Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Bunga Cantik yang Anda Perlu Kunjungi di Johor Bahru

Sebut sahaja Majlis Konvokesyen, mestilah bunga menjadi pilihan utama anda untuk menghadiahkan kepada pasangan, ahli keluarga, rakan-rakan yang bergraduasi. Terdapat banyak pilihan warna, bentuk dan jenis bunga segar mahupun bunga plastik di kedai bunga. Jadi, di sini, kami telah senaraikan 6 kedai bunga cantik yang anda boleh kunjungi di Johor Bahru untuk menyenangkan anda!

6 Kedai Bunga di Johor Bahru


1. Ume Floral & Cafe, Jalan Kolam Air

Ume Floral & Cafe

Kedai bunga cantik yang perlu anda kunjungi di Johor Bahru ialah Ume Floral & Cafe. Kedai ini merupakan kedai bunga yang menyediakan bunga untuk semua majlis seperti hari lahir, hari ulang tahun, kalungan bunga dan jambangan bunga untuk majlis konvokesyen. 

Bukan itu sahaja, gabungan kedai bunga dan kafe ini mempunyai hidangan tempatan, klasik dan pencuci mulut barat. Menariknya, anda boleh menikmati hidangan ringan seperti roti, kek, kopi, juga bersarapan, makan tengahari, makan malam, di antara hiasan bunga-bunga yang cantik di sekeliling anda. 

Anda juga boleh menempah hidangan istimewa dan dekorasi bunga-bunga untuk majlis sambutan seperti makan malam romantis, hari jadi, acara korporat dan sebagainya. Menarik kan! Jadi, anda boleh kunjungi ke kedai bunga ini sambil menikmati hidangan yang disediakan dengan persekitaran bunga-bunga yang cantik di sekeliling anda.

Alamat: 22G, Riverside Nong Chik, Jalan Kolam Air 2, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 11.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-7007830

WhatsApp Ume Floral & Cafe


2. Mazzo Di Fiore, Tebrau

Mazzo Di Fiore

Kedai seterusnya ialah Mazzo Di Fiore yang ditubuhkan pada 2006. Kedai ini mempunyai 3 cawangan di Johor. Kedai bunga Mazzo Di Fiore menawarkan pelbagai jenis hadiah bunga untuk semua majlis dan juga hiasan. Jambangan bunga yang dihasilkan sangatlah cantik dan elegan, sesuai untuk pelanggan yang mempunyai citarasa berkelas tinggi. Jambangan bunga untuk majlis konvokesyen juga ada tau!

Kedai bunga Mazzo Di Fiore juga menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia dan Singapura. Disini juga, menawarkan kursus floral bagi pelanggan yang berminat untuk belajar menggubah bunga, membuat hantaran bunga perkahwinan dan macam-macam lagi.

Kursus ini berlangsung selama 2 jam setiap hari mengikut silibus yang ditetapkan dan akan diajar oleh guru yang mempunyai pengalaman mahir dalam bidang floral. Jadi kepada anda yang berminat untuk menempah bunga atau mengambil kursus floral, disinilah tempatnya.

Alamat: G39, Aeon Mall Tebrau City, 1, Persiaran Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-3547327

WhatsApp Mazzo Di Fiore


3. Kim’s Florist & Floral Supplies, Jalan Sungai Chat

Kim’s Florist & Floral Supplies

Kim’s Florist & Floral Supplies ditubuhkan pada 1983 dan diterajui oleh Valentina Kim sejak 2004. Ianya merupakan syarikat berdaftar tanpa cawangan atau kedai lain. Bunga yang dihasilkan di sini sangatlah menarik dan cantik dengan kepakaran pekerja-pekerja yang berpengalaman. 

Terdapat jambangan bunga untuk hari lahir, ulang tahun, ucapan tahniah dan lain-lain. Jambangan bunga dan hadiah yang dihasilkan sangat mewah dan elegan. Bukan itu saja, tanaman bunga orkid untuk dihadiahkan kepada ibu atau pasangan juga ada! 

