Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kedai Komputer Best di Melaka

Dewasa ini, komputer telah menjadi salah satu keperluan untuk setiap rumah. Dari pelajar sekolah rendah sehingga ke pekerja pejabat. Semua pekerjaan yang dilakukan harus mempunyai sebuah komputer bagi membantu memudahkan urusan. Pelbagai jenis komputer yang terdapat dipasaran seperti komputer riba ataupun komputer desktop. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang tersendiri. 

Seperti kita tahu, komputer ialah barang yang sangat berharga. Harga dipasaran bukan murah malahan harga sebuah komputer boleh mencecah sehingga 4 angka! Sama seperti peralatan yang lain, komputer juga memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Jika anda sayang komputer anda, disini kami akan membantu anda dalam penjagaan komputer dengan betul:

  1. Sentiasa membersihkan habuk pada papan kekunci (keyboard), ini kerana habuk merupakan pemusnah utama untuk dalaman komputer. Jika berhabuk boleh menyebabkan sistem komputer menjadi perlahan.
  2. Wajib untuk anda install Antivirus, ini kerana software ini dapat melindungi komputer anda daripada pelbagai virus yang ada. 
  3. Update komputer anda mengikut Windows 10 yang terkini, ini boleh mengurangkan bug pada windows.
  4. Jauhi komputer anda dari tempat yang panas atau tempat yang terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Panas merupakan musuh komputer. Komputer yang terlalu panas akan menyebabkan sistem dalaman komputer rosak.

Dah tahu tips asas penjagaan komputer, jadi artikel kali ini kami akan menyenaraikan kedai komputer (computer shop) yang best di Melaka. 

Terdapat banyak kedai komputer dalam pasaran, setiapnya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi harga, kualiti dan kesesuaian mengikut bajet anda. Berikut merupakan beberapa kedai komputer yang terdapat di Melaka yang anda boleh cari dari kedai-kedai yang terpapar dalam artikel ini: komputer gaming,komputer murah,komponen komputer dan komputer riba.

 Kedai Komputer Best Di Melaka


 1. OK Computer Solution Melaka, Taman Seri Cempaka

OK Computer Solution (OKCS)  ini terletak di Taman Seri Cempaka, Peringgit betul di tepi jalanraya besar yang memudahkan untuk anda cari. OKCS juga mempunyai 10 cawangan diseluruh Malaysia dan Ibu Pejabat mereka terletak di Damansara.  Kedai ini menawarkan perkhidmatan menjual dan membaiki peralatan komputer termasuk Apple Mac, iPad dan IPhone. Komputer riba (laptop) yang rosak jangan terus terfikir untuk beli baru sebaliknya boleh terus hantar ke kedai untuk membaikinya, dah jimat duit kan. Selain perkhidmatan membaiki komputer mereka juga menawarkan sistem memuat turun (download) software yang baru untuk anda. Namakan sahaja jenis software yang anda ingin pasti mereka akan membantu.

Alamat: No 42-A, Jalan Seri Cempaka, Taman Seri Cempaka, 75400 Peringgit, Melaka

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 10.00am-5.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 0186614745

Whatsapp OK Solution Taman Cempaka


2. MMC Technology Melaka, Jalan Ong Kim Wee

Mencari komputer riba (laptop) yang baru di pasaran? Singgah terus di MMC Technolgy Melaka yang terletak di Jalan Ong Kim Wee ini. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis saiz komputer riba yang anda mahukan. Anda seorang gamers dan sedang mencari komputer dan CPU gaming (komputer gaming)? jangan risau kedai ini juga menawarkan pelbagai komputer game yang sesuai untuk anda. 

