Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Kedai Komputer Best di Sekitar Johor Bahru

Kedai-kedai komputer (computer shops) kini menawarkan pelbagai jenis produk komputer yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan.  Pengguna boleh mengunjungi outlet kedai komputer di Johor Bahru atau kedai online bagi mendapatkan pelbagai aksesori dan gajet komputer yang canggih dan terkini seperti komputer CPU, komponen komputer, gajet rangkaian komputer, perisian komputer dan hard-disk.  Terdapat juga kedai komputer di Johor Bahru yang menawarkan perkhidmatan menaiktaraf spesifikasi komputer untuk pelbagai tujuan seperti aktiviti penyelidikan, gaming dan keperluan industri.

Kehidupan norma baharu sewaktu dan selepas pandemik COVID-19 memerlukan penggunaan barangan komputer (computer devices) dan gajet komunikasi memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah. Golongan para pelajar banyak melakukan pembelajaran secara atas talian. Masyarakat kini lebih gemar membuat pembelian barang secara atas talian kerana pelbagai pilihan barangan boleh dicari dengan hanya di hujung jari. Komputer tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan bekerja dan belajar, malah sebagai hiburan seperti bermain permainan komputer, mendengar lagu dan melayari saluran TV online seperti Netflix.

Di sini kami paparkan kedai-kedai komputer di Johor Bahru yang wajib anda kunjungi dan membeli-belah sekiranya anda mencari-cari barangan komputer dan gajet teknologi yang dijual dengan harga murah dan berkualiti.

Kedai Komputer Best Di Johor Bahru


 

1.  Bits And Bytes Technology, Taman Perling

Bits And Bytes Technology3

Sekiranya anda gemar mengubah suai PC dan komputer, Bits And Bytes Technology merupakan tempat yang harus anda kunjungi untuk mendapatkan peralatan-peralatan alat ganti komputer, gajet dan aksesori komputer terkini.  Terdapat pelbagai komponen PC yang boleh didapati dengan harga berpatutan.  Hobi membina PC semakin mendapat tempat dalam kalangan geek dan pakar komputer bagi meningkatkan spesifikasi komputer untuk pelbagai tujuan, seperti penyelidikan, pengurusan data dan aktiviti gaming. Selain daripada menjual peralatan PC,  Bits And Bytes Technology turut menawarkan perkhidmatan membina, membaiki, mengubahsuai dan mengformat PC  mengikut spesifikasi dan kesesuaian bajet anda.

Terletak di kawasan kejiranan Taman Perling, tempat ini mudah diakses oleh penduduk setempat bagi mendapatkan kelengkapan komputer. Pelanggan juga boleh mengunjungi kedai online Bits And Bytes Technology bagi mendapatkan spesifikasi produk, membandingkan produk dan senarai harga barangan.

Alamat:  No. 150A, Jalan Layang 16, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm, Sabtu tutup

Lokasi


2.  E Cube Trading Plaza Pelangi, Taman Pelangi

E Cube Trading Plaza Pelangi

E Cube Trading Plaza Pelangi merupakan one stop centre bagi anda yang ingin mencari peralatan komputer di satu tempat. Sambil-sambil membeli komputer, anda boleh mendapatkan aksesori dan alat ganti komputer yang terkini dan berjenama. E Cube Trading Plaza Pelangi turut mempunyai dua cawangan lagi di sekitar Johor Bahru. Selain daripada mengunjungi outlet-outlet E Cube Trading Plaza Pelangi, anda juga boleh membuat pembelian online di kedai online E Cube Trading Plaza Pelangi menerusi aplikasi Shopee dan Lazada. Pastikan anda membeli barangan E Cube Trading Plaza Pelangi di pengedar yang sah memandangkan kedai ini pernah menerima aduan penipuan atas talian yang melibatkan pengedar yang menyamar sebagai wakil E Cube Trading Plaza Pelangi yang sah.

Menurut ulasan-ulasan perniagaan di Google dan laman Facebook E Cube Trading Plaza Pelangi, kebanyakan pelanggan memuji akan perkhidmatan pelanggan E Cube Trading Plaza Pelangi yang sememangnya best dan sangat membantu.

Alamat: No. 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:  10am-7pm

Lokasi


3.  OK Computer Solution JB,  Taman Dataran Larkin

OK Computer Solution JB

Adakah anda mempunyai permasalahan komputer yang sukar diselesaikan? Hantarkan peralatan komputer anda ke kedai komputer OK Computer Solution JB yang terletak di Taman Dataran Larkin. Kepakaran selama 12 tahun  dalam bidang pembaikian dan menservis komputer membolehkan juruteknik komputer di OK Computer Solution JB menyelesaikan pelbagai permasalahan komputer. Selain daripada membaiki komputer, OK Computer Solution JB turut menawarkan perkhidmatan membaiki Macbook, iMac, iPad, iPhone, tablet, pemasangan CCTV, rangkaian ICT dan interkom pejabat.