Bagi peminat tanaman terrarium, anda boleh kunjungi ke kedai ini kerana terdapat pelbagai pilihan dan bentuk terrarium yang dihasilkan. Harga yang ditawarkan di kedai ini sangat berpatutan dan berbaloi. 

Alamat: Bangunan Warisan Sultan Abu Bakar, No. 888, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Ahad – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan pelanggan | Telefon: 07-2243663


4. D Florist Garden, Taman Kemas

Kedai Bunga D Florist Garden, Johor Bahru

Kedai bunga seterusnya pula ialah D Florist Garden, Johor Bahru. Kedai ini menjual gubahan bunga segar dan membuat perkhidmatan surprise delivery di sekitar Johor Bahru.

Kedai ini telah membuat banyak gubahan jambangan untuk Konvokesyen dengan sentuhan bunga plastik, bunga segar, coklat, teddy bear, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, permintaan dari pelanggan seperti gabungan bunga dan buah-buahan juga dihasilkan. 

Harga untuk setiap tempahan di kedai ini murah berbanding kedai-kedai bunga yang lain. Ulasan dari pelanggan juga mengatakan bahawa kedai ini mesra pelanggan, memberikan servis layanan terbaik dan mempunyai banyak pilihan bunga. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita singgah!

Alamat: 16, Jalan Siantan 1, Taman Kemas, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-6691359

WhatsApp D Florist Garden


5. Laurels & Leafz, Tebrau

Kedai Bunga Laurels & Leafz, Johor Bahru

Laurels & Leafz telah beroperasi sejak tahun 2016 secara atas talian dan mula berpindah ke kedai fizikal pada tahun 2017. Sentuhan bunga yang dihasilkan oleh kedai ini sangatlah cantik dan elegan. Gabungan buah dan coklat pada bunga mereka sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan. 

Kedai ini juga mempunyai belon udara sebagai tambahan kepada pelanggan yang ingin menempahnya. Harga yang ditawarkan berbaloi dengan hasil tempahan yang dilakukan. Menariknya kedai bunga Laurels & Leafz adalah kerana mereka membuat perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia! Penghantaran percuma juga disediakan kepada pelanggan yang dalam jarak 25 km dari lokasi kedai bunga ini.

Jika anda tidak dapat kunjungi ke kedai ini, anda boleh layari laman web mereka untuk memesan bunga. Untuk pengguna pertama yang ingin memesan bunga, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM5 dengan menggunakan kod promosi yang berikan. Wah, menarik kan! 

Alamat: No 1, Lorong 1, Jalan Kelewang 1, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-63530989

WhatsApp Laurels & Leafz


6. Pudu Ria Florist, Bandar Baru Permas Jaya

Kedai Bunga Pudu Ria Florist, Johor Bahru

Pudu Ria Florist merupakan kedai bunga terbesar di Johor Bahru. Kedai bunga ini sudah beroperasi selama 3 tahun, jadi ia pastinya mempunyai banyak pilihan bunga cantik dan murah! 

Bunga-bunga segar di kedai ini diambil dari pembekal lokal dan import. Bermacam jenis bunga seperti ros, tulip, baby breath, matahari dan banyak lagi. Pokok dan tumbuhan juga ada di sini. Sangat berbaloi kepada anda peminat bunga untuk kunjungi ke sini. 

Alamat: No 1&3, Jalan Permas 9/17, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon : 016-8361366 

WhatsApp Pudu Ria Florist


Pemilihan bunga yang cantik dan menarik, juga keperluan bajet anda mestilah diambil kira sebelum anda membuat tempahan. Jadi, kedai-kedai yang kami senaraikan ini adalah kedai bunga Johor Bahru terbaik yang anda wajib pergi untuk menempah bunga buat pasangan, keluarga ataupun teman-teman. Harap bermanfaat!

Jika anda dalam pencarian kedai printing, anda boleh baca artikel kami di mana kami senaraikan 7 Kedai Servis Printing Terbaik di Johor Bahru

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x