Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Kedai Bunga di Kota Bharu yang Pastinya Buatkan Anda Tertarik!

Ramai orang suka dengan bauan dari bunga yang segar. Ada juga yang suka menghias rumah dengan bunga-bunga dari pelbagai jenis untuk mewangikan rumah mereka. Ada pula yang suka menanam bunga sebagai terapi diri dan ada yang jadikan bunga sebagai hadiah buat yang tersayang. Bagi anda yang menetap di area Kota Bharu dan sekitar Kelantan, jom baca 9 kedai bunga di Kota Bharu yang pastinya menggamit perhatian semua.

9 Kedai Bunga di Kota Bharu


1. Expressions Floral Hub/Sri Cemerlang, Jalan Sri Cemerlang

Expressions Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu

Expressions Floral Hub di Jalan Sri Cemerlang ini mempunyai exterior yang menarik. Kedai ini popular kerana ia bukan sahaja menjual bunga-bunga segar tapi turut menawarkan perkhidmatan surprise delivery, gubahan bunga dari pelbagai jenis design, dan hadiah bunga tangan. Reka bentuk kedai yang sangat cantik, pilihan bunga yang pelbagai, dan bauan yang wangi pasti membuatkan anda teruja. Cantik kan?

Jika anda tinggal jauh dari lokasi tapi masih ingin membeli, Expressions Sri Cemerlang juga menerima tempahan secara online. Boleh layari media sosial mereka untuk buat tempahan segera. Kedai ini juga turut membuat penghantaran ke seluruh negeri Kelantan tau! Haa, jimat kan masa anda. Ia dibuka setiap hari, jadi anda bolehlah datang ke kedai ini pada hujung minggu. 

Menariknya, staf di Expressions boleh menyiapkan dan menghantar tempahan gubahan bunga anda pada hari yang sama! Wah, memang bagus dan pantas servis yang ditawarkan. Kepada anda yang last minute baru teringat untuk menempah bunga buat hari istimewa, bolehlah gunakan perkhidmatan mereka untuk dapat gubahan bunga yang cantik dengan cepat.

Alamat: 659, Seksyen 27, Dusun Raja, Jalan Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.30 am – 6.30 pm), Jumaat (10.00 pm – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-943 3389 

WhatsApp Expressions Sri Cemerlang


2. Arnieza’s Garden, Jalan Pengkalan Chepa

Arnieza's Garden, Jalan Pengkalan Chepa

Kedai ini sangat sesuai bagi anda yang suka menanam bunga dan membeli bunga-bunga segar. Terletak di Jalan Pengkalan Chepa, kedai ini menjual pelbagai jenis bunga hidup untuk ditanam buat pencinta bunga. Bagi anda yang baru nak berjinak dalam bidang menanam bunga, Arnieza’s Garden menawarkan konsultasi penanaman dan penjagaan bunga secara percuma! Bolehlah anda gunakan ilmu itu di rumah pulak kan?

Anda boleh cuba singgah dan cuci mata melihat bunga yang menarik perhatian anda. Mana tau dapat bawa pulang beberapa jenis bunga untuk dekorasi di halaman rumah anda kan? Dengan staf yang peramah dan mesra pelanggan, anda pasti tidak kekok untuk melihat dan membeli bunga pilihan anda.

Alamat: 1409 B, Lorong Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 6.00 pm), Jumaat (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-2550 6585

WhatsApp Arnieza’s Garden


3. Kedai Bunga RE Maju Flora Kota Bharu, Kampung Jaya

Kedai Bunga RE Maju Flora Kota Bharu, Kampung Jaya

Kedai ini juga menjadi salah satu persinggahan bagi peminat bunga yang mana terdapat pelbagai jenis bunga ros dan bunga lain yang unik dijual di sini. Untuk yang suka menggubah bunga untuk hantaran atau menghias bunga di rumah anda boleh datang ke kedai ini untuk membeli bunga pilihan anda.

Kedai RE Maju Flora Kota Bharu menawarkan pelbagai jenis bunga dengan harga yang murah. Anda juga boleh menikmati potongan harga sekiranya memborong dengan banyak. Seronoknya!

Alamat: Lot 1766, Kampung Jaya, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-989 0502

WhatsApp RE Maju Floral


4. Nursery Melur.com, Pusat Florikultur FAMA Tunjung

Nursery Melur.com, Pusat Florikultur FAMA Tunjung

Sekiranya anda masih tercari-cari kedai bunga mengikut cita rasa anda, boleh singgah di Nursery Melur.com untuk mencari bunga kegemaran anda. Kedai ini juga menjual pelbagai jenis anak pokok dan baja tanaman. Jadi, jika tanaman bunga anda tidak menjadi anda boleh datang ke sini untuk membeli baja tambahan untuk bunga anda. Antara pokok bunga unik yang dijual di sini ialah bunga air mata pengantin, bunga melur, pokok bunga janda kaya dan macam-macam lagi.

Selain dari datang ke kedai ini untuk membeli bunga atau mendapatkan baja, anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang tips dan penjagaan bunga melalui laman sesawang kedai ini. Terdapat pelbagai info menarik tentang tips, petua, resepi dan penjagaan pokok bunga dan tanaman lain. Haa, menarik bukan? 

