Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Bunga yang Menyediakan Khidmat Penghantaran di Kuala Lumpur

Terlupa tarikh special orang yang anda sayangi? Sedang mencari bunga untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang? Atau anda mempunyai keinginan membeli bunga untuk diri sendiri sebagai self reward? Walau apa pun niat anda, tidak ada cara yang lebih baik untuk menunjukkan kasih sayang dengan sejambak bunga. Jangan risau, kami telah senaraikan 7 kedai bunga yang menyediakan khidmat penghantaran bunga di Kuala Lumpur!

Dengan teknologi yang maju kini, anda tidak perlu lagi pergi ke kedai bunga untuk membeli bunga! Anda boleh membuat pesanan online dari mana-mana kedai bunga dengan mudah dan mereka akan membuat penghantaran dengan secepat mungkin. Jadikan hari anda atau orang yang anda cintai lebih indah dengan kedai-kedai bunga di Kuala Lumpur ini yang boleh membuat pesanan dalam talian!

7 Kedai Bunga di Kuala Lumpur yg Best


1. FlowerAdvisor Kuala Lumpur

FlowerAdvisor Kuala Lumpur

FlowerAdvisor Kuala Lumpur menyediakan pelbagai pilihan gubahan bunga segar dan indah untuk memenuhi keperluan anda. Dalam kawasan bandar yang dinamik ini, mereka berusaha untuk membantu anda menyampaikan emosi anda kepada orang yang anda sayangi walau di mana pun mereka berada terutamanya bagi kawasan Kuala Lumpur. Bunga-bunga popular yang sering dijadikan pilihan oleh ramai orang seperti mawar, bunga matahari, marigolds, daisies, lili, dan tulip boleh dijumpai dalam koleksi mereka, masing-masing dengan makna dan kecantikan yang tersendiri. Anda boleh mengekspresikan cinta, kegembiraan, kesucian, pengabdian, atau cinta yang sempurna melalui bunga-bunga ini. Untuk perkhidmatan terbaik secara menyeluruh, FlowerAdvisor Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Baca lagi: FlowerAdvisor: Servis Penghantaran Bunga Tempatan & Antarabangsa yg Best

Laman Web


2. Summer Pots Florist, D’ Majestic

kedai bunga kuala lumpur summer pots png

Summer Pots Florist menyediakan khidmat gubahan bunga untuk pelbagai majlis. Mereka mempunyai banyak gubahan bunga cantik dan elegan yang sesuai untuk sebarang perayaan. Kedai ini menampilkan koleksi bunga segar yang dibuat oleh pereka bunga yang berbakat dan berpengalaman. Summer Pots Florist bukan sahaja menawarkan perkhidmatan gubahan bunga dan hadiah, mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk semua majlis korporat. 

Selain daripada bunga segar, Summer Pots Florist juga menjual barangan yang boleh dimakan seperti bakul buah, kek, hamper, coklat dan wain untuk melengkapkan gubahan bunga anda. Mereka menyediakan khidmat penghantaran di seluruh Lembah Klang, seperti KL, Selangor, PJ dan selanjutnya.

Alamat: No 376, G-02 Level G, D’Majestic, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 4.00 pm).

Lokasi


 3. Weng Hoa Flower Boutique, Kuala Lumpur City Centre

kedai bunga kuala lumpur weng hoa florist

Ditubuhkan pada tahun 1983, Weng Hoa ialah salah satu butik penghantaran bunga dalam talian yang terbaik di Malaysia. Kedai yang terletak di Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur ini adalah pemborong bunga terkemuka yang menjual bunga segar dan aksesori. Kedai ini dinamakan sempena terjemahan Bahasa Cina bagi “bright flower”.

Mereka menyediakan pilihan hadiah untuk semua majlis serta menawarkan bunga segar, buah-buahan, tumbuhan, kek dan coklat. Gubahan bunga dari Weng Hoa dibuat dengan bunga yang paling segar di kedai mereka. Selain itu, Weng Hoa turut menyediakan katalog untuk pelanggan yang ingin memesan bunga atau produk yang dikeluarkan oleh mereka. Ramai pelanggan mereka telah memuji pekerja di sini yang sentiasa responsif menjawab pertanyaan pelanggan, dan berusaha untuk melakukan penghantaran penghantaran tepat pada masanya.

Alamat: No 1, Off, Jalan Hang Lekir, KL City Centre, 50000 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm).