Bagi mendapatkan senarai harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan, lawati laman Facebook OK Computer Solution JB agar anda dapat membuat perbandingan produk dan perkhidmatan. Ikuti juga saluran Youtube dan laman web OK Computer Solution JB bagi mendapatkan tips-tips terkini dalam penjagaan gajet teknologi anda.  Berdasarkan ulasan-ulasan perniagaan di Google, kebanyakan pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan dari OK Computer Solution JB yang berkebolehan menyelesaikan pelbagai permasalahan komputer dan rangkaian ICT di rumah.

Alamat:  No. 57-01, Jalan Dataran Larkin 1, Taman Dataran Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:  Sabtu-Ahad: 10am- 9pm, Jumaat tutup

Lokasi


4.  ILLEGEAR JB,  Taman Seri Setanggi

ILLEGEAR JB

Sekiranya anda menyukai komputer berkuasa tinggi yang sleek, trendy dan penuh gaya, anda harus dapatkannya di ILLEGEAR JB. Khusus untuk golongan komputer geek dan technology junkie, di sini anda boleh mendapatkan komputer berkuasa tinggi untuk pelbagai tujuan, misalnya aktiviti gaming, penyelidikan, dan pemprosesan data. Komputer-komputer di ILLEGEAR JB direka khusus untuk memastikan pengalaman gaming anda lebih mengasyikkan.

Anda juga boleh menempah komputer yang diubahsuai agar prestasi komputer gaming anda ditingkatkan. Komputer diubahsuai akan direka dan diuji oleh pakar komputer di ILLEGEAR JB sebelum dihantar ke pelanggan. Komputer berkuasa tinggi dari ILLEGEAR JB kini menjadi rebutan oleh pereka grafik, 3-D modeller, multimedia content creator, dan penggiat industri hiburan memandangkan komputer-komputer ILLEGEAR JB berkapasiti besar mampu memenuhi tuntutan industri.  Berdasarkan perkhidmatan dan perniagaan  cemerlang di ILLEGEAR JB, syarikat ini telah menerima pelbagai anugerah seperti Lowyat.NET Community Choice Awards dan dilantik sebagai Intel Titanium Partners.

Alamat:  Lot A01-10, Block A, 1 Terbau, Taman Seri Setanggi, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad: 11am – 7pm , Rabu Tutup

Lokasi


5. JUSPC Technology Gaming PC Builder

JUSPC Technology Gaming PC Builder

Anda mencari PC custom yang menepati cita rasa dan bajet anda? Marilah berkunjung ke JUSPC Technology, sebuah kedai komputer yang dipercayai di Johor Bahru. Kedai ini menawarkan pelbagai rangkaian PC yang boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Anda hanya perlu memilih komponen yang anda minat, dan juruteknik komputer mereka akan melakukan installation dengan pantas.

Semua komponen PC di sini menggunakan teknologi terbaharu, jadi anda tidak perlu risau tentang aspek estetik, reka bentuk, mahupun performance. JUSPC Technology juga menjual pakej PC (pakej AMD Ryzen PC dan pakej Intel Core PC) buat mereka yang mahukan peralatan asas komputer dalam satu harga. Selain itu, semua PC di JUSPC Technology dilengkapi dengan waranti, sokongan teknikal dan delivery percuma!

Alamat: 01-06 Blok G Komersial, Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 10.00 am – 7.00 pm

Lokasi


6.  Fix & Go, Bandar Baru Uda

Fix & Go

Sekiranya anda risau prestasi kerja dan pembelajaran anda terjejas, anda harus menghantar komputer riba yang semakin perlahan ke Fix & Go untuk dibaik pulih. Mempunyai pengalaman 11 tahun dalam bidang ICT, anda tidak perlu risau masalah komputer berterusan menghantui anda.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan pembaikian komputer dengan langkah mudah: hubungi Fix & Go untuk menempah perkhidmatan pembaikian komputer, menghantar sendiri atau mengepos peralatan komputer ke outlet Fix & Go dan juruteknik komputer akan membaiki peralatan komputer yang bermasalah. Juruteknik di Fix & Go akan mengenalpasti permasalahan komputer riba anda dan menyarankan pembaikian dan perservisan yang perlu dilakukan. Anda juga boleh membawa komponen komputer yang rosak seperti hard disk untuk dibaiki.

