Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Servis Printing Terbaik di Johor Bahru — Jom Survey!

Kedai servis printing sering digunakan oleh masyarakat kini untuk pelbagai perkara. Dari kegunaan harian seperti mencetak dokumen, sehinggalah kepada design yang diminta oleh pelanggan. Bagi usahawan pula, servis printing sangatlah penting dalam mempromosikan pemasaran yang efektif. Jadi sangatlah penting untuk mendapatkan kedai servis printing yang terbaik dan mempunyai berpengalaman dalam bidang cetakan. Jadi, kami senaraikan 7 kedai servis printing terbaik di Johor Bahru untuk anda survey. Semoga manfaat!

7 Kedai Servis Printing di Johor Bahru


1. YCube Branding Sdn Bhd, Taman Mount Austin

YCube Branding Sdn Bhd, Taman Mount Austin

YCube merupakan firma pengiklanan yang ditubuhkan sejak 2013. Firma ini mempunyai tenaga kerja yang profesional dalam menawarkan kualiti reka bentuk tertinggi kepada pelanggan.

Lebih daripada 2500 orang pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan YCube Branding. Oleh kerana mereka mempunyai lebih dari 14 tahun pengalaman dalam bidang ini, tidak hairanlah banyak jenama-jenama besar seperti NSK Grocer, Premero dan PTIS telah menggunakan perkhidmatan mereka.

YCube Branding menawarkan perkhidmatan seperti servis percetakan, hadiah korporat, reka bentuk pembungkusan produk, design dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, YCube juga menawarkan perkhidmatan seperti fotografi, videografi, digital marketing dan banyak lagi.

Boleh dikatakan, banyak servis yang dilakukan oleh YCube Branding. Jadi, kepada pelanggan yang ingin mendapatkan servis dari YCube Branding, sila layari ke laman web rasmi firma ini atau boleh juga terus datang ke kedai mereka. 

Alamat: 41, Jalan Austin Perdana 2/23, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 6.00pm), Sabtu (9.00am – 1.00pm) & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-760 0699

WhatsApp YCube Branding


2. Dino Work Sdn Bhd, Taman Desa Jaya

Dino Work Sdn Bhd, Taman Desa Jaya

Kedai servis printing terbaik di Johor Bahru yang mesti anda survey adalah di Dino Work di Taman Desa Jaya. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis produk yang berkualiti seperti alat tulis sekolah dan pejabat, topi, beg, kemeja, pakaian seragam, trofi dan banyak lagi.

Sejak tahun 2004, kedai ini bermula dengan rekabentuk grafik, semua jenis percetakan pada kertas, papan tanda dan pengiklanan. Selepas itu, barulah mereka menceburi bidang percetakan t-shirt, membuat pakaian seragam untuk kekal berdaya saing dengan kedai-kedai percetakan yang lain. 

Dino Work dapat hasilkan tempahan yang diminta oleh pelanggan dengan kualiti yang sangat tinggi. Jadi, tunggu apa lagi, datanglah ke Dino Work untuk mendapatkan servis percetakan yang berbaloi!

Alamat: 20, Jalan Lembah 3, Taman Desa Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 5.00pm) & Sabtu – Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-717 9337

WhatsApp Dino Work


3. Glorious Printing Solutions, Taman Setia Indah

Kedai Glorious Printing Solutions, Taman Setia Indah, Johor Bahru

Kedai printing seterusnya adalah Glorious Printing Solutions yang terletak di Taman Setia Indah, Johor Bahru. Waktu beroperasi kedai ini bermula jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. 

Kedai ini menawarkan perkhidmatan seperti fotostat, percetakan, scanning, laminating, rubber stamp, buku bil dan banyak lagi. Kedai ini juga menawarkan perkhidmatan membuat kotak hadiah, kotak makanan, kotak coklat custom made untuk pelanggan. 

Banyak pelanggan telah memberi ulasan bahawa mereka telah mendapatkan perkhidmatan dan layanan yang memuaskan dari pihak kedai ini. Sekiranya anda ingin menempah sesuatu, anda boleh kunjungi ke kedai ini atau menghubungi nombor telefon mereka.

Alamat: 26, Jalan Setia 4/11, Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30am – 6.00pm), Sabtu (10.00am – 2.00pm) & Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-718 9279

WhatsApp Glorious Printing Solutions


4. Kedai Printing Box Johor Bahru, Larkin

Kedai Printing Box Johor Bahru, Larkin

Kedai Printing Box yang terletak di kawasan Larkin, Johor Bahru, ini mula beroperasi sejak tahun 2011 dan secara rasminya ditubuhkan pada awal tahun 2013. Mereka menyediakan perkhidmatan percetakan dan pembekalan alat tulis, alatan pejabat serta pakaian seragam sekolah dan pejabat. Perkhidmatan mereka mendapat sambutan dari pelbagai pihak, khususnya jabatan kerajaan, agensi swasta dan orang awam.