Alamat: No. 49F, Jalan Ong Kim Wee, Kampung Empat, 75300 Melaka

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 9.00am-7.00pm l Sabtu 9.00am -5.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 062861682


 3. Mahavir IT Solutions, Jalan Bendahara

Beroperasi di rumah pangsa Jalan Bendahara Melaka, Mahavir IT Solution menawarkan perkhidmatan membeli komputer terpakai(secondhand computer), menjual komputer terpakai dan juga membaiki komponen komputer. Harga perkhidmatan mereka juga sangat berpatutan. Selain itu, kedai ini turut menjual peralatan komputer seperti pengecas bateri, papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse).

Alamat: 9 Tingkat, A-5 Rumah Pangsa, Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Waktu Operasi: Isnin- Sabtu 10.00am-6.00pm l Ahad 10.00am-2.00pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 0126560233

Whatsapp Mahavir IT Solutions,Jalan Bendahara


 4. Dooz Tech, Taman Lagenda

Dooz Tech merupakan kedai komputer untuk gaming dan juga pejabat. Untuk pengetahuan anda, komputer game berbeza dari segi komponen iaitu CPU. Tapi jangan risau jika anda mempunyai CPU yang biasa, Dooz Tech juga boleh membantu anda untuk upgrade CPU anda menjadi CPU gaming. Bagi gamers kedai ini boleh membantu anda mendapatkan peralatan atau set komputer game. 

Alamat: No 15, 1, Jalan Lagenda 9, Taman 1 Lagenda, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 12.00pm-8.00pm l Jumaat 2.30pm-9.00pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 0108073095

Whatsapp Dooz Tech,Taman Lagenda


5.  PC World  Sdn Bhd, Jalan Ong Kim Wee

Di Melaka PC World mempunyai 9 cawangan di setiap daerah. Pada asasnya kedai ini hanya menjual software untuk komputer sahaja, saban tahun mengikut peredaran masa PC World kini telah berkembang menjadi sebuah kedai komputer dengan menjual set komputer serta perkhidmatan membaiki komputer.

Alamat: 339, Jalan Ong Kim Wee, Taman Angkasa Nuri, 75300 Melaka

Waktu Operasi: Isnin- Sabtu 10.00am-7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:062817912

Whatsapp PC World Sdn Bhd,Jalan Ong Kim Wee


6.Nerd Herd Tech, Merlimau

Nerd Herd Tech ini memang menjadi kedai kegemaran bagi peminat gamers di luar sana. Jarak perjalanan dari Melaka yang mengambil masa lebih kurang 20 minit ini menjadi tumpuan pelajar Politeknik Merlimau jika mereka mempunyai masalah komputer. Jika anda ada keinginan untuk upgrade komputer biasa kepada komputer game jangan risau kerana mereka boleh membantu anda. Komputer dah upgrade jangan lupa pada kerusi yang selesa juga memainkan peranan supaya dapat menghindarkan sakit belakang. Di Nerd Herd Tech mereka mempunyai pelbagai jenis reka bentuk kerusi game untuk anda pilih.  

Alamat: JC 60, Jalan BMU 3, Bandar Baru Merlimau Utara, 77300 Merlimau, Melaka

Waktu Operasi: Setiap Hari 12.00pm-12.00am

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 01157579198

Whatsapp Nerd Herd Tech,Merlimau


7. Global We Shop, Ayer Keroh

Global We Shop menawarkan perkhidmatan seperti membaiki komputer,memborong spare- part komputer, menukar skrin laptop dan juga membaiki komponen dalaman komputer. Selain dari itu mereka juga ada menjual laptop baru dan terpakai mengikut bajet anda. Bukan sahaja dapat membaiki komputer yang bermasalah tetapi mereka juga boleh membaiki desktop  atau CPU. Senang cerita All in One perkhidmatan yang mereka berikan kepada anda.

Alamat: 49, Jalan TU 41, 75450 Melaka

Waktu Operasi: Setiap Hari 10.00am-8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 0189534238

Whatsapp Global We Shop,Ayer Keroh


 8. Vishva Computer System, Taman Pertam Jaya

Menawarkan perkhidmatan membaiki komputer dan membeli kembali komputer terpakai ini cukup menitikberatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan mereka. Mereka juga menjual komputer terpakai dengan harga yang cukup berpatutan untuk anda.