Selain daripada membaiki permasalahan komputer, Fix & Go turut menawarkan perkhidmatan berikut:

  • konsultasi pengurusan ICT di pejabat;
  • data recovery;
  • membaiki komputer menerusi waranti jenama komputer;
  • memasang system kawalan keselamatan di rumah seperti penggera, CCTV dan autogate.

Alamat: No 46a, Tingkat, 1, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:  9am-6pm

Lokasi


7.  Rascotec JB,  Plaza Pelangi

Rascotec JB

Rascotec JB merupakan tempat yang harus anda kunjungi sekiranya anda mencari barangan alat ganti komputer, telefon pintar dan peralatan gajet teknologi. Rascotec JB ibaratnya seperti mini mart untuk pelbagai aksesori komputer dan gajet teknologi berkualiti tinggi.  Jika dilihat di laman Facebook Rascotec JB, pelbagai spesifikasi produk dimuat naik untuk membantu pelanggan memilih produk gajet yang memenuhi keperluan mereka.  Terdapat banyak barangan aksesori komputer yang murah-murah, sesuai untuk golongan pelajar dan professional yang mencari produk-produk komputer yang mesra bajet.

Alamat:  Lot 2.27, Level, 2, Plaza Pelangi, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:  10.30am-9.30pm

Lokasi


8. Pusat Servis Komputer Johor Bahru,  Taman Daya

Pusat Servis Komputer Johor Bahru

Pusat Servis Komputer Johor Bahru merupakan antara kedai komputer best di Johor Bahru bagi mendapatkan pelbagai peralatan komputer, gajet teknologi, alat ganti komputer dan komponen komputer. Pusat Servis Komputer Johor Bahru turut menawarkan pelbagai perkhidmatan ICT seperti membaiki komputer, menservis komputer, memasang rangkaian ICT, mencetak banner dan membayar pelbagai bil. Di sini juga anda boleh mendapatkan komputer-komputer riba dan peralatan komputer berjenama terkenal seperti printer, papan kekunci dan motherboard dengan tawaran hebat. Terdapat juga PC gaming yang hadir dengan CPU hebat seperti NVDIA dan Intel i5 ke atas agar pengalaman gaming anda dijamin lebih mengasyikkan.

Anda juga boleh menempah peralatan komputer yang ingin dibeli dengan menghantar pesanan Whatsapp dan melawat laman Facebook Pusat Servis Komputer Johor Bahru untuk mendapatkan senarai barangan komputer yang ingin dibeli. Urusan penghantaran boleh diuruskan oleh staf Pusat Servis Komputer Johor Bahru.

Alamat:  No. 4, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 9am-8pm

Lokasi


9. PC Image 

PC Image

PC Image merupakan salah satu kedai komputer yang terbaik dan wajib untuk anda kunjungi sekirannya berniat untuk membeli komputer yang baru. Mereka bukan sahaja menawarkan pelbagai model komputer yang canggih malah laptop, notebook, kamera dan telefon bimbit juga boleh didapati di sini. Yang hebatnya tentang kedai komputer ini ialah mereka telah berjaya membuka lebih 30 cawangan kedai di seluruh Malaysia.

Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai wang tunai yang cukup ketika ingin membuat pembayaran kerana di sini anda boleh membayar menggunakan kad kredit atau perkhidmatan kredit Aeon. Bagi setiap barangan yang mereka tawarkan juga mempunyai warranty.

Alamat: Lot 3.29 & 3.29A, Level 3, Plaza Pelangi, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi 80400 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: 10.30am – 6.30pm

Lokasi


10. Apex Computer Store

Apex Computer Store

Apex Computer Store menawarkan pelbagai model komputer yang menarik. Selain itu,  mereka juga ada menawarkan CCTV, printer, laptop, software dan banyak lagi barangan menarik yang boleh didapati di sini. Bagi anda yang masih mencari kedai yang mampu membaiki kerosakkan yang berlaku pada komputer atau laptop, anda perlu mengunjungi kedai ini kerana mereka mampu membaiki segala kerosakan yang berlaku pada komputer atau laptop anda.

Barangan yang mereka tawarkan sememangnya berkualiti tinggi dengan harga yang tidak boleh didapati di kedai lain. Mereka juga mempunyai pekerja yang sedia membantu anda untuk mendapatkan komputer atau laptop yang terbaik.

Alamat: l4.27 level, Plaza Pelangi, 4, No 2, Jalan Kuning 2, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 11.00am – 7.30pm, Ahad tutup

Lokasi


Kedai Komputer Best Di Kulai

11.  UNI TECH It Solution, Taman Sri Kulai Baru

UNI TECH It Solution3

UNI TECH It Solution  menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer yang bermasalah. Perkhidmatan pembaikian dan menservis komputer merangkumi pembaikian CPU komputer, membesarkan RAM komputer, menjual alat ganti komputer dan set komputer meja.