Lokasi


 4. Pudu Ria Trading (HQ), Chan Sow Lin

Pudu Ria Florist Trading Sdn Bhd ialah pengedar, pemborong dan pengimport bunga segar premium langsung dari ladang yang berkhidmat untuk industri bunga Malaysia. Terdapat pelbagai jenis bunga, pokok indoor dan dedaun dari seluruh dunia yang dipotong segar, serta aksesori bunga dan peralatan berkebun yang boleh dibeli dari laman web mereka.

Mereka turut menawarkan perkhidmatan gubahan bunga untuk semua majlis. Selain itu, mereka juga menyediakan penghantaran pada hari yang sama bagi penghantaran ke kawasan KL dan Selangor. Manakala, penghantaran keesokan harinya akan dilaksanakan untuk kawasan liputan lain di seluruh Malaysia.

Alamat: 21, Jalan Empat, Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 8.00 pm), Sabtu (8.00 am – 7.00 pm).

Lokasi


5. Lee Wah Florists, Kuala Lumpur City Centre

kedai bunga kuala lumpur lee wah florist png

Cakap sahaja tentang Lee Wah Florists, pasti semuanya tahu akan nama ini. Ini adalah kerana kedai bunga yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur ini pernah viral suatu ketika dulu. Memandangkan kedai bunga ini viral di kalangan pengguna sosial media, ramai pengunjung perlu beratur hanya untuk memasuki kedai ini. Tapi, jangan risau kerana anda boleh juga beli secara online melalui laman web mereka!

Terkenal dengan bunga segar dengan harga yang mampu milik, anda boleh menemui gypsophila, daisi, bunga matahari, tulip, dan banyak lagi dengan harga serendah RM20 untuk sejambak. Selain itu, mereka juga menyediakan gubahan bunga untuk pelbagai majlis seperti grand opening ceremony, convocation, wedding hand bouquet, condolences dan banyak lagi. 

Alamat: 129, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 9.00 pm).

Lokasi


6. Far East Flora by Floristika, Bangsar

kedai bunga kuala lumpur floristika png

Floristika merupakan kedai bunga dan pemborong bunga yang terletak di Bangsar. Manakala, Far East Flora pula merupakan kedai bunga online bagi Floristika. Mereka menjual pelbagai jenis bunga segar dan dedaunan premium yang diimport dari dalam dan luar negara. Antara bunga yang sering dicari oleh pelanggan mereka adalah mawar, gerbera, orkid, hydrangea, kekwa, tulip, teratai, eustoma,bunga teluki, bunga matahari dan banyak lagi. 

Selain itu, mereka turut menjual peralatan dan aksesori bunga dan pokok. Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penghantaran boleh dibuat pada hari yang sama jika anda memesan bunga atau produk lain sebelum 12.00 tengahari. 

Alamat: 16, Jalan Liku, Off Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi


7. Flower Chimp, Mont Kiara

Flower Chimp merupakan syarikat penghantaran bunga dalam talian terbesar dan paling dipercayai di Kuala Lumpur dan Asia Tenggara. Mereka menawarkan pelbagai jenis bunga yang segar untuk pelanggan mereka dan menyediakan penghantaran di seluruh Malaysia.

Anda boleh memesan bunga dengan hanya bermodalkan RM100 saja kerana mereka menawarkan beberapa koleksi gubahan bunga yang bawah RM100. Dengan ini, anda boleh berjimat banyak dalam pembelian anda! Jika anda mahu memesan bunga untuk yang tersayang, mereka juga menyediakan pelbagai makanan yang anda boleh sertakan dengan bunga, seperti coklat, cake, bakul buah dan banyak lagi. 

Alamat: 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm).

Lokasi


Kami harap senarai ini dapat membantu anda untuk mencari kedai bunga terbaik yang menyediakan khidmat penghantaran bunga di Kuala Lumpur. Jika anda berminat dengan salah satu kedai bunga yang telah disenaraikan dalam artikel ini, sila hubungi mereka sekarang untuk membuat pesanan!

Jika anda mencari bunga di sekitar Klang, anda boleh lawati artikel kami yang menyenaraikan 10 Kedai Bunga Murah dan Lawa di Sekitar Klang.

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kedai Bunga FlowerAdvisor: Servis Penghantaran Bunga Tempatan & Antarabangsa

Mana nak cari kedai bunga terbaik dan paling dipercayai yang membuat penghantaran di seluruh Malaysia dan luar negara? Tentu anda merasa sukar kan nak...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x