Alamat: Lot F03, Pusat Florikultur FAMA Tunjung, 15100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Selasa – Ahad (8.00 am – 3.00 pm), Isnin (tutup)

Lokasi | Laman Web| Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-477 9004

WhatsApp Nursery Melur.com


5. Suri Nursery & Trading (Kedai Bunga Suri), Kota Bharu

Suri Nursery & Trading (Kedai Bunga Suri), Kampung Tini, Kota Bharu

Lokasi kedai yang terletak di Kampung Tini, Kota Bharu kedai in turut menjual bunga segar unik untuk penggemar bunga. Kalau masuk sini, anda akan jumpa dengan pelbagai jenis bunga dari pelbagai tempat. Boleh rambang mata dibuatnya! Untuk pengetahuan anda tempat ini juga salah satu tempat tarikan pengunjung yang datang untuk ber “ootd” tau sebab tempatnya luas dan cantik untuk bergambar kenangan. 

Sambil tengok kecantikan dan keunikan bunga di sini, anda boleh singgah ke café dalam kedai ini untuk menikmati secawan kopi dan hilangkan penat. Best kan. Anda boleh menikmati kopi sambil menghirup udara yang segar dan wangi dari tanaman bunga yang terdapat di kedai ini. Anda juga boleh bawa anak-anak untuk explore tempat ini sambil belajar mengenali jenis bunga dan kaktus. Hati-hati dik, takut nanti tercucuk duri yaa.. 

Alamat: Lot 1115, Jalan Pasir Hor, Kampung Tini, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-900 9709

WhatsApp Suri Nursery


6. Wee Garden, Bandar Kota Bharu

Wee Garden, Bandar Kota Bharu

Seperti kebanyakan kedai bunga di Kota Bharu, Wee Garden menjual bunga segar serta turut menawarkan perkhidmatan gubahan bunga segar untuk dijadikan sebagai hadiah juga perhiasan. Mereka juga menawarkan perkhidmatan gubahan bunga untuk sebarang sambutan. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk mencari penggubah bunga untuk sambutan majlis besar anda kerana mereka boleh melakukan untuk anda. 

Selain itu, mereka juga menawarkan gubahan bunga untuk anda hadiahkan kepada yang tersayang. Di sini, anda bukan sahaja boleh membeli bunga segar untuk koleksi anda tapi anda boleh menempah gubahan bunga untuk majlis dan pemberian kepada yang tersayang. Sangat mudah serta menjimatkan masa!

Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.30 am – 6.00 pm), Jumaat (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 5813


7. Centrepoint Florist & Bridal, Jalan Che Su

Centrepoint Florist & Bridal, Jalan Che Su

Kedai bunga Centrepoint Florist & Bridal ini menjual bunga segar dan bunga tiruan. Jika anda takut untuk membeli bunga segar kerana takut layu, anda boleh mendapatkan bunga tiruan di sini dengan harga yang murah.

Lokasi kedai ini terletak di Jalan Che Su. Jadi, semasa anda membeli-belah di kawasan bandar, anda boleh singgah di kedai ini untuk membeli bunga kegemaran anda. Disamping itu, mereka turut menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh kawasan di Kota Bharu. 

Alamat: Lot 1071 & 1073, Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-748 2600


8. Grace Garden, Jalan Telipot

Grace Garden, Jalan Telipot

Terletak di Jalan Telipot, kedai ini juga menjadi pilihan pelanggan yang berdekatan untuk membeli bunga segar. Ada macam-macam warna bunga dan jenis bunga untuk anda pilih. Kedai ini bukan sahaja menjual bunga segar untuk ditanam malah mereka turut menyediakan gubahan bunga untuk majlis keraian. 

Mereka juga menawarkan perkhidmatan gubahan bunga untuk hantaran tau. Anda yang masih mencari khidmat gubahan hantaran bunga boleh cuba untuk mendapatkannya dari kedai ini. Servis dan layanan juga sangat baik. Sudah pasti anda akan berpuas hati.

Alamat: No.5567-C, Jalan Telipot, Kelantan, 15150 Kota Bharu, Malaysia

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 4137


9. RB Nursery, Jalan Pengkalan Chepa

RB Nursery, Jalan Pengkalan Chepa

Terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu mungkin kedai ini boleh dijadikan kedai pilihan anda kerana terdapat banyak bunga dijual di sini. Bagi anda yang ingin berjalan di sekitar bandar Kota Bharu anda boleh singgah di kedai ini memandangkan kedudukan kedai ini terletak di tepi laluan utama untuk ke bandar. 

Pelanggan yang datang ke sini kebanyakannya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kedai. Anda juga boleh dapatkan pelbagai jenis bunga dan tanaman dengan harga yang murah. Boleh singgah sendiri ke RB Nursery dan cari bunga segar kesukaan anda.

Alamat: Jalan Pengkalan Chepa, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 8868


Kami harap senarai 9 kedai bunga di Kota Bharu ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan dan membeli bunga kesukaan anda. Jangan terlalu mengikut kemahuan ya, beli mengikut kemampuan.

Jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu tapi tak tahu nak ke mana, baca artikel Stesen Bas Kota Bharu – Jom Bercuti ke Kota Bharu!

 

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x