Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Bunga Seremban yang Cantik dengan Gubahan Menarik

Seremban merupakan bandar terbesar di Negeri Sembilan dan sebagai bandar yang paling sibuk di negeri tersebut, pastinya komuniti Seremban selalu meraikan banyak peristiwa penting bersama. Mujurlah terdapat banyak kedai bunga yang cantik di Seremban yang menawarkan rekaan gubahan bunga yang segar lagi menarik untuk pelbagai perayaan! Di sini kami senaraikan 10 kedai bunga di Seremban untuk membantu anda menghadiahkan hanya yang terbaik untuk insan yang tersayang. Selamat berbelanja!

10 Kedai Bunga di Seremban


1. Temptation Florist, Taman Komersil Senawang

Kedai Bunga Temptation Florist Seremban

Kedai bunga bernama Temptation Florist ini bukan sahaja terkenal di Seremban tetapi juga di seluruh Lembah Klang. Jadi, jika anda menetap di Seremban tetapi mempunyai teman istimewa di Kuala Lumpur, tidak perlu buntu! Anda masih boleh menarik hati mereka dengan mengatur penghantaran bunga dari Temptation Florist!

Mereka menawarkan pelbagai jenis gubahan yang indah dan segar untuk bermacam perayaan dan peristiwa. Tidak kira jika anda seorang siswazah yang bakal bergraduasi atau seorang rakan yang ingin menghadiahkan bunga kepada rakan anda, Temptation Florist pastinya mempunyai pilihan yang sesuai untuk anda. Pilihan bunga-bunga mereka terdiri daripada bunga mawar, bunga lili, bunga daisi, bunga matahari dan bermacam lagi! 

Alamat: 67-G, Jalan Taman Komersial Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-374 7745

WhatsApp Temptation Florist


2. Petals & Pop Florist, Seremban 2 Heights

Kedai Bunga Petals & Pop Florist Seremban

Kedai bunga Petals & Pop adalah studio gubahan bunga kreatif di Seremban yang membekalkan berbagai-bagai rekaan gubahan bunga yang anggun dengan menggunakan bunga yang mekar. Untuk memastikan rekaan gubahan bunga mereka yang moden sentiasa menepati standard yang tinggi, Petals & Pop hanya menggunakan bunga-bunga yang diimport dari luar negara dan berkualiti premium. Mereka juga mempunyai aneka jenis rekaan yang boleh dipilih, dari rekaan bunga tradisional sehinggalah rekaan bunga menggunakan wang kertas. Menarik kan!

Mereka beroperasi setiap hari daripada pukul 9 pagi sehingga 8 malam, jadi anda tak perlu risau jika anda terlupa untuk memberikan hadiah untuk pasangan anda pada minit akhir!

Alamat: Pusat Komersial, No. 128-1, Jalan Pusat Saujana Komersial Saujana 3, Saujana,Seremban 2 Heights, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 8.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-2561314

WhatsApp Petals & Pop Florist 


3. Kedai Bunga Seremban, Bandar Seremban

Kedai Bunga Seremban

Telah menggubah rekaan bunga yang tidak lapuk dek zaman untuk komuniti Seremban selama 10 tahun, Kedai Bunga Seremban ini sentiasa menjadi pilihan penduduk Seremban untuk menggembirakan orang teristimewa. Untuk anda yang tidak mempunyai kenderaan, anda tidak perlu pening kepala kerana mereka menawarkan penghantaran bunga di seluruh Seremban secara percuma!

Dengan pengalaman dan kepakaran membuat gubahan bunga yang luas, Kedai Bunga Seremban menyediakan pelbagai jenis servis gubahan bunga seperti gubahan bakul bunga, jambak bunga sabun, karangan bunga untuk pembukaan kedai dan macam-macam lagi. Kalau anda mahu membuat kejutan istimewa untuk ulang tahun rakan anda, mereka turut menyediakan servis penghantaran kejutan hadiah untuk anda!