Sekiranya anda ingin mendapatkan komputer baru, peralatan komputer, aksesori komputer dan gajet teknologi yang mesra bajet, kunjungilah ke kedai komputer UNI TECH It Solution atau lawati laman Facebook UNI TECH It Solution agar anda tidak ketinggalan promosi terkini. Anda juga boleh membandingkan harga dan spesifikasi produk sebelum membuat sebarang pembelian.  Berita bagus: dengan setiap pembelian komputer riba, anda bakal memperoleh hadiah percuma seperti perkhidmatan membesarkan RAM komputer secara percuma, papan kekunci dan pemasangan perisian komputer Microsoft Office Home & Student percuma.

Alamat:  No. 737, Jalan Susur Kulai 1, Taman Sri Kulai Baru, 81000 Kulai, Johor

Waktu Operasi:  9.30 am – 6.30 pm

Lokasi


12. Kedai Komputer Azcom

Kedai Komputer Azcom

Sekiranya anda masih mencari kedai komputer yang terbaik dan boleh dipercayai untuk mendapatkan komputer idaman, anda wajib untuk berkunjung ke Kedai Komputer Azcom Solution. Di sini mereka menawarkan pelbagai pilihan komputer yang menarik dan mempunyai kualiti yang baik. Jika anda ingin mencari komputer terpakai dengan harga yang berpatutan, anda boleh mendapatkannya di kedai ini.

Dijamin anda akan berpuas hati jika anda memilih kedai komputer ini untuk mendapatkan komputer idaman anda kerana harga komputer yang mereka tawarkan memang tidak boleh didapati di kedai lain. Mereka juga menawarkan perkhidmatan membaiki komputer dan laptop di sini. Bukan sahaja menawarkan komputer malah printer, laptop, alat ganti komputer dan aksesori juga boleh didapati di sini.

Alamat: 4940, Jalan Merbau 1, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm

Lokasi


Kedai Komputer Best Di Taman Universiti, Skudai

13. Mypc Sales and Services, Taman Universiti

Mypc Sales and Services

Mypc Sales and Services menawarkan perkhidmatan menservis komputer yang bermasalah agar prestasi komputer anda dapat dibaikpulih dan ditingkatkan lagi. Terdapat juga aksesori-aksesori asas komputer yang boleh didapati di sini dengan harga yang murah, misalnya  komputer baru dan terpakai, CPU, motherboard, printer, dakwat printer, pendrive dan aksesori komputer.  Kedai komputer Mypc Sales and Services amat sesuai dikunjungi oleh pelajar memandangkan harga barangan komputer di sini adalah mesra bajet dan mampu milik.

Menurut ulasan-ulasan perniagaan di Google, kebanyakan pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan mesra pelanggan dan pembaikian komputer dengan kadar yang cepat, di samping harga perkhidmatan yang berpatutan. Sekiranya anda risau akan produktiviti kerja dan aktiviti pembelajaran anda terjejas disebabkan permasalahan komputer, cepat-cepatlah menghantar komputer anda ke Mypc Sales and Services.

Alamat:  No. 10, Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi:  10am–7pm

Lokasi


Kedai Komputer Best Di Johor Jaya


14.  Mewatech Solutions, Taman Johor Jaya 

Mewatech Solutions

Mewatech Solutions merupakan kedai komputer di Johor Bahru bagi mendapatkan pelbagai peralatan komputer, gajet teknologi, alat ganti komputer, printer dan komponen komputer. Mewatech Solutions turut menawarkan pelbagai perkhidmatan ICT seperti membaiki komputer, menservis komputer, membaiki printer, memasang rangkaian ICT dan menyelamatkan data computer (data recovery).

Di sini juga anda boleh mendapatkan komputer-komputer riba dan peralatan komputer seperti printer, papan kekunci dan motherboard dengan tawaran hebat. Bagi mereka yang menguruskan perniagaan, anda juga boleh mendapatkan set point of sale system seperti printer, perisian perniagaan dan barcode scanner dengan harga di bermula RM2009.

Alamat:  No. 48, Jalan Ros Merah 2/2, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:  8.30 am – 6.00 pm

Lokasi


 

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kedai Komputer Johor Bahru Terbaik Untuk Dapatkan PC Baharu

Pada era serba moden ini, PC menjadi satu keperluan, lebih-lebih lagi buat mereka yang menyertai pembelajaran online atau sedang work from home. Buat artikel...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x