Misi utama kedai ini adalah untuk membantu para usahawan dan peniaga untuk mula berniaga dalam keadaan yang serba lengkap dengan cetakan kotak produk serta label sticker berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Hal ini adalah supaya para usahawan dapat bersaing dalam pasaran serta membantu meningkatkan jualan mereka ke tahap maksimum.

Kedai ini popular kerana mempunyai banyak jenis cetakan kotak seperti kotak minyak wangi, kosmetik, tudung, kopi, doorgift, makanan dan lain-lain. Bukan itu sahaja, kedai Printing Box juga menawarkan perkhidmatan yang lain seperti membuat lanyard, cetakan pada t-shirt, inkjet printing, custom mug dan sebagainya.

Alamat: 35-01/02 & 33-01, Jalan Dataran Larkin 1, Taman, Dataran Larkin 2, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30am – 6.30pm) & Sabtu – Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-681 2193

WhatsApp Printing Box


5. Maven Print, Taman Molek

Maven Print, Taman Molek

Kedai printing seterusnya ialah Maven Print yang terletak di kawasan Taman Molek, Johor Bahru. Kedai ini diasas pada tahun 2013 untuk menyediakan perkhidmatan percetakan yang berkualiti kepada setiap pelanggan. Matlamat Maven Print adalah untuk memenuhi keperluan percetakan pelanggan melebihi dari jangkaan mereka.

Kedai Maven Print menawarkan pelbagai cetakan seperti letterhead, kad perniagaan, buku bil, banner dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, permintaan dari pelanggan untuk customize rubber stamp juga disediakan mengikut warna dan gaya yang unik.

Pekerja di kedai ini juga dikatakan mesra pelanggan dan sangat membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Anda boleh mendapat penghantaran percuma sekiranya tempahan anda melebihi minimum yang ditetapkan. Wah, menarik!

Alamat: 01-12, 01-12, Jalan Molek 1/31, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 5.30pm) & Sabtu – Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-3610718

WhatsApp Maven Print 


6. Clioart Printing Sdn Bhd, Taman Mount Austin

Kedai Clioart Printing Sdn Bhd, Taman Mount Austin, Johor Bahru

Kedai Printing Clioart merupakan syarikat percetakan di Johor dan Singapura. Ia menawarkan perkhidmatan percetakan profesional kepada pelanggan. Visi dan misi mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan percetakan yang berkualiti tinggi demi memuaskan hati pelanggan untuk mencapai hubungan jangka panjang. 

Keunikan kedai ini adalah pelanggan boleh menempah kotak hadiah kayu yang direka khas serta mempunyai pelbagai bentuk dan saiz mengikut citarasa pelanggan. Kotak hadiah kayu ini sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, hiasan pada dinding dan sebagainya. 

Di sini juga terdapat perkhidmatan lain yang disediakan seperti membuat business card, letterhead, poster, flyers, banner, kalendar dan banyak lagi. Tambahan pula, anda tidak perlu risau lagi sekiranya tidak mempunyai design atau logo untuk bisnes anda. 

Sekiranya anda tidak mempunyai logo atau design tersendiri untuk dicetak, anda boleh meminta kedai ini untuk merekacipta design terlebih dahulu sebelum menempahnya. Clioart sangat berbesar hati dalam membantu pelanggan mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang proses percetakan.

Alamat: 37, Jalan Mutiara Emas 10/19, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 6.00pm), Sabtu (9.00am – 1.00pm) & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-364 4044

WhatsApp Clioart Printing


7. Al Fateh Printing Taman Universiti, Skudai

Al Fateh Printing Taman Universiti, Skudai

Al Fateh Printing di Skudai, Johor Bahru, merupakan kedai mesra pelanggan yang menawarkan perkhidmatan percetakan dengan harga yang murah dan berpatutan. Sebagai contoh, perkhidmatan seperti banner yang bersaiz 2 x 3 kaki beserta penghantaran pos hanya berharga RM16 sahaja!

Juga terdapat untuk tempahan sticker untuk produk, logo, doorgift perkahwinan dan sebagainya. Anda juga boleh menempah baju sublimation dengan pelbagai design, warna yang menarik bersesuaian dengan tema untuk kelab sukan, permotoran, hiking, hari keluarga dan sebagainya. Jadi, anda yang berdekatan di kawasan Taman Universiti, bolehlah kunjungi ke sini. 

Alamat: 9, Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-550 4942

WhatsApp Al Fateh Printing


Jadi, inilah 7 kedai servis printing yang terbaik di Johor Bahru yang anda boleh survey. Kami berharap agar artikel ini dapat membantu memenuhi keperluan serta keinginan anda dalam mendapatkan servis printing yang terbaik. Jangan lupa untuk membuat penilaian berdasarkan perkhidmatan yang disediakan, harga dan ulasan pelanggan.

Jika anda juga dalam pencarian untuk kedai komputer di Johor Bahru, kami ada artikel yang sesuai untuk anda! Sila lihat artikel kami tentang 10+ Kedai Komputer Best di Sekitar Johor Bahru untuk ketahui lebih lanjut. 

5/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x