerja di sini. 

Taipan Florist menawarkan perkhidmatan seperti jambangan bunga, bunga di majlis perkahwinan, di majlis persendirian, hiasan meja dan sebagainya. Kedai ini sangat mementingkan keinginan, citarasa dan kepuasan dari pelanggan dalam urusan jual beli. Ianya sangat sesuai kepada anda yang ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada yang tersayang. 

Alamat: 30, Jalan USJ 10/1, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 7.00 pm), Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (11.30 am – 3.00 pm)

Lokasi


11. Warm Wishes Florist, Petaling Jaya

Warm Wishes Florist, Petaling Jaya

Warm Wishes Florist merupakan kedai bunga yang elegan dan mewah di Petaling Jaya. Kedai ini banyak menerima pesanan dan tempahan dari pelanggan untuk hari graduasi, hari ulang tahun perkahwinan, hari pembukaan kedai dan sebagainya. Oleh itu, terdapat banyak jenis pilihan bunga yang menawan dan cantik untuk pelanggan membuat pilihan mengikut citarasa yang diinginkan. 

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan hasil karya yang ditempah. Jadi, sekiranya anda ini membeli jambangan bunga buat pasangan, keluarga, rakan-rakan, disinilah tempatnya!

Alamat: Zenith Corporate Park, 9-G, Jalan SS 7/26, Ss 3, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 5.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi


Sebenarnya, terdapat banyak kedai bunga yang terdapat di sekitar Klang. Anda hanya perlu memilih sahaja kedai yang berhampiran untuk dikunjungi. Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada insan tersayang.

Namun, jika pilihan kedai bunga yang telah kami senaraikan tidak menepati citarasa anda, anda boleh lihat artikel kami yang menyenaraikan 7 Kedai Bunga Segar di Sekitar Sungai Buloh untuk alternatif lain. Semoga bermanfaat!

4.9/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Bunga Segar di Sekitar Sungai Buloh

Musim konvokesyen sudah pun tiba. Musim ini adalah saat yang paling sesuai untuk membeli bunga segar yang cantik untuk dijadi hadiah. Bunga segar sebagai...

Top10 Kedai Bunga di Shah Alam yang Segar dan Cantik!

Satu jambangan bunga untuk seseorang mempunyai beribu makna. Pemberi bunga tersebut boleh menyampaikan pelbagai mesej dan emosi kepada si penerima. Sama ada sebagai tanda...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x