Alamat: 82, Jalan Kapitan Tam Yeong, Bandar Seremban, 70100 Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.00 am – 2.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 067673955


4. i Flower Seremban, Taman Arowana Impian

i Flower Seremban

Bertempat di Jalan Arowana, i Flower menyediakan penghantaran bunga yang sangat pantas untuk pesanan pada hari yang sama. Dengan penggubah-penggubah bunga yang sangat ramah dan mesra pelanggan, i Flower menjanjikan servis yang bagus dan dijamin menepati citarasa pelanggan. Kebanyakan pelanggan i Flower selalunya membuat tempahan untuk bunga perkahwinan, bunga persaraan dan bunga untuk meraikan kemasukan rumah baru. 

Memandangkan i Flower merupakan perniagaan online, anda boleh sentiasa berhubung dengan mereka walaupun pada hari cuti am. Kini, anda boleh membuat tempahan penghantaran bunga untuk orang tersayang pada bila-bila masa sahaja! 

Alamat: 209, Jalan Arowana 8, Taman Arowana Impian, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-6542888

WhatsApp i Flower Seremban


5. Floristr, Seremban 2

Floristr Seremban

Kalau anda masih berfikir panjang untuk membuat pesanan gubahan bunga kerana harga kos yang mahal, anda bolehlah cuba order di Floristr! Berbelanja di kedai bunga ini sangat jimat kerana mereka menyediakan promosi khas untuk pelanggan baru seperti anda untuk menikmati RM10 baucar kredit. 

Bukan itu sahaja, andai kata anda mencari pakej perkahwinan lengkap dengan gubahan bunga, doorgift serta katering, mereka juga sedia menawarkan pakej kolaborasi bersama brand kosmetik terinspirasi dari London, Stella Maison dan juga servis katering oleh restoran yang sedap, Margaret. T. Tunggu apa lagi? Anda tak perlu bimbang lagi tentang kos yang banyak untuk gubahan bunga perkahwinan, malah anda juga boleh berbelanja secara berhemah kerana Floristr sedia merealisasikan perkahwinan anda melalui pakej lengkap mereka!

Alamat: 338, Jalan S2 B8, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-2576338

WhatsApp Floristr


6. L’ Art Floral Design, Seremban 2

L' Art Floral Design

Telah berkecimpung dalam industri penggubahan bunga selama lebih dua dekad, kedai bunga yang berada di Persiaran Rasah Kemayan ini menjanjikan rekaan gubahan bunga dengan kemasan artistik berserta perincian yang teliti. Hanya menggunakan 100 peratus bunga segar import, L’ Art Floral Design sangat mementingkan kepuasan hati pelanggan. 

Mereka menawarkan pelbagai servis, antaranya adalah penggayaan bunga untuk perkahwinan dan apa jua jenis event, khidmat servis bunga tiruan dan juga potongan bunga segar. Tidak lupa juga, L’ Art Floral Design juga selalu mengadakan kelas penggubahan bunga untuk mereka yang berminat untuk belajar membuat rekaan bunga yang elegan!

Alamat: PT9770, Persiaran Rasah Kemayan 1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 5.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-2122712

WhatsApp L’ Art Floral Design


7. Bloomfield Florist, Oakland Commercial Centre

Bloomfield Florist

Menawarkan lebih 15 jenis servis gubahan bunga, Bloomfield Florist terkenal dengan rekaan custom-made untuk majlis perkahwinan, majlis makan malam tahunan dan jamuan diraja. Bertapak di Oakland Commercial Centre Seremban, mereka juga menjanjikan penghantaran pada hari yang sama untuk seluruh warga Seremban. 