Alamat: 76, Jalan PJ 18, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 9.00am-6.30pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 0126071045

Whatsapp Vishva Computer System,Taman Pertam Jaya


 9. Batu Berendam Laptop Repair, Batu Berendam

Membaiki dan memborong spare-part laptop seperti motherboard adalah salah satu perkhidmatan yang mereka tawarkan. Apa yang menarik ialah servis pemasangan diberikan secara percuma kepada pelanggan. Skrin bermasalah atau komputer anda kerap panas, mereka boleh membantu menyelesaikan masalah anda. 

Alamat: 30, Jalan Pb 1, Taman Padang Balang, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 10.00am -8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes   | Phone: 0177176567

Whatsapp Batu Berendam Laptop Repair,Batu Berendam


10. W B IT Enterprise, Cheng

Kedai komputer yang terletak di Cheng ini  turut menawarkan perkhidmatan menjual laptop baru dan terpakai untuk anda. Di samping itu juga selain membaiki komputer mereka juga menawarkan perkhidmatan membaiki masalah printer anda jika mengalami kerosakan. 

Alamat: NO 5, Jalan Seri 7, Taman Cheng Baru, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  

Whatsapp W B IT Enterprise,Cheng


11. Navotech Technology Sdn Bhd

Navotech Technology Sdn Bhd

Kedai komputer Navotech Technology Sdn Bhd yang terletak di Melaka ini sering menawarkan promosi hebat bagi sesetengah barangan yang mereka tawarkan. Mereka menjual pelbagai komputer daripada jenama yang tidak asing didengari lagi. Antaranya ialah jenama Lenovo, Asus, HP, Toshiba dan Acer.

Sekiranya anda membuat perbandingan harga komputer antara kedai, anda akan mendapati yang kedai ini menawarkan komputer dengan harga yang jauh lebih murah. Mereka juga ada menawarkan telefon, tablet, ipad dan banyak lagi di sini. Tidak rugi jika anda memilih untuk membeli komputer atau barangan lain di kedai ini kerana mereka akan memberikan free gift yang istimewa untuk anda.

Alamat: Jalan Bukit Beruang, Taman Bukit Beruang Indah, 75450 Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm, Sabtu dan Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 06-232 8920

Whatsapp Navotech Technology Sdn Bhd


12. Sun Macro IT Store

Sun Macro IT Store

Anda wajib untuk berkunjung ke kedai komputer Sun Macro IT Store yang berlokasi di Melaka ini kerana anda akan mendapatkan komputer yang terbaik dengan tawaran harga yang berpatutan. Mereka menawarkan komputer daripada pelbagai jenama terkenal seperti Acer, Asus, Hp dan banyak lagi. Bukan komputer sahaja yang mereka tawarkan laptop dan printer juga boleh didapati di sini.

Jangan risau tentang kualiti barangan yang mereka tawarkan kerana barangan yang dijual di sini semuanya mempunyai kualiti yang tinggi. Pekerja di sini juga mempunyai sikap yang ramah dan mampu membantu anda untuk membuat pilihan ketika ingin membeli komputer.

Alamat: D1-2, Plaza Jayamuda, Jalan Pelanduk Putih, 75450 Melaka

Waktu Operasi: 9.30am – 6.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 06-286 1818

Whatsapp Sun Macro IT Store


13. MIA Gaming

MIA Gaming

MIA Gaming merupakan kedai komputer yang terbaik dan telah menjadi kesukaan ramai orang oleh kerana kualiti barangan mereka yang baik dan ditawarkan dengan harga yang murah. Pelbagai komputer yang menarik boleh didapati di sini. Yang istimewanya di sini ialah anda boleh mendapatkan komputer idaman anda dengan membuat pembayaran secara ansuran.

Sekiranya anda merupakan seorang pengemar game atas talian, maka anda wajib untuk berkunjung ke kedai ini kerana di sini mereka ada menawarkan pc gamer dengan tawaran harga mampu milik. Bukan itu sahaja, kerusi yang akan memberikan keselesaan kepada korang sewaktu bermain game juga boleh didapati di sini.

Alamat: Utama 2, SP 27, Jalan Sungei Petai Bahagia 4, Taman Sungai Petai Permai, 78000 Alor Gajah, Malacca

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-376 8498

Whatsapp MIA Gaming


14. Pc world, Alor Gajah

Pc world, Alor Gajah

Kedai komputer PC WORLD pada awalnya dikenali sebagai SOFT WORLD dan ia telah mula beroperasi pada tahun 1997. Kini mereka telah membuka cawangan kedai komputer mereka di pelbagai tempat didalam Malaysia. Kedai komputer ini telah banyak menerima anugerah seperti anugerah Cemerlang Perkhidmatan Asia-Antarabangsa Asia Pasifik. Sememangnya dapat membuktikan yang kedai ini memang terbaik dan boleh dipercayai.

Pelbagai jenama terkenal seperti Acer, Asus, Hp dan Dell yang ditawarkan di sini. Bukan komputer sahaja yang mereka tawarkan malah laptop juga boleh didapati di kedai komputer ini. Dijamin anda akan berpuas hati dan tidak akan menyesal sekiranya memilih untuk mendapatkan komputer idaman anda daripada kedai ini.

Alamat: 1132, 1140, Jalan Tjk Utama, Taman Kelemak Jaya, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 6.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 06-556 1541

Whatsapp Pc world, Alor Gajah


15. SAFWAN COMPUTER MITC

SAFWAN COMPUTER MITC

SAFWAN COMPUTER menawarkan pelbagai komputer yang baru atau terpakai dengan tawaran harga yang hebat. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai aksesori yang menarik untuk komputer, alat ganti sekiranya komputer anda tidak dapat berfungsi dengan baik dan printer. Mereka juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih komputer yang akan dilakukan oleh pekerja mereka yang mahir dalam membaiki komputer.

Antara barangan komputer yang menjadi pilihan ramai di sini ialah papan kekunci dan tetikus tanpa wayar yang boleh didapati dengan harga yang murah dan mempunyai warranty selama tempoh setahun. Papan kekunci dan tetikus yang ditawarkan bukan sahaja berwarna hitam atau putih malah pelbagai warna yang ditawarkan sehingga anda boleh mencari warna kegemaran anda.

Alamat: NO 36 Jalan Lingkaran MITC Kompleks Perniagaan MITC, Taman Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-790 7295

Whatsapp SAFWAN COMPUTER MITC


16. Nanotech Computer

Nanotech Computer

Sekiranya anda masih mencari kedai komputer di Melaka yang mampu membaiki komputer atau laptop anda yang rosak dengan harga yang berpatutan, anda perlu untuk mengunjungi ke Nanotech Computer. Bukan itu sahaja, jika anda ingin mencari alat ganti yang berkualiti tinggi dan aksesori yang cantik untuk komputer kesayangan anda juga boleh mendapatkannya di kedai ini.

Sememangnya sukar untuk mencari ulasan yang buruk tentang kedai ini di ruangan ulasan mereka kerana mereka hanya menawarkan barangan yang terbaik dan mempunyai pekerja-pekerja yang ramah. Pekerja mereka juga akan sentiasa memberikan layanan yang baik kepada mereka yang berkunjung ke kedai ini.

Alamat: 110, Jalan TU 2, Taman Tasik Utama, 75450 MITC Melaka, Ayer Keroh, 75450 Melaka

Waktu Operasi: 12.00pm – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-482 1266

Whatsapp Nanotech Computer


 

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

6 Kedai Elektrik Paling Berkualiti di Sekitar Melaka

Kedai elektrik adalah kedai yang paling gemar dikunjungi oleh semua orang yang memiliki rumah, lebih-lebih lagi pasangan yang baru sahaja berkahwin, untuk melengkapkan persiapan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x