Katalog Bloomfield Florist yang cukup bervariasi dan mempunyai lebih seratus produk ini semestinya lengkap untuk pelbagai jenis majlis dan perayaan. Antara servis yang mereka tawarkan ialah deko perkahwinan, gubahan bunga untuk kereta pengantin, gubahan bunga mini, set gubahan bunga bersama coklat dan terdapat juga gubahan bunga khas untuk ahli keluarga anda yang baru mendapat cahaya mata! 

Alamat: No. 563, Ground Floor, Jalan Haruan 4/7, Oakland Commercial Center, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-6333280

WhatsApp Bloomfield Florist


 8. Caseygift.my, Senawang

Caseygift.my

Dengan motto “Your happiness is our priority,” kedai bunga bernama Caseygift.my ini berusaha untuk memberikan anda yang terbaik dalam menjayakan perkhidmatan yang profesional dengan harga yang berpatutan. Harga gubahan bunga di sini juga hanya serendah RM10! Murah kan? Jadi, jika anda mencari gubahan bunga bajet untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan anda, solusinya ada di kedai bunga di Seremban ini!

Bukan setakat gubahan bunga sahaja, mereka juga ada pilihan untuk si kecil iaitu gubahan belon bubble, belon foil dan belon helium. Untuk anda yang baru menamatkan pelajaran dan ingin mencari hadiah graduasi pula, mereka juga ada menyediakan Combo Set U yang merangkumi gubahan bunga, belon bubble, set coklat bersama teddy bear bersaiz besar.

Alamat: 456G, Jalan Bandar Senawang 18, Pusat Bandar Senawang, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 6.30 pm), Isnin (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-6715608

WhatsApp Caseygift.my


9. Little Bud Florist Trading, Bandar Seremban

Little Bud Florist Trading

Kedai bunga yang bertempat di Jalan Dato Bandar Tunggal ini telah berkhidmat lama untuk penduduk setempat Seremban. Little Bud Florist Trading menyediakan pelbagai servis gubahan bunga. Antaranya adalah gubahan bunga beserta dengan coklat Ferrero Rocher, gubahan kotak bunga dan juga karangan bunga malai untuk anda yang beragama Hindu. 

Berdekatan dengan Terminal 1 Shopping Centre dan Pasar Besar Seremban, anda bolehlah berkunjung dan membeli barang keperluan anda selepas mendapatkan sejambak bunga di sini. 

Alamat: 153, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 12.00 pm).

LokasiUlasan Pelanggan | Telefon: 06-7678799


10. NLWK Florist, Jalan Tuanku Munawir

NLWK Florist

Kedai bunga segar bertempat di Pasar Besar Seremban yang bernama NLWK Florist ini memang terdapat banyak pilihan bunga yang cantik seperti bunga ros, daisi, orkid, kekwa, lili dan sebagainya. Dengan harga yang berpatutan untuk rekaan bunga yang unik, anda boleh menghadiahkan jambangan bunga yang segar sebagai tanda sayang kepada rakan atau pasangan anda.

Pengasas NLWK Florist, Annie Chia, juga pernah memenangi anugerah “Lazada Forward Women” pada 2021. Anugerah ini hanya diberikan kepada kedai yang menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka. 

Alamat: 274A, Pasar Besar Seremban, Jalan Tuanku Munawir, 70000 Seremban, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (7.30 am – 4.00 pm), Selasa (9.00 am – 1.00 pm), Ahad (9.00 am – 2.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-3609199

WhatsApp NLWK Florist


Sejambak bunga dari yang teristimewa boleh membuatkan kita tersenyum bahagia. Jadi, jangan lupa untuk hadiahkan bunga untuk insan-insan yang terdekat dengan anda. Kami berharap dengan senarai kedai bunga di Seremban ini, anda dapat mengukir senyuman untuk seseorang!

Rasa kedai-kedai bunga ini tidak menepati citarasa anda? Jangan risau, anda boleh mencari alternatif lain dengan merujuk kepada artikel kami tentang 6 Kedai Bunga yang Menyediakan Khidmat Penghantaran di Kuala Lumpur.